Pages

Monday, January 31, 2011

Berjalan2 dengan selambernya

Ok fine! ye aku masih dalam pantang.. tapi dah hujung2 ni aku rasa dah tak pantang dah kot.. yelar.. hari ni baru hari ke 35 wok.. few more days.. ceh!.

Dan dengan itu juga.. hari sabtu lepas aku dah pun keluar berjalan2 ke jusco dengan membawa si kecik fahim… wahh!! debar weh.. takut dia meragam ko taw.. tapi alhamdulillah.. ok je..

mula kuar mmg planning nk ke jusco n ke pejabat jap.. oleh kerana pejabat aku ni mmg sebelah jusco je pun.. apa adahal.. kuikuikuikk

DSC05389Bukti Fahim sangat baik apabila berjalan2.. jusco pun tgh sale kan.. aku pun dah lar tak shopping.. kuar umah pun dah tgh hari.. dalam keta dia tak tido.. tapi sebelum kuar..siap uk uk..n susu dulu. sampai jj dah terlelap.kebetulan nak hujan lebat..

mula2 masuk stroller akan meronta jugak.. dukung dulu then sampai kat bby dpartment dah tido baru masuk stroller..ngeh2.. senang ibu nak shopping barang dia.. hiiiDSC05390

tengok dia masih tido.. terjaga mau susu je lar.. dah kenyang kasi tido lagi.. ada tu dia uk uk lagi.. dalam jj ko taw je lar lagu  raya cina duk bising2 kan.. dia rilek je..sementara nak tido dia elok je pandang sana sini.. uhuh..

DSC05388

Abi dan stroller harus nak sama color.. hahah…ok lar.. agak senang jugak nk bawak jalan.. setakat ni lar.. hahaha..

time makan pun begitu.. tido lagi.. fuh! lagi senang ibu abi dia makan. then sempat jugak aku sambar kasut kt vincci.. muahahha… nak beli baju untk aku.. belom ada nafsu kot… motip? haha.. nak kurus dow..

kul 4pm chow singgah opis jap.. then dak kecik ni sambung tido lagi. hebatnya beliau.. malam plak aku yang haru sebab dia takmo tido..hamik!

DSC06107

Di akhiri gambar ibu dan anak.. masih gemok disitu walaupun dah turun **kg.. sekian..

Fahim Mikael the latest.

Salam Isnin.. Fahim nak menjamu mata aunty2 dulu dengan gambar terbaru dari fahim.. ehehhe

111222

Capture by Ibu Fahim

11122  Many faces of me..

ada sesapa nak buat menantu or boifren? hehehe…

Apa2 pun selamat bekerja aunty2 sekalian… saya nak g klinik hari ni untuk check up 1 bulan.. doakan saya tak nangis bila kena cucuk nanti taw..

Friday, January 28, 2011

Yeyy! Fahim Sudah 1 bulan

Hari ni 28 Jan 2011. Fahim Mikael dah pun 1 bulan usianya. masih segar je pengalaman bersalin kan fahim sebulan lepas. Kejap je kan.. Pejam celik juga aku pun nak abis pantang sudah.. ewahhh!!

IMG_3493 Alhamdulillah.. bila dah sebulan ni.. baru dapat tune Fahim.. tu pun ada yang tak betul lagi.. kita sebagai ibu kena lar pandai kan.. kalau tak.. mana leh jadi ibu..

IMG_3520

Aku duk umah sambil2 negok tv.. amik dslr snap2 lar gambo dak tecik ni.. penuh dek gambo dia je.. haishh.. sambil2 tu juga dah start wat keja opis.. terbaek dalam pantang pk hal keja lagi..IMG_3544

Biasa lar baby. mesti banyak ragam.. Fahim ni lagi lar. mmg 100% ikut muka aku n perangai aku masa baby.. nati aku show off gambar aku masa kecik.. sebijik okeh.. ni position dia tido bila dia sakit perut..

IMG_3575Skang ni dia memang cukup tak suka berbedung.. nak berlenggeng camni.. hamik.. senang hati nak tido gaya apa pun.. hai anak bujang ku ni.. geram taw. tu mudah masuk angin.. kalau berbedung.. bersilat lar kaki tangan sume kuar..

perkembangan terbaru dalam masa sebulan ni:

  • Kepala dah tegap sikit, kalau kita niarap kan dia or sendawakan kat bahu tu kan.. siap angkat2 kepala dia.. angkat sendiri.. wah2..
  • mula pandai nak melonjak, ha… kaki dia memang kuat.. bila dukung asek nak melonjak2.. mmg tulang dia keras.. patutlar dalam perut dulu sakit perut dibuatnya..
  • suka mandi, ni suka sangat2.. bila mandi diam je.. lagi2 berlenggeng masa tuam2 perut dia.. hamboihh siap borak sorang2..
  • Kuat nyusu, ye.. walaupun dia tak nak direct bf.. tapi aku pam jugak susu masuk botol.. even susu semakin mengurang.. owh sedih betul.. pam2 dapat 1oz je skang ni.. bagi jugak walau sikit.. selebihnya susu formula. terkilan amat.. rasa nak g beli pil tambah susu tu lar.
  • suka tidur mengiring, yup.. ni pose paling lena if dia tidur, bila ngiring tak lar terperanjat2 camtu kan.. if terlentang mmg terperanjat sokmo.. tak berbdung gitu lar kan.
  • Pandai borak, dah de respon bila kita borak2 dgn dia.. hehe.. suka2..
  • Muka kelakar time uk uk.. yang ni memang.. nak taw dia berak ke tak.. ada muka kelakar dia buat kalau nak teran.. mmg tergelak2 kami laki bini…
  • apa lagi ek.. later update 

IMG_3578 Yang penting.. puas hati anak membesar depan kita. Ragam2 dia yang buat kita senyum. geram taw. nak gomol je dia..Ibu Sayang Kamu Fahim Mikael.. mwaahh!!

Tuesday, January 25, 2011

Sudah ke pejabat.

Salam Semua.. wah! malam2 plak aku buat en3 ni.. alar kira ok lar kan dari takde..

Hari ni hari ke 29 aku berpantang.. tapi macam dah declare abis je ni. yelar.. aku dah tak rupa macam berpantang.. cuma skang ni pantang makan and stil berbengkung je lar. jalan dh laju.. berlari pun boleh.. ha.. tandanya apa tuh..? dah baik kah? muahahha.

DSC06083Dan hari isnin baru2 ni.. aku sudah pun ke pejabat.. untuk tengok kerja2 aku yang pending dan ada due date nak sampai.. customer pun dah cari aku.. makk aii..!! mmg tak pantang lar gini.. aku dah boleh masuk opis kan..

tapi aku masuk kejap je lar.. tengah hari.. pastu dalam 3 jam buat apa yang patut then balik ler..   DSC06078

dan aku juga berjaya membawa Fahim juga encik suami ke pejabat juga.. naseb baik lar fahim behave je.. tido sokmo.. letak kat sofa lelap.. nangis nak susu saje.. good boy..

ko nampak itu puting ada sumbat itu dalam mulut juga? ye.. masa umur 2 minggu dah isap puting..? kenapa? sebabnya dah susu pun dia melalak lagi.. kasi puting senyap suda.. puting gabak bukan? aku dah beli pelbagai jenis puting for new born.. tapi puting tu jugak nak.. puting gabak tu jugak hadiah masa aku kawen ritu.. hahahhaha…. fahim.. fahim..

DSC06084  Lepas setel keja.. cubaan untuk makan diluar waktu pantang.. aku g m’cd.. membawa si kecik.. naseb dia tido.. selamat aku.. menu aku adalah di atas.. menu pantang kan? kan? lada hitam jugak kan? daging ok.. gilir2 makan dengan Mr.shyir.. makan pun laju2.. tak menikmati or santai2 ok.. takuitttt.. dah lar stroller tak bawak.. hahah..

kesimpulan.. aku seperti tidak berpantang.. oh tidak.. tapi masih control apa yang patut.. kepala otak plak pk kerja dah ni.. at the same time.. pasal anak lagi..

kdang2 orang terfikir jugak.. apa lar kerja si Ann ni kan? sampai culas dalam pantang dan sbagainya.. hmm.. ada yang tak faham situasi.. aku bekerja demi… ni nanti lar aku cerita.. tapi perlu ke.? ok. kita buat perhitungan.. kalau nak tau sangat2.. sila kasi komen kat aku.. itu kalau nak taw.. if tak nak pun xpe.. jangan penasaran deh…

any who yng tak bape suka.. ai tak kisah nyah.. ni blog AGS.. hehhe.. peace no war ok!..

Monday, January 24, 2011

Pantang itu bermacam2

Alamak.. terlambat plak buat n3 hari ni.. ai busy lar.. tengah hari tadi masuk ofis jap.. tengok2 kerja yang mana boleh bawak balik umah n buat… see.. aku baru 28 hari pantang tapi dh kuar g opis.. siap hangkut Mr.shyir n Fahim lagi.. muahahha.. punya lar selamber… tu baru percubaan bawak ke opis.. ok berjaya.. hehe..

so nak citer pasal pantang ni kan.. ada orang kata 40 hari..44 hari lar.. 60 hari ar.. 100 hari lar.. tapi normal tu 44 hari kan..? kan..? aku short lagi buleh.? heheh.. tapi yang 60 hari or 100 hari tu. untuk pantang tutttttttttttt tu je kan..? kahakahakah.. tapi boleh ke? larikkkkkkkkkkkkkkkkk….

Aku pantang biasa2 je.. macam orang lain pantang.. eh? sapa kata makanan pantang aku tak sedap.. macam2 ok mak aku masak.sume sedap2 belaka… fuhh…!!

Antara makanan2 tersebut adalah.. ewahhh nak kasi taw plak..

  • Ayam masak kicap.
  • Ikan masak singgang/rebus
  • Gulai ikan tenggiri ( tapi buh lada hitam lar tak pakai cili api)'
  • Ayam pais
  • Sup Ayam
  • Sup Ikan
  • Ayam masak halia
  • Daging black paper
  • Bubur m’cd
  • Prosperity burger
  • Ikan masak stim

Air plak..cececcec.. nak bagi tau jugak tuh. eh of coz no ice at all

  • Oren KOtak
  • Jus Prun
  • Nescafe O
  • Nescafe susu
  • Horlick
  • Anmum Lacta
  • Air masak
  • Milo
  • Kacip Fatimah (ofcos mau kacip semula muahah)

Dah hujung2 ni leh makan pedas2 sikit…  tu pun aku tanya mak aku dulu.. hahaha.. breakfast tu pun biasa lar roti,lempeng, nasi goreng lada hitam/bilis.

see.. meriah tak menu2 aku pantang… haha.. apa yang mama masak.. aku bedal je.. dia kata boleh.. aku on.. dia kata tak boleh.. aku boleh kan jugak.. tapi boleh pandang je lar.. hahaha..

tapi walaupun menu aku meriah.. alhamdulillah.. penurunan berat badan adalah mendadak.. amazing.. tu nanti lar aku citer.. selagi aku tak kembali kepada yang asal.. takmo citer2 lar.. hehe..

Orang dok poyo2 makan sedap2..seafood bagai.. aku cakap.. tunggu….. hhhahahah…

ada sapa2 nak pantang umah aku.. eceh!… hahahha

ok sekian laporan pantang dar AGS

Friday, January 21, 2011

Riuh sekampung dia punya ragam

DSC05342

Baru berkesempatan nak update blog.. faham2 sudah lar ye..sejak2 ada anak..memang timing tak menentu betul lar.. ada je benda2 pending nak kena buat… melayan kerenah anak bujang ai lar.. apa lagi..

hmm.. diam tak diam dah 25 hari menjalani pantang dengan jayanya.. jaya kah? culas ada lar kot.. muahah.. cerita pantang nati lar aku buat ye.. ni satu entri yang kuar ni dah bersyukur dah ni.. kuikuikui..

uii.. memang riuh sekampung kalau dengan anak bujang saya ni… ni dia jenis cry2 sikit.. kalau tak buleh berak.. pun melalak meragam bagai.. tak sendawa pun begitu.. tak mo tido pun bagitu.. al fening ibu dibuatnya..

ni dah 3 hari dia selesema.. alkisah. berjangkit dengan aku n mama.. aku mulanya sakit tekak.. terus selesema. yang mama plak balik dari kuching terus kena selesema.. duk pegang2 fahim.. dia pun berjangkit sekali..DSC06038

sian taw.. hidung dia sumbat.. kalau dia bersin cepat2 aku sedut pakai pam hidung tuh.. nak tidurkan dia susah sikit.. kena riba dulu.. dah tidur baru leh letak.. tu pun tinggi kan bantal.. sapu kunyit hidup kat batang hidung dia sume aku buat dah.. ada petua lain kah? sila share dengan ibu muda ni..

Fahim siang tidur.. itu pun kalau sume ok.. cuba kalau tak ok kat dia.. mmg tak tidur.. biasa lar berjaga malam tu.. mmg wajib ok… nak tidurkan dia sikit pnya susah kalau dia meragam.. tapi takpe lar.. gagah juga lar…DSC06058

kalau tak berbedung cukup suka tidur gaya bebas.. cuba kalau bedung.. kaki tangan sume terkeluar walaupun bedung tu dah ketat n rapi aku buat… anak bujang ai ni…

ni stok susu aku pulak yang berkurang… pam2 paling kuat dapat 2oz je.. nak buat stok mmg takdapat dah.. fahim plak tak direct bf.. mmg dia takmo.. kalau bf pun kejap je.. tu pun dah bersyukur…tapi aku gigih kan jugak bagi dia susu ibu. tak kira lar.. ikhtiar jugak nak banyakkan susu..

hmm.. setakat ni je lar kot n3 ni.. Fahim dah ek ek ek.. jap lagi dia huwaaaaa kan… aku jugak nak kena pujuk.. k uikuikui…

Monday, January 17, 2011

Aku lupa.. yang aku dah ada anak.. haha

Salam Isnin buat semua..
Diam tak diam.. dah 21 hari dah Fahim Mikael kat Dunia ni..
Dan 21 hari dah aku berpantang..halfway to go..
badan pun makin ok..
dah kuat lar sikit berbanding baru2 dulu kan...

alahai.. sayu plak tengok gambar fahim kat atas ni,
gambar ni lar buat abi dia cair..
g kerja nak balik cepat jer.. hahhaa..
good job fahim..
if nak abi balik cepat..
sila buat muka camni.. ibu send mms..
cepat2 abi balik punya.. haha...

sejak2 dah beranak ni kan..
aku jadi pelupa plak..
maklumlah banyak urat putus..
tu sebab jadi pelupa...
kadang2 tu aku lupa benda yang aku buat 2 3 jam lepas..
ha.. sampai camtu sekali plak kan.
eh tapi betul lar..
ada lar jugak beberapa perkara yang buat aku lupa...

ni aku tak taw lar.. keja ofis berlambak..
kang ada yang aku lupa letak dokumen2 penting kat mana..
ingat minggu ni nak start buat kerja sikit2..
ada beberapa fail kerja yang aku bawak aritu..
especialy bab account.. b4 masuk feb..
mau kasi clear itu account..
if not.. aku jugak yang kena...

Fahim kasi molek2 ye sayang...
aku paling panik kalau dia kembung..
'masyaAllah anak aku ni..
dia nangis takmo henti lar..
lagi pun ubun2 dia besar..
cepat kena kembung..
nak kena monitor lebih sikit anak bujang aku ni..

owh ye.. nenda dia malam ni balik dari kuching..
hoyeahhh!!! rindu nenda sudah..
aku ekceli dari jumaat ada kat semenyih..
pantang umah mertua jap..sementara mama bercuti..
hehhee.. insyaAllah petang dah de kat umah..
nak kemas bilik.. ingat mau tidur bilik plak..
memandang Fahim dah ok sikit..
kita tidur bilik plak.. kasi fahim tidur dalam cot dia..
ngeh..ngeh..

dah.. panjang plak bebel...
adios!

Saturday, January 15, 2011

Ragam Fahim Mikael



Salam semua.. nak update blog asek tergendala je...
Faham2 je lar.. asal aku tengah time entri je..
Fahim dah mula menunjukkan reaksi tidak membenarkan ibu beliau menaip..
haduihh.. tu asek erase je aku punya entri.. tak jadi2..
ni pun naseb dia dah tido.. tu pun ada bunyi ek ek ek.. meneran bagai...
aku pasti jap lagi kang mesti melulung punya...hahha

hoih! tetiba besar gabak plak gambar beliau kat atas tu kan..
suka suki... kuikuikui... ni nak citer ragam anak bujang aku ni...
Ya Amponn!! ekceli Fahim ni sebijik ikut perangai aku masa aku kecik2 n dalam hari..
mak aku citer lar.. hoihhh!! mmg palak.. palak tu kuat nangis lar orng n9 kata..
tapi serius mmg copy paste habis... kira Fenomena Palak kembali semula..
Fahim ni dah lar muka ikut muka aku...
yang ikut abi.. hanya jari n telinga je.. hahaa..
sian abi... tapi takpe lar kira ok lar kan...
nak ikutkan semua baby yang baru lahir kat dunia banyak ragam..
yelar.. masihh tak sesuaikan diri dengan keadaan dunia ni kan...

Fahim ni kalau menangis mmg tak kesian lar kan..
terus gear 5 kau.. takde nak lite2 ke apa..
sekali bagi terus.. bagi aku panik terus..
fuh! berpeluh2 lar aku nak pujuk dia....
kalau dah nangis.. aku dah buat macam2 cara nak tidurkan dia..
still fail ko taw.. tapi bila nenda dia pegang je.. terus senyap..
kalau tengah2 malam tu nangis. nenda amik...
terus bawak masuk bilik.. hamik! senyap terus..
lena sampai ke pagi.. tido seselimut dengan nenda n tokpa dia..
hamboihhh!! kemain lagi anak aku ni..

tinggal lar ibu n abi kat luar nun tido berdua..
hahahaha.. naseb kat luar.. kalau dalam bilik?? tetttttttt..
eh.. tak lar kan.. kuikuikuikui....

dia punya timing bangun n tidur memang tak tentu..
ikut suka dia... tu sebab kena faham dia...
kalau malam tu.. kadang kul 1, 3, 5.. bangun nyusu lar...
kadang2 kalau dah nyusu kul 1 tu.. terus sampai ke pagi lenanya tak bangun2...

kalau ada pelawat datang malam..
hoihh sah2 mmg dia buat ragam malam tu...
ibu n abi dia dah jadi panda...
tak kenal mana satu panda agaknya.. hahaha....

tidur nak kena peluk..nak kena kendung je..
dah lena kang baru letak... kalau tak... huwaaaaa!!!
suka meneran2 daging.. meneran je merah padam muka..
kadang2 sampai marah...

telinga tu dengar je..
bukan leh dengar bunyi bising sikit..
mula nak ek2..ek..
haihh!! macam2 ragam lar anak bujang aku ni....
geram dibuatnya....

tapi bila dah jadi ibu kena lar sabar kan..
takkan nak cubit2 anak tu pulak...
hmm.. hari ni hari ke 19..
halfway to go..cecececce... kejap je kan..

ok chow

Monday, January 10, 2011

Semua Ibu berniat untuk BF kan anak mereka..

Salam Semua.. oleh kerana Fahim tidur dengan nyenyaknya.. ibu dia pun mula curi2 update blog..

Korang rasa apa yang aku nak citer berdasarkan tajuk kat atas nun?
sudah semesti lar pasal BF ni kan..?
okay.. aku citer lah pengalaman aku skang ni..
dari awal mengandung lagi aku berniat nak ully BF kan fahim..
Masa malam pertama kat hospital...
Fahim menangis je... sebab tak cukup susu...
masa tu susu aku tak banyak lagi...
berak dia pun masih hitam lagi..means belum ada proses pemakanan..
kesian tau.. nak tak nak aku cuba juga suapkan susu tu..
lama2 dia tidur sendiri sebab penat menangis..
sob..sob..sob..

balik rumah.. malam nye tu.. sekali lagi menangis tak tentu pasal..
air susu aku masih tak banyak lagi....
dia punya nangis stok macam kena pukul ko taw..
terus gear 5.. laju je.. nak dah dekat 12midnite..
mana nak cari susu Fm malam2 kan..
Mr.shyir keluar cari kat 7e... naseb baik ada...
bancuhkan susu baru dia senyap..
selama ni mmg dia lapar..
aku kalau anak nangis.. aku nangis.... haduihh..
dasar cembeng...

kebetulan esoknya nurse datang umah cek baby n aku..
masa tu air susu aku still pekat.. dan kebetulan malam sebelumnyatu..
jiran aku hadiahkan pum beteri.. try2 pum..
lama2 air pun banyak.. seronok lar kan..
pum2 dapat 4oz.. ada tu sampai 8oz.. siap buat stoklar..

oh ye! Fahim tak BF.. sebab dia mmg tak pandai..
dia lemas.. walaupun aku cuba berkali suapkan kat mulut dia..
malah meraung, melalak serta merajuk tahap dewa...
haduihhh.... nak tak nak pum masuk botol.. baru senang hati dia..
siap sengeh memanjang....

skang ni... aku dah demam 4 hari sebab bengak susu melampau..
sampai aku rasa B aku ni nak pecah..
bila B bengkak.. secara automatiknya aku akan demam menggigil tahap kronik..
serta tak dapat diampunkan... serius.. cepat2 makan ubat demam.
dah berpeluh barulah B tu ok.. kuar air sikit2.. tapi kena picit dengan tangan..
if guna pump.. memang sakit dan air tu sikit je kuar...
bila demam aku g lar klinik.. doc bg ubat demam n susut bengak..
makan je 2 ubat tu.. terus air susu semakin sikit..
lagi lar aku stress ko taw...menangis2....

skang ni Fahim terpaksa campur2 lar minum air susu badan n susu FM..
nak buat camne.. bukan aku tak cuba segala petua banyak kat susu n susut bengkak...
tapi tak berkesan.. skang ni kalau pum pun adalah dapat dalam 2oz je..
tu pun jenuh lar smpaikan 2oz tu...

Mama kata.. air susu ni anugerah Allah.. tak semua orang dapat...
atleast bersyukur anak kita dapat jugak minum susu badan.. dari takde langsung...
apa2 pun aku masih berusaha untuk Fahim terus merasa susu badan...
Biar antibodi dia kuat sikit..

sofar Fahim kalau nangis pun nak susu xpun sakit perut..lain2 ok je...
alhamdulillah..mudah2an allah permudahkan lagi...

Doa2 lar aku cepat sembuh... aku ni on off je demam...
Kesian pulak kat fahim...ibu dia tak dapat melayan sepenuhnya..

sorry no pic fahim in this entri.. aku pakai lappy adik..
lappy aku bengong kejap2 padam... ngek betul...
dalam tu banyak gambar fahim..
kalau tak dah banyak gambor dia aku tepek kat sini..

Thursday, January 6, 2011

Fahim Mikael Day 10

DSC05306

Day 10:

  • 3.5 kg <naik 300gram>
  • Pandai sesuaikan diri < good job baby>
  • Kulit sedang menggelupas < bersalin kulit baru>
  • Demam Kuning < sudah tiada, alhamdulillah>
  • Time berjaga malam.. 3am till 5pm < redha korban masa tidur>
  • Kuat menyusu < 3oz till 5oz untuk sekali penyusuan>
  • Lain2 nati aku update..

Tuesday, January 4, 2011

Rentetan kejadian Bersalin Fahim Mikael

Salam Semua.. ya amponn!! dari sehari ke sehari nak update.. asek lar tertangguh.. almaklum.. bila kita dalam pantang ni.. nak2 baru jadi ibu.. nak sesuaikan semua benda amat lah mencabar.. fuh!! berpeluh2 dibuatnya.. ni pun fahim tengah tidur.. update lar laju2...hhehe...

Sedar tak sedar dah seminggu bergelar ibu.. hehe. tak sangka.. ok lar.. meh ler aku citer sikit pasal kejadian bersalin tuh..sangat mencabar ok..ehhhe..
AWAS! ENTRI AGAK PANJANG...

27 December 2010
  • Pagi dalam kul 10am.. g check up kat KK.. sebab aku dah overdue kan.. overdue 4 hari gitu.. terus jumpa doctor.. scan jantung bb semua.. pastu doc tak cakap banyak.. terus kuar surat refer ke hospital terus...tak boleh watpe lar kn.. redha.. since pagi tu aku dah memerut dengan jayanya.. sampai 7 kali ko taw.. kira kosong terus.. kuikuikui... balik umah.. kasi santai2 dulu.. lepas zohor baru g spital..
  • Sampai hospital terus ke tempat pendaftaran wad bersalin.. kasi surat semua.. pastu kena interview dgn doctor bagai.. scan lagi sekali.. pastu cek bukaan dalam 1cm baru bukak.. tapi yang peliknya.. memang aku takde tanda langsung k.. tak sakit apa2.. kira serah diri je kat spital.. scan punya scan dengan doc pakar.. sekali tengok air ketuban dah kurang.. ada dalam 4 je.. yang lain2 dah kosong.. erti kata lain.. mmg air ketuban sikit sangat.. doc bagi option.. induce je... doc bincang dengan weouls hubby n wife.. bla..bla..sign surat untuk induce.. Doc kata esok paginya induce...
  • Siap2 masuk wad.. time ni aku dah sedih dah.. dah lar takpenah masuk spital kan.. sekali kena tido lagi kat sinun.. abis waktu melawat tu mr.shyir pun pulang.. dan aku biasa lar.. berdrama nangis2 sedih.. huhu... takut pun hado...
  • dalm kul 8pm tu.. Doc sekali lagi datang.. dia kata nak scan lagi sekali untuk pastikan betul ke tak air ketuban tu kurang.. jadi aku pun pergi sehelai sepinggang ke labor room untuk scan lagi skali.. scan2 mmg dah turun jadi 3... terus doc kata.. tak boleh tunggu lagi.. induce malam tu jugak dalam kul 9.30pm... masa ni aku tak sempat nak bagi tau mr.shyir yang aku kena induce malam tu jugak.. tak sempat nak amik baju bby kat wad semua... mmg zero lar.. masuk je ubat tu kat bawah... terus duk dalam labor.. dalam hati aku hanya tuhan je tau.. yang aku tak sempat nak bagitaw suami aku yang aku nak bersalin.. dan saat2 aku sakit tu mmg mr.shyir takde kat sisi aku pun..
  • Sebelum aku masuk LR tu.. nurse tak kasi aku balik wad pun.. tu sebab akutak dapat contact langsung.. berserah pada Allah.. andai kata Allah ambil nyawaku.. aku redha ketika itu.. aku hanya berdoa supaya Mr.Shyir dapat rasa apa yang aku rasa.... sob..sob..sob..
28 December 2010
  • Masa dalam LB tu.. mmg ko dengar orang lain sedang berlumba2 bersalin.. kejap2 dengar orang mengerang.. nak push.. dengar suara baby nangis.. OMG! aku banyak selawat dan baca apa yang patut.. masa tengah malam tu.. contraction belum kuat lagi.. kul 4pagi tu.. cek bukaan baru bukak 4cm.. doc pecahkan air ketuban sekali..masa tu dah ada rasa contraction sakit.. minta ubat tahan sakit.. so agak lali dan ngantuk.. sambil tu CTG baby stil kat perut dengar jantung baby...
  • Kul 6pagi.. cek bukaan lagi sekali.. baru bukak 6cm... masa tu sakit giler.. sampai aku minta oksigen... menahan sakit nauzubillah... dah kul 8.30am tu sakit makin kuat.. selang seminit mmg tak boleh tahan.. pastu aku cakap kat doc.. tak tahan sangat.. sampai cam nak terberak.. diorang cek bukaan dah 9cm.. terus siap2.. '
  • Ready tu push.. fuh punya lar ramai doc tunggu kat bawah nun.. push punya push.. pegang kaki aku tak kuat nak push.. last gantung kaki baru push kuat sikit.. yelar 1st pengalaman tak pandai nak push.. dengar ctg baby pun slow.. doc decide vacum.. ada lar dalam 5 6 kali push baru kuar baby... rehat jap.. push lagi sekali untuk kuarkan bahu dia plak.. pastu baru lega...baby kuar kul 9.02pagi..
  • Doc angkat baby letak atas perut suh tengok gender dia... so aku kat BOY.. ya Allah! masa tu.. aku menangis terharu.. tak sangka bayi yang aku kandung.. keluar dari rahim ku.. subahanallah....
  • Doc kuarkan uri semua... then baru jahit.. masa jahit tak rasa apa dah.. ngilu2 skit.. dalam hati berdoa..agar mr.shyir mencari aku sebab satu malam tak dapat cari aku..
  • dah setel semua.. susukan fahim.. tengok dia je.. hilang rasa sakit tu.. siap aku kata eh tak ingat dah camne sakit contraction tadi.. haha...
  • Dalam kul 12.00 tengahari baru tolak kuar dari LR aku cari Mr.Shyir,.. nampak dia.. tersenyum lebar..fahim letak kat celah kang2.. Mr.Shyir hepi sungguh... dah transfer ke wad.. baru aku tanya mr.shyir dah azankan ke belum..
  • Dia kata kenapa aku tak bagi taw masuk LR malam tu.. aku cerita itu ini.. then pagi tu dia risau tu yang g spital cari aku... tanya nurse n katil jiran.. terus ke depan LR.. tengok kat screen nama aku dah kuar.. tu terkejut giler...hihi...
  • dah masuk wad baru lah citer itu ini... mama semua datang.. hihi.. akhirnya lahirlah.. Muhammad Fahim Mikael..
Ni lar rentetan kejadian bersalinkan fahim... tragis tanpa disisi suami.. aku berjuang sorang2.. tapi apa2 pun.. alhamdulillah.. dah selamat semuanya.. eh! terpanjang plak entri aku ni.. thanks cuz sudi membaca.. sekadar berkongsi pengalaman...
ok2 mau makan... jap lagi si Fahim ni bangun nak susu plak.. hehe.. jumpa next entri if aku ada masa nak update k...

kepada rakan2 yang mau bersalin.. selamat berjuang ye uolls.. semoga semuanya selamat..