Pages

Friday, September 30, 2011

Fahim and aween Admitted

salam...fahim dan aween admitted kat senawang Specialist Hospital..
Sakit fahim : Demam + cirit birit + batuk + Paru2 berlendir 
Aween : Demam + Muntah + Cirit Birit.

Fahim Admmited khamis petang
aweena Jumaat petang

Baru lepas suction kahak.
mata bengkak2 menangis. macam anak cina
 baru lepas off drip wat sementara waktu..
kemain sakan merayau dalam wad
masa tengah amik nap.. meronta2... 

Aween pun lembik je....

aunty and anak buah masuk hospital sama..
wad sebelah menyebelah..

minta jasa baik kalian.. mendoakan supaya fahim  n aween cepat sembuh..
kesian tengok diorang..
merengek je sakit...
hari ibu mana yang tak luluh...

get well soon sayang...

Thursday, September 29, 2011

Touch using my lip.

DSC00699

okey.. fahim kata lambat sangat nak touch ipad tu pakai jari.. pakai mulut lagi senang.. hhhaha.

eh aku rasa fahim ni tak boleh nengok aku on lappy je terus nak terkam.. cam tau2je kan.. keyboard tu di tekan2nya.'

ipad tu dia suka main game talking tuh.. sbb menantang tu kalau kita bercakap dia ajuk cakap kita balik.. haha..

budak2 kecik zaman sekarang. advance kan.. teknologi2..

Wednesday, September 28, 2011

Mandi Buih Fahim

Budak tecik mana yang tak suka mandikan.. bila kata jom mandi.. laju je dia.. hhihih
DSC00680 dalm bath tub fahim.. buih.. pelapik getak (xmo kasi licin) dan itik2..
DSC00682
kemain suka sampai nak berdiri dalam tu… aduhh risau betul.. DSC00684 itik2 tu ada dalam 12 ekor.. teman fahim mandi.. hahhaa..
oleh kerana itu hari swimming lama sangat dan kesannya demam kan.. doc dah tak bagi dia mandi lama2 n berendem buat sementara waktu..
ok kita cuti rendam2.. until hujung bulan 12 nanti k.. fahim kan nak buat pool party masa hari jadi 1 year nanti. hihi… time tu opun tak lama2 rendam… hihi
anak dah semakin membesar… kejap je kan..

Happy 9 Month = berdiri n berjalan

Today 28 september kan.. Selamat ulangtahun ke 9 bulan Fahim Mikael. dah besar dah anak ibu ni.. perangai pun nak macam2 kan.. bikin ibu geraaaaaaaaaaaaaammmm.. grrrr.. ahahhah

DSC00718

latest dah berdiri n miniti.. nak jalan lar tu..hihi..ok.. perkembangan Fahim 9 bulan :

  • mulut kemain bising.. macam2 butir disebutnya.. semua bahasa jerman. wahhh!! terorkan. hahha
  • bila orang lain bercakap dengan org lain..dia pandang orang tgh bercakap tu.. pastu nanti dia hagguk2 kepala mengiakan org tu cakap. hahha.. geram taw tengook miimik muka time tu
  • kalau cakap Kan fahim kan.. dia angguk.. kalau sebut Tak Tak Tak.. dia geleng.. huhuhu.. clever..
  • xnak naik walker dah..nak merangkak je.. nak lawat kawasan katanya..
  • berdiri n meniti seperti gambar2 di entri ni.. konfiden je dia. kita bukan apa risau terlentang je kan..insyaAllah.. if dia cepat belajar lagi.. cepat lar jalan..
  • tidur kurang celik mata nak main je.. makan pun ala2 je..
  • pandai manja DGN IBU N ABI
  • nampak tokpa dia.. cepat hulur tgn suh dukung..

 

DSC00719

pandainya dia nak main kat laptop tuh. sibuk lar ibu dia snap2 pic fahim ni,,,

DSC00720

pastu dia takmo layan ibu dah.. baik tengok gossip blog. anak anak kan. ikut suka dia je.. mentang2 lar otak sedang berkembang.. macam2 dia explore pastu aksi extreme dia pun kita asik urut dada je kan.,.. hihih

Tuesday, September 27, 2011

Jalan2 di Muzium Tentera Darat PD

Kesinambungan citer aku kat PD ritu,,, hahahha
Kuar dari apartment kat PD tu, decide nak g Muzium Tentera Darat tuh.. asik aku citer je kat Mr.SHyir.. then ajak lar g sana.. alang2 kan.. dia suka lar menda2 gini…IMG_2599
Fahim masuk keta terus lelap.. kan kat dalam keta NAZA RIA tukan tengah2 dia ada ruang sikitkan.. kebetulan aku bawak balik comforter umah PD tu nak basuh.. jadi lapikan kat situ.. terus dak kecik tuh lena situ..IMG_2606
Me and my youngest SIL.. muka fahim baru bangun tidur…IMG_2609
Ibu n Fahim…runcing ke tembun muka ai tuh,, haha.. matik lar puji diri..IMG_2624 kat bawah terowong pulak.. fine! kalau dah bawak mr.shyir ni silap lar nak kejap2kan.. dia siap baca semua tuh.. minat betul sejarah2 ni..kat umah tu kalau dah konker tv pasti chanel History tu kan.. sentap taw!
IMG_2636
Macam ni kan.. sibuk dok godek sana sini…IMG_2638
ha extreme nye dia menelek semua kat situ… ok lar tu… aku tak kisah pun.. kadang2 aku pun terikut sama.. hahah.. berjangkit..IMG_2665 dak kecik ni dah fenatt… muka takmo senyum langsung..
IMG_2669
`Dalam keta kena buli ngn uncle affar dia pulak… berkacamata hidung takde.. hahahaa…..
baliktu terus singgah makan nasi arab.. then malam chow ke semenyih terus…
tamat dah citer basi ai…

Nak Petua plissss!!!!

Salam.. ermm.. tak taw nak mula kat mana...
Fahim dah okey sikit.. tapi tu lar kan.. batuk n selesema dia masih tak setel..
means kering or kurang..
kadang tu kesian jugak tengok dia batuk2 tu kan..
kadang tu muntah terus.. tapi muntah kahak la...
which is bagus kan... tapi cam perit je dia batuk..
sampai nonggeng2 kau.. lately ni dia suka tidur nonggeng..
meniarap camtu.. selesa kot...

tapi tu lar.. ibu mana tak risau bila anak batuk2 tengah tidur tuh..
kadang2 tu monitor dia setiap sejam..
sebab kit aboleh terjaga bila dia batuk ke hapa..
harap batuk dia cepat baik..
kalau kita orang dewasa ni leh gak buang kahak gitu kan..
ni budak kecik. time dia batuk.. kita pulak berdehem..

jadi aku nak minta jasa baik korang..
nak petua untuk baby kalau batuk berkahak n selesema ni..
ada tak petua yang mujarap untuk hilang n sembuhkan penyakit ni..
bukan apa nakkan baby kita selesa je ni..


kawan aku ada bagi petua..
'dah amalkan.. ada kurang sikit..
nak cuba petua lain if korang nak share ngn aku..
plis eh.. bagi taw.. mana taw serasi...
dah tau lar nak buat apa bila dah mujarab petua tu..

jasa baiik korang amatlah lah di hargai....

Monday, September 26, 2011

Fahim + Ibu = Tidur

DSC00708 
Kejadia isnin lepas.. mr.Shyir jaga fahim kat umah sebab fahim tak sihat… dia kan demam.. then aku pulak g kerja..
ni dalm kul 4.00 petang tu, mr shyir call suh balik nak bawak fahim g klinik… fahim ni kalau sakit ke.. mmg eleh.. means mengada2 gitu..sementara abinya mandi n bersiap, aku main2 lar ngn fahim sampai tertidur jap
dia nak tidur.. tapi nak melekap.. pastu ni gambar aku betul2 tidur taw… tertidur sekali ngan anak… fahim pulak bila kita dah peluk dia terus lar lena..
hai anak ibu ni manja terlebih2 lar.. awak kan lelaki.. heheh…

Bakul hijau.. fahim jugak mangsanya!


Biasalah kalau aktiviti weekend ni kan.. santai2 dirumah. sambil main ngn anak. bersilat kat dapur… buat itu ini.. tak ketinggalan menyakat anak kan…hahaa..DSC00711
ye! ni abi dia punya keja… dia masukkan anak dia dalam bakul hijau tu.. bakul menan dia.. tengok tu suka kan..diperdajjalkan.. haha… walaup pun tak sihat tapi aktif.. bagus,,DSC00712
then berjaya kuarkan bakul tu. wahh!! ada gaya badang lar anak ibu ni..DSC00715 main lagi dalam tuh…
DSC00717 amik picture dia pulak… eh. anak ibu ni pandai lar.. ko taw lar kan.. anak umur gini semakin aktif n lasak.. mmg berjogging lar aku dalam umah tu…
dah tu suka sangat buat aksi2 extreme… terkujat2 jantung ni.. hai lar anak…. ni dah meniti kat sofa tu pelan2.. kemain lagi.. 10 bulan kang jalan lar kot.. aminn…
sekian,

kasi pendek haa mamak!

Salam Isnin.. okey kebanyakan picture or entri dah basi.. tapi sibuk nak update gak muahaha..
kejadian tajuk di atas adalah pada Ahad lepas bukan semalam..setelah rimas dengan rambut fahim yang panjang.. juga rimas tengok dia tergaruk2 je kan..
apa lagi.. jom abi kita pi zasss rambut dia.. geram nengoknya. muahhaah…
DSC00706 maka  dengan itu budak tecik ini telah pendek rambutnya.. tak sempat nak snap picture masa tengah gunting tu. sebab aku kena pegang sebelah abi pegang sebelah.. haisshh.. terpaksa meng freezzz kan beliau suh dia…
DSC00707 dan hasilnya segini lar.. nampak muka dak nakal ler.. hihih….takpe nanti rambut tu panjang balik ye sayang… kita pacak2 lagi hihihi…

Friday, September 23, 2011

nk melekap bila tidur

ni lar dia budak tecik ni...
hari ke 5 demam..
on off je demamnye ni..
mkn ubat kang ok.. pastu panas balik..
dengn batuk, demam n selesema...
pastu kala nk tidur.. melekap je baru lena..
letak kang klau terbatuk terus jaga nangis2...

dah g klinik 2 kali..
klinik lain2.. pastu ubat dari klinik pakar pun xjln..
minum air masak xmo...
mkn ubat susah.. kena paksa..
nk amik nap doc tak kasi..
katanya tak de lelah..
paru2nye ade lendir..
batuk tu kesian tengok dia..
kita batuk pun skit dada kn..
ni kn pulak baby ni kan...
batuk sampai muntah kdg tu..sian taw..


3 mlm dah aku tak tidur sngt...
dia batuk aku terjaga...
fahim batuk sampai nonggeng2..
mlm tadi fahim bangun aku tak persan..
tapi aku dgr bunyi ketepek2 gitu..
rupanya dia nk main kat dapur sorg2..
dalm gelap pulak tu... huiii...

melompat aku cari dia.. hai lar ank...
ni pun aku tingtong dah ni.,,
tidur melekap ni..
sambil aku taip n3 ni...

doakn fahim cepat sihat ye..
buntu dah ni...
ank nangis aku nangis..
haisssshhhh susah hati...

Thursday, September 22, 2011

Happy Belated Birthday to me..

Salam 22 september 2011..

dah 22hb kan.. yup semalam 21 september adalah hari jadi aku.. takde apa yang special.. cuma seperti hari2 biasa je..sebabnya. On that day. Fahim n Abinya demam panas.. jadi tak menang tangan menjaga diorang.

Takde sambutan apa2 pun.. maybe kemudian kot.  sebab skang ni mmg bz melampau. dan aku dah 2 malam tak berapa nak tidur.. jaga anak n bapaknya.. kejap2 bangun cek suhu.. belah kanan abi, belah kiri fahimm.. gitu lar jadi mak.. korban apa je.

tapi aku tetap g kerja. tolong mama kat cafe.. alhamdulillah.. sambutan bagus.. harap berterusan..now hari ni akak tingtong. campur semalam punya sekali.. double tingtong.. berserah saje.

jadi dengan ini aku nak wish diri sendiri dengan ucapan :

SELAMAT HARI JADI UNTUK AGS.

MOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI..

DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK..

KESEJAHTERAAN KELUARGA YANG BERKEKALAN.

DIPANJANGKAN JODOH PERKAHWINAN HINGGA AKHIRNYA..

DAPAT MENJADI IBU DAN ISTERI YANG MITHALI..

AMINNN..

Semalam dapat wished dari Mr.Shyir je.. sebab dia pun demam masa tuh.. tak larat.. sian jugak.. takpelah.. dah sihat ai tuntut.. muahahhahahahha..

okeyl;.. those yang wished AGS semalam.. di facebook, blog, sms.. terima kasih banyak2 taw. tak larat nak reply satu2. mana yang dan je.semoga Allah membalas jasa kalian.

takde hadiah pun takpe. cuma nak kalian doakan yang terbaek buat AGS dan keluarga. mudah2an ye. terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

tak cukup masa tau.. cool je lah

Salam..geraammmnya lah.. entry banyak nak buat masa tak cukup
alamatnya nanti kalau ada entri aku tu citer dah basi lar ye... huahuahua...

ok now aku kekangan masa yang amat2..
being a mother.. wife.. n also pekerja kan..
sangat2 pack owhh... tapi takpe..
itu lah cabaran.. sahut sudahhh...
tu semua rezeki.. ngeh ngeh ngeh..

2 hari dah fahim demam..
biasalah kalau dah berendam kat kolam tu..
kesannya deman + selesema + batuk..
tapi budak kecik ni..
sakit2 aktif.. tu ok..
meragam nangis2 tu tak lah..
cuma dia nak melekap..
merangkak pelan2 pastu lentok kat kita..
so sweettt,,, insyaAllah sihat lar nanti..

doakan fahimikael cepat sihat ye..
aminnn....

hhmm.. nak sambung kerja..
aku cuba lah mana yang daya..
luv uollsss!! wahhh!

Monday, September 19, 2011

Akhirnya Selesai sudah secara Rasmi

Salam Isnin.. Salam 1Malaysia sempena Hari Malaysia jumaat lepas..

Hari khamis lepas selesai sudah Majlis Perasmian Aliman Kafe & Butik. Jemputan pun alhamdulillah.. ramai dan tak dijangkakan seramai itu. penuh kedai.. hhihi

IMG_2332

Acara bermula dari pukul 1.00 tengah hari. waktu bekerja ramailah jemputan dari jiran2 kedai sekeliling ni datang. jadi waktu lunch diorang pun singgah makan bawak opismate. hihi. bukan apa.. ok lar nanti dapat sampaikan kat orang lain pasal makanan di kafe kita kan.

aku pagi2 dah tolong macam2.. dah setup semua.. baru balik tengahari tu.. mandi and siap2 la.. takkan nak comot je kan..

IMG_2331

ini budak tecik manyak senang owh. ada dayang2 menjaga.. t! aunty2..

IMG_2324

ni lar kafe mama ku. masa ni lengang lagi.. orang belum datang.. untuk orang luar n kawan2 jemputan sampai 5.00 ptg je.. tapi ada yang datang lewat pun xpa.

sebab belah malamnye pulak untuk family datang. hakau.. penuhtak ingat kedai tu.. unexpected semua.. sebab malam tu ada bacaan yasin n tahlil jadi penuh lar.. alhamdulillah..

bila org dah surut sikit. jadi ada suprise untuk aku adik n along nashriq(paksu aku). cehhh~!!!~! belikan kek harijadi eh.. tQ maklang ady.

IMG_2345

Birthday gegurl.. muahahahaha..

IMG_2350

me 21 sept and adeq 29 sept & along  28 Sept.. hihih..

IMG_2352

Later mama n papa pulak.. sambut anniversary.. yeahh!! semoga Allah panjangkan umur n perkahwinan papa n mama hingga akhir hayat. aminn.thank you maksu aju for the cake.. sedaapp!!

pastu dah buat clearance semua. setel dalam kul 1.00 pagi./ wuhuhhhh!! penat tak terkata.. tapi ok je. layan..hihi..

then ari ni.. our kafe officially open for the public. okey.. sapa2 yang duk seremban ni boleh lar singgah breakfast, lunch and high tea. all food is home made cooking ok..hihh

let's try first.. eceh! kalau sedap bagi tau orang.. tak sedapp bisik2 je.. muahahha.. ok2.. senang kata rezeki tu allah bagi.. jadi kita usaha n doa n tawakal saja.. insyaAllah.

Fahim Berswim-swim lagi

Hari Jumaat tu kan cuti Hari Malaysia.. jadinya pagi tu tengok perarakan dulu kat tv.. lepak2 then tengahari baru gerak ke PD after jumaat..

Parents in law aku mmg tidur kat umah aku.. saja nak bawak bercuti.. dekat2 pun jadi lar. hihih.tay PD kat apartment family aku.. seb baik ada apartment sendiri.. jimat kos.. hihi

sampai sana kasi masak dulu makan tengahari.. then dah chill.. turun mandi kolam,. yeah!! 

IMG_2393

Fahim paling suka main air kan.. kolam petang tu keruh sikit.. management kata soda powder nye habis stok.. tu sebab tak water blue.. baru ku tahu.. kolam renang kena ada soda powder untuk jernihkan air tuh..hihi

IMG_2416

nak mandi kat kolam besau je.. kolam kecik bolayan taw dak tecik ni..

IMG_2426

 

IMG_2450

ni lar dayang2 fahim.. aka aunty dia yang jaga masa aku sibuk tolong mama kat kafe ritu.thank you adik2..

IMG_2484

IMG_2496

IMG_2501

Hari kedua.. dah water blue airnya.. yeahh!!  ibu abi tengah tolerate ngn anak beliau sebabnya dia takmo duk dalam pelampung tu lagi.. nak dukung mandi dalam kolam besau tu.. haii..

IMG_2506

then bila kata dah jom naik. asek geleng takmo.. ishhh.. nak main air.. hasilnya dah lap n pakai towel muka protes di atas.. grrrr.

dan malam tadi start batuk2 n demam sikit.. xpe.. cepat2 ibu kasi ubat.. takmo awak sakit ye sayang.

Tuesday, September 13, 2011

Jemputan Majlis Pembukaan Rasmi Aliman Kafe & Butik Sempena Aidilfitri

Salam.. seperti dijanjikan semalam..

Saya dengan ini menjemput Dato'/ Datin/ Tuan/Puan dan keluarga ke
Kehadiran anda amat dialu-alukan.

okey.. dengan kata biasa...aku jemput semua readers AGS ni yeh..
Aliman Kafe & Butik ni mama yang punya..
jadi kita nak rasmikan pembukaan kafe ni..
Buatlah jamuan hari raya menggantikan open house.

tahun ni open house takde.. open kedai hado lah....
jadi siapa2 yang duk kat seremban or sekitar ataupun yang jauh pun..
if datang silakan.. aku tau ni hari kerja.. 
tapi xpe.. esoknya cuti 1Malaysia kan...
jadi datang malam pun boleh...
TIME : 8.30 malam - 11.00 malam..

nak datang halo2 saya... nak no minta eh.. hihi..
xpun wall ke pm ke kat FB nun..

sekali lagi dengan ikhlas menjeput kalian semua...
KL - Seremban tak jauh kan....hihih...

Monday, September 12, 2011

Save the date je dulu k

Salam.. halamakkk aku bz lar..
aku cakap nak invite korang tu kan...
ok details xdapat bagi taw skang...
kasi date je dulu eh..

JAMUAN HARI RAYA
Sempena Pembukaan Rasmi..

ALIMAN KAFE & BUTIK
Date : 15 September 2011
Time : 1.00 tghari hingga 5.00 petang.
8.30 malam hingga 11.00 malam

details lain.. later eh.. esok ke.. 
semua dijemput hadir...

Friday, September 9, 2011

Macam2 hal..

aku ni nakupdate tapi macam2 hal lar skang ni..
xdan nak buat.. ni pun ada entri kira ok..
tapi tak syok sebab takde gmbar...

biasalah naik cuti raya ni..
tak sakit tak sah kan..
perut terkejut semua.. padahal tak melantak sangat pun..
aku pun tak taw lar.. tekak kembang je kan...
fuh selamat lar sikit weight tuh...

minggu ni kami anak beranak sakit..
fahim last week muntah2.. cirit birit lagi..
mr.shyir pun gitu... me also..penangan kan..
takpe kasi recover dulu..
then baru nak cerita bagai..
lagi pun hari ni jumaat...
minggu depan baru update entri bergambar k.hihih..

minggu depan pun aku ada invitation untuk uolss..
tunggu k.. eceh!..
daaa..

Wednesday, September 7, 2011

3rd Day Raya in Teluk Intan + photoshoot tepi sawah

cerita raya ke  3 pulak... weouls balik ke teluk intan..
balik kampung mama.. tapi rumah kampung tu xde dah..
sebab nenek aku tuh dah pindah duk seremban gak...
yelah dia pun sorang kan.. ikut anak berhijrah..
tapi sedara mara ada lagi.. harus menziarah gitu...

lagi pun ada kenduri kawen lagi..
ok lar kan.. hihih

IMG_1959
 nah amik budak comot ni.. euwww... berlengas~
IMG_1970
aksi berani mati.. sesuka je dia pose kat tengah jalan besau tuh..
hello.. keta banyak nye abi.. sabor jelah...
IMG_1976
raya dan raya lagi.. huhu...
aku ngn adik g ngadap kopok bantal yang sedap tu sebalang licin..
tak malu... huhuhuh...
IMG_1982
Anak bujang saya... terlebih ramah..
IMG_1994
pastu g beraya kat umah sedara yang kat tengah2 sawah tu pulak..
memang cantek larkan. padi sedang menghijau.. yeahh~~
masa untuk bergedik2 di tepi sawah...
kami 3 beradik.. ye~ aku yang paling fendek disitu.. dah macam klcc ok..mencik~
mereka selim... ai tak selimmmmmmmm... puihh~!
IMG_1995
maknye yang lebih.. anak tengk tempat lain
IMG_2006
ayahanda fahim mmg gitu... kombinasi color yang cantek.. biru + hijau
IMG_1939
Darweena semakin dara... cumel okeh tengok perangai dia skang ni..
IMG_1958
abi n fahim... ishh sentap taw aku.. bila ramai dok kata..
muka fahim sebijik macam abi dia...
haishh!! ni yang nak cepat2 ada anak pompuan pulak..
biar muka macam aku pulak..hahhai
tetiba~!!

ada sambungan photoshoot..