Pages

Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Berjalan2 dengan selambernya

Ok fine! ye aku masih dalam pantang.. tapi dah hujung2 ni aku rasa dah tak pantang dah kot.. yelar.. hari ni baru hari ke 35 wok.. few more days.. ceh!.

Dan dengan itu juga.. hari sabtu lepas aku dah pun keluar berjalan2 ke jusco dengan membawa si kecik fahim… wahh!! debar weh.. takut dia meragam ko taw.. tapi alhamdulillah.. ok je..

mula kuar mmg planning nk ke jusco n ke pejabat jap.. oleh kerana pejabat aku ni mmg sebelah jusco je pun.. apa adahal.. kuikuikuikk

DSC05389Bukti Fahim sangat baik apabila berjalan2.. jusco pun tgh sale kan.. aku pun dah lar tak shopping.. kuar umah pun dah tgh hari.. dalam keta dia tak tido.. tapi sebelum kuar..siap uk uk..n susu dulu. sampai jj dah terlelap.kebetulan nak hujan lebat..

mula2 masuk stroller akan meronta jugak.. dukung dulu then sampai kat bby dpartment dah tido baru masuk stroller..ngeh2.. senang ibu nak shopping barang dia.. hiiiDSC05390

tengok dia masih tido.. terjaga mau susu je lar.. dah kenyang kasi tido lagi.. ada tu dia uk uk lagi.. dalam jj ko taw je lar lagu  raya cina duk bising2 kan.. dia rilek je..sementara nak tido dia elok je pandang sana sini.. uhuh..

DSC05388

Abi dan stroller harus nak sama color.. hahah…ok lar.. agak senang jugak nk bawak jalan.. setakat ni lar.. hahaha..

time makan pun begitu.. tido lagi.. fuh! lagi senang ibu abi dia makan. then sempat jugak aku sambar kasut kt vincci.. muahahha… nak beli baju untk aku.. belom ada nafsu kot… motip? haha.. nak kurus dow..

kul 4pm chow singgah opis jap.. then dak kecik ni sambung tido lagi. hebatnya beliau.. malam plak aku yang haru sebab dia takmo tido..hamik!

DSC06107

Di akhiri gambar ibu dan anak.. masih gemok disitu walaupun dah turun **kg.. sekian..

Friday, January 28, 2011

Yeyy! Fahim Sudah 1 bulan

Hari ni 28 Jan 2011. Fahim Mikael dah pun 1 bulan usianya. masih segar je pengalaman bersalin kan fahim sebulan lepas. Kejap je kan.. Pejam celik juga aku pun nak abis pantang sudah.. ewahhh!!

IMG_3493 Alhamdulillah.. bila dah sebulan ni.. baru dapat tune Fahim.. tu pun ada yang tak betul lagi.. kita sebagai ibu kena lar pandai kan.. kalau tak.. mana leh jadi ibu..

IMG_3520

Aku duk umah sambil2 negok tv.. amik dslr snap2 lar gambo dak tecik ni.. penuh dek gambo dia je.. haishh.. sambil2 tu juga dah start wat keja opis.. terbaek dalam pantang pk hal keja lagi..IMG_3544

Biasa lar baby. mesti banyak ragam.. Fahim ni lagi lar. mmg 100% ikut muka aku n perangai aku masa baby.. nati aku show off gambar aku masa kecik.. sebijik okeh.. ni position dia tido bila dia sakit perut..

IMG_3575Skang ni dia memang cukup tak suka berbedung.. nak berlenggeng camni.. hamik.. senang hati nak tido gaya apa pun.. hai anak bujang ku ni.. geram taw. tu mudah masuk angin.. kalau berbedung.. bersilat lar kaki tangan sume kuar..

perkembangan terbaru dalam masa sebulan ni:

  • Kepala dah tegap sikit, kalau kita niarap kan dia or sendawakan kat bahu tu kan.. siap angkat2 kepala dia.. angkat sendiri.. wah2..
  • mula pandai nak melonjak, ha… kaki dia memang kuat.. bila dukung asek nak melonjak2.. mmg tulang dia keras.. patutlar dalam perut dulu sakit perut dibuatnya..
  • suka mandi, ni suka sangat2.. bila mandi diam je.. lagi2 berlenggeng masa tuam2 perut dia.. hamboihh siap borak sorang2..
  • Kuat nyusu, ye.. walaupun dia tak nak direct bf.. tapi aku pam jugak susu masuk botol.. even susu semakin mengurang.. owh sedih betul.. pam2 dapat 1oz je skang ni.. bagi jugak walau sikit.. selebihnya susu formula. terkilan amat.. rasa nak g beli pil tambah susu tu lar.
  • suka tidur mengiring, yup.. ni pose paling lena if dia tidur, bila ngiring tak lar terperanjat2 camtu kan.. if terlentang mmg terperanjat sokmo.. tak berbdung gitu lar kan.
  • Pandai borak, dah de respon bila kita borak2 dgn dia.. hehe.. suka2..
  • Muka kelakar time uk uk.. yang ni memang.. nak taw dia berak ke tak.. ada muka kelakar dia buat kalau nak teran.. mmg tergelak2 kami laki bini…
  • apa lagi ek.. later update 

IMG_3578 Yang penting.. puas hati anak membesar depan kita. Ragam2 dia yang buat kita senyum. geram taw. nak gomol je dia..Ibu Sayang Kamu Fahim Mikael.. mwaahh!!

Tuesday, January 25, 2011

Sudah ke pejabat.

Salam Semua.. wah! malam2 plak aku buat en3 ni.. alar kira ok lar kan dari takde..

Hari ni hari ke 29 aku berpantang.. tapi macam dah declare abis je ni. yelar.. aku dah tak rupa macam berpantang.. cuma skang ni pantang makan and stil berbengkung je lar. jalan dh laju.. berlari pun boleh.. ha.. tandanya apa tuh..? dah baik kah? muahahha.

DSC06083Dan hari isnin baru2 ni.. aku sudah pun ke pejabat.. untuk tengok kerja2 aku yang pending dan ada due date nak sampai.. customer pun dah cari aku.. makk aii..!! mmg tak pantang lar gini.. aku dah boleh masuk opis kan..

tapi aku masuk kejap je lar.. tengah hari.. pastu dalam 3 jam buat apa yang patut then balik ler..   DSC06078

dan aku juga berjaya membawa Fahim juga encik suami ke pejabat juga.. naseb baik lar fahim behave je.. tido sokmo.. letak kat sofa lelap.. nangis nak susu saje.. good boy..

ko nampak itu puting ada sumbat itu dalam mulut juga? ye.. masa umur 2 minggu dah isap puting..? kenapa? sebabnya dah susu pun dia melalak lagi.. kasi puting senyap suda.. puting gabak bukan? aku dah beli pelbagai jenis puting for new born.. tapi puting tu jugak nak.. puting gabak tu jugak hadiah masa aku kawen ritu.. hahahhaha…. fahim.. fahim..

DSC06084  Lepas setel keja.. cubaan untuk makan diluar waktu pantang.. aku g m’cd.. membawa si kecik.. naseb dia tido.. selamat aku.. menu aku adalah di atas.. menu pantang kan? kan? lada hitam jugak kan? daging ok.. gilir2 makan dengan Mr.shyir.. makan pun laju2.. tak menikmati or santai2 ok.. takuitttt.. dah lar stroller tak bawak.. hahah..

kesimpulan.. aku seperti tidak berpantang.. oh tidak.. tapi masih control apa yang patut.. kepala otak plak pk kerja dah ni.. at the same time.. pasal anak lagi..

kdang2 orang terfikir jugak.. apa lar kerja si Ann ni kan? sampai culas dalam pantang dan sbagainya.. hmm.. ada yang tak faham situasi.. aku bekerja demi… ni nanti lar aku cerita.. tapi perlu ke.? ok. kita buat perhitungan.. kalau nak tau sangat2.. sila kasi komen kat aku.. itu kalau nak taw.. if tak nak pun xpe.. jangan penasaran deh…

any who yng tak bape suka.. ai tak kisah nyah.. ni blog AGS.. hehhe.. peace no war ok!..

Monday, January 24, 2011

Pantang itu bermacam2

Alamak.. terlambat plak buat n3 hari ni.. ai busy lar.. tengah hari tadi masuk ofis jap.. tengok2 kerja yang mana boleh bawak balik umah n buat… see.. aku baru 28 hari pantang tapi dh kuar g opis.. siap hangkut Mr.shyir n Fahim lagi.. muahahha.. punya lar selamber… tu baru percubaan bawak ke opis.. ok berjaya.. hehe..

so nak citer pasal pantang ni kan.. ada orang kata 40 hari..44 hari lar.. 60 hari ar.. 100 hari lar.. tapi normal tu 44 hari kan..? kan..? aku short lagi buleh.? heheh.. tapi yang 60 hari or 100 hari tu. untuk pantang tutttttttttttt tu je kan..? kahakahakah.. tapi boleh ke? larikkkkkkkkkkkkkkkkk….

Aku pantang biasa2 je.. macam orang lain pantang.. eh? sapa kata makanan pantang aku tak sedap.. macam2 ok mak aku masak.sume sedap2 belaka… fuhh…!!

Antara makanan2 tersebut adalah.. ewahhh nak kasi taw plak..

  • Ayam masak kicap.
  • Ikan masak singgang/rebus
  • Gulai ikan tenggiri ( tapi buh lada hitam lar tak pakai cili api)'
  • Ayam pais
  • Sup Ayam
  • Sup Ikan
  • Ayam masak halia
  • Daging black paper
  • Bubur m’cd
  • Prosperity burger
  • Ikan masak stim

Air plak..cececcec.. nak bagi tau jugak tuh. eh of coz no ice at all

  • Oren KOtak
  • Jus Prun
  • Nescafe O
  • Nescafe susu
  • Horlick
  • Anmum Lacta
  • Air masak
  • Milo
  • Kacip Fatimah (ofcos mau kacip semula muahah)

Dah hujung2 ni leh makan pedas2 sikit…  tu pun aku tanya mak aku dulu.. hahaha.. breakfast tu pun biasa lar roti,lempeng, nasi goreng lada hitam/bilis.

see.. meriah tak menu2 aku pantang… haha.. apa yang mama masak.. aku bedal je.. dia kata boleh.. aku on.. dia kata tak boleh.. aku boleh kan jugak.. tapi boleh pandang je lar.. hahaha..

tapi walaupun menu aku meriah.. alhamdulillah.. penurunan berat badan adalah mendadak.. amazing.. tu nanti lar aku citer.. selagi aku tak kembali kepada yang asal.. takmo citer2 lar.. hehe..

Orang dok poyo2 makan sedap2..seafood bagai.. aku cakap.. tunggu….. hhhahahah…

ada sapa2 nak pantang umah aku.. eceh!… hahahha

ok sekian laporan pantang dar AGS