Pages

Showing posts with label Makanan Fahim. Show all posts
Showing posts with label Makanan Fahim. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Baby Bites Fahim

ni baby bite favvy fahim
dia cam keropok lar kan..
tak macam rusk farleys tu..
rusk tu kan comot sikit..
jenis ni tak comot..cair dalam mulut.
 ada beberapa perisa.. Original, pisang, carrot,chicken + vegetable.
semua fahim dah rasa...
kalau dia tengah main2 dalam walker tu.
kasi lar bite tu sambil main..
kalau aku makan kat luar..
dia makan lar bite ni..senang sikit..diam lar..
kalautak dia macam ulat takmo dia.. hahah...

hari tu bff aku Yanie.sibuk suh beli untuk anak dia..
sebab kat Bandar Tasik Permaisuri xdo jual katanya..
xpe lah.. aunty ann belikan untuk mya ye..
3 kotak sekali aku pos kan.. hahha..
sekotak rm6.50 je..
ada jualkan tesco,giant and manjaku.

kalau tempat korang xde try lar cari2 lagi..
if not leh je nak kirim kat aku..
sebab manjaku ni sebelah opis ni je.. hahah..
mesti mau charge sikit. ceh.. tetiba wat bisness.. ngek!! hhahaa

Thursday, August 18, 2011

Resipi Bubur Fahim : Ikan Merah + Sawi

seperti yang dijanjikan.. aku up satu resipi bubur fahim.. aku taw ramai jugak ibu2 lain ada resipi masing2kan.. tapi ni aku share jugak.. bukan apa. kot2 nanti xde idea leh cuci mata nengok resipi ni. hahha. dush!

DSC00636 Fahim ni bedal semua.. apa aku masak semua tak tolak.. batu n kayu je kot dia tolak.. hahha.. makan kuat jugak si kecik ni taw..

Menu : Bubur Nasi Ikan Merah + Sawi Bunga

Bahan – Bahan :

  • 3 sudu beras hancur
  • 1 sudu minyak masak atau zaitun / 1 sudu majerin tanpa garam
  • 1 ulas bawang putih
  • isi ikan merah – besar 2 jari
  • daun sawi 10 helai ( ikut suka nak banyak mana)
  • 3 atau 4 cawan air

Cara penyedian :

  • panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau.
  • letak air secukupnya. masukan beras tadi,
  • biarkan didih sebentar then masuk pulak isi ikan merah.
  • masukkan pula sawi.
  • agak2 sawi dah layu, ikan dah masak. kautkan dan asingkan sawi n isi ikan tadi.
  • kisar sampai hancur isi ikan n sawi
  • kemudian masukkan semula isi ikan dan sawi yang dah hancur tu semula ke dalam periuk.
  • kacau sebati. kalau beras terasa keras lagi tambah air.. dan tunggu sehingga bubur menjadi pekat. tutup api dah sejukkan.
  • simpan dalam bekas.

kalau dengan kadar 1 dished ni.. fahim boleh makan untu 2 atau 3 kali sehari. ikut kadar perut anak anda lar ye.. buat nye minta nasik tambah.. xdapat mokcik nak tolong hahha..

1 menu kita kena buat 3 hari dengan menu yang sama.. ni nak tengok anak kita ada alahan ke tak. then baru tukar menu.

kenapa ada bawang putih? minyak?

  • Bawang putih tu sebab aku nak kasi bubur tu wangi sikit. jadi anak kita interest nak makan.
  • minyak/mejerin sebab anak kita yang dah lasak ni.. perlukan tenaga. minyak/mejerin ni membekalkan tenaga pada anak kita.

Ramai yang tak taw.. rights after anak kita turn 6 months.. solid food pertama kena bagi dia puree taw.. atleast 1 month kita kena bagi dia puree.. epal,pear, labu. fahim suka lar puree ni.. tak nak puree semata.. buat kan bubur nasi campur lar puree tu.

after 7month.. perkenal la yang perisa2 lain.. sayur2 n protein2 yang lain.

if info ni salah ke hapa.. betukan ye.. ni berdasarkan apa yang aku baca n dpt info. nak lebih tahun leh google je solid food for baby.. keluar la macam2. hihih..

so far. cara ni fahim ok n takde alahan apa2.. alhamdulillah.. now kena pelbagaikan resipi supaya fahim boleh dapat makan dengan baik.

Tuesday, August 16, 2011

Tips Bubur nasi cepat masak.. Jimat masa!

Pantasnye masa berlalu.. Salam 16 Ramadhan.

taklama lagi dah raya ye tak..? preparation raya pun belum setel.. hahhaa… naseb ler.. kuih raya pun baru 2 jenis.. last mnit lar kot baru hegeh2.. Almaklum, tahun ni raya xbalik kampung.. sebab kampung ku kat Semenyih n Seremban je.. camno?

ok2 bukan citer preparation raya nak dicoretkan.. ni ha.. pasal bubur nasi ni.. camna nak kasi cepat masak. jimatkan masa especially kita yang berkerja ni kan…

xkan nak bagi anak kita makan nestum hari2.. dia pun nak juga makan bubur nasi.. nestum ni boleh bagi masa2 darurat sajork.. cam malas ke.. hahhaa..

DSC00633 Seperti yang kita tahu.. masak bubur ni amik masa lama sikit kan.. kadang2 tu sejam.. tapi tahukah kita wahai ibu2 di sana..dengan adanya beras hancur buatan sendiri ni bubur hanya boleh di masak dengan masa 20- 25 minit sahaja

ye ini lah kenyataan.. dulu masa mula2 buat bubur fahim mmg lar.. geram je amik masa lama.. pastu jadi malas n asik kekangan masa.. pastu tanya mummy aween then dah taw dah camne..

so kat sini.. aku nak kongsikan bersama korang semua.. para2 sakura.. eh bukan para2 ibu sekalian…

BERAS HANCUR atau KISAR

  • 2 cawan beras
  • Basuh bersih2, toskan, pastu sangai/ goreng tanpa minyak di atas kuali. nak keringkan dulu pun xpe. tapi goreng jugak…
  • sampai beras tu dah macam kuning atau cream color camtu.. sejukkan…
  • blender sampai hancur. jangan halur sangat. kang jadi debu lak.
  • Simpan dalam bekas. nak tahan lama masuk dalam peti ais.

DSC00634 Beras hancur versi AGS.

bila dah ada beras hancur ni.. senang sikit kerja kita as a mom ni kan.. jimat masa n at the same time boleh buat kerja lain.

setakat ni aku xde plak nak malas2 buat bubur fahim. sebab dah senang kerja xyah nunggu lama.. jimat masa n gas aku.. hahahha….

2 cawan beras tu, setakat ni boleh tahan sampai seminggu or lebih.. dah abis buat lagi stok fahim.. nak masak cedok je 3 sudu besar beras tu.. cukup untuk 2 atau 3 kali makan fahim.

senangkan.. insyaAllah.. kita semua nak makanan terbaik buat anak.. nanti aku kongsi resipi bubur fahim pulak.. dah lama nak buat tapi lupo lar acik ni.. mokcik dah tuo yo tak?