Pages

Friday, May 9, 2014

Jalan- jalan tempat orang part 2

9/5/2014 - jumaat

Assalamualaikum.
Jom sambung part 2,
Kisahnya 2 hari je tapi gatal sampai 2 entry, huhuhuh.. Belasah

Kan dari lahad datu ke kunak n terus shoot semporna, xjauh dah dlm setengah jam kot. Xperasan masa sbb syok nyembang ngn hubby dlm kereta. 
Tau2 je eh dah nak sampai, tu pun sbb aku tgk sepanjang jln nak masuk semporna tu dah ada bendera pesta lepa2, rupanya weekend tu ada sambutan pesta lepa2 atau pesta air bg orang bajau. Nice..


Yeahhh.. Welcome to semporna. Nmpak tak bendera yg kat tepi2 tu, tu bendera lepa2.. Nanti rajin google lah apa tu lepa2, yg aku tau dia pesta air oleh orang bajau, nanti ada pertandingan hiasan bot/sampan diorang, byk lah aktiviti situ. Aku g pun hari selasa so blum start lg. dia start hari jumaat sampai ahad.

Sampai je, terus check in hotel. Rehat jap sbb nati nak keluar balik jln2 n g makan seafood. 
View dari hotel n bilik. Nampak yg kecik2 tu, tu bot laju untuk orang kg air tu ke pekan/darat. Laju gile bot dia. Dah cam rempit motor. Kira setiap rumah air tu ada bot sendiri. Air plak jernih amat syok lah kan.

Dah mandi2 solat lets go jln2 before gelap, kul 6 dah gelap. Jadi kita jln kat area dragon in tu tgk ikan yg ada.
 Ni jeti terapung lah tp tepi tu ada chalet kalau nak tdo. Murah lah jugak. Tp kitorang xtdo sini. 




Lepak tengok laut je. Then dah gelap skit kitorang nak pi makan seafood kat tampi2 restoran. 
 Restoran ni kena kuar dari pekan skit. Dia kat kg air tu lah, ada garmin sila folo, nak kabo tak tau kat ner huhuh.. Nahh seafoodnya, ketam tangkap sendiri. Guess what? 100g ketam only rm5 aku amik 3 ekor 500g baru rm25 siap masak. Bapak lah murah.. Wehuuuu...

The food - udang dry butter, ketam blackpaper, sotong tepung, bubur sup jagung. Thorrrrbaekkkk.. All this is only rm80 je.. Portion banyak. Seafood sini murah lah. 

 Clear water.. Rasa nak terjun, ni baru tepi laut semporna, belum g tengah laut kat mabul, sipadan, kapalai semua tu. Kitorang xsempat pun nak g pulau. Tak
Prepare nak ke sana. Next time baru g.

Perut kenyang soka hati, mari pulang ke hotel utk beradu. Huhu.. Well nak jalan ke pekan xde apa pun, dead town man.. Kul 8 pm dah close business..


Gelap plak, tuha restorannya.. Siang nampak lah. Malam2 kurang lampu.

So for the next day, pagi breakfast balik bilik lepak2 while hubby ada keje skit kat pekan tu, then nak check out. After check out kita g balik tempat dragon in tu sebab nak tgk ikan besar kat hujung jeti tu, semalamnya dah tutup masa g tu.


Memang besar gile ikan tu, seremmmssss.. Owh masuk kat sini rm2 adult. Budak free. 



Just chill kat sini tgk view bagi anak2 main tgk ikan. Then gerak balik tawau balik. Semporna - tawau 1 1/2jam kalau laju sejam sampai dah. 

Seronok jugak g tempat org ni. Later aku cerita psl lain plak.

Lotsa love. ❤️
Ann mikael jibrael

Thursday, May 8, 2014

Jalan-jalan di tempat orang

8/05/2014 - khamis

Assalamualaikum,
Lama betul tak update blog, 
Malas malas malas malas malas kuasa 800, 
Eh entahlah, jadi suri rumah lagi malas nak update blog,
Padahal banyak je citer nak merepek dalam ni,
Okay lets start merepek..

Yup, aku ni nomad skit,
Kejap kat tawau kejap kat semenanjung,
Tp banyak kat semenanjung, 
Ada masa kat tawau, kang nak puasa aku balik tawau balik, 
Sebab skang ni hubby banyak oustatiob,
Cam no point plak duk rumah bertiga dengan anak2 aje,
Marilah pulang ke semenanjung,
Alah lagi pun cousin kawen lah,
ilham nak check up lah n byk agenda lagi,

So tu hari aku pi tawau bertiga dengan anak2 je naik flight,
Perghhhh berpeluh tapi alhamdulillah berjaya,
Tau jelah flight 2h50m ingat dekat ke, 
Bosan okeh, nasih baik anak2 tenang.

Jam yang pertama, naik je kasi chill anak2, bg makan fries n etc senyap jelah, xde plak nak hetic dalam tu, fuhh alhamdulilah.

Adik kecundang masuk separuh masa ke  2, tdo yipppeeee... Marilah on ipad, kasi abg bertenang layan movie dia, kasi donlod apa patut sebelum fly, tp ada kejadian 1/2jam nak landed, boleh plak dia jerit "ibuuuuu,  nak berak lah!!" Hadoiiii, kasi borak2 ngan dia langsunh lupa nak berak, hahahha suh dia tahan dulu, sampai umah baru setel.. Kehkeheke..

Jadi supermak handle anak2 dlm flight, dah landed semua okay, dipermudahkan. 1st time fly bertiga sebelum ni abi ada sekali. But its okay time to challange myself. 

Basicly duk rumah aje, sbb xkoje kan, ate jaga anak2 dan somi je lah. Yeahhh, best kah duk tawau ni? Alar dapat duk disamping suami dah syukur tau dak, bahagia rasanya, walaupun tawau tu xsegah kl uiii, bandar 80s to 90s tau. But its okay best jugak merantau.

Bila hubby ada keje jauh skit marilah ikut jugak, kita pi lahad datu- kunak- semporna back to tawau. Yeahhh... We enjoy the route, the journey, the view n more.walaupun keliling kau kelapa sawit. Hikhikhikhik


Pagi2 dah keluar eh tak la pagi sangay about 8am jugak lah, okay cuaca sini lain skit, well cerah awal gelap awal. Time sama lah cuma bila cerah gelap awak ko rasa masa tu cepat 2 jam dari semenanjung. Like 6pm dah cerah like 7am kat s'jung, 6pm like 8pm kat s'jung gelapnya, kira korang kul 10mlm kami ni rasa kat sini kul 12 mlm dah padahal masa sama je. Kuikuik.. Budaya sini lain skit lah.. 

This is laut lahat datu, not recommended to be here longer,.. Aku pun xstay here sbb hubby ada keje kejap je kat sini, perjalanan dari tawau ke lahad datu takes 1h30m kalau tak banyak lori, sebab sini xde highway ye, jalan 2 way kiri kanan sawit, struktur jalan pun xberapa elok. 

So just take a picture n sit in the car. Malas aku nak kuar panas terik, sini pun orang bajau banyak. Suhu mak ai 42c.. Panas wokkk..

Later, kita teruskan perjalanan ke kunak. About 45minit - 1jam  from lahad datu.hubby ada kerja n jumpa orang. Sekali lagi duk dalam kereta. Eh kuasa aku nak kuar, bukan ada apa pun kat pekan dia, pekan kecik je pun. 

 Before sampai tu, ada sport area benti amik pic ladang sawit. Sini nice view lah. Btw, tawau n sabah it self byk utk eco pelancongan, tanaman sawit banyak, tu yg kiri kanan banyak sawit.

Owh setel di kunak, terus tuju ke semporna.. Okay sambung nanti ye.

Lotsa love ❤️, 
Ann mikael jibrael