Pages

Monday, August 30, 2010

Berbuka Puasa yang sangat havoc sekali

Setelah hampir 2 minggu plan2 oleh ex schoolmate aku ni.. makanya 28 Aug 2010 berlansung lar acara berbuka puasa beramai2 dengan gilang gemilang nya.. huhu..

btw,, thanx ye to Mar@ziey.. cuz suggest tempat ni.. terbaek lar.. after aku shout tempat ni kat alumni ex-Smtpd.. admin bergerak pantas untuk event ni… aku bukan admin lar..

45459_1585101993510_1414582370_2222193_3731116_n

Lokasi : RedWork Restaurant. bandar baru Bangi

Rate : Rm 25 per person steamboat n buffet style.

Aku mmg dah minta izin lama dah dengan mr.Shyir nak kuar bebuka dengan budak2 ni..seronok gile lar.. mr.Shyir tak nak ikut.. takpe..aku ada green light.. hehe… so on Saturday petang tu aku drop encik suami dirumah ibu beliau kat semenyih.. so kul 6 pm aku gerak lar sendiri kat lokasi tu..

naseb dah goggle awal2 kat mana tempat tu.. tak sesat alhamdulillah.. hehe.. so reach there daam 6.30 pm gitu.. ada yang dah sampai.. biasalar.. kecoh2 dulu… buat haruk pikuk tak hingat orang keliling.. kuikuikui.. happy lar kan..

memandang aku sorang je preggy time tu.. sume dok bahan aku nye perut.. cis! hampeh tol.. takpe baby.. uncle2 n aunty kamu ramai.. nanti kita pow mereka.. hahaha…

45797_1585084913083_1414582370_2222078_7253171_n

Suka pic ni.. anak BFF aku.. Nurill Ain Najwa.. dah besar dah dak kecik ni.. hehe.. tapi punya lar baik nauzubillah.. tak buat hal.. tak kisah dengan orang langsung.. tak nangis tak apa lar.. pass sana sini pun tak kisah.. baik betull.. moga anak aku nanti macam anak ko may.. 45575_1585086193115_1414582370_2222091_437193_nNi ibu najwa.. yang dah kawen attend event ni aku ngn may je.. dua2 tak bawak laki.. haha.. single mother.. harus lar berjimba kan…

kul 7 pm tu dah siap2 g beratur amik makanan lar.. so sangat best.. makan banyak.. makan sampai terlentang.. burak2 pun macam2.. citer hal sekolah lar.. seronok lar.. almost bertahun2 tak jumpa… 46735_1585093393295_1414582370_2222107_2071838_n

ni table aku… terselit pulak peng tu.. haha.. xpe… btw yang sebelah aku tu Jue namanya..member may.. sekali citer nye citer.. terbukak yang dia silent reader aku.. haiseehhh!!! muahahaha… bukan tu je.. rupanya dak2 ni dah admire ngn blog aku.. makk aihh!! korang ni… malu ai taw…heehehe 44611_1585099193440_1414582370_2222151_2703497_nKo tak yah cakap apa2.. mmg muka berlengas..berminyak segalanya lar.. after solat maghrib mmg aku malas nak apply mekap dah.. sume gitu.. panas.. sbb dh lar ramai orang. pastu steambot tu depan meja tu kan.. hamik.. candid by Bob. 

44807_1585103233541_1414582370_2222205_2746361_n

School mate… tapi lain2 kos.. Misha – AGS - Aween

44993_154514527898285_100000192166314_489191_4304632_n

Semua pakat nak amik berkat pegang perut aku ni.. dah lebau semacam aku tengok.. haha

45459_1585101953509_1414582370_2222192_2177933_n

Listing nama yang join.. Almost 51 pax yang join.. fuh! seronok ramai2.. walaupun sepatutnya ramai lagi datang.. batch kitorang time sekolah mmgrapat giler.. thats y boleh gather macam ni.. sume kasi kerjasama.. sume dah paham kawan2.. kira da event apa2 mmg dorang akan attend… even kalau member kawen pun pakat datang ramai2.. sampai penuh pelamin kau.. tunggu nk roboh je.. hahaha…

45797_1585085113088_1414582370_2222083_3073691_n

Orang kuat yang menjayakan event ni… Aziana – Risha – Roy.. kalau takde dorang.. mmg tak jalan ar event ni.. thanx korang.. aku hargai sangat2.. ehhee… next event plak k.. kasi ramai join lagi..

By 9.30 ramai yang dah chow.. tinggal bape kerat je lepak2 lagi.. termasuk aku.. ye lar.. aku naek keta sendiri.. jadi terpulang nak balik kul bape.. permit aku til 12 midnite.. hehe. tocei encik suami yang memahami.. hehe..

lepak makan dessert lar.. borak2 lagi sampai lebam.. hahhaa.

45622_1585107393645_1414582370_2222250_3011509_n

yang tinggal ni je.. kul 10 pm kot.. masing2 perangai giler.. pastu perut aku jadi bahan.. suke korang kan… hahaa..aku chow dalam 10.30 pm gitu.. malas nak baik lambat2…

apa2 pun… you guys rock babeh,!!! havoc!! next time kita jumpa lagi.. heheh…

Credit to Bob – sebab all picture from his camera.. aku nye ada tapi leh plak cable lupabawak.. jadi aku copy je lar kat FB ko tu ye bob.. hehe… nak picture leh ke FB aku..

Macam2 hal lar…

Salam Isnin.. Salam Ramadhan ke 20.. fuh! lagi 10 Hari raya kan.. wahh!! seronoknye lar.. eceh,, over plak.. hehe

ok2.. apa kes macam2 hal ni… adehh.. hari ni kan 30hb kan… so masing2 nak kuar gaji lar apa kan… aku ni baru masuk opis.. selesaikan hal2 dibank.. makk aiihh!! ramai ok orang2 kat bank ni.. adakah sume nak prepare duit raya dah sebgainya..? owh tak taw lar acik der..

hmmm.. fenatnya lar aku rasa.. dengan cuaca panas.. dahaga sungguh ni…. bertahan ok.. dari MBB aku ke CIMB.. pastu ke MBB balik.. hoihh!! macam2.. mesin deposit tu pun banyak hauuussss!! Mean rosak lar… pastu jenuh nak beratur panjang2 pulak… hoiss!! tak koser aku… cari bank lain.. makk aih! parking pulak problem.. cis!

pagi tadi pulak mata aku ni buat hal pulak… punya lar mengantuk giler.. stress aku.. nak bangun hantar encik suami pun tak larat.. kuikuikui…

hmm.. aku ingat tadi nak update pasal berbuka puasa dengan dak2 skolah aku tu.. tapi kejap2 lagi lar… kasi aku tarik napas dulu.. pening ar kena panas.. walaupun drive dalam hekonnnn!! hehe..

Friday, August 27, 2010

Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex

**Di petik dari Note kawan2 aku kat facebook. Saje share dengan dengan uols.Harap kejadian ini tidak berlaki pada anak2 kita kelak**

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

***********************************************************************************

Nauzubillah! macam2 hal lar zaman sekarang ni… bila dah terjadi perkara macam ni.. takut pulak nak bawak anak2 kita bershopping kelak.. sekarang  ni orang jahat lebih banyak dari orang baik.. tak boleh nak percaya orang 100%. Walaupun dia baik dgn kita pun… hati budi siapa taw kan…

nasib baik budak ni selamat.. kalau terlewat sikit.. terus budak tu hilang macam tu..

Jadi, pesanan untuk kita semua.. Awasi anak kita walau ke mana pun kita nak bawa. Pastikan anak2 tu depan mata kita je.. xpun if yang dah pandai cakap or dah besar sikit. Pesan kat dia if ada orang yg kita tak kenal offer apa2 pun.. terus jerit tolong.. tolong! tolong!.. xpun.. Polis! polis! Polis!.. kasi penculik tu lari je…

xpun.. kalau nak beli barang2 dapur tu.. just drop je kat rumah dengan pengawasan orang dewasa.. hantar taska sekejap ke.. risau lar…dah banyak kes penculikan yang tak dapat jumpa balik budak tu… malah dibunuh dengan kejam lagi.. subahanallah!

Salam Nuzul Quran

Salam Jumaat.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa yang ke 17.. Alhamdulillah dah 17 hari kita semua berpuasa.. dan hari ni juga merupakan Hari Nuzul Al-Quran bagi seluruh umat islam.

Ada beberapa negeri je cuti… tapi aku tak cuti… negeri sembilan tak cuti… takpe lar.. sama je cuti ke tak..janji dah hari jumaat.. makanya esok cuti.. hehe…

Ok.. Istimewa juga Nuzul Quran ni.. kerana Nabi Muhammad saw berkata.. perbanyakkan lar membaca Al-Quran bagi kita semua.. insyaAllah.. dalam bulan mulia ni.. sama2 kita perbanyakkan ibadah kita untuk bekalan kita di akhirat nanti..

Akhir kata, Salam Nuzul Al-Quran buat semua…

sekian,

Thursday, August 26, 2010

Converter sukatan masakan

Terlanjur dah tau info ni… baiklah aku kongsi sama korang.. alar tak luak pun if kongsi kan.. malah berguna lagi.. sebelum tu thank to Rai sebab sudi kasi info bila aku terjah kat wall dia.. hehe…

pastinya dalam setiap pembuatan makanan akan menggunakan sukatan2 tertentu.. kebanyakan dalam gram macam tu kan.. apa jadi if rumah korang tak de penimbang kek/makanan tersebut. Jadi aku kat sini memudahkah lar ye…

Di website ni memang memudahkan kita nak sukat sesuatu.. terutaman bahan dalam masakan.. jadi if korang nak convert sukatan boleh ke link bawah ni..

http://www.convert-me.com/en/convert/cooking

InsyaAllah. if rumah takde penimbang.. boleh rujuk converter ni secara online.. konfem pastu korang semangat nak memasak atau buat kek.. hehehe…

Sekian hasil kongsi info kepada uolss.

Macam-macam ada.. yg penting murah!

  Salam.. selamat menjalani Ibadah puasa yang ke 16.. hehe…DSC04967 Lame sudha tak tepek muka sendiri yang pucat lesi ni… almaklom.. punca adalah MALAS.. titik.!

Malam tadi after buka and solat maghrib.. mama n adik ajak aku p shopiing kat bazar ramdhan kat senawang tu.. kat situ sebesar2 bazar ko taw.. macam2 ada… seyes buleh penat lar kaki ko berjalan.. hahah..

g awal dalam kul 8 pm gitu.. so orang pun lom ramai lagi.. senang sikit nak membeli belah.. wahh!! gaya macam nak beli banyak barang kan.. hmm.. xde makna lar aku nak shopping beriya untuk raya ni.. sume save untuk baby sahaje… cuma aku beli tudung banyak2 lar… contohnya tudung syria yang aku pakai tu.

ye tudung tu murah ok.. Sepasang rm15 je..  aku amik 3 helai.. cukup buat masa ni.. tudung yang hado pun aku tak terpakai.. hehe.. tapi bagi aku murah lagi lar..dari beli kat on9 tu.. kualiti sama je.. seb baik lar tak beli on9 lagi ritu.. hahaa.. kain jenis lycra.. tapi ala2 cotton sikit.. sedap n sejuk pakai.. motip?? haha

Mama n adik sakit borong2 baju kurung.. tapi seyes nice2 ko baju kat sini.. baju kurung pahang siap jenis creep silk ni.. mmg kelas ah… selai rm170… amik 2 rm300… fuh..! tapi kain dia mmg sedap ar.. geram je nengok.. almaklum… tak leh nak pakai baju kurung raya ni.. jubah FINK BLINK2 ai pakai.. ehhee…

baju kurung biasa pun harga dalam rm70 sepasang gitu.. kain pun cantek2… adehh.. banyak ar pilihan kat sini.. aku tak de lar nk tawaf abis bazar tu.. besar sangat… mama dapat barang dia.. dah cukup terus balik.. hehe.. xkoser nak sesak2 lagi.. orang dah mula ramai..

tapi satu je lar cam terkilan sikit.. bulan baik ni… ada jugak orang yang tak taw nak menghormati nya.. pakaian masyaAllah.. hmm… kalau tak nak bertudung sekali pun.. cukup lar dengan memakai pakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aset sendiri.. tah lar.. nak cakap lebih tak guna.. moga Allah ampunkan dosa2 mereka serta memberi hidayah. aminn…

wah! setengah hari dah berpuasa.. hehehe

Wednesday, August 25, 2010

Fuh! terasa betul lar..

Eh! aku xde terasa hati dengan sesapa pun.. cuma ni lar.. nak cakap pasal cuaca bulan ramadhan ni.. mencabar sungguh ye tak?

awal2 puasa ritu.. bukan main hujan mendung lar…petir kilat bagai.. dah masuk setengah perjalan bulan ramadhan ni.. panas pulak cuaca kat luar tu…

Hari ni dah 15 hari kita puasa kan… setengah je lagi nak raya.. tapi lately ni.. panas bukan main lar.. kadang2 tu.. berdiri kejap kat panas tu leh pitam pulak rasanya. dia punya bahang mereseap cepat betu lar..

Tekak toksah kata.. mmg haus jugak lar.. tapi kira ok lar jugak keja dalam aircond tak terasa sangat.. tapi bila ingat encik suami keja panas2 time bagi ayam2 makan tu camne lar.. patutlar dia letih sangat… nak2 dah turun 7 kg.. seyes jeles.. nanges aku tengok weight dia… bini dia sokmo naek.. cis! encik suami.. sila makan banyak2 k..

dalam pada dahaga bagai tu.. buka puasa takde pulak menggelupur nak minum air sejuk dulu.. buka mesti dengan air panas dulu.. pastu baru minum sejuk.. kasi baby jangan terkejut.. hehhe..

Tapi bila time haus tu jugak.. kepala terlintas nak makan ABC lar.. cendol lar… air tebu lar.. fuhh!! sedap betul rasanya…

So.. moral.. kena minum air banyak2 time sahur n buka.. terutama air masak.. hhehhe..

p/s : dah pening pk nak masak menu apa pulak..dush!

Tuesday, August 24, 2010

Baby Gender.. guess what?

Sejak2 aku letak status kat FB pasal gender ni.. makin ramai plak yang bertanya.. ok2.. which is good lar kan.. aku pun malas nak rahsia2 ke hapa… so kasi taw je lar..

Last friday aku saja g klinik panel family aku ni.. tanya doc available ke tak? so mula2 aku nak buat isnin.. tapi tanya Mr.Shyir dia plak tak sabar nak taw hari tu jugak.. so decide petang balik keja tu zass ke klinik…

Doc ni mmg dah biasa lar ngn aku.. masuk2 dah taw nak buat apa.. aku mmg dah lama tak scan.. last bulan 6 ritu.. biasalar kat kk tu kan.. sukati nk buat biler.. jadi kk pun tak bagi date nak scan lagi.. so aku scan kat luar je.. buat scan biasa je.. no 3D ka 4D ka… anak first tk kisah laki ke perempuan..

masa scan baby mmg active sesangat.. tak mo duk diam.. wah dah besar lar dia dalam tummy ni.. Mr.Shyir paling teruja lar.. sbb dia first time tengok scan tu.. selama ni bawak balik copy tu je lar.. kat kk mana leh encik suami masok kan..

malah ketika kejadian.. dia yang bertanya banyak kat doc.. amboii.. excited sungguh.. doc pun terangkan lar.. itu ini itu ini bla..bla.bla.. sambil scan tu.. sekali dia tunjuk.. ha ni dia…

guess what guys! Its a BOY… hehehehhee….

Mr.Shyir mmg suka sangat lar.. ada geng dia nati.. aku tak kisah.. ok jugak.. hehe.. seronok lar dapat taw.. walau pun dalam samar gitu.. tapi doc kan dah biasa lar kes scan2 gender ni kan.. dia taw dah… so kemungkinan adalah boy… tapi cam cuzen aku dulu.. scan boy keluar gurl.. rupanya masa scan tu nampak juntai bukan bebird dia.. tapi tali pusat.. aiyakk!!

Baby boy ok jugak.. sbbnya.. nanti dia leh jadi pemimpin kepada adik2 beliau nati.. hehehe jadi abang kena jaga adik2.. wah banyaknya adik2 dia nati.. amboii dah planning pulak.. muahaha…

Nak shopping barang baby nanti.. cari color2 selamat jugak.. takmo lar asek biru je kan.. oren ada,hijau ada,kuning ada.. FINK?? xmo2.. hahaa…

sejak2 dah taw gender.. baby makin active betul lar.. hehe seronok lar.. kadang2 sampai bergoyang2 perut ni ha.. haha.. so comel lar anak ibu ini.. hehe…semoga sihat2 saja anakku..

RESEPI : Biskut Minyak Sapi AGS

Diam tak diam raya lagi 2 minggu je kan… harini kita berpuasa bagi hari yang ke 14 rite? alhamdulillah.. masih bertahan… syukur…

kebiasaanya kalau lagi 2 minggu nak raya ni.. ramai yang dah mula buat biskut raya ni kan..? termasuk la aku… heheh.. insyaAllah.. kalau rajin lagi.. maka banyak lar penghasilan biskut raya ni nati.. aku buat yang ikut tekak aku je.. hahaha..

Malam tadi.. saja boring2 after terawih tu.. nak buat biskut raya.. naseb biskut ni senang gila nak buat.. lagi satu bakar pun sekejap je.. 10 minit siap… tu untuk each dulang lar.. hee..

ok aku share resepi ye.DSC04962

MENU : BISKUT MINYAK SAPI

Bahan – bahan : (satu adunan)

  • 120 gram Minyak Sapi
  • 70 gram Gula aising :: if takde gula biasa tu, korang kisar jadi halus mulus.
  • 180 gram tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh baking powder/serbuk penaik
  • 1 tutup esen vanila
  • Hiasan :: Coklat rice / kuning telur

Cara membuat : ( xguna mixer pun xpe, guna pemukul telur tu pun boleh)

  • Masukkan minyak sapi dan gula aising. Pukul hingga sebati
  • Masuk kuning telur dan esen vanila. Gaul sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul sehingga jadi doh. kalu lembik sangat. tambah sikit tepung lagi, anggaran 2 sudu camtu.
  • Lepas tu, bulat2 kan.. size sebesar satu ruas jari/atau ibu jari. ruas ye.. bukan sebatang jari.
  • letak dalam dulang.Tekan sedikit ke atas nya dan taburkan sikit coklat rice/ if xde sapu kuning telur pun boleh. sementara tu panaskan oven dulu.
  • Bakar selama 10 minit dengan suhu 180c sahaja.
  • Nak taw masak ke belum.. cek permukaan bawah biskut tu.. kalau dah coklat2 sikit. dah masak lar tu…sejukkan n masuk dalam balang.

DSC04959

lebih kurang macam ni lar ye…

DSC04960

Biskut yang dah masak. DSC04961

semalam sepatut leh dapat sebalang.. tapi lebih masuk ke mulut pulak.. hahaha…. DSC04962 Kualiti gambar kurang memuaskan.. coklat rice tu cam terabur sikit.. tu adik aku yang tabur.. xpe lar.. janji dia tolong.. aku dah gentel tu cukup ok lar kan..heheh

So.. dah siap satu jenis biskut raya aku.. tapi mama kata kena buat lagi..sebab tak cukup.. nak kasi nenek sebalang.. ok.. kang buat 2 adunan terus.. hehe…

naseb senang kalu susah.. malas acik nak buat.

Selamat mencuba..

Monday, August 23, 2010

Bermacam-macam jenis PARAM

Everybody’s know well about PARAM rite? uhh… tetiba nak speaking apa kes? haha.. ok semua taw kan.. skang ni mana2 ada pasar ramadhan tu  kan.. dan op kos lar bermacam2 juadah yang dijual…

tapi persoalan kat sini. adakah juadah2 yang disediakan untuk dijual tu sedap atau tidak..?  dan kebanyakan peniaga2 ini adalah seasonal sajer.. means bulan puasa ni je meniaga.. bulan lain masak kat umah sendiri.. ada jugak dari kedai2 makan yang kita taw dia mmg menjual makanan walaupun bukan bulan puasa.. betul tak?

Bagi kita pembeli lar kan.. kalau pergi ke PARAM tu.. haruslah rambang mata.. pelbagai juadah yang ada.. sampai kompius ditengah lautan manusia tu nak pk beli apa… tapi bila kita dah beli tu.. kadang2 nampak cam sedap je.. menarik untuk dibeli.. tapi sampai rumah.. rasanya.. euwww!! hampeh.. hampeh.. hampeh..

ok.. kat sini bukan lar nak perkecilkan peniaga2 tersebut,, tapi boleh tak kau buat makanan kau tu jadi sedap.. tekak orang puasa ni lain sikit.. ye.. semua orang taw.. yang tukang masak tu pun puasa juga.. tapi jika penjual tersbut adalah seasonal ramdhan je.. adakah makanan itu sedap.. lain lar.. peniaga2 yang dah biasa niaga tu.. kalau dia tak rasa makanan tu pun dia dah boleh agak ramuan tersebut… am i rite?

ada setengah peniaga tu.. tak kisah pun if makanan yang jual tu dah basi bila sampai kat pembeli.. owh! frustated bukan.. dah penat2 puasa sekali beli basi pulak.. tah lar.. contoh : hari ni baru belajar buat nasi ayam.. esok dah bukak kedai meniaga.. wah hebat.. jadi hasilnya??? fikir sendiri…

tapi jangan risau.. ada yang betul2 sedap… serius sampai naek stone makan makanan tersebut.. best jugak kan.. sedap2.. yang tak sedap satu hal jugak…

setakat ni aku belum lagi terjah PARAM kat area umah aku ni.. hari tu sekali je lar.. tu pun param semenyih.. alkisah nak makan popiah basah tu.. mmg betul cari popiah je.. dah dapat terus balik..sebabnya.. aku malas nak sesak.. selalunya balik kerja 4.30 tu terus ke dapur tolong mama masak… yang rajin g pun.. Angah je.. sebab dia petang2 memang suka merayau.. haha.. tapi bagus jugak.. just kirim je apa nak… buat listing nak makan apa.. suh dia beli je..mudah bukan?

naseb dapat adik yang gitu.. tapi setakat ni apa yang dia beli.. belum pernah lagi menghampakan weouls lar.. semua rasa sedap n boleh dimakan…hehehe.. nak puas hati lagi buat sendiri.. self cooking ni best jugak.. hehe..ada setengah orang tak sempat nk masak beli je lar..

panjang pulak bebel pasal param ni.. hehe.. hmm.. rasa nak buat kuih raya lar.. nati cek barang ada ke tak? kalau ada.. jalan je..hehee

p/s : baby kicking ibu smpai bergoyang2 perut ni.. huhu.. sweetttttt…. guess what gender beliau??? huhuuh

Bulat Bam2 testing baju raya

Salam Isnin.. Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 13. lagi 2 minggu raya lar kita,.. hehe..

Amacam baju raya dah siap? hehee… hmm dak kecik bam2 ni dah ada baju raya lar uolls.. baju kurung lagi.. hehehe…

DSC04954 Testing2 baju kurung baru.. comel je.. mama yang jahitkan… siap berkasut lagi.. kepala tu tutup pakai serkup je.. ok nati tudung beli baru ye.. rambut dia takde.. tumbuh sikit after cukur ritu… solution pakai tudung je.. heh

DSC04957

Sampai taknak bukak punya suka lar dia pakai baju tu.. hehe.. kain lebih buat baju mummy dia.. kasi buat baju dia yang kecik molek tu.. aween oh awenn.. kamu cumel lagi bam2..heehe..

40629_141521599213997_100000684723809_238372_993156_n Kalau pakai tudung muka aween jadi gini.. hahah.. cumellllllllll…. senyum simpul lagi ayu.. tapi tudung ni cam labuh sikit.. takpe.. nanti suh mummy aween cari tudung kecik sikit ye..

Selamat berpuasa aunty2 sekalian…

Friday, August 20, 2010

Ketagih pulak rasanya

Tahu ini kuih apa? bagus… naseb baik tahu.. kalu dok tahu.. mu pk lar sendiri.. hehe… apa kes kecek kelate..? muahaha

ekceli. semalam aku mmg teringin amek nak makan kuih seri muka ni.. adehhh.. sampai ke  tekak dah rasanya,.. cakap kat angah.. pi param carikan kuih seri muka ni…  dia balik nak dekat2 kul 7.10 pm tu.. naseb ada.. caya lar…

naseb ko memahami akak ko yang sedang mengandung dan tekaknya seperti ngada2 tahap gaban.. hahaa… bila time buka.. benda pertama masuk mulut opcos kurma.. pastu terus ngap seri muka tersebut.. uiii makkk!! sedappp ok…. terima kasih lar angah ku sayang…

so hari ni aku rasa nak lagi kuih ni.. jadi akan pesan dekat angah suh g param lagi.. angah kata dia beli kat makcik tua ala2 nenek gitu.. owh! patutlar.. orang lama yang buat.. mesti lar sedapp kan… huhuhuh.. ok semalam ko beli 3 ketul je ka… tu pun di potong2 lagi.. hari ni up lagi 3 ketul.. tak pun up lagi 6 ketul.. hahaha.. tamak disitu..

mmg teringin nak buat.. tapi nati aku goggle lar resepi ni.. nenek aku selalu  buat kuih ni tapi dia selalu buat topping tu kaler coklat.. pastu cam lembik2 ala2 terlebih telur.. ek? agak muak sikit.. hahah.. ampon! komplen2 plak.. huhu..

ok dah tu jer.. korang teringin jugakkah? ok petang kang g Param carik ek..

Gambar ehsan goggle lagik! tapi seri muka aku cakap ni macam di atas lar jugak.. sebijik color tuh..

Memang PANAS betul lar.. panas! panas!

hoiii… panas ar… panas aku ni… coiiii… bikin panas betul…

akan tetapi bukan lar panas seperti dibawah…

Bukan panas ni… ni tak de kena mengena.. gambar ehsan goggle…aku pun xde tak puas hati dengan sesiapa pun.. cool sajer… eh apa ke pelik nye pulakkan…? hehe..

Panas yang ku maksudkan… adalah… hmm.. sejak aku preggy ni.. aku rasa haba dalam badan ni melampau pulak bnyaknya.. mmg ada aku baca buku tu.. 2nd trimester ni.. nak2 aku nak masuk 6 month ni kan.. mmg panas sokmo.. dah mandi pon panas…cuaca hujan pun aku leh panas lagi.. ha . ha. jawap!

dalam bilik asek bukak aircond je.. pastu dah sejuk tutup balik.. minum air kemain banyak.. tido opkos mmg kena pakai aircond tapi tak lar sampai ke pagi.. kul 3 auto off.. kang pas sahur aku start lagi merampus kepanasan…adehh..

dalam bilik aircond pasang kipas pasang.. Mr.Shyir cukup bising kata sejuk2.. aik! faham sikit ye encik somi… saya ni mengandung… dalam perut saya ada baby awak yang cumel.. jadi haba dalam badan berganda2.. harus panassss…

dah lar gitu kan.. tido kem salam nak pakai selimut..  stokin lagi haram.. ye aku taw tak baek untuk aku n baby.. tapi nak buat camne.. bila aku pakai selimut..aku merampus tak pasal2 lagi… panas2… ha camne tu.. cer ko explain sikit…

tapi dah terasa sejuk amat tu tarik jugak lar.. kebanyakan nye takde makna.. hahha…mak aku bising2 jugak.. kaki krem tu ada jugak tapi tak kerap.. cuma aku minum susu banyak.. pastu ok.. kaki pun kalu tido tinggikan dengan bantal.. baru selesa..

tu je lar aku nak merampus…

selamat menjalani ibadah puasa yang ke 10.

Thursday, August 19, 2010

Tanya Anda : Url online shopping blog

Salam Khamis.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa yang ke 9 hari ni.. Alhamdulillah.. masih bertahan..

so sini aku ada soklan sikit.. aku taw ramai yang suka shopping2 online ni kan..

“ Boleh tak korang cadangkan online shopping blog yang ada jual baju2 macam Maternity dress ke / long dress ke / Maxi ke atau yang bersesuaian dengan muslimah fesyen..? “

“ kalau ada sila kasi Url blog tersebut..”

“ Jika harga murah atau berpatutan lagi best.. tak lupa juga fesyen2 yang best.. kira cam STYLE ke heehe”

Bukan apa.. skang ni nak terjah2 dulu blog itu.. mana taw berkenan ke.. terbeli pulak kan.. hehe.. apa2 pun window shopping dulu kan lebih afdal…

tolong ek rakan2 sekalian…

dengan itu saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih..

sekian,

Wednesday, August 18, 2010

Kecik ke besar aku lagi kompius

Skang ni aku preggy nak masuk 6 bulan jugak lar… tapi kan aku sendiri kompius bila ada yang kata perut aku besar ada yang kata kecik lar.. adehh.. dilema aku rasa…

DSC04950

ni picture hari ni… abaikan muka yang pucat tu.. puasa kan.. muhaha.. alasan lagi..

ada yang cakap perut aku tak nampak besar tapi melebar.. orang kata lagi.. kalau melebar anak perempuan.. siap bumper belakang besau… hoihh!! betul ke tak lagi aku kompius…

ada yang kata lagi.. perut bulat ke depan adalah anak lelaki..? ha.. camne tu? makin buat aku kompius..

DSC04953 Dari tepi adakah perut melebar atau membulat? kecik atau besar? hmmm.. tah lar… kadang kecik kadang besar.. tengok lar camne.. kalau time perut penuh membesar dan keras.. kalu time tak makan.. kecik n xberapa nak keras.. hehehe..

tak kisah laki ke perempuan.. janji sihat.. ok jawapan default.. hehe. yelar aku pun tak scan gender lagi.. nak kena buat appointment dengan regular doctor ni dulu.. maybe minggu depan…

bab preparation barang baby,.. listing dah ada.. tapi tak semua lar wajib beli ye tak.. bak kata Mama Ciare.. 5K pun tak cukup nak beli ikut listing tu ye tak.. kalau tanya pada mr.shyir mmg dia pun tak sabar nak g beli.. rasanya nak beli pas raya nanti lar…

hmm.. tu je kot nak update.. owh mengantuk lar pulak… nak balik awal buleh? hehe

TAGGED : Tag Bulan Ramadhan

Wah! tetiba aku dapat tag dari Diana.. tq sebab tq shaye.. heheh.. dengan bestnya saya terus jawap tag D yek..

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
erk? apakah aku HOT? Hot yang macam mana di maksudkan.. HOT tentang diriku.. xlar kot… aku insan biasa cewaahh!! tapi lately ni mmg hot panas2 gitu.. senang berpeluh.. hihihi

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?

image

Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
Ni PC opis.. saja letak pic kawen ni.. sbb time ni paling lawak masa outdoor..hihi. anyway dah setahun pun kawen.. heheh

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
2 Hari lepas.. sbb aku baru je buat 1 kilo pizza.. tu dalam peti ais tu ada lagi 2 pan.. hamik..! sampai muntah makan pizza..

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
aku tak perasan lar dengar lagu apa kat sinar tadi.. sbb kepala aku pk benda lain.. yang aku taw abby fana tu duk merampuss..

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Aku tengah check out draft akaun company ni.. nak submit..

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Ann.. ni nama omputih.. belum nama india, cina, arab dan lain.. muahahha

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...

  • Mama Ciare Bulat Gete..
  • Mama Ardna
  • Mama Atty’s
  • Lynda
  • Chef Raihana

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Rakan blogger yang sedang preggy bulat gete.. ehhee.. ai suka panggil gitu..

Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
Anda hebat lar Rai.. style buleh masak macam2.. hehe


Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
hmm.. xde sapa.. tapi ada kena mengena ngan aku sbb rakan blogger

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Sbb dia terpengaruh ngn cucur udang aku.. hahaha

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
erk? xperlu lar kot.. dia ferempuan lar.. tapi ku doakan agar dia mendapat cinta yang sejati dalam hidup beliau.. aminnn…

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..
1. Semua adalah kawan2 blogger daku

2. suka baca blog dorang

3. Mereka semua perempuan

4. Mereka juga beragama islam…

5. Aku follow blog dorang..

Tuesday, August 17, 2010

RESEPI : Cucur Udang Panas Garing

Semalam petang memang dah planning nak buat cucur udang goreng ni.. tah apa kes rasa nak makan sangat… yang part garing2 tuh.. fuhhhhh!!! setaaaaappp oooooowwwwhhh… hehhe…

DSC04931

Cucur Udang panas yang kelihatan seperti ini…. nampak tak kesedapan dia? korang nampak je aku yang rasa sedapppp hahhaa…

Menu Berbuka : CUCUR UDANG PANAS DAN GARING

Bahan2 :

  • 2 labu bawang besar :: racik dadu..
  • Udang :: ikut suka nak letak berapa.. dan potong kecik2 juga,, if korang nak letak sekor2 pun buleh.
  • Tepung Gandum :: ikut suka nak banyak mana, aku guna 1/2 kilo.
  • sebiji telur
  • taugeh
  • Daun kucai
  • garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit sikit.
  • AirDSC04922
  • Satukan semua bahan macam ni DSC04923
  • Letak air.. dan kacau rata.. air tu anggaran dalam 3 cawan camtu lar.. ikut adunan aku lar..  DSC04924
  • sehingga jadi cam ni.. jangan pekat sangat.. nati keras pulak.. tak shedapp kang… DSC04925
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak kekuningan.. DSC04926
  • yang ni yang nipis sikit.. garing2 n rangup tuh DSC04927
  • Kasi potong/gunting ikut size sederhana kecik.. kira senang nak makan lar.. DSC04929
  • Untuk kuah.. yang ni ready made.. kuah pecal.. kacang pecal mmg dah ada.. letak air panas je.. DSC04930
  • Sos cili pedas manis
  • Bahan2 :: 3 Ulas bawang putih dan 3 sudu cili kering (blender sekali),3 sudu besar sos cili, 2 gula beku, 2 sudu bsr gula putih,sedikit garam.sedikit air
  • Cara buat :: masuk semua bahan atas.. masak sampai didih n pekat.DSC04931

Hidangkan begini… siap sudah… hehehehe… Menu berbuka semalam ada kuewtiaw jugak.. tapi yang laku cucur udang panas ni.. hahaa.. lepas tu baru perabihkan kuewtiaw tersebut.

Seronok pulak masak2 ni kan.. ni yang nak goggle resepi je ni.. hehe…

eh! sorry.. baru kul 1 lebih ni kan.. adoii.. published pasal makanan pulak… aku yang tengok ni pun lapar.. apatah korang kan..? hehhe…

adios!

Monday, August 16, 2010

Sok sek Sok sek Ramadhan #1

uik! apakah itu? Rancangan terbaru kah? hehe. eh takde lah.. saja nak bersoksek ngan korang… dah petang2 gini hujan ala2 manja kat luar nun.. tambah sejuk pulak aircond opis ni.. jadi nak merampus meraban lar kat sini jap.. hehee..

Amacam puasa? semua ok kah? Alhamdulillah.. selamat lar kita sama2 menjalani ibadah puasa.. momtobe cam aku ni gak.. if larat kita puasa,if kita tak daya jangan paksa.. nanti memudaratkan diri n baby pulak.. so far aku larat lagi..walaupun si kecik ni ada duk kick sana sini.. laparkah anak ibu ni? sabar ye.. hehe..

Terawikh pula alhamdulillah.. belum miss lagi.. hari2 berterawikh bersama Mr.Shyir.. seronok pulak. lagi2 dapat taklim mengenai Ramadhan….walaupun buat 8 rakaat je.. tapi best.. feel dia lain sikit.. walaupun kadang2 nak bangun berdiri tu ada sakit sikit.. tapi xpe.. gagah juga..syukur…

Sahur camne plak? ada yang dah termissed kah? aiyaakk!! jangan begitu sayang2 sekalian… Nabi Muhammad saw pun kata SUNAT bersahur 1/2 jam sebelum abis waktu imsak.. masak simple2 pun dah kira ok lar janji bersahur.. owh..! aku kalau sahur harus nasi.. takde nasik pengsan.. hehee..

ok..kat sini ada beberapa pertanyaan sikit..

  1. Aku nak cari Restoran Stembot dekat area2 Bangi..? Jadi.. adakah antara kamu2 yang dari bangi tahu kat mana..? Sila kabarkan kepada daku.. sbb aku bukan orang bangi pun.. lagi satu.. member sekolah aku ni nak buat majlis buka puasa beramai2.. jangan lupa kasi taw ye…
  2. Bagi yang rajin shop on9.. kat mana aku leh cari long dress/maxi/maternity yang cantik, harga berpatutan? sila kasi url blog tersebut..

Setakat ni 2 soklan je.. kang klu de lagi ai tambah..

lately ni kat tepi bilik aku ni..after 12 midnite mesti bunyi cengkerik kuat sangat..kadang2 if aku terjaga nak g shi2 tu.. nak tido balik amik masa lama sikit…  bagi taw mr.shyir dia kata cengkerik tu berzikir.. adalah beberapa malam gitu.. 2 malam ni takde pulak.. mungkin cengkerik tu berhijrah  kat tempat lain kot…hehehe

so petang ni menu berbuka apa? hmm.. aku ingat nak buat Cucur Udang garing bersos Kuah Kacang pedas.. slurppp!! terasa dah kat tekak ni yang garing2 tu.. hehhe… InsyaAllah resepi ni akan di update juga..

ok stop sini.. mau buat kerja pulak…

Resepi : Tepung Pelita Sedap

Salam isnin… diam tak diam dah 6 ramadan kita berpuasa.. syukur masih dikurniakan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa.. lagi2 dalam keadaan mengandung ni kan..

so.. hari Jumaat lepas mmg terasa nak makan tepung pelita tapi buatan sendiri.. kat FB dah memekak2 mencari resepi.. Hari sebelumnya tu adik aku beli lar tepung pelita kat param.. hmm.. nama je tepung pelita sekali aku kategori kan.. sup tepung pelita.. ya amponn!!! cair amat.. rasa lagi lar… xmanis.. ish. orang yang nak berniaga ni pun satu.. berniaga lar betul2.. buat kuih/makanan tu biar lar sedap cukup masin masam..pendek kata cukup rasa lar..dah cukup disitu..

tanpa berlengah.. terus goggle ke blog rai..mmg hari tu dia ada post resepi tepung pelita without kukus.. amik resepi.. terus buat mujur bahan pun senang,, mmg dah ada kat umah pun,, hehhe,,

DSC05587

Bahan bahan :

(Lapisan Hijau)

  • 1 Cawan Gula
  • 1 Cawan air daun pandan yang dikisar / (atau)paste pandan 1 sudu tapi jadikan dia 1 cawan juga – kalau tak pekat jugak buh lar pewarna hijau tu sikit.
  • 1 sudu kapur sirih larutkan sedikit air
  • 4 cawan air
  • Cara membuat : Satukan semua bahan atas kacau sehingga larut dan sebati.. jangan sampai berketel. Masak atas dapur kacau sehingga pekat. dan masukkan ke dalam bekas.

(Lapisan Putih) : ada ubah sikit dari resepi rai.. sorry ye rai..hehe

  • 1 Cawan santan pekat/pati santan
  • 3 cawan air
  • 5 sudu tepung beras
  • sedikit garam
  • Cara Membuat: Campur semua bahan di atas.. kacau dan gauk sebati. masak atas dapur, kacau sehingga pekat dan tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan..

DSC05592 Akan dapat macam ni lar.. lapisan santan tu macam lemak2 sikit.. sedapppppp… hehee

DSC05593 Versi camera hampeh mmg gini. pencahayaan nak lebih,, hahaha…. nak amik gambar masa dah siap semua lupa.. pastu bila dah buka lagi lupa.. tinggal lar satu bekas je lagi tinggal.. muahha. tak sempat nk snap semua…

keseluruhan adalah sedap dan terbaik.. thanks tu RAI.. sebab share resepi.. if tak de resepi.. takde lar taw buat menda ni kan. Cuba dengan Yakin kan rai.. puas hati dapat makan teung pelita yang betul2 punya.. bukan sup tepung pelita ok.. hehehe..

nak cuba silakan… pasti tak nyesal.. hehee,…

Friday, August 13, 2010

Persiapan raya perlu ke tak nie?

Sedang terfikir2.. perlukah aku buat persiapan raya tahun ni…? Yelar… raya tahun ni bukan seperti tahun2 lepas.. nak buat itu ini.. nak beli baju gini2.. nak tenyeh mata color ini2…fuh! banyak lagi rasanya…

yelar.. time raya tu pulak.. kandungan hampir 7 month.. mmg hadooo sangat lar nak pakai baju kurung kan.. tapi rasa cam jimat lak kali ni. tak perlu nak buat baju kurung.. huhu.. kalau ikutkan aku.. simpanan kain ela yang aku ada campur pulak hadiah masa kawen ritu.. adalah 7 pasang kot.. satu tak berbuat… kununnya nak buat lar untuk raya tahun ni.. sekali mengandung.. tak jadi terus.. tunggu kurus baru buat.. hahaha..

Tadi menggoggle ke sana ke mari.. adalah beberapa blogshop yang jual2 baju or long dress n maternity blouse.. ada lar berkenan jugak… cam best je kan.. dapat selai dua jadi lar.. tak yah banyak2.. lagipun tinggal beberapa bulan je nak bersalin ni kan.. tapi kalau beli long dress after preggy buleh guna balik ye tak? hehee.. xpe.. hold dulu.. nati if ada choices lain.. aku buat pilihan terbaeeiikkk punyeee…P9200668:: hoihh!! kurus meleding.. jeles! :: 

Untuk Mr.shyir plak.. dia pun kata tak yah nak beli baju baru ke apa… raya sume sama… pakaian untuk solat sama je cam nak g solat jumaat je… janji baju melayu.. siap kata.. kalau kita pakai baju melayu tu.. ada orang tanya baju baru ke? baju tahun lepas ke? huh!.. ada betul jugak.. hihi.. xpun dia kata.. pakai je Jubah kawen tahun lepas… muahahahahh… yup! setuju jugak.. baju tu pakai sekali je masa majlis sambut menantu tu.. pastu terperuk dalam lemari.. hoihh! ni kena kuarkan hantar dobi ni.. lagi pun untuk aku..mmg ritu mama ada beli jubah baru masa g umrah… huh! selamat jimat lagi.. sudahnya.. tema raya adalah ARABIC.. hahaha…DSC_0149:: Sekali je pakai hahaha… pakai lagi sekali perut dah bulat kedepan:: 

eh tapikan.. area giant senawang tu kan… bazar baju2 dan segala macam tu.. berderet2 panjang.. macam2 jual kat situ.. hmm.. belum terjah kesitu lagi.. tengok lar weekend ni ke.. usha2 barang dulu.. lagi pun bazar tu bukak malam je pun sampan ke tengah pagi nun.. after teraweh buleh lar cuci2 mata.. maybe nak cari tudung je kot..benda2 lain xfenting..

ni yang fenting baby yang nak kuar ni. haruslah persiapan si kecik ni lebih afdal… so berjimat2 saja.. mak bapak tak yah over2.. eh.. aku dengar akak sedara aku cakap kat MANJAKU senawang ni ada buat pregnant members card.. kira ibu2 preggy ni buleh lar buat card members tu pastu dengan ada card tu.. buleh dapat 10% diskaun each item yang ko amik.. fuh! banyak jugak tu.. if beli 20 30 item.. dengan ditolak 10%? = penjimatan berganda2.. hehehehe… harus terjah nanti..

Kuih raya cam nak buat.. tapi tengok lar dulu atas kerajinan aku ke tak? kalau aku buat satu rasa aduanan kuih tu. tapi aku buat macam2 jenis.. rasa2 aci tak?.. hehehee…

apa2 pun just wait n see.. ni baru puasa ke 3.. ada banyak hari kena puasa..hhee

p/s: Hall umah aku ni dah start cat mengecat.. hamboiiiii…!! nak buat rumah exclusive ke ni? haha.

Thursday, August 12, 2010

PROMOSI : UPAH HAJI 2010

STICKY MODE SEHINGGA 48JAM -----> ENTRI BARU SCROLL BAWAH

Salam Semua..

Di sini AGS nak buka satu tawaran berkenaaan dengan UPAH HAJI.. Upah Haji adalah bermaksud keluarga ingin membuat haji bagi ahli keluarganya yang sudah meninggal dan mungkin si mati/arwah belum sempat menunaikan haji/sudah membuat tetapi ingin membuat lagi semasa mereka masih hidup. Dengan ini ahli keluarga boleh membuat upah kepada jemaah/wakil yang ada disana untuk membuat haji tersebut. ok.. lebih kurang la penerangannya…

Sekali lagi, AGS bekerja dengan syarikat pelancongan dan umrah/haji. Syarikat AGS bekerja juga sedang membuat tawaran pendaftaran bagi sesiapa yang ingin membuat UPAH HAJI bagi ahli keluarga mereka.

**Kebiasaannya Upah Haji ini akan diwakilkan kepada pelajar2 di universiti sana untuk melakukannya**

TAWARAN UPAH HAJI

Harga :: RM 1500/ per seorang sahaja

Perlukan ::

NAMA SI MATI/ARWAH BER ”BIN” / “BINTI” NAMA AYAH/IBU BAGI SI MATI/ARWAH

Harga ini termasuk :

  • Sijil Upah Haji
  • Barang Cenderahati dari tanah suci mekah seperti Tasbih,minyak wangi, sejadah,kopiah/tudung dan lain2 (tertakluk pada perubahan)

Contoh UPAH HAJI:

  • Abu (Si mati/arwah) binti Aminah (Ibu kepada si mati/arwah)

Jika berminat atau ingin maklumat lanjut boleh email kepada aliman_travel@live.com .

Disamping itu, jika ada sesiapa yang ingin membuat upah kenduri tahlil di Mekah juga boleh berhubung dengan AGS. Sumbangan untuk tahlil adalah tidak terhad. Boleh memberi sumbangan seberapa pun dengan ikhlas.

Kenduri Tahlil ini juga akan diwakilkan oleh Jemaah di sana untuk mengadakan kenduri tersebut.

Tarikh tutup untuk pendaftaran ini adalah sebelum 30 OKTOBER 2010.

Emailkan kepada aliman_travel@live.com

Merepek tu kadang2 bagus

Dah pukul 3 ni harus lar rasa cam nak merepek2 kan.. nak2 puasa ni kan.. nak2 lagi ada baby yang dah mula kick2 ni.. nak2 lagi kat nun panas amat.. fuhh!! berapa kali nak2 daaa….

Setakat ni, alhamdulillah tak de masalah berpuasa bersama baby ni.. sbb tiap kali nak tido.. kena remind dia yang esok kena puasa lagi.. nati bangun sahur.. kena kejut suh makan sama time sahur.. juga haruslah bagi taw dia kena behave sikit.. beri kerjasama dengan ibu… mendengar kata.. Alhamdulillah.. harap berterusan sampai bila2.. Abi dia pun rajin cakap2 ngn baby. memberi respon yang baik juga..

Tapi bila dah dekat nak puasa tu.. ya Ampon! baby dah gelupur kick2.. huh! dia taw waktu berbuka nak sampai dah.. Wah! clever…. aku pulak time nak buka tu lar rasa cam hoihhh!! lambatnya masa ni.. cecececec… padahal tak sabar nak terkam segala macam kat meja tu.. kuikuikui…

17960_241505232979_549387979_3139039_1804696_n Berbuka tu mmg kena nasik.. kalau tak.. pancit.. nangis hentak2 kaki.. haha.. tapi bila dah kul 10 malam lapar balik.. hahaha… carik lar makanan balik.. masalahnya bukan aku je lapar balik.. encik somi pun sama.. hahaha.. sah2 tembolok kami adalah besar….

semalam buka kat umah MIL.. singgah PARAM kat semenyih semata nak beli popiah basah sedap tu. fuh! peberet tu.. tapi ko taw lar kan g PARAM ni. berlaga vontot uuuu… hehhe… hajat nak makan murtabak semalam tergendala akibat murtabak sedap dan murah itu kena beratur panjang.. coiii! takpelar.. lain kali. ada 28 hari nak kena berbuka kan.. hari2 aku tukar menu… eh masak sendiri pun hado,, hehe

gambar kat atas tak de kena mengena ngn citer aku.. hrap maklum…

Klik2 kalau nak mencari atau nak tahu

Hmm.. kasi aku mukadimah sikit… semalam tak hupdate adalah disebabkan kebizian melampau.. jadi no time to update… lagi pun xde lar menarik mana n3 aku.. sbb aku tepu sikit bila time puasa ni.. hehe…

image So hari ni.. kalau korang perasan lar.. kat tepi side bar aku tu.. ada banner gerak2 tu kan.. ? yup! aku baru taruk.. ni untuk kemudahan jugak lar.. if korang nak mencari apa2 pakej ke..? promosi yang terkini ke aku buat.. takpun ada yang nak g umrah ke..? kan? boleh lar klik2 situ..

tapi tu pun tak lengkap 100% lagi lar.. sbbnya aku akan keluarkan pakej2 yang aku rasa best je… eh tak lar camtu… ada jugak pakej yang sebelum ni ak dah published tu…dan akan upgrade sikit2…

almaklum.. mak bz sikit nok… ada kerja urgent.. hehe..

Tuesday, August 10, 2010

Lembap.. siput lagi laju ko taw..!

Ok.. entri agak2 marah pun ade.. stress pun ada..

aku tak taw lar b4 dis aku ada wat n3 pasal ni ke belum… tapi yang pasti aku nyalak2 kat FB status aku.. stress wokkk!

pernah tak korang bengang ngn company seketori korang atas kelewatan dorang menyiapkan audit report dalam tempoh yang ditetapkan? fuhhh!! sebut benda ni mmg aku hangin secara tetiba….

punya lar aku mudahkan kerja2 dorang.. siap keluarkan account n buat secara details beserta aku ikut transaksi dalam statement bank tu.. dan itu pun dia tak boleh nak buat dgn cepat? apa lar ke !%^#@^!#!^% sangat ni.. geram sungguh..

dah lar aku hantar bulan hujung bln 4 ritu.. dan sampai skang ni tak siap2 lagi… pastu yang nyusahkan aku.. aku nak collect company punya lesen renew ni pun tak boleh sebb audit report tu takde… adoiii… vudduuussss lar..

pastu pagi2 dah call cakap… akaun company lebih perbelanjaan dari sales yang dibuat…? hoiii! ko baru bukak ke file aku tu?? abis selama ni ko buat apa? ko yang bagi tempoh nak siap bila.. bila aku chased tak siap2 jugak.. alih2 hari ni kata macam tu… mmg nampak sangat ko baru bukak file aku…

dengan alasan lagi.. hari tu ada staff lain yang handle account company tu.. pastu dia dah benti dapat kerja baru n baru ko take over account tu.. setelah berbulan aku kasik?? hoiiiiiiiiiiii! sekali lagi…. apa kena nye company ko ni… adehhh!! senarai company kat luar tu sikit punya banyak.. sampai 80 company.. tapi ko kerja 2 orang je dalam opis ko… tak de staff lain.. ko laki bini je keja situ.. mmg lar ko tak leh siap.. ko nak handle 80 company ko yang hado… apsal ko kemut sangat nak amik staff lain…

helloo!! company seketeri yang sebelah opis aku ni lagi bagus..lagi banyak company handle.. staff ramai.. buleh je siap dengan cepat.. opis sama je cam kau.. cuma lain blok je.. aduhh!! bagi alasan macam2… tahun lepas ko buat camni gak… bos kompromi sikit.. walaupun dia dah hangin….

kes tahun lepas.. disebabkan weouls tak nak bayar 50% from total audit report.. ko tak proceed pun… coiiiiiiiii!!! bos aku ni banyak company lain.. bukan company ni je dia handle.. lain2 company tu.. seketeri deme tak bising nak deposit bagai.. dah siap audit baru bayar penuh… ni apa kejadahnya ko mintak sampai 50% dulu… tahun ni dia mintak jugak. bos kata biar kan tak yah bayar.. kasi setel dulu… sekali aku rasa skang ni dia baru bukak file tu…

company ni bukan jenis statement bank yang banyak transaksi macam company besar2 berjuta berbillion tu… adoiii…. apa yang xde dalam statement.. tak yah ko nak cari.. berpandukan je apa yang ada.. pastu ko tolak tambah adjust apa yang patut.. tu pun nak kena ajar ke… siap cakap kat aku.. dia pun banyak client yang nak kena buat audit.. kena jaga client bagai…. hoiiiiiiiiiiiiiiiii!! apa kes ha? company ni bukan client kau ke jugak pandai!..siap hari tu kena kompaun dengan SSM sebabya lambat hantar audit n annual return.. coiiii!! bukan kah ni sume keja seketeri tersbut… ahhh! alasan lagi… dah banyak kasi kompromi.. last warning..

ni belom aku citer kat bos.. kang kalau dia tanya mmg nahas!.. semua kena hamun.. silap2 dia call company tu.. hamunn kaw2.. ni last.. pasni 2 company weouls yang buat audit ngn diorang pun kita kasi tutup file terus.. hantar company lain lagi bagus… tak yah semak… ko ngn company ko buleh lar jaga client2 ko yang lain.. client ni nak say babai….

fuhhhhhhhhhhhhhhhh!! hari ni agak merampusssss bagai.. hamik.. panas nye pasal.. ok those yang baca mintak maaf atas keterlanjuran kata.. esok nak puasa kan..  ni last merampuss sebelum ramadhan,, abis ramadan aku merampus semula.. hahaha..

p/s : agak2nya kan.. kalau korang kat situasi aku… apa korang rasa..???

Monday, August 9, 2010

Mood tak berapa nak rajin

Salam Isnin..

ekceli.. hari ni tak berapa nak hado mood untuk berblogging.. tapi gigih jugak wat n3 pendek.. dan aku summarize je lar apa yang berlaku weekend lepas…

Sabtu

  • kan anebeseri aku kan..? hmm tak bape nak celebrate.. hhuhu..sbb aku rasa nati2 lar nak celebrate.. dgn apa yang ada cukup bahagia sudah.. malam sebelum tu aku bali umah mertua aku… then pagi cam biasa lar.. aku ade 2ribu ayam yang nak kena bagi makan.. pagi2 membantu suami bagi ayam makan… redah! buyong tak buyong… no manja2.. asal kuat aku ok je..ahaks! malam plak attending kenduri nak puasa  maklong aku… selesai bab makan malam free disitu..

Ahad

  • Tengah hari mmg aku kat umah nenek aku. sbb buat makan2 adik beradik bapak aku. so kumpul semua.. makan sampai terlentang… hahaha.. yelah ni sume sbb nak puasa.. atuk aku sembelih 14 ekor ayam kampung dia.. pelbagai lauk.. tu sebab aku kata terlentang makan.. hahaha… pastu pest durian n buah plak.. bantai lagi.. tapi aku tak boleh nak makan lebih.. asal nak amik durian yang ke 3 ulas.. sekali kena tempik.. makkk aihh!! ada ramai pemerhati yang sangat perhatin kat aku ni.. haha.. bagus! sekurangnya.. beringat sikit anak dalam perut ni.. huhuh…

Setakat tu je kot… lagi pun nak puasa dah kan? tak yah lar kot nak bersuka ria sangat… sbb aku ni tengah pening akan sesuatu ni.. fuhhh!!!

Saturday, August 7, 2010

Setahun disatukan bersulam cinta dan kasih sayang

image

wahhhhhhhhh!! over ko tajuk n3 tu nokk.. hahahah.. tak buleh blah yang AGS tetiba menjadi jiwangggnes… tak tahan u.. dan aku bukan lar jenis orang jiwang2 ni.. nak kata romantik tu pun tak… biasa2 je. hehe.. tak caya tanya la mr.shyir.. hehehe22760_275014457979_549387979_3267942_8099867_n

hmm.. kalau tengok tahun lepas… aku  rasa cam kejap betul masa berlalu.. tak sangka usia perkahwinan sudah pun setahun.. kalau ikut kan 7 Ogos 2009 aku nikah.. then 08 Ogos 2009 bersanding.. but now it 07/08/10.. tak sangka..22760_275014427979_549387979_3267938_2299423_n

biasalah dalam rumah tangga ada pasang surut… orang kata sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri… alhamdulillah.. so far perkahwinan kami semuanya beresss… seronok.. nak2 lagi dah nak jadi ibu n bapa.. harus lagi excited kan… ehhee…

apa2 pun… kami doakan agar.. perkahwinan kami ni berkekalan hingga akhir hayat… selagi bernyawa.selagi itu perteguhkan ikatan yang suci ini… sesungguhnya perkahwinan itu adalah perkara yang mulia…aminnnnnn….

p/s : auto publish je ni… hari ni kan cuti.. banyak pulak kenduri nak attend ni.. almaklum nak pose dah…

selamat berweekend uolls!

Friday, August 6, 2010

Digelar SUPER GIRL dahulu kala

Salam jumaat semua.. semoga kita semua mendapat rezeki yang melimpah olehNYA.. insyaAllah.. aminnnnnnnn…

Ok.. nak citer sikit lar pengalaman aku masa kecik2 dulu.. bila di ingatkan semula..kelakar ok.. pastu leh terfikir camne leh aku jadi camtu… kira tak masuk dek akal lar jugak.. tapi nak wat camne kan.. nama pun budak2.. muhahah.. harus nakal tahan maksima..sehingga mak ko pun leh geleng kepala lar kan..

Masa korang kecik2 pun mesti ada pengalaman yang aku rasa mmg pelik.. pastu ko rasa cam tak sedar diri betul tak? hahah… same goes to me.. but it fun rite… dan cerita tu nanti boleh kita ceritakan dekat anak cucu kita nanti.. huhuh.. ok2 aku start lar ni.. hehee.

of cos lar semua citer ni.. mak aku yang citer.. ko ingat aku ingat ape yang berlaku dulu kala.. semua dah hilang ingatan ok..haha.. yelar kecik2 mana ingat..

Situasi 1

  • Age around 3 years maybe.. atau kecik dari tu aku tak sure… tapi yang best nye. masa tu dalam keta lar.. of kos lar papa yang drive.. pastu ko taw lar kan.. mesti lar kecik2 suka duk tepi tingkap kan.. dan aku tak taw lar pintu tak rapat ke / tak kunci ke / atau aku sengaja tarik pembuka pintu ke.. ye lar.. keta tengah moving ni.. sekali tengah belok… sekali pintu terbukak uollss!!! dan aku dengan bergaya bergayut dipintu tanpa rasa was2 serta keselamatan diri.. dah rupa stunt gurl buat filem ni… rilek and cool sajer.. mak pak aku nak menjerit ni.. benti keta terus selamat aku.. muahhaha.. pasti mereka sudah cuak.. mana tak ya,, sedang menempah maut seh… adoii… apa kes lar kan.. selamat disitu..

Situasi 2

  • Masa ni aku tadika 6 tahun.. aku duk klang masa tu.. so g tadika harus ada driver kan.. hahaa yakni van sekolah gitu.. tapi aku tak naek van sekolah.. dia pakai teksi.. tapi hangkut dak2 tadika pergi balik.. alkisah.. aku balik dari tadika masa tu.. mmg hari2 turn aku yang last sekali sampai umah ko taw..ingat lagi..driver tu uncle india tu.. biasa dak2 tadika ni kan.. so.. bila 2nd last budak tu kuar.. haruslar aku tunggu turn aku sampai pulakkan.. ready lar kat tepi pintu.. dan aku juga tak expect apa2 masa tu.. pintu rapat ke tak.. yelar teksi lama.. takkan ada sensor nyala kat depan boleh tahu pintu rapat ke tak kat.. nak autolock apa tah lagi.. jadi kena lar berpandukan orang last tutup pintu.. elok2 tengah belok.. sekali aku yang sedang enak bersandar kat tepi pintu ni.. dengan hebatnya.. aku terus terguling2 seperti aksi hindustan tengah feeling2 cinta gitu.. dan masa tu aku lihat ada kereta yang hampir2 nak langgar aku.. naseb dia slow.. kalau tak aku dah kena lenyek ngn keta tu aku rasa.. nauzubillah wehh… mmg masa tu tak terkata pa lar kan.. uncle tu pun cuak… aku cool lagi.. tak nangis tak apa… pastu masuk keta balik..uncle citer2 ngn mak aku.. aku hanya luka kat tapak tangan akibat tergesel tangan kat jalan tar tu.. huh.. hebat bukan…?? muhahahaa… mujur malaikat sambut aku.. masih lagi bernafas.. alhamdulillah…

Situasi 3

  • ni pun masa aku 2 tahun camtu… kat umah aku mmg ada motor bapak aku lar.. motor jenis apa aku tak pasti.. tapi rasanya yang stok2 azroi gila2 remaja tu kot… sbb bapak aku ada sebijik motor camtu. yang skang ni dah tersadai bawah umah nenek aku buat ayam bertenggek.. hahaha… biasalah budak2… akal dia panjang.. buleh pulak panjat atas motor tu.. dan dengan rilek aku buat aksi2 naek motor tu seolah2 merempit..hahaha.. sekali ko… tak perasan tupang motor tu leh pulak terlipat.. dan aku cool nye lagi sekali.. dah ada dibawah dengan motor tersbut telah pun menghimpap aku.. kahakahakah.. dah tu mesti lar aku terjerit2 panggil mak aku.. ahha.. sekali ngn jiran aku perasan… terus panggil aku “Super Girl”.. hebat bukan… maknanya citer2 bila besar nanti jadi super gurl kah? hahahaa…

Situasi 4

  • tiap2 tahun masa kecik2 dulu.. mmg suka lar buat sambut besday2 ni kan.. biasa lar.. suka nak tiup2 lilin ni.. hahhaa.. ko taw.. tiap kali besday je.. mesti aku aku terpecahkan gelas lar.. pastu terpijak sendiri.. sudahnya kaki berbalut2.. muahahhaa….. sengal! tak paham aku.

So far ni je kot yang aku ingat.. ekceli ada lagi banyak.. nanti aku rajin aku citer lar sekali.. tepek sekali ngn gambar kan.. baru cara sikit nak citer. hahhaa….

tapi aku bersyukur lar.. sbb Allah masih nak panjangkan umur aku ni. walau pun time kecik2 selalu sangat lar buat aksi2 nk tempah maut ni kan.. tapi bukan kehendak aku pong.. kata masa kecik2 kan? hahahah….

sok2 kalau aku citer kat anak aku ni mesti ar dia ketawakan aku… pastu citer kat kawan2 yang mak dia ni Super Girl/women ar.. takpe lar nak.. apa kata ko cakap kat kawan2 ko tu.. yang mak ko ni wanita besi lagi perkasa.. ? hahaaa

Thursday, August 5, 2010

Check up 5 month++ + kancing gigi

Semalam takde n3.. sebabnya semalam adalah hari check up bulanan untuk ibu n baby.. hehehe.. ingat nak buat juga n3.. tapi cam tak berdaya lar plak.. huhu…

cam biasa appointment kul 9am.. aku kul 8.15am dah terpacak kat klinik.. biasalar kan. kk pasti ramai… tapi dah tak kisah da pun.. kalau setakat kurang 4 jam tunggu mmg xde hal lar.. muahahhaa….

hasilnya adalah :

  • Urin : OK
  • Baby : OK
  • Tekanan darah : 100 / 60
  • HB : 13.9 <------ setakat ni alhamdulillah.. masih ok..dan stabil
  • Berat : naik 1.5kg.. <----- tak yah lar bagi taw berat sebenar.. malu acik.. tapi naik tu ok lar.. menten kontrol jgn mendadak
  • Ukur lilit perut : Normal

Alhamdulillah.. semua ok.. semalam kena cucuk untuk kancing gigi jugak.. huhu… ok redha.. walaupun cucuk cam sakit sikit bila ubat tu masuk.. tapi steady lagi.. balik umah lalok.. ahahah.. tido sudah.. ye lar aku malas masuk kerja.. cuti terus.. so arini ada lar sengal2 sikit kat bahu tu… nak angkat barang tu cam ngada2 sikit.. haha.. tido pun belasah… himpit jugak.. walaupun sakit.. sbb aku bega tak sedarr tido tangan terhimpit.. muahahaha…..

dah setel check up semua.. g buat check up gigi plak.. kalau KK ni mmg wajib dalam waktu mengandung kena cek gigi sekali.. motip? entah.. maybe nak tengok gigi ok ke tak..? cukup kalsium ke tak? mineral gigi cukup ke tak?

dah setel sume.. tgu mr.Shyir amik.. oh semalam ai ada driver.. haha.. he willing to send n pick up me.. kalau dia tak bz ar.. settle few things.. then back home… rest n rest.. hehe..

setakat ni gender belom taw lagi… kasi chill dulu.. hhehehe..