Pages

Friday, April 29, 2011

Ramai orang gaji kan hari ni?

Pagi tadi g bank.. eh tak lar pagi sangat..
dalam kul 11.30 cam tu kut..
mmg banyak cek n cash nak di bank in kan..
isi slip je dah amik masa...

amik nombor sekali..
makk aihhh!! ada 50 orang lagi aku nak kena tunggu.. whut??
ah.. dah sampai bank pun.. yelar ramai sebab hari ni orang ramai gaji kan...
plus isnin kan cuti.. weekend ni ramai lar nak jalan2..
mula mr.shyir tgu je dalam keta..
pastu dah ramai n sure lama punya..
aku suh dia masuk opis je dulu..
kang aku balik sendiri jalan kaki?
wth?? jalan kaki..? yup..
opis dekat je nok..
harus menapak dalam 200 meter gitu..

biar pecah lemak aku ni sikit.. hihi..
tapi nan hado berpeluh pun sampai opis..
kakakakahahah...
setelah 1 jam setengah tunggu.. nombor aku panggil..
sap sap suii siap..eceh...

eh ? korang pun dah gaji kan?
nak g jalan2 jugak eh...
huuhuh

happy weekend uolls!

Thursday, April 28, 2011

Happy 4 Month Fahim Mikael

Hari ni fahim dah 4 bulan..
kejap je kan masa berlalu..
rasa baru je bersalin kan dia.
kang tau2 dah ada adik..tetttttttt..
lambat lagi lar..

Okay.. last monday fahim check up untuk 4 bulan..
Alhamdulillah semua ok..
tapi pagi sebelum g klinik tu..
si kecik ni susah sangat nak kejut dia bgn tido..
berapa kali gerak.. still tak boleh nak bukak mata..
fahim.. fahim.. gitu lar kekdahnya skang..

sebelum g klinik harus mandi.. kang masamm...
masam2 pun sedap tau...
sampai klinik.. mak aihh.. ramainya orang..
siap terkeluar lagi.. app. kul 8.00 am..
aku sampai 8.30am.. dak kecik tu bangun lambat..
then letak buku. terus g sarapan dulu..
setel sarapan.. nama tak naek2 lagi...
yang tak boleh blah.. isu ni sama je..
sang suami ni.. temankan isteri tu duk sama sekali dgn isteri tu..
haihh!! ramai lagi ibu2 ngandung duk berdiri je..
dah tu tak reti2 lagi..

aku n mr.shyir.. diri je lar..
fahim letak dalam stroller.. senang..
tak yah nak pegang2 or dukung..
dia main sendiri dengan toys ni dalam stroller tuh..
last2 tertido.. hahaha.. good boy...
sambil tgu fahim nye nama panggil..
terjumpa kawan aku..duk sembang2.
tak rasa sangat lamnya pun..
timbang n jumpa nurse.. kul 10am dah setel..
see.. tak susah pun...

ok.. result check up fahim..
Berat : 5.9kg (5.1kg)
Panjang : 65 cm (61 cm)
lilit kepala :40 cm (39cm)
cucuk : xdo.. bulan depan 5 n 6 bulan baru cucuk.

fahim tu dalam picture nampak je cam bam2..
hakiktnya haluss je.. tulang dia je yang keras..

Perkembangan terbaru Fahim:
  • Membebel semakin kuat.
  • Pandai bebel sambil jebik2
  • Geram dengan mainan yang dipegangnya - (kalau dgn hippo dia,macam bergusti je.. ahaks!)
  • Main air liur maha hebat - tu yang aku kena pakaikan dia bip.
  • dah mula nk ngiring - owh fahim lambat sikit ngiring or nyiarap.. malas terlebih
  • pandai tengok kartun pagi2
  • dah mula susah nak kejutkan tido
  • kalau dudukkan dia.. asek nak menggelongsor je kedapan.. supaya kita boleh dirikan dia..
  • takmo duduk2, kalau boleh nak berdiri pandang ke depan.
  • tak boleh hilang ibu kalau kat umah.. haishhh!! susah lar gini..
  • kuat nyusu.
  • Suka mandi sambil tu lurus2kan kaki dia dalam tab tu.. susah aku nak pusing2kan dia...
  • dah boleh pegang barang dan mencampak.
  • cabut puting sendiri.. see kalau dia taknak.. dia cabut sendiri..hahahha..
  • pegang botol kalau dia rajin.
  • kalau orang call pastu loudspeaker kan call tu.. orangpanggil nama dia dah alert.
  • kalau kita lalu lalang depan dia.. kepala dia pun ikut sama.. hahha.. cumel.
  • eh banyak lagi la.. cukup2 lar kot. hahhaa
tapi kan perkembangan anak sendiri dengan anak orang lain jangan dibanding2kan..
masing2 ada kemajuan sendiri.. anak sendiri kita taw lar camne..
nati aku rajin aku letak pic fahim yang lain..

Tuesday, April 26, 2011

Behave in his car seat

Kadang2 baby ni bukan nak sangat duk dalam car seat kan..? ada yang ok.. ada yang tak ok.. ikut selesa mana lar kot.. alhamdulillah.. fahim senang dibawak berbincang.. hahahhaa..maksudnya.. fahim ok duk dalam car seat,

DSC00316

Fahim kalau masuk je car seat.. dia mula lar nak memandang ke sana sini.. tak cukup mata nak mandang.. before jalan ibu kasi sanpa picture awak dulu ye..

DSC00313

Dia dah mula nak bebel.. eh.. senang je nak kasi dia ok and suka duk dalam car seat.. kena upah susu dulu.. yeahh!!! aku ni letak dia dalam car seat bila aku yang drive lonely.. means aku terpaksa drive berdua dengan fahim bila abinya tak de..

DSC00315

and dia pun mula bebel sorang2. kasi menan ok lar. heheheh

few days lagi fahim dah masuk 4 month.. kejapnya masa berlalu..

nati aku update pasal check up fahim yang terbaru..

Peneman setia di dapur

Tatkala aku memasak kat dapur.. mesti ada peneman. especially time buat sarapan. huhu.. siapa penemannya..? tentu lar anakanda tercinta.. hihih

DSC00301

Yes! ni lar dak tecik ni. letak dia dalam yoyo.. pastu halakan kat depan kita.. means kita masak tu.. sambil2 tu dok tegur2 dia lar.. fahim cam biasa.bebel saje.. hihi

DSC00303

paksaan untuk amik gambar.. hihi. ibu kalau buat sarapan buat sekali bekal untuk g kerja.. ha jimatkan untuk makan tengahari.. ahaks!!!

kadang2 tu time masak malam pun dia duk kat dapur.. haishh!! takmo gitu sayang. nati dah besar pandai cook2 plak.. haiyyoo.. xmo gitu taw sayang.. hihi..

Ni plak pagi2 bangun duk kat depan tv layan kartun plak.. haishh!! dah pandai anak ibu ni.. sambil tu aku lari lak jap pi masak.. hih.. good..

kalau abi ada.. layan dak kecik ni jek.. dia ni tak leh hilang orang kat depan tu sebab kang.. ek2.. hih..

2 hari ni pasal fahim je ek.. ate.. maknya malas interframe dah.

Monday, April 25, 2011

Ibu paksa Fahim

Time to learn! ye Fahim.. ibu bukan main2 ni.

eh.. bukan paksa ke apa.. since dia dah pandai pegang  barang mainan dia.. so time to pegang botol pulakkan kan. jadi ibu nak ajar fahim lar.

DSC00319

First kena pegang macam ni tau fahim. pastu kena tolak  masuk mulut.

DSC00318

Ha.. macam tu.. pastu dia buat muka terpaksa.. hahahhaa.. comel lor. ok2 ibu takmo paksa.. nanti dah pandai kasi pegang sendiri k.

Fahim kan anak ibu yang baik..ibu sayang fahim.

Fahim & His Lil Hippo

Petang sabtu balik umah mama.. sebab abi fahim gi Ghost Hunter dengan team GhostMania beliau.. alar g cari hantu tu lar.. jadi untuk elak ketakutan dirumah labih baik balik umah mama.. ahaks!.. lagi pun abi balik ahad.. ngeh2..

jadi, petang tu ajak mama kuar g cari hadiah untuk family day nanti.. so merayau2 lar kamik..

then ke tesco.. cari barang lagik.. dan nak kecik ni sakit baik hokeh.. duk dalam stroller kemain membebel.. good boy..

DSC00320

ibu belikan Lil Hippo untuk fahim.. sebab menan loceng2 dah hado. kasi bear2 plak.. dapat hippo kemain suka.. terus masuk mulut.. haiyyaaa.. tak bleh nak buat apa.. mmg tengah rancak masukkan barang dalam mulut.. hamboii.. kusyuk taw..!

DSC00321

pastu buat muka tak puas hati sebab ibu kacau dia men ngan lil hippo.. yelar ibu tak kacau fahim..

balik umah dak tecik ni tido.. senang betul.. alhamdulillah..

okay tu je..

eh camtu je ke penutupnya.. lantak!hahaha

Friday, April 22, 2011

Saya Sudah.. anda bila lagi?

Hamboiii….!!! tajuk.. tak menahan.. macam iklan apa je kan.. ok2… ni nak citer kesah kita orang perempuan ni.. ishh.. mesti lar hal perempuan.. terutama yang dah berkahwin dan dah bersalin… mesti taw perkara ni..

Of course pasal PAP SMEAR.. ha tu yang aku nak sampaikan… hmm.. aku sudah buat test pap smear.. uoollsss dah ke belum…? yang belum sila lar buat.. for good jugak ni… penting tuk tahu kita punya servik tu baik ke dak..

ok.. aku ada info skit pasal PAP SMEAR ni.. copy paste dari alamhamil.com. credit kepada alamhamil.com.. ni hasil google…

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Alatan2 Pap Smear.. dan aku terangkan lar sikit2 ye.. based pengalaman aku..

Test Kit

Test kit ni yang digunakan untuk amik sample tisu di bahagian servik tu nanti

Alat bukaan

Ni pulak alat yang macam kita 1st mula2 kena cek bukaan tu kan.. tapi tak la sesakit cam nak cek bukaan tu..

Ni cara2 doctor amik sample tisu tu..

lebih kurang macam ni lar kedudukannya dan cara dia..

So dah faham kan… aku just share the info ye… kalau nak lebih tau google lar lebih lanjut…

ok.. cek pap smear ni boleh buat mana2 klinik yang ada buat servis ni.. aku buat kat klinik kesihatan ampangan ni je pun.. tak yah susah2.. masa check up fahim 2 bulan ritu.. terus nak buat PS.. then nurse kasi appointment next week nye g buat…

masa nak buat tu cam biasa je.. cam kita nak cek bukaan nak bersalin tu.. kangkang seperti biasa.. then dia masukkan alat bukaan tu.. doc masukkan cam putik kapas tu tapi panjang sikit.. kikis or sapu2 je kat bahagian pintu servik tu sikit….

and you know what..?? TAK SAKIT LANGSUNG.. TAK RASA APA2 PUN.. ni bukan cakap bohong.. tapi aku dah alaminya.. thats y aku share ngn korang… ni untuk mengelakkan rasa takut nak buat test tu…

Alhamdulillah.. after a month aku dapat resultnya.. it was NEGATIF.. bebas dari sebarang simtom kanser rahim… see.. get it what i mean.. ? simple n easy rite.. tak perlu risau.. tak lar teruk mana yang orang duk cakap2 tu…

rasanya benda tu masuk pun tak rasa apa2.. it was like ehem2 with hubby lar gitu… tu pun tak camtu sangat.. sumpah tak sakit…

And please for those yang tak buat lagi PS ni.. cepat2 lar pergi buat.. semua tau kan KANSER RAHIM ni pembunuh no 1 Wanita sekarang ni… just nak make sure kita bebas je dari simptom tu..  orang yang sedang mengandung pun leh buat jugak.. tak bahayakan bb pun.. to make sure jugak.. baby tak kena jangkitan apa2..

tapi those yang dah buat.. tahniah lar… hihi… hasilnya.. kita taw kan.. hhmm.. cakap banyak tak guna.. if you wanna do.. do it quickly.. insyaAllah. you’ll be fine.. hehhe..

info kat sini maybe sikit.. but ok lar.. atleast you know its very important to our life!..

owh by the way… boleh buat test every 2 year.. just to make sure saje..

ok.. untill then.. chow..

Wednesday, April 20, 2011

Pakej Pulau Perhentian

Entri Melekat 2 Hari

Hello2 semua..!! Ada sesiapa nak ke pulau perhentian tak? Ada eh???
okay2... saya ada tawaran pakej menarik buat kamu..
Sila baca dan fahami pakej2 ini ye...

PAKEJ PERHENTIAN 3HARI 2MALAM.

Harga dari
RM380 seorang

Harga termasuk :

¯ Welcome drink upon arrival

¯ Accommodation in Air-Conditioner room

¯ Full board meals (2 breakfast/ 2 lunch/ 1 Dinner / 1 BBQ Dinner)

¯ Sunset spotting with evening tea (6.30pm-7.30pm)

¯ Two snorkeling trips to 3* popular points at Perhentian with equipment for Peak & Super Peak Season

¯ One snorkeling trip to 3* popular points at Perhentian with equipment for Low & Shoulder Season

¯ Return sea transfer by fast boat

Menarik bukan?? mana yang tengah planning2 nak ke pulau perhentian boleh lar ricky2 harga dulu...

Kalau nak bilik sahaja pun boleh.. ada harga dan pakejnya...

Sebarang pertanyaan boleh lar email ke ainrozilah@live.com.

Owh ye! kalau nak pakej lain pun saya boleh quote kan untuk anda...

Nak tahu maklumat lanjut pakej2 ni.. jangan lupa email ke ainrozilah@live.com ye..

Rancang percutian anda dengan bijak...!!

Tuesday, April 19, 2011

yo.. Fahim in the house!

Yo aunty2.. ada sihat tak? hihih… fahim ok jer…ni lar aksi fahim pagi isnin semalam…kebetulan pagi tu hujan lebat after suboh tu.. dak tecik ni pulak bangun awal uk uk..

DSC06321 Amacam.. hensem tak fahim aunty semua? hihih.. ibu pakai kan fahim romper lengan panjang + legging + cap. sebab cuaca kat luar sejuk macam kat cameron highland.. huhuu.. DSC06316

Owh. fahim jugakkan aunty2… kena pakaikan bib.. sebab fahim suka men air liur.. sampai basah baju fahim.. hihih.. Fahim nak berdiri je.. nak tengok2 kat luar kalau dalam kereta.. besh taw…DSC06317 SAmpai umah nenda.. Fahim nmpk ada aunty aween.. dia dah pnadai jalan….

DSC06319

Abi n ibu nk g kerja… fahim tak suka lar. tinggal lagi.. fahim suka jalan2.. DSC06320 yee!! nt ibu kata nk beli mainan… hihii..

hampoi anak ibu ni.. kemain dia ek… nak ikut sangat ibu g opis kan.. ye. hari ni fahim ikut ibu g opis… Nenda ada lunch date ngn tokpa kat Klana resort.. ok nenda..enjoy your food…

Friday, April 15, 2011

Fahim Vs Ibu Dan Abi

Salam Jumaat..

Topik : Fahim vs Ibu dan Abi..

Yup.. mari lah tengok perbezaan kami anak beranak.. sah2 fahim anak aku n mr.shyir.. mesti mau ada muka kan…

masa fahim baru lahir.. mmg sume kata sejibik cam aku baby dulu.. skang ni dah nak masuk 4 bulan ni.. dia dah sejibik plak ikut muka abi…Ibu Vs Fahim Ibu vs Fahim..

Aku dok cari picture yang lagi kena ngn pic aku ni tapi tak jumpa.. jadi lar yang ni.. ada lar jugak kan.. nati aku share picture nangis.. mmg sama cam fahim betul lar.. hihih

Fahim Vs Abi Ahaks!! ini Abi vs Fahim pulak… ada sama tak? mata n kening ikut abi..hidung dan mulut ikut ibu..

ni entri nak cepat.. picture pun main hamik nak match kan.. tengok lar kalau akau rajin aku buat yang sama lagi.. ahhaha..

ada beberapa pic lagi nak share.. tapi nanti lar kan..

apa2 pun.. Fahim Mikael anak ibu abi. hihi..

luv you sayang..

Budak Manja.

Saya ada budak manja.. nama dia Fahim Mikael.. sangat2 manja.. huhuhuh.. eh citer pasal anak je kan.. buat masa ni.. ni lar modl terbesar aku sebagai penyumbang dalam blog ni.. ahaks~..

DSC06257 Baru lepas ngamok2 nak tido.. pastu tertido terus caa begitu… apa boleh buat.. tu yang dia selesa..

DSC06258 Anak tido.. ibu layan cendol.. hahaha.. kejam taw.. yelar cuaca kat luar tu panas.. harus lar layan cendol… ahaks!

Kejadian before fahim tido tak pakai baju tuh.. kuikuikui

Thursday, April 14, 2011

Sambung Entri tadi..

DSC06267

Ni la akibatnya kalau dah letih sangat berjalan.. maklumlar travelling jauh2 kan.. dia terlebih letih dari orang yg drive.. hihi..

Fahim Kepanasan

Korek2 jumpa gambar ni.. so aku tepek je lar.. otw balik dari penang tu.. Fahim pun dah tak selesa.. ate.. cuaca kat luar tu panas.. fahim plak jenis kuat berpeluh…

DSC00261 Mula2 mak dia vain dulu.. while fahim tido kat nenda dia dibelakang nun..

DSC00267 Later sambung tido ngn ibu pulak.. sudah bogel.. takde bajunya.. kepanasan and mengamok je.. nak tido tapi panas.. duk kat depan aircond kuat sikit.. dari tol sg.juru tu sampai ke puchong tak berbaju.. lena ya amat..

DSC00268 Macam ni lar sepanjang perjalanan.. last aku cover je badan dia dgn towel kecik.. atleast dia tak sejuk sangat…

Fahim dah pandai macam2 skang ni… melayan dia berborak je dh lenguh mulut aku ni..membebel je lar.. pastu asek nak berdiri.. haiyooo.. fahim fahim.. ibu sayang kamu..

Monday, April 11, 2011

Too Busy.. thats Why lar..

Yup!! saya teramat2 lar busy buat masa sekarang
Banyak perkara yang nak diselesaikan.
Semuanya berkaitan dengan kerja kat pejabat ni.
Nak kena target sales nok..
kena push itu ini.. fening mak..

by the way. banyak benda nak cerita..
tapi tunggu lar kot2 nati dah free baru i active semula..
Fahim? budak tecik tu dah banyak mulut..
sampai tido pun nak bercakap je.. ahaks!!
video dia banyak cakap nati aku upload.. hehe..

chiowww semua..

eh.. jap.. nak request apa2.. mostly pasal nak quotation holiday mana2..
please email me at ainrozilah@live.com

daaa..

Tuesday, April 5, 2011

Pakej "Shopping RaYa" di Bandung

Entri Melekat Sehingga

Anda terfikir hendak bercuti? Perancangan untuk membeli belah? Hari Raya juga tinggal beberapa bulan lagi..?? Ingin ber'Shopping" di negara orang..? KITA KE BANDUNG YUK...!!

Ye..!! Kami ada perkhidmatan pakej bercuti dan membeli belah untuk anda. Harga?? Jangan risau.. Tawaran harga diberikan adalah sangat menarik.

PAKEJ 4HARI 3MALAM "SHOPPING RAYA" DI BANDUNG.

DARI MEI HINGGA JUN 2011

Aturcara:

HARI 01 : ARRIVAL - BANDUNG
Tiba di Lapangan Terbang Bandung,wakil kami akan menjemput anda dan terus bawa ke Pusat membeli belah di Cihampelas Street (terkenal dengan tekstil, jeans, T-shirt dll), Ciwalk Mall (Cihampelas Walk Mall). Check- In Hotel. Makan Malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 02 : BANDUNG SHOPPING
Selepas sarapan, anda akan dibawa untuk membeli belah di WTC(Wang Tak Cukup). Kemudian di Factory Outlets (DSE, China Imperium, Heritage, Terminal Tas, Stock Center). Makan Tengahari dan Makan Malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 03 : BANDUNG SHOPPING TOUR
Selepas Sarapan anda akan dibawa ke Cibaduyut Street untuk membeli hasil kraftangan diperbuat dari kulit ( Beg, Kasut, dll). kemudian anda bibawa ke Pasar Baru. Makan Tengahari dan Makan Malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 04 : BANDUNG - DEPARTURE
Selepas Sarapan. Aktiviti bebas sehingga tiba waktu untuk anda berlepas ke KUALA LUMPUR.

Harga berdasarkan bilik Twin/Triple
  • 04 paxs RM 650
  • 15 paxs RM 580

Hotel Pilihan
:
  • Sukajadi Hotel
  • Mutiara Hotel
  • Royal Dago Hotel

Pakej Termasuk :

  • Penginapan hotel
  • Sarapan pagi di hotel
  • Makan Tengahari dan Makan Malam
  • Aturcara lawatan seperti di Aturcara
  • Pengangkutan Van / Bas
  • Pemandu Pelancong
  • Entrance Fee, Toll, Parking

Nota :

  • Min. 02 paxs, tambahan RM 150/ per seorang
  • Harga berdasarkan per seorang
  • Harga boleh DIRUNDING.
  • Tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Pn. Ain (06-6795353) atau email di aliman_travel@yahoo.com.my.

eh! nanti dulu... belum habis.. jika anda bertindak sebagai ketua group, jangan risau.. KOMISEN akan diberikan kepada anda. Malah jika anda mempunyai lebih dari 20 orang.. anda juga akan mendapat FOC ground. Berbaloi bukan...? apa tunggu lagi..

Jika berminat menjadi agent kami dan inginkan pendapatan sampingan? Hantarkan email kepada kami di aliman_travel@yahoo.com.my