Pages

Showing posts with label fahimikael. Show all posts
Showing posts with label fahimikael. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Celebrating Fahim Mikael & Ilham Jibrael

(baru cek ada dalam draft rupanya lupa nk publish)
Assalamualaikum. selamat tahun baru 2014. semoga tahun yang barokah buat semua. 

nak citer kejadian sebelum tahun bertukar. tahun lepas lah kiranya. Alhamdulillah.. majlis cukur jambul dan sambutan hari jadi fahim yg ke 3 berjalan lancar. 28 dec hari jadi fahim, family decide nk buat makan2 asalnya, dah tu buat jelah majlis cukur jambul fahim sekali. 

and here the story. 

the nite before the day masing2  sibuk setup pelamin untuk berendoi. gigihlah buat pelamin. diy sudah..
stage pelamin ni turun temurun dah puluh tahun kot. but still ampuh. sebab nenek aku ni orang beradat jadi benda ni mmg ada kat umah. iya org n9 kan.. dan buaian ilham dduk tu adalah idea last minit. kusi bby ikea jadi mangsa. buat tiang utk kerusi then jadi lah buaian.. jumaat siang tu idea petang siap. nasib tukang kayu sendiri tu kreatif lah sikit.

maka beginilah pelaminan nya.. janji hado. masa fahim dulu sewa bridal punya. dis time kita wat klasik lah skit. kul 12 lebih gak siap semua. 
ni lah perantin kita.
xcukup tu sambung buat photo booth kat bawah plak. nasib ada cousin2 yang membantu. almaklum fahim n ilham je anak buat depa. yang latest lah.. tahun depan ramai yang kawen 2015 sok bertambah lah anak buah. tq to cousins yang membantu. end up till 3am baru siap. fuh...

esoknya majlis buat petang, jadi ada masa lah pagi2 tu nk chill skit. btw ak tak buat aqiqah. aqiqah buat dekat mekah je. 
org marhaban datang kul 2.30 pm camtu. nasiblah mood pak aji kecik ni baik sgt. berbuaian lah ko disitu nak..
layann dik..
org marhaban dan berzanji.sedap suara makcik2 sekalian..
tengah2 lagi berendoi yang pengantin tu pun sama lah duk nyanyi jugak.. siap aaaaa.. aaaaaa.. 
tq to mother in law ummi datang jugak ke majlis. yup. dia ibu mertuaku. very sporting person. 
happy boy.. melayan je naik buaian tu.
kumpulan marhaban, the cousin and family in law
we are in orange dat days..

then sambutan birthday fahim pula. besar dah anak ibu ni. 3 tahun dah. ibu abi love u sayang..

malam ada majlis makan2 with family members je. masing2 bawak pasangan like tunang cMtu. kira sesi suai kenal.. bakar ayam kampung percik. sedappp..

alhamdulillah selesai sudah.
seronok ada keluarga besar.

annmikael❤️
2 of 365 page /2014
😜

Wednesday, November 27, 2013

kisah Fahim Mikael

lama tak bercerita pasal abang fahim ni. alhamdulillah sejak ada adik ni.. dia semakin faham apa fungsi sebagai abang. ni nanti cerita lah. 

mula2 je masa ilham baru lahir mmg agak mencabar bila mana kita nak kontrol toddler yang sebenarnya faham ckp kita tapi buat2 tak faham supaya patents lebih pay attention kat dia. memang menguji sangat2. tapi nak marah lebih2 pun tak guna. dia kecik lagi. nak perhatian maka bagi lah sikit supaya hati dia ada skit gembira.
lagi sebulan (28/12) fahim 3 tahun. sungguh! aku rasa masa cepat sgt berlalu. rasa dia kecik lagi. baby lagi. hakikatnya anak semakin membesar. proses pembesaran memang 100% depan mata sendiri. puas hati.
fahim ni anak yang senang dijaga. rutin harian dia bangun pagi - minta susu- mandi - breakfast- main/ tengok tv/ layan ipad- tido- makan.. budak biasalah. 

cuma kalau adik dia tgh tido, time tu lah dia menjerit lah buat bising lah. -adik plak telinga lintah. pantang dengar suara abang terus bangun. fuh semangat... 
almost 3yrs dia dah off diapers utk siang hari, mlm je pakai pampers. sebab malam dia tidur dgn nanny n tokpa dia. klu terbabas abis katil. lepas ni pelan2 nk off mlm pulak. klu pakai pampers pun nt nk kencing mesti kata nk g toilet yak pun camtu.

cakap memang penuh. cara ckp mcm org tua. geleng kepala klu dengar dia nembebel. 

contoh : 
ibu : fahim makan apa?
fahim : ayim makan eskrem. ibu nak?
ibu : tak nak lah xsedap
fahim : tak nak sudahhhhh

huhhhu.. mcm2 lah.

cepat simpati kalau kita sakit ke luka ke.. dia lah irg pertama yg cemas lari sana sini nk cari tisu buat lap darah tu. huhh 

apa lagi.. hmm senang berkawan. klu kat klinik ke jumpa sedara baya2 dia xpun dah sekolah camtu, selambur dia dok approach lebih2 nk kawan. tak tau lah bila sekolah nt camne..

dan fahim ni cepat boring. masak aku. aku rasa tak nak masukkan dia tadika awal2. sebab nanti bila lama sgt kat tadik a confirm dia xnak g sekolah lg alasan cikgu lambat abis silibus. boringgg hahaha

suka lah nak. mak tetap sayang anak. byk lg. tp cukup lah kot. nk live update. sila ke ig n keek i ok.. 

ok chow