Pages

Tuesday, March 30, 2010

Ada kebaikan dan keburukannya berFB ni

Okay fine.. tipu lar kan…skang ni sapa yang tak de facebook ni… 90% semua ada kan..  kalau orang yang umur 50 tahun lebih tu pun ade acc fb takkan uoolls n kita yang muda ni takde pulak kan… ok.. tu intro jer…

apa yang aku nak highlight seperti tajuk di atas tu.. setuju tak apa yang aku kata tu… ada kebaikkan dan keburukannya betul tak?.. ok.. meh lar aku senaraikan kebaikan dan keburukan berfacebook ni..

Kebaikan

  • Dapat menambah kenalan – betul jugak.. mmg lar tambah kenalan.. tapi kalau dah tak kenal tu takkan pulak nak jadikan kawan2 sok2 kenal pulak kan.. so yang mana tak kenal… mmg aku ignore jer.. malas nak approve hapa….
  • Jumpa/searching kawan2 sekolah/universiti/kolej etc – yup.. ni aku agree lar sangat2.. disebabkan facebook ni jadi terkenal kat Malaysia n serata dunia kan.. tipu lar kalau dorang takde acc fb ni kan… so.. dengan adanya fb ni dapat jugak kita jumpa ngn kawan2 lama..masa kat sekolah dulu. yang dah lost contact semua..kita dapat jumpa balik… dan masa tu macam2 citer lar yang keluar..
  • Bertemu Jodoh – yang ni aku tak bertemu jodoh ngn Mr.Shyir kat FB.. We ouls bertemu jodoh kat Myspace.. hehhehee… those yang bertemu jodoh kat FB.. alhamdulillah… hehehe…semoga ke jinjang pelamin hendaknya..
  • Business – yup.. ni FB ni kira satu platform untuk kita berbisnes.. tak semesti nya kena bukak kedai or sebagainya… dengan ada FB or blog2.. tentu nya ia jadi satu tempat untuk mencari duit sampingan… aku pun gunakan FB ni sebagai platform untuk aku kembangkan bisness sendiri… korang pun sama kan…
  • Mengetahui perkembangan tertentu – yang ni korng tau lar kan.. once update status..kompem semua boleh baca.. sah2 ko tau orang tu camne..sihat ke dia… meroyan ke dia.. tul dak..
  • hmm.. apa lagi… sila tambah..hehhe

keburukan

  • No privacy – hmm.. yang aku ade stuju jugak.. agak kurang privacy lar.. kadang2 orang boleh terjah wall kita sesuka hati… tak pun masa update status kan.. orang taw keadaan kita camne… tengah emo ke sakit ke..gado laki bini ke…
  • Status – boleh rujuk no privacy tadi.. sama je… tu sebab hati2 bila kita nak update status ke hapa.. kadang2 kalau orang pk lain pasal status kita pun jadi satu hal gak kan.. baik kalau nak update status tu kena pk sebelum ko enter n publish status tu..
  • Jumpa orang tak berkenaan – yang ni mmg sakit jiwa gak ni.. kadang2 tu terjumpa lak orang2 yang tak patut kena jumpa.. contoh cam ex2 kita ke.. musuh ke kan… nak2 ada pulak mutual fren plak tu.. hishh…. sentap mak… tapi wak dek sudah kan.. hehehhe
  • Application mengarut – ha ni satu hal… banyak na lar application tah apa2 tah.. tetiba suh aku buat lar hape lar.. bukan aku tak nak… tapi aku no time tuk sume ni… dan jangan lar send2 application tu kat aku..
  • Virus lahanat – ha ni lagi lar.. ada sampai tu… konon virus fb lar ke hapa bendanya.. tag photo bagai nak rak penuh aku nye album.. pastu aku tak leh nak remove.. sengal… tulun lar weh…
  • Tag photo – tolong jangan tag phot if takde berknaan dengan aku.. memenuhkan notifications aku jer…
  • Owner  Yahudi – ni mesti kornag dah taw kan… aku malas nak explain ~~ sbb aku pun men FB gak.. niat untuk cari member2 sekolah… hahaha
  • apa lagi… ha korang mesti taw jugakkan…

okay lar.. aku tak taw lar korang mengalami ke tak apa yang aku alami ni kan.. so if yes! ngn aku nye hujah hari ni.. bravoo ku ucapkan… if not aku ok jer.. hehehe…

disebabkan petang ni hujan.. maka aku wat n3 tah apa2 ni..

sekian terimassss

Monday, March 29, 2010

RESEPI : Cream Puff AGS

Hari Jumaat lepas..macam terasa nak makan cream puff.. sebab dulu mama rajin lar order cream puff sedap kat kawan dia ni.. jadinya aku rasa nak cari mende ni jual agak susah rasanya.. jadi disebabkab terigin.. gigih lar aku google resepinya… so alang2 dah jumpa… aku share lar ngn uollls.. ok.. Lagi pun rasanya aku lama dah tak buat n3 resepi kan.. ok now.. kita mulakan kelas semula.. hehehe…DSC04708

Ini lar gambar hasilnya camne nak jadi hasil.. kita usha sket bahan- bahan n caranya ok.. ~~~~ apsal la aku seperti baik je ayat2 aku ni.. hahahaha

Bahan- Bahan :

Pastry

  • 100ml Air Masak'
  • 45g Mentega
  • 60g Tepung Gandum – di ayak
  • 2 biji Telur

Cara-cara:

  1. Mula2 panaskan oven 200c. Dulang di sapukan dengan majerin.
  2. Ayak tepung dahulu. masukkan telur dalam mangkuk & pukul hingga kembang
  3. Masukkan air & mentega ke dalam periuk. Masak diatas dapur.kacau sehingga mendidih.Api sederhana saja ye. Bila dah didih tutup api.
  4. Masukkan tepung dan kacau cepat2…
  5. Tepung dah sebati, masukkan telur tadi dan kacau cepat.
  6. Masukkan aduanan ke dalam piping beg dan pipe kan ke atas dulang tadi.
  7. Bakar 15 minit dgn suhu 200c,kemudian turunkan ke 180 dan bakar sehingga 25 minit lagi.
  8. Sejukkan pastry sebelum masukkan kastard.
  9. Bentuk nozzle piping adalah 1 cm – yang ni aku hentam je… hahha. asal ade bentuk
DSC04712

Rupanya tak lar menarik mana.. tapi rasanya… hmmm.. uolls kena cuba baru taw rasanya kan.. heheheh

Okay then, sementara tunggu pastry bakar dan sejuk.. kita buat intinya pulak..DSC04703

bahan2:

  1. 1 sudu besar tepung kastard
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. 4 sudu besar gula
  4. 1 cawan susu segar
  5. 1 biji telur
  6. 1 sudu besar mentega

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan no 1 – 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar sudu. Kacau sehingga tidak berketul.
  2. masukkan telur dan kacau lagi. Kemudia masukkan susu yang selebihnya tadi dan kacau.
  3. Masukkan dalam periuk dan masak atas dapur. kacau sehingga pekat
  4. Bila dah pekat tutup api dan masukkan mentega dan kacau sebati.
  5. Ambil pastry yang dah sejuk , belah dan masukkan inti kastard ini ke dalam pastry dan sedia dihidang…

Resepi ni aku google di Myresepi.com..

DSC04708

Okay..untuk pengetahuan semua.. ini adalah cubaan pertama aku buat cream puff ini. Walaupun first time.. tapi alhamdulillah.. jadi sesangat.. hehehe.. hureyyyy!! buleh buat lagi nanti.. tak susah pun nk buatnye…

   DSC04710 

DSC04709

thanks to the resepi… naseb google membuahkan hasil yang baik.. ok.. those yang nak cuba silakan…. ai ok jer… hehhehe… sharing2 is caring2 kan.. hahhaha…

Selamat mencuba semua…

p/s: hmmm.. pasni nak cuba resepi lain pulak.. seronok pulak esperimen2 resepi baru menjadi.. hehehe…. caiyokk!!

Friday, March 26, 2010

Cream Puff..

Tetiba terasa nak buat Cream Puff ni pulak…

Yum.. yum.. terasa dah kat tekak ni… kasi aku buat dulu ye….

Selamat berhujung minggu semua…

p/s : membizi kan diri lar gamaknye ni.. eehhehee

Damia is 2 mth +++ already

hmmm.. rasanya dah lama aku tak update citer2 pasal babies ni kan… almaklum..lom ada yang sendiri punya.. makanya haruslah buat anak orang jadi anak aku.. tapi we ouls masih berusaha… insyaAllahh rezeki itu akan tiba nanti.hmm.. eh2 ke situ pulak.. hahaha….DSC04663

okay ni aku nak citer pasal si BOLAT Damia ni kan.. aiyoooo semakin BOLAT ai tell u.. like abang2 nye…. eh cop! those yang tak taw sapa damia ni cuba KLIK SINI .DSC04664

Last 2 week si BOLAT ni balik kampung.. memang rindu tol nagn si BOLAT ni kan… 10hb aritu si BOLAT sambut besday yang ke 2 bulan. jadi haruslah kena timbang kan.. ko taw berapa berat dia skaang… 6 kg ok… ! hambikkk…. dah macam budak umo 5 bln.. mmg sah ko BOLAT.. hahhahaDSC04665

Masa lahir dulu… baru 3.1 kg je… 1 bulan 4.6 kg.. masuk 2 bln 6 kg terus… haiyaakkkkk.. mmg takpe lar Damia… janji gebuuusss ok… hehehehe..DSC04666

Camne tak BOLAT.. maknye kasi susu semedang.. hehe.. xpe.. janji2 sihat… budak ni senang betul jagak..

To Maksu : uittt.. pi lar honeymoon.. meh orang jaga damia ni.. no worry.. eceeehhh.. hehhee 

tu jer nak citer… hmm.. tadi google resepi baru… rasa nak buat lar.. huhuhu…..

p/s : Mr.Shyir plak malam ni nak berjimba ngn kawan2 dia bercamping… habis aku?? sapa nak berjimba ngn aku plak si PM .. ahhaha

Thursday, March 25, 2010

ILMU: MANZIL (Penawar & Ubat)

Salam semua.. pernah dengar Ayat – Ayat Manzil? Bagi Yang Pernah.. Alhamdulillah.. AGS kat sini nak berkongsi sedikit dengan uolls semua tentang kebaikan ayat-ayat MANZIL ni. Bukan apa penuh kebaikan jika kita mengamalkan ayat-ayat ni setiap hari. Malah AGS tidak berkata kosong kerna AGS sendiri mengamalkannya.. kalau rasa was2 juga.. boleh google ye…

Okay… kat sini aku bagi penerangan apakah MANZIL sebenarnya..

MANZIL – Teruji untui keselamatan dari akibat kejahatan jin hantu,sihir pukau dan bala musibah yang lain.

MANZIL juga adalah gabungan ayat2 terpilih di dalam AL-Quran.Tak perlu risau tentang ayat2 dan bacaan2 nya.

MANZIL ini juga ada jual dalam bentuk buku di pasaran. Jadi lebih senang uolls boleh beli Himpunan Manzil ini

Mengikut buku yang aku ada.. aku copy je lar ye..

MUQADDIMAH PENYUSUNAN MANZIL

Manzil ini adalah satu amalan yang benar-benar terujidan didapati berfaedah dan tepat dari pengalaman untuk keselamatan dari kejahatan jin hantu,sihir pukau dan bala musibah lain. 33 ayat ini membinasakan akibat sihir pukau. Dengan keberkatan ayat-ayat ini didapati keselamatan dari syaitan,jin pencuri dan binatang buas.

Tulisan mengenai MANZIL ini mengandungi beberapa ayat Al-Qur’an yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat r.a sabagai syifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.

Hadist sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS-SAHABAH [jilid 3 ,m.374] yang dikarang oleh As-syeikhul kabir Maulana Mohammad Yusuf rah.a ibn Maulana Ilyas rah.a .hadist tersebut dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim, dan Tarmidhi rah.a.

Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayat kan ”sewaktu kami bersama Rasulullah saw se orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya.

Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah Al-Fatehah. empat ayat pertama surah Al-Baqarah(2;1-4)ayat bermula dangan Wa ilahukum ilahu wahid (2;163).AyatSyahidallahuannahu
(3;18), ayat terakhir surah Al Mukmunun (23;118) ayat dari surah Al-Jin :Wa annahu ta’ala(72;3),sepuluh ayat pertama surah Was-syaffat (37;1-10) ,tiga ayat terakhir dai surah Al-Hasyar (59;22-24) surah Al-Ikhlas (113;1-5) dan surah An-Nas (114;1-6)

Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ.penyakit yang di deritai nya itu telah hilang. [Kanz jil.1 m212]

Fadhilat MANZIL ini terlalu banyak ,dari pengalaman kebanyakan orang manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir jin dan lain lain.

Dua cara mengubat pesakit iaitu pesakit itu sendiri membaca ayat-ayat tersebut dan orang lain boleh membacakan dan hembus diatas air.dan air itu diminum oleh pesakit.semoga Allah swt memberi berkat kita semua dengan kesihatan rohani dan jasmani.

Credit pada http://wangkita.com/manzil/

Ayat-Ayat Manzil

  1. [Al-Fatehah]
  2. [Al-Baqarah 2:1-5 ]
  3. [Al-Baqarah 2:193]
  4. [Al-Baqarah 2:255]
  5. [al-baqarah 2:256]
  6. [Al-Baqarah 2:257]
  7. [Al-baqarah 2:284-286]
  8. [Al-imran 3:18]
  9. [Al-imran 26-27]
  10. [Al-A'raf  7:54-56]
  11. [Al-isra' 17:110]
  12. [Al-Isra' 17:11][Al-Mukminun 23:115-118]
  13. [As-Saffat 37:1-11]
  14. [Ar-Rahman  55:33-40]
  15. [Al-Hasyar 59: 21-24]
  16. [Al-Jin 72:1-4]
  17. [Al-Kafirun109:1-6]
  18. [Al-ikhlas 112:1-4]
  19. [Al-Falaq 113: 1-5]
  20. [An-Nas 114 :1-6]

Kalau boleh di amalkan selalu Ayat manzil ni lagi bagus.. bukan apa.. hanya untuk pendinding pada diri kita erta keluarga. Secara tak langsung  dapat pahala sama.

Alhamdulillah aku pun amalkan sama menda ni.. harap benda ni dapat berkongsi dengan korang lar. Sharing is caring kan.. hehehe.. Apa2 pun tQ for the information KLIK SINI.

If ada yang tak betul info2 dalam ni.. bagi taw ye… and sorry ku ucapkan.. hee

Selamat mencuba dan beramal semua.

P/s : hmmm.. sedap sket telinga hari ni…

Oleh kerna Iklan, terus ke PH

uittt.. AGS skang ni main short form je kan.. hahaha… welll!! M katanya.. hmmmm.. tu lar bebalik pada tajuk tu.. mmg pun.. oleh kerna iklan yang poyoooss kata sodap sodap tu.. maka aku ngn laki aku pun terpengaruh… terus shoot je Pizza hut tu kan….

Gi je lar kat Pizza Hut Giant senawang tu ha…dokek ngn umah tak yah nak g jejauh sangat kan… ok fine! masuk2.. masih tak ramai orang… order set yang baru tu kan.. alar.. yang korang tengok ada silang2 atas pizza tu… ha tu lar aku order ah apa namanya tah… Mr.Shyir yang order.. ai ok jer…DSC04678

Sementara tgu Pizza siap… so aku buat puzzle yang hadoo kat meja tu… layankan lar… nanti tak lar rasa lambat ke hapa kan,, bagus pizza wat style camni… kalau boleh provide sekali buku puzzle ke apa ke hek…hahaDSC04680

Dan Mr.Shyir… hmmm paham2 sudah…DSC04681

Pastu sibuk lar nak pic aku nih… hhuhuhuh.. uitt order ice lemon tea.. kemain tinggi gelasnya..sampai aku nak minum kena panjangkan leher ni.. taw lar kan..aku ni rendang berbuah 2..tettttttttttttttt.. hahahhaDSC04682

it was ok lar tak tgu lama sangat pun.. tapi abis lar puzzle yang hado kat situ aku siapkan….DSC04683

taaaarrrrrraaa..! makan dua orang pun dah cukup mengenyangkan… ok lar.. tak nipis tak tebal. rasa cam dominos pun hadooo gak.. eh… tetiba cam nak makan domino lak..ayookkkk!! sebut lagi…DSC04684

Thum up kat benda alah yang color oren ni.. benda ni agak baru jugak lar kan kat PH ni.. sebabnya dulu takdok pun.. kira cam nak service leh tekan benda tu kan….DSC04686

Takyah lar hegeh2 lar panggil budak2 service lambai2 gitu… senang ko tekan tak lama pastu dak2 ni datang lar… Service pun cepat lar kali ni… Dalam kul 8.50pm order gitu… after 17min tunggu .. ready to eat dah..  by 9.30 dah selesai makan…. cepat jugak lar..

Tak macam setengah outlet to.. haram jadah tol lambat giler service… ye aku paham ko tu delivery pun hado… tapi cust ramai je nunggu… mintak lasagna pun sket pun sampai 40min baru sampai.. apa kejadahnya kan…makanya… hilang kepercayaan terus nak makan kat outlet tu lagi… staff tak yah kata..sombong + main2  je wat keje + lalat lagi ada… haish tak dapat nak kata lar…

jadinya aku kasi thumb up kat Pizza hut Outlet Senawang… service anda cepat.. and next time mau makan kat situ lagi… sekian maseh…

p/s : aikk.. awal pulak wat n3… hehehe

Wednesday, March 24, 2010

Randomly nak merepek

Oleh kerana aku tak de nafsu nak mengupdate secara marathon dan sebagainya.. maka aku kasi randomly je lar ye… janji ada n3 hari ni…

Antara Penyebab, asbab, sebab, kena babab dan terus shut up!…

  1. Malas – ni ko jangan tanya aku kenapa.. mmg penyakit ni mmg sebati dalam diri.. ko tengok muka aku pun sebenarnya dah ada cop M tu.. cuma tak nampak jer… hmmm.. aku pun heren skang ni aku tak update cam dulu.. kalau dulu semangat je nak wat n3 siap auto published bagai kan.. skang ni ko tak yah tanya… jawapan dah taw sendirik..
  2. Blog hop – kalau dah malas menaip jadi aku pi bloh hop je lar kejanya… suka baca blog2 yang aku suka dan sesuai ngn aku.. eh motip? hahhaha
  3. Kesihatan tak mengizinkan  - ni lagi aku tak taw kenapa… lately kesihatan merundum sedikit… sakit itu lar.. ini lar…. macam2 lar.. sampai Mr.Shyir pun haru lagi wajib mengPAY ATTENTION kat aku ni.. tah lar.. kalau orang tanya kenapa.. jawap ALLAH BAGI SAKIT… ha.. redhakan jawapan tu…
  4. sibuk – ye.. mmg sibuk… banyak kerja.. eh? bukan samakan jawapan tersebut… ye lar aku ni mmg banyak request aku kena siapkan… jadi tak nyempat2 lar kepala hotak ni nak pk wat n3 apa.. nak naip laju2 lagi hampeh…. jengok blog pun kejap2 sudah…..
  5. Tak menarik – lately jugak tak de spot places2 or story yang gedebuss nak citer ngn uolls… keja aku dan hari2 aku adalah rutin yang sama.. dan tak perlu kot nak citer semua kat umum.. betul dak…
  6. Priority – Aku jugak tak nak meletakkan blog ni satu priority dalam hidup… kadang2 kang bila kita dah taksub sangat berblogging ni kan.. kita jadi alpa kepada yang lain…jadi baik bersederhana saje banyakkan benda2 yang boleh manfaat dalam kehidupan seharian kita. nak tanya kenapa? ha,, nati lar aku jawap…
  7. Dilema – ye ! Aku dalam dilema skang ni.. sebab apa..?? biar lah rahsia… ecehhhhh…..
  8. Perlu Masa – aku rasa aku perlu masa untuk diri ku ini.. nak manjakan diri.. kasi mantopppppppppppp!! hahha…
  9. hmmm… aku pun tak taw.. banyak lagi.. tapi cukup ni dulu.. kang aku continue lar… hahaha..

dan wahai readers2 ku… uollss dah taw kan…? jadinya… kasi aku masa dan pelan2 aku akan buat kezuuuutaaaaa to all.. hehehhehe…

Now time aku rileks… hmmmmmmmm…

Tuesday, March 23, 2010

Green Day Mr & Mrs GreenStrawberry

Salam semua…. Sihat2 ke uolls..? alhamdulillah..sihat jugak uollskan.. yang aku ni je tak sihat.. sbb Allah yang bagi tak shiat tue.. Redha je… walaupun masih dalam tak sihat.. tapi ku gagahkan diri jugak… weekend adalah weak… dah ok.. kepala pulak sakit… haishhh… semoga Allah bagi kesembuhan dengan cepatnya aminnnn…..

ok.. back to the story.. ok fine.. ni story dua minggu lepas.. ok bagus tak aku baru nak kuakan  en3 ni hari ni… haha… takpe2.. kira ampun lar k…DSC04657

lama rasanya tak berdik bergmbar sorang2 kan… asek en3 kosong je without pic.. nah aku hadiahkan kat korang… ni natural..aku tak pakai mekap hape pun.. eye liner sajor…

DSC04660

al kisahnya ade kenduri kawen kat belakang umah nenek aku.. so were one family are invited.. so both laki bini pakai color hijo… sonang.. sekali p kenduri tu… tema hijo pulak… halamakkkk….sepoiiil toll… tapi takpe lar… leh masuk team.. hahahaha

DSC04659   ok fine… dah lama korang tak nengok muka giler kami kan..? nah! silakan.. laki aku time nak hauk nak pi makan kenduri.. lapor katanya… jadi muka cam dah kena sumpah dah tu.. wkakakakkaa.. amponnn ye suamiku… happy life together…DSC04658 last but not least.. tuan tanah kedaung ni ha…. hmm.. adakah botox ko tidak menonjol sudah??? hahahaha…. slim ke pp tu? yang hadooo.. hahahaha…

tu je nak citer.. kang aku rajin aku tmabh n3.. kalau tak.. takdo lar jawapnye.. hehehe

p/s: huwarrgggggggggg.. kenapakah? apakah? mengapakah? hhmmmm

Friday, March 19, 2010

serba Serbi tak kena

Hari ni tak taw lar nk kata camne…

aku adalah weak. Pening kepala since dari semalam..

Tekak kembang jer… nak makan tak tertelan.. hmmm..

Dah lar puasa hari ni.. hmm.. sabar je lar dugaan sebegini..

And becoz of dia.. nak buat kerja langsung tak kena..

tak boleh berfikir.. hanya nak tido jer….

Harap after buka ok… if not.. huwaaaaa.. berterusan kah? hmm.. musykil mak nyahhh…..

hmmm tu je nak kata… lain2 tarak…

Thursday, March 18, 2010

Congratulation To My BFF Maysarah

11 mac 2010 lepas,my bff Maysarah telah selamat melahirkan bayi perempuan sulong mereka di Hospital Port Dickson. Dengan Izin Allah.. alhamdulillah…selamat juga akhirnya kawan ku ini bersalin walaupun bertarung nyawa hampir bebelas jam untuk melahirkan bayi nya.. plus, may pun dah overdue 1 week.. tak bersalin2.. sudah nya 1 week after bersalin juga… Alhamdulillah May.. dan tahniah aku ucapkan…

so, Malam tadi aku n Mr.Shyir pergilah visit May n baby kat umah mak dia kat PD.. sampai umah… mak dia kata May dah g hospital.. anaknya kena tahan kat Wad.. akibat terminum air ketuban ibunya..trkejut jugak lar aku.. then aku pun terus ke hospital… tapi ko taw larkan..hospital kerajaan ni mana leh melawat malam2.. tapi aku redah je la… kata nak masuk kejap je… sudahnya..sejam kat dalam tu.. hahahha… buat macam bapak aku punya hospital.. ahhaha

DSC04669

May and her baby Najwa.. eh.. yang lighting biru orang sebelah katil tu anaknya kena kuning… bukan dalam filem ke hapa k… jngan korang ingat avatar pulekk..heheh…baby masuk hospital akibat terminum air ketuban masa nak bersalin haritu.. dah lama sangat dalam perut.. nurse pulak suh tahan dulu jangan kasi kuar baby tu… bukan nak induce ke apa… haish… sudahnya kesian kat si kecik ni.. bila aku dengar May citer macam2 masa bersalin tu… nurse duk endah tak endah lar.. hey seriau dibuatnya nak bersalin kat spital kerajaan ni… dah mr.shyir siap2 kata sok2 kalau aku mengandung… bersalin kat swasta je lar.. haishhh.. big bos dah cakap gitu.. jadi.. i follow je lar kan.. hehehe

DSC04670

Macam2 lar aku duk nyembang ngan si May ni… seronok rasanya dengar pengalaman dia bersalin semua… adoi… ni membuatkan perasaan untuk mengandung membuak2… aminnn…  DSC04667cute kan… kecik jer.. putih pun putih. ikut abahnya yang putih.. May ni dia hitam manis dan sweet2 gitu orangnye.. hehhe DSC04668

Dia kawen Nov 2008 camtu.. setengah tahun lepas tu… dia preggy.. dia bagi taw aku mula2..dia kata dah lewat 2 minggu.. pastu demam je semedang.. pastu aku suh lar dia check doc.. mula2 cek demam jer.. last2 buat UPT sah preggy… kira aku orang terawal jugak lar dapat taw dia preggy.. happy gila lar…

Dia ni mmg kawan seperjuangan lar time aku sekolah dulu.. sekepala lar.. macam2 we ouls lalui bersama… tu yang smpai skang ni aku sanggup je kalau nak jumpa may ni… kawan yang paling best.. until dia bersalin.. aku happy giler lar.. menangis aku… ya Allah..syukur sangat2 bila tengok kawan baik aku ni dah jadi ibu… tumpang gembira jugak… since baby dia dalam perut lagi dah menggelarkan aku ni MUMMY ANN.. wah terharu aku may.. heheh…

Nama : NU’URILL AIN NAJWA BINTI MOHD HELMEE

Date of Birth : 11 MAC 2010

Weight : 2.8kg

place of Birth : Hospital Daerah Port Dickson.

aku suka sangat dengan nama tu… ada juga nama aku disitu… heheheh.. thanks may… sbb ada nama aku jugak. hehhe..

PA300792

to Maysarah dan Suami:

Tahniah di atas kelahiran baby Najwa yang comel kecik molek itu. Semoga kalian dirahmati oleh Allah swt. Moga kalian cepat2 sembuh.. ibu dan baby… Moga2 juga Najwa menjadi anak yang baik serta solehan kelak.. aminn… ~~ Mummy Ann dan Uncle Bashir sayang Najwa.. hehe.. kat May..aku pun sayang ko sangat2…hehhe.. anak ko anak aku juga.. hahaha…

Masa sebelum g spital tu.. borak2 ngan Mak May… tanya aku dah bape lama kawen..aku cakap dah 7 bulan… pastu mak dia pegang perut aku.. InsyaAllah ada ni nanti… senyum je mak dia.. hehhe… aku aminkan je lar…moga2 kata2 ibu may tu satu doa yang tak terhingga nilai nya…aminnn…

p/s : excited pulak raSanya.. mudah2an..insyaAllah.. doakan ku sekalian.. agar kami dapat merasa menjadi ibu dan ayah.. aminn…

Wednesday, March 17, 2010

Nak beli 1 je.. napa terlebih pulak..

1stly.. nak say sorry kat uolss sbb mmg aku tak dpat nak update blog marathon2 cam dulu lagi.. keBZan yang melampau.. sehingga aku rasa cammm…. hmmm… tah lar weh..ok2 nw abaikan…meh layankan je apa aku nak cerita nie…

agak2 apa benda lar tajuk aku kat atas tu kan.. ok camni.. korang biasa tak kalau korang sebenarnya dah plan nak beli satu benda jer… alih2 masa benda tu..ko terbeli lebih dari satu pulak..hmm.. biasa tak?…

aku ni dah terbiasa dah kot..~~see bukak pekung dada sendiri..haippp bukan tu lar… ai rotan nanti baru taw… hehehe.. ye.. ye… mmg terbiasa lar sangat kot..

contoh lar kan.. ko nak plan nak beli beras kat GIANT tu kan… last2.. ada je menda lain yang masuk dalam trolly ko tu… hmm.. ko paham tak ni? ok good..aku teruskan…

lepas tu.. mula lar mata ko pun menarik minat untuk mencapai satu benda lagi.. walhal benda tu tak de dalam senarai ko.. hmm.. ko paham2 je lar kan.bila dah masuk pasaraya yang besar tu.. dan ada macam2 benda dalam tu… tangan ko pun gatai lar nak beli itu ini. tanpa berfikir panjang pulak tu…

ok.. mmg lar aku kata diri aku sendiri ni.. tu lar.. aku pun tak faham lar… mmg camtu kot… benda yang tak penting jadi penting bila dah masuk dalam trolly tu.. tengok2 ha ko.. benda RM10.00 dah jadi RM100. kan dah over budget kan..

tapi kalau bab makanan..mmg aku tak heran lar..nak capai bnyak2 pun takpe.. benda makan.. cuba kalau benda2 tak penting tu.. tetiba nak beli baju tidolar… stokin lar..n macam2 lar.. benda2 kecik2 ni..cam Rm1 Rm2 ni cam tak heran je lar kalau dah masuk dalam trolly tu kan..kalau dah banyak amik… tak ke over.. ahahhahaah.. see aku sanggup mengutuk diri sendiri…

hmm.. kadang2 tu tak taw nak ubah camne.. tapi benda tak penting jadi penting tu pulak..digunakan jugak akhirnya… finally lar kan.. hahaha…. tu sebab kalau mr.Shyir tu kan… mesti dia bang kat telinga aku tu kalau aku dah mula belek2 benda tu yang duk murah2…kalau aku dah mula cam slow duk usha2..cepat2 tarik… tetiba dia panas buntut supaya cepat g banyar kat kaunter barang yg dah ada dalam list tu…

tah lar..perempuan ni tak leh dipisahkan jugak dengan ketaksuban menyoping ni kan…? hahaha… sukar lar nak buang habit2 gini.. hhhuh… tu kadang2 tu aku kalau ada benda sket je nak beli.. aku takmo pergi ke pasaraya besar2 ni.. so aku kan ke kedai runcit yang berdekatan.. hahahha..abis citer…

ha satu lagi.. apasal lar barang2 toiletries ni mahal2 ha… ok contoh lar kan.. 3 4 5 item jer.. sekali punch total nah RM70 hengget sudah.. padahal beli shower gel,shampoo,ubat gigi yang berkaitan je lar… hmm.. yelar barang2 tu semua stok mahal2 lar kan… nak murah sabun buku mandi tu.. buat jadi sabun mandi leh,shmpoo leh, basuh baju pun boleh.. jimat.. hahahahha…

so.. korang camne plak.. adakah spesis aku jugak ke tak? hahahha

p/s: n3 tah apa2… aci tak topik ni consider update blog? hahaha

Monday, March 15, 2010

SOLD OUT

Salam Semua.

ATTENTION!

GENTING’S VOUCHER IS SOLD OUT ALREADY.

AND PROMOTION IS CLOSED

PLEASE WAIT FOR THE NEXT PROMOTION FOR GENTING HIGHLAND

IF ANY OTHER PROMOTION, I WILL INFORM U GUYS AS SOON AS POSIBBLE.

DONT WORRY, NEXT PROMOTION WILL COMING OUT SOON.

MANY PLACES U CAN CHOOSE TO HOLIDAY & HONEYMOON.

FOR THOSE HAD PURCHASE THE PROMOTION VOUCHER FROM ME. THANK YOU SO MUCH.

HAVE A GREAT HOLIDAY!

Sunday, March 14, 2010

PROMOTION : GENTING 45TH ANNIVERSARRY FUN REWARDS VOUCHER – HOLIDAY IS COMING!

THIS IS STICKY MODE ENTRY UNTIL 14 MAC 2010..KINDLY SCROWL DOWN FOR NEW ENTRY

Ann GreenStrawberry kembali dengan promotion Genting lagi..

Salam semua… saat yang dinanti telah tiba bagi sesiapa yang tertunggu voucher promotion genting ini. Seperti yang anda maklum, Matta Fair akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, Genting Highland telah buat satu promosi bagi sesiapa yang ingin bercuti di genting dengan bajet yang rendah dengan hanya menggunakan voucher sahaja.

okay.. semua sudah maklum sebelum ini. Saya adalah Agent penjualan voucher yang dilantik oleh Genting Highland. Tak perlu risau atau gusar dengan pakej ini kerana telah terbukti bagi sesiapa yang telah membeli pakej ini dari saya sebelum ini.

Rujukan untuk penjualan Genting Voucher yang lepas KLIK SINI

Jom kita tengok pakej yang ada untuk anda..!

Tapi sebelum itu saya nak beritahu.. Penjualan Voucher ini adalah sangat terhad. Siapa cepat dia dapat.

PENTING! Penjualan Voucher bermula pada 3 Mac until 14th Mac 2010 untuk anda beli dan booking bilik.

Pakej Voucher yang ditawarkan adalah :

(VOUCHER 1) 2D/1N – ROOM + BREAKFAST FOR 2 PERSON

  • FIRST WORLD HOTEL (Standard Room):RM45.00/per room
  • FIRST WORLD HOTEL (Deluxe Room) : RM95.00/per room
  • THEME PARK HOTEL (Superior Room) : RM85.00/per room

(VOUCHER 2) 2D/1N ROOM + BREAKFAST + GENTING OUTDOOR THEME PARK TICKET FOR 2 PERSON

  • FIRST WORLD HOTEL (Standard room) : RM100.00/per room
  • THEME PARK HOTEL (Superior Room) : RM140.00/per room

(VOUCHER 3) 2D/1N ROOM + BUFFET BREAKFAST

  • AWANA GENTING (Double Deluxe Room) : RM159.00/per room
  • AWANA KIJAL (Deluxe Room) : RM189.00/per room
  • AWANA LANGKAWI (Superior Garden) : RM149.00/per room

* PAKEJ INI SAH SEHINGGA 31 OGOS 2010

PERHATIAN! JIKA ANDA BERMINAT DENGAN PAKEJ INI. ANDA DI KEHENDAKI MEMBELI,MEMBUAT PEMBAYARAN DAN MENEMPAH BILIK SEBELUM 14 MAC 2010.

SYARAT-SYARAT PEMBELIAN :

    1. Pilih pakej yang anda kehendaki di atas.
    2. Buat PEMBAYARAN pada AIN ROZILAH BINTI ALI OSMAN(MAYBANK / CIMB – No acount boleh PM AGS) (Cash & Transfer Only). Sertakan bukti pembelian anda dan email pada ain.bashir@yahoo.com.my
    3. Anda akan diberi no voucher dari saya dan terus membuat penempah melalui online sebelum 14 Mac 2010.
    4. Sertakan sekali Pos Express (RM3.00) Pos Laju (RM 6.00).
    5. Sertakan Butiran diri anda : (
      • NAMA (pastikan nama ini adalah orang yang sama untuk check in nanti)
      • ALAMAT (pastikan alamat ini betul supaya voucher tersbut sampai pada anda)
      • IC NO
      • HP NO

      * (Butir ini saya letakkan dalam voucher)

    6. Setelah Selesai Voucher Original tersebut akan diberi pada anda.

INGAT!!!!!

VOUCHER INI HANYA BOLEH DIBELI DARI SEKARANG HINGGA 14 MARCH 2010 SAHAJA. SELEPAS TARIKH TERSEBUT VOUCHER TIDAK AKAN DIKELUARKAN LAGI. VOUCHER INI BOLEH DI GUNAKAN SEHINGGA 31 OGOS 2010 DAN ANDA BOLEH PILIH MANA-MANA TARIKH YANG ANDA INGIN PERGI KE GENTING HIGHLAND DENGAN MENEMPAH TARIKH TERSEBUT SEBELUM 14 MARCH 2010.IKUT PADA CALENDER GENTING.

PROSES PENEMPAHAN

  1. Layari Link ini (REDEEM GENTING VOUCHER)
  2. Pilih Hotel / Room Type (pastikan klik pada Pakej yang anda sudah pilih di Voucher)
  3. Ikuti 5 langkah-langkah yang telah disediakan. Pastikan anda masukkan no Voucher semasa booking bilik anda.
  4. Pastikan Tarikh yang anda pilih adalah dalam lingkungan LOW SEASON. Sila rujuk pada kalender Genting 2010. LOW SEASON adalah bermula Hari Ahad Hingga Khamis bermaksud jika anda ingin check in haruslah memilih tarikh dan hari yang dikatakan. Voucher TIDAK SAH jika digunakan pada Hari JUMAAT dan SABTU.
  5. Apabila langkah di atas selesai catitkan No Refrence Booking pada voucher anda dan tungguPENGESAHAN PENEMPAHAN di email yang akan GENTING hantar pada anda. PRINT PENGESAHANtersebut.
  6. Langakah Selesai.

PROSES CHECK IN

  1. Penempahan bilik boleh dibuat awal sebelum anda ke GENTING
  2. Pergi ke kaunter Check in di hotel yang anda pilih
  3. Sertakan VOUCHER dan PENGESAHAN PENEMPAHAN pada kaunter
  4. Selesai

Nota Penting :

    • VOUCHER ini sah dari SEKARANG sehingga 31 Aug 2010 untuk LOW SEASON (Ahad hingga Khamis sahaja) tertakluk pada carta kalender Genting 2009
    • Penempahan tarikh bilik haruslah dibuat sebelum 14 MAC 2010 dan anda boleh memilih tarikh sehingga 31 Aug 2010.
    • Terma dan Syarat ada disertakan dibelakang voucher resit.
    • Sebarang pembelian tidak akan dikembalikan
    • Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kepada saya di email ain.bashir@yahoo.com.my

Anybody yang dah rancang nak pergi holiday dengan harga yang murah macam nie..boleh lar beli..tak mahal pun..dan berbaloi rasanya..sebab Ann pun dah banyak kali pergi ikut pakej ni..mmg best..so apa lagi..

JOM BERCUTI KE GENTING HIGHLAND!!!!!

INGAT !

PEMEBELIAN VOUCHER ADALAH DARI SEKARANG HINGGA 14 MARCH 2010.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH RUJUK PADA SAYA ATAU EMAIL DI ain.bashir@yahoo.com.my

Friday, March 12, 2010

Dah besar dah anak2 mak ye..

hahahahhaa… agak2 ape? kukuikuikui… nak taw dak pasal ayam2 aku ni.. hmm..sangat lar aktif serta agresif hokay… pandai2 pun pandai… kiranya well training lar katakan..cuma ready let go je lar… sapa nak habaq mai ok..

DSC04632

Yang ni dah gemok2.. mantap lagi terbaekk… hehe DSC04633 berebut2 time makan ni..xcaya korang tengok lar video kat bawah nie ha…

pastu nak lagi pandai.. belum lagi tuannya bagi makan..baru tunjuk muka kat tepi dah heboh berlari2 nak mintak makan… dan sebab apa aku kata mereka pandai..? ko tengok lar video ni ha…

so far.. ayam2 semua sihat2.. dah makan pun ayam ni.. daging manis.. dan sedap… korang pun taw larkan ayam kampung ni lain sket rasanya dari ayam daging ni.. betul dak.. hehehe

anyway.. aku juga amik tempahan bagi sesiapa yang nak beli ayam kampung untuk raya ke..kenduri ke… atau apa2 saja.. sbb ayam mencukupi… Harga Ayam sekilo RM6.50.. siap proses lain…

Bukan tu je.. if yang korang  nk siap lauk pun ada gak… ayam Kampung percik,Gulai Lemak Cili Api Ayam Kampung dan Rendang Ayam Kampung. Semua masakan N9.. sapa yang suka boleh je nak order.. hehhe..

btw..nanti aku citer lanjut pasal ayam ni k.. ni pun selling fast..hehe…

p/s: Voucher genting adalah Sold out…tQ

Thursday, March 11, 2010

Baru lah dapat dating. tu pun dengan Rapik..

oitt..oitt.. ingat aku dating ngn laki lain ke? hello… im married ok.. opcos lar dating ngn hubby ai…. dia lah pakwe aku, kawan lelaki aku, tunang aku, and most officially MY HUSBAND… yeahhh.. very the correct uollss.. heehhee

DSC04644

Makkk aiii… botox dah mengecut lar uollss.. hahahha.. lamakan tak tengok n3 bergambar kan… ni aku kasi muka tuan punya blog ni ha… amacam? ada bz kah? jawapan nye… nan adoo.. gitu je lar,,,

DSC04646

eyyy..susah taw skang ni  kalau nak amik pic mr.Shyir molek2 sket..ada je memek muka dia buat ni.. haisshh… redha je lar… hmm.. malam tadi weouls keluar dating.. tengok wayang je pun.. ate.. lama no tak dating dalam wayang kan.. so g lar tengok citer Niyang Rapik yang digembar gemburkan.. DSC04648

Watch movie kul 9.20 pm.. mula2 booked ticket dari umah.. sekali sampai JJ pun kul 9.00 pm dah.. nak collect tiket mendanya.. beli je tiket lai.. dapat lar duk tengah2..hehe.. tak ramai pun nengok citer ni… orang lain dah tengok.. aku ngn laki aku jer baru hegeh nak tengok.. tul dak..

so far citernya ok. lar… takdelar sampai nak jerit2 tahap orang gila ke hapa kan.. terkejut2 gitu je lar… hantu leh tahan seram jugak… yang lawaknya si Sam tu je lar… yang lain ok2.. so 3 bintang je leh kasi.. lain tarak.. hehhe DSC04651

Rindu ngan pompuan ni tak? sape rindu kat aku ada hadiah menanti..eceh… hadiah dalam hati sudah.. haha… after tengok movie..terus chow pekena roti naan sedap kat senawang..  DSC04652 Naan Cheese.. wow! sedap hokay.. roti lembut kuah dal mabeles… aku share je lar ngn Mr.Shyir.. ko tengok lar kul bape pun makan.. kul 11.30 pm ok… buat naya je makan2 berlebihan ni… tak sempat nak bakar lemak.. hahaha

DSC04653

maaf gambar gelak.. saje tak kasi clear roti naan sedap itu… kalau nk..turun senawang.. jumpa aku.. aku belanja roti naan sedap ni ha.. hahahaha…

p/s : sudahnya malam tadi susah naK tido dek tengok citer Niyang Rapik tu ha.. hampeh toll…

Wednesday, March 10, 2010

Terhad sungguh rasanya

Rasa2 nya korang pun taw kan.. napa lar AGS ni tak update blog secara sukses seperti yang dulu… bz sangat ke dia? eleh apa lar sangat keja dia tu? duk kat opis jer pun.. tak kena panas pun… eleh2 buat2 bz lar tu..?…hmmm.. aku paham..paham lar sesangat soklan2 tu…

ok camni lar..aku jawap je lar k…

sesungguhnya uols tak taw apa yang aku rasa..korang pun takde ditempat aku skang ni… sure tak taw kan.. ye,.. mmg aku keja kat opis… tapi keja kat opis ni tak pikir lar pulak.. nak blog hop pun tak sempat… nak baca blog favvy pun curi2… sesungguh di opis ni tak menang tangan… kadang2 aku balik pun dah kul 6.30 pm.. Mr.Shyir lar balik dok tgu aku kat umah nun bini tak balik2…

alar..malam takleh update blog ke..? buat lar n3 autopublish n etc?

jawapan : keja opis kan weekdays.. so aku mmg fully working hard at office.. no time to play2… stress tu mmg lar.. tapi diam2 je lar… buat je lar keja2 tu..walaupun nimbun2 kan.. dah balik lambat opcos lar letih kan.. malam plak.. aku nk entertain Mr.Shyir pulak.. makan dia.. nak borak2 lagi… nak manja lagi.. dan nak. nak. nak.. lagi.. oppsss!.. yelar.. aku nk lipat kain lar.. apa lar… susahnya tido pun cepat…kalau tengok tv atas 10pm..confirm tertido punya… jadi bek xtvt sihat… wakakakaka… 

mmg tak sempat sungguh nak wat autopublish2… bukak laptop pun malas… kadang2 tu sampai aku bawa balik keja kat opis ni siap kan kat umah taw.. ha..ko bayangkan lar.. oraang lain boleh rileks aku ni ko tak yah cakap lar…dan masa aku adalah sangat terhad.. nak dating pun tak sempat..alar-alar kad je lar..

dah weekdays nya camtu.. weekend lagi lar… cuti pun macam tak rehat je kan.. tapi takpelah.. demi suami ku tolong juga… kerja kat ladang ayam tu pulak.. tolong apa2 yang patut.. ayam sakit nak kena medic lagi… itu ini sana sini… Ahad je lar nak rehat pun.. balik umah semenyih kejap je… pastu isnin mula rutin yang sama…

tapi aku bersyukur sangat2… time2 aku dan suami yang sama2 baru nak build up bisness ni.. yang sedang bersusah payah untuk kesenangan kami kelak… dan Allah tahu kenapa dia belum bagi REZEKI ZURIAT pada kami suami isteri. Allah nak kami berjaya dan mungkin waktu itu baru DIA nak bagi ANUGERAH itu…

kalau ko tanya perasaan tu.. mmg ko pun taw lar jawapannya kan.. apa2 pun aku dah tak kisah.. Allah je yang taw apa yang akan jadi,terjadi dalam perjalan hidup kami…Tapi kalau Allah nak bagi cepat.mmg aku akan tidak menolak.. malah menerima dengan hati yang terbuka..mudah-mudahan..aminn…

Bukan senang taw nak build up bisness ni… macam2 hal lar.. tapi tabah sabar dan berani  je lar… aku cuma berdoa… semoga penat lelah kami suami isteri ni akan membuahkan hasil yang tak ternilai harganya..aminn… seronok sebenarnya kehidupan yang mencabar ni… baru lah namanya life kan..?? yeahhh!! caiyok ANN & MR.SHYIR..hehe.

Walaupun ada suatu ketika itu.. rezeki itu bukan milik kami.. kami redha je lar… hanya Allah yang tahu..

ok. now u know kenapa lar aku ni busy n tak hupdate blog..??…

sekian..

p/s : Cepat2..promotion almost closed… cepat beli voucher dengan AGS..berbaloi-baloi..

Tuesday, March 9, 2010

Review secara laju2

Salam Semua… Sorry atas kelewatan menghapdet blog… ko paham2 lar kan… malas nak kata bz..bz,.bz.. ye,, mmmg aku bz pon.. so let it be ok.. ni pun aku curi sket nak update ha…

review weekend lepas

Jumaat malam : Loading stok baru untuk ayam2…

Sabtu : Membantu suami di ladang ayam – tengah hari g shopping at Jusco – petang g ladang balik – malam bali semenyih jap. jenguk2 mak mertua..kejap pun jadi lar…ihihih..menantu mithali kan.. hahaha

Ahad – pagi after breakfast gerak ke ladang ayam balik… ada kerja2 yang nak disiapkan – petang mandi air terjun plak… tu pun kejap.. nak hujan dah…

so aku taw korng kan berjalan2.. aku ni tak menahan ni kerja je wehhh… weekdays kat opis… weekend tolong suami kat ladang ayam pulak.. takpe Ann.. ni semua untuk masa depan dan kesenangan kami suami isteri juga anak2 kelak… skang ni bersusah2 lar dulu…heheh

but we ouls still enjoy our life.. hehehe….

ok dah,… kasi aku sambung kerja balik..

p/s : those yang nak voucher genting tu kasi cepat ye… dah  nak sold out ni…

Friday, March 5, 2010

Tak sempat lar uollss!

Dear uolls..

hari tak sempat untuk aku buat n3 panjang2…

cuma dapat buat short note ni je lar..

bz gilosssss!! tak menahan ni wehhhh….

ni pun tengah menimbun kerja…

ikutkan aku nak cabot je ni..

tapi takpe.. kalau rajin sok lar ye…

Selamat berhujung minggu uoollss!!

daaa….

Thursday, March 4, 2010

BBQ sesuka hati

Jumaat malam sabtu tu… buat lar sket bakar- bakar ni kan.. alang2 dah balik kampung.. alang2 dah ramai2… bleh je nak bbq.. syiok je men2 api ni hahahhaha

DSC04605

menu ready tu bakar adalah.. ikan cencaru, daging diperap rempah tandoori, sotong and kerang..  DSC04606

ipar2 ku… gigih taw mereka ni… hehhe DSC04607

aku dan laki aku pun gigih gak.. punya lar hebat membakar.. sampai tersembul botox.. hahhahaha… DSC04608

dah sampai camtu sekali laki aku ni… kipas guna kipas karen je.. xde makna nak kipas tangan lagi dah… DSC04609

api kasi marak..supaya cepat masak.. sebab masing2 dah lapor… DSC04610

adoiii… laki sape tu wehh?? huhuhu…~~ love u lar.. haha DSC04611 ni lar daging diperap rempah tandoori.. hehehe.. rasanya sedap jugak.. lain2 aku tak snap.. malas lar pulekk.. hehehhe..

malam tu tido dengan girang nya.. sebab perut ketat… baru nak tengok tv dah terlelap sudah.. hahahaha…..

balik kampung ni mmg aku skip diet betul lar… kedaung sungguh.. terus feeling cam kurus dan boleh santak sesuka hati aku… balik sini diet balik.. hahahaha…..

p/s ; jangan tanya aku napa aku diet.. soklan sensitip!

Wednesday, March 3, 2010

1st time datang sini setelah 7 bulan kawen

sepatutnya aku dah g tempat ni masa mula2 aku balik kampung sg.Besar ni masa mula2 baru kawen aritu… Mr.Shyir duk cerita tak habis2.. itu lah.. begini lah.. sudahnya tak bawak2 pun.. caittttt!!

Petang jumaat tu after beli barang2 nak berBBQ malam tu.. singgah lar pantai yang selalu dikatakan itu… aku berzikir kat telinga baru nak bawak… hahaha.. seb baik lar..Adik2 ipar lelaki ni memahami kak ipar yang singa ni.. hahahah…. gilakk..singa terus claim diri ni..

DSC02260

tempat ni tak lar jauh dengan kampung aku tu… dokek yo.. heheh.. tapi mmg kena naik kete lar kan.. hahaha… masa sampai tu.. sangat2 lucky… air laut adalah pasang.. hehhee… Mr.Shyir pun kata..selalu kalau dia datang mmg surut semedang jer.. ahhahaa.. bini mu ini bawak tuah dok??? hahahha.. ~~~ seee muka teruja kan.. hahha… yang sebenarnya panas dah tu.. mintak laicikang je tekak tue.. hahaa DSC02259 sebelum gi layan laicikang panas2 petang ni..pose gedik dulu… uikkss!! malu lar.. dah macam orang mengandung je aku ni.. hahahhaha… yang fenting kena mendada sket..baru feeling shekshi. ahhahahaa….

gambar layan laicikang takdok..sebab dah haus sangt… tak sempat.. yang penting aku order gak tomyam..sebab tekak aku ni asek lar nak makan tomyam jer… ahahha….

p/s : malam nak prepare BBQ pulekkk… hehe

Tuesday, March 2, 2010

Xtvt sama tapi best sangat..enjoy!

Bila dah balik kampung..mestri lar ade xtvt kampung jugakkan.. so decide memancing adalah paling sesuai… huhuhuh… sngat nyaman ok memancing di kampung ni.. untung nasib dapat ikan lagi beruntung ikan yang makan umpan.. ahahha.. paham dak perumpamaan aku ni.. hhahaa…

DSC04596

Mr.Shyir sibuk duk menyiapkan pancing buluh ni… tapi dia tak join pun.. malassshh tol.. DSC04598

With my sister in law Dikma… tengah pasang umpan…akak ipar hanya tengok jer…hahah.. DSC04599

Memancing tak lah jauh dari umah embah tu (panggilan nenek dalam bahasa Jawa).. tepi simpang tu ada parit.. so lepak situ.. ikan banyak.. tapi kecik2… cubaan yang pertama pagi jumaat nan ado hasilnya…

Then petangnya nye plak.. sekali lagi memancing… huhuh… time ni best jugak lar. cuz angin sepoi-sepoi je.. huhu.. DSC04600

With sister inlaw.. nice view at the back sebabnya time ni angin kuat nak hujan.. tapi tak reti2 nak balik.. hahahaha DSC04601

best jugak lar… semua turun memancing.. harapan nak dpat ikan lagi lar.. tapi nan ado jugak.. hahahahha…. DSC04602

alamak.. blurry sket.. Me – Dik Ira- Mr.Moonjay. DSC04603

Nice shot tak? hehhehehe… using camera phone sahaja… DSC04604 akak ipar yang over giler memancing.. hahahaha…. tapi takde hasilpun… ade ikan.. pas makan umpan.. masa dah tarik separuh..leh pulak dia jatuh ke air balik.. cis.. xde rezeki lagi. hehehe…

Malam tu ada wat BBQ lagi.. hehehe.. syiok2.. makan2.. sepanjang balik kampung.. diet mmg musnah.. asek masak2 pastu makan ramai.. sangat best lar kan.. sumpah tak hengat nye makan..ko tengok lar badan ku nanti semakin mengebu kembali.. hehehhe

p/s : ada lagi n3 citer kat kampung ni.. nanti aku update lagi.. hehehhe