Pages

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

pengalaman anak ekzema dan ruam teruk

Salam 12 feb 2014

nak cerita pasal kulit ilham ni. before ni aku ada buat entri pasal kulit ilham ni. ok baiknya kejap je then jadi balik. tapi bila anak yg hidap ekZEma ni memang sampai ke besar lah. cuma kita as parents ni memang kena banyak sabar. kena cuba macam2 jenis ubat nak bagi yang terbaik lah. 

dugaan aku ni kecil je nak bandingkan dengan orang lain yang lebih teruk. memang sedih sangat lah sebab keadaan ilham ni memang istimewa skit. dia punya gatal memang tak tau nak kata. kita yang dewasa ni kalau kena gigit nyamuk pun garu bagai ini kan baby yang gatal satu badan. tak tahan  dia menggaru tu lah. sampai berdarah2 dan ekstrem sgtlah. kuku memang kena pendek hari2 kena cek.trim kuku dia. tido malam gatal bergaru je lah. 

kena panas skit mula bergaru peluh.pun camtu. dia naik kat spot2. banyak dah aku g pakar ni. mula2 pergi pakar kanak2. tak berkesan . pergi pakar kulit pula, doc ckp ini masalah darah dan 80% badan dia kena. masa tu risaunya bukan kepalang. doc kata ada kena mengena dgn asma. yup aku masa kecik ada asma dah besar terus baik. doc ada bgi beberap ubat and total rm240. seminggu pakai ok lah, tapi kulit tak licin n masih kesat. next appointment pergi cek balik doc kata ada baik skit.teruskan ubat. bila2 lama skit jadi balik. ubat xjalan dah.


at the same time aku pantang makan jugak, sbb ilham breastfeed. tapi bila pantang n xpantang xde beza dah. tak nampak kat mana makanan yang dia alah. pantang ayam kadang kena kadang ok plak. ya allah.. xtau nak kata camne. lama2 aku google n tanya org klinik mana bagus bab kulit ni. aku try lagi g klinik kulit pakar lagi satu, doc sahkan ilham ekzema chronic. hoii nangis weh. kena lagi beratus bayar ubat kat pakar tu.

takpr balik umah aku apply lah ubat2 tu nampak ok dan membaik. pastu aku consume lagi shaklee esp n alfafa. gambar before adter tu aku apply ubat doc n shaklee.alhamdulillah bertambah baik. ubat abis aku repeat doc lagi. after 2month ubat sah xmujarab. since ilham tak pernah demam sekali dia demam ya Allah keluar balik merah2 kat badan n gatal bertambah teruk. 
ni time dia demam. pilu hati. takpe kita pikir jalan lain. since aku dah tawarkan pakai ubat kampung semua pun tak jalan. so tabahkan hati. aku nak masukkan ilham ke hospital. sebab masa ni dia demam dan aku call semua hosp private nak wardedkan ilham semua penuh kat seremban ni. haduihh.. nak booking bed pun tak boleh. macam2 cara nak bagi anak tu kebah demam. alhamdulillah akhirnya dia baik demam.

owh btw ilham dah suffer kulit gatal camni since umur 3bulan lagi now dah nak masuk 9bulan. kesian sgt2. ada tu masa aku g klinik amik ubat ilham demam tu, ada jugak patient tu tgk ilham terus dia kata, cuba ubat sensei cina, insyaAllah mujarab. sebab anak2 dia semua kulit cam ilham. kesat gatal berkuping n merah. so aku pun nekad nak cuba ubat sensei jugak. 
pergi kedai ubat herba cina. dia suggest beli dua benda ni je. ubat sapu n mandian. ubat sapu rm11 ubat mandia herba rm2 sepeket aku try 3 paket. rm17 je. dalam hati berdoa lah agar ini jalan penyelesaian utk pulihkan ilham.

balik rumah rebus mandian tu campur dengan air mandi ilham. after mandi aku apply krim plak kat spot2 kulit mana teruk n merah. Alhamdulillah. dengan 3x mandian tu hasilnya alu sendiri terkejut. kulit licin halus mulus. xde kesat langsung. merah2 pun xde, kuping2 kulit kepala terus baik, muka n pipi pun baik. syukurnya. 

bersih sgt. ubat herba mandian tu aku guna 2 peket je. ubat tu elok tu gatal2 n ruam bayi. orang dewasa pun boleh guna. dan sekarang ilham tak lah menangis sebab gatal n tak selesa. skang ni main jelah. elok plak tu. makan pun selera. kulit 100% ok. harap terus membaik dan tak berulang lagi

kalau dulu memang dia tak selesa. now hari2 happy mood. ni nanti aku nk beli lgi ubat tu. sebabnya nenek aku yang kerap gatal2 ni pun nk jugak mandian tu. dari ubat semahal2 last2 nak ubat rm2 je. hihihi. 

bila keadaan anak macam ni. kena cuba macam2 ubat. nak kena tahu yang mana serasi. kena sentiasa cari ubat yaang mana boleh baik. 

rasa panjang pulak kongsi pengalaman anak ni. insyaAllah nanti aku kongsi kan tips pasal ni.

lotsa love ❤️
ibu mikael jibrael

Thursday, February 6, 2014

Tips potty train anak bila diluar rumah

Salam 5 feb 2014

tu hari aku ada buat entry pasal potty anak bila kat dalam rumah so boleh rujuk this link http://greenstrawberryheaven.blogspot.com/2014/01/tips-potty-train-anak.html?showComment=1391511989050&m=1

now, aku nak share bila kita outside home. ni version aku train fahim lah ye. di ulangi, if korang ada better tips lagi bagus. 

okay lets start- 

1) lulus potty dirumah - pastikan yang dekat rumah kita potty tu dah lulus 90% sekurang- kurangnya. sebab tu tandanya anak dah mula faham dan proses potty berjalan lancar

2) Atur sebelum keluar rumah - sebelum kita keluar rumah tu, pastikan dia dah buang air dulu. jadi tak perlu nk risau lah buat masa sejam dua kalau kita tak atur bila diluar nati, ni kalau anak tak minum ke apa, katalah anak susu dalam keta ke apa, nanti stop lah ke tandas buat atur lagi.kalau boleh xyah lah susu hihi, fahim ni jarang minta susu kalau kuar jalan ke apa, kita bawak siap susu dlm botol tu lum bancuh, nt on the way back home baru buatkan tu pun kalau dia minta

3) Beritahu anak tak pakai diapers - ni sebelum keluar rumah, bagitau anak yang dia tak pakai diaper, kalau nak kencing or yak kena cakap. dan berkali ingatkan soklan nk kenc ke tak tu. nati dah sampai destinasi tanya lagi, kalau tak yakin bawak ke toilet terus

4) destinasi dekat2 - cuba lah dulu bawak ke kedai ke kedai makan, asalkan dekat dan tak amik masa lama kita 1 hour then balik rumah camtu, kalau ok gapkan lah skit. baru leh bawak jauh2 dalam mall ke. 

5)  Jangan leka - katalah bawak ke mall, jangan pula kita ni leka, kena lah bawa anak ke tandas bila perlu. bila mana kita rasa cam dah lama ke tak dia xkenc ke apa. jangan mak sibuk shopping anak terbabas pulak.

6) spare baju/seluar - yg ni penting, kita kena bawak spare baju dan seluar sepasang, juga diaper selai, senang kalau terbabas kita ada spare

7) Tempat mesra tandas - klau boleh g lah tempat2 yg mesra tandas ni. senang nk bawak dia g toilet. 

8) yakin - yakinlah yang kita boleh buat semua ni. insyaAllah. 

harap tips yang ada ni membantu ibu2 yang nk potty ank ni. insyaAllah semoga dipermudahkan urusan mem"potty" anak kalian. 

ok jumpa lg. 

lotsa love ❤️
ibu mikael jibrael

Monday, April 2, 2012

Tips Mengerjakan Umrah + Pakej Umrah

Aku nak bagi tips sikit lah..  nak kata tips pun tak jugak.. kira share jelah apa yang aku taw ye.. mana taw leh jadi rujukan uols masa akan datang nak menunaikan Ibadah Umrah pula kan.. hehe..

Ini berdasarkan pakej yang aku amik lah ye..

Pakej Cuti Sekolah : RM 5100 per person , Infant (Fahim) Rm1500.
Duration : 15 Hari 13 Malam
Flight : Etihad Airways

Pakej Termasuk :   Tiket penerbangan pergi balik,Cukai Lapangan Terbang dan Visa Umrah
ΓΌ     Penginapan,Pengangkutan dan Makan di Makkah / MadinahUmrah 3x pecuma , Beg Besar / Beg Kecil/ Ihram / Telekung,Buku Panduan / Uncang Kasut,Air zam-zam (10 liter),Kursus Umrah seperti yang ditetapkan oleh pihak syarikat.

    Hotel Madinah : Raudah Suite
    Hotel Mekah : Mira Palace
x
    Maknanya harga Rm5100 tu dah include semua tu ye... kalau harga bukan cuti sekolah lagi murah lar ye..
    
    Tips - Tipsnya :
  1. NIAT - Sebelum pergi tu tentukan niat kita.. pergi sebab apa? bayar mahal kerana apa? ibadah kerana Allah yang penting.. shopping letak tepi dulu ye.. dan banyak2 lakukan solat taubat sebelum kita pergi tu..
  2. KELAKUAN - ni penting, jaga tingkah laku, mulut jangan main sedap cakap, merungut2 ke.. nak marah2 ke... ubatnya SABAR dan ISTIFAR... memang di sana kita akan di uji.. uji dengan kesabaran.. kena sabar tengok perangai orang2 yang datang dari seluruh dunia ni..
  3. JGN KEDEKUT - maksud kat sini.. kat sana kan.. kadang2 saf kita elok je susun dengan geng2 solat kita kan.. sekali tetiba ada pulak mak arab ni main masuk je saf kita celah2 tu.. bagi lah dia masuk.. dia pun nak solat juga.. SABAR.. hehhee.. kdg tu tasbih kita pegang pun dia nak.. amiklah.. kang beli lain.. POSITIF sahaja..
  4. POSITIF - apa2 pun kena positif.. fikir ada hikmah disebaliknya...
  5. SEDEKAH - kat sana memang ramai lah yang minta sedekah ni.. terutama org hitam ni aka niger.. kadang tu kudung lah.. gendong anak.. yang berlakon kudung pun hado... kalau niat nak sedekah bagus lah... niat nk tolong lah walapun kita bagi dia 1 riyal je.. ada org tu, siap tukar duit kecik lagi kat budak2 ngemis ni.. tapi pastu bagi lah sikit kat dia.. tgnkan kudung..ahaks! tapi kan.. aku ada ternampak masa lalu kat deme... beg tangan mak deme terbuka.. sekali berbundle duit dalam tu wokk... ahaks! no wonder ramai anak.. semua ngemis.. hai apa lah nasib...IKHLAS je lah..
  6. TUKAR DUIT - kalau nak tukar duit RM ke RIYAL.. baik tukar sana lah.. nilai lagi banyak kot kat sana.. kita untung... kata lah tukar duit kita RM500 = 650 Riyal.. heheh.. money changer bersepah kat sana..
  7. ShOPPING - kalau boleh sampai sana jangan terus niat nk shopping dulu.. ibadah 1st.. later2 baru shopping hehe..
  8. TAMAR/KURMA - Beli kurma, kismis., kekacang baik beli di Madinah. lebih murah berbanding di Mekah..
  9. UMRAH - Miqat di BIR ALI, HUDAIBIYAH, JERANAH ni free ada dalam pakej. Tapi if miqat di TANAIM kena bayar lah.. tu tak masuk pakej...
  10. AIR ZAM2 - hari nak balik tu FREE je dalam pakej ada bagi kan.. dapat 10 liter sorang.. kata nak bawak lebih kena lah bayar.. takpun.. kan selalu g masjid tu.. bawk lah botol kecik2 tu buat minum sendiri...
  11. KETIKA UMRAH - Tawaf saie 7x kan.. jadinya banyakkan zikir dan doa ketika melakukannya tu.. jgn negatif.. lambatnya habis dan sebagainya.. jgn sesekali ckp uiihh jauhnya saei ni.. ckp dekat je.. sure tak rasa. eh dah abis eh umrah.. hehehe
  12. ANAK KECIL - InsyaAllah banyak doa supaya dipermudahkan.. sebab kita bawak anak kecil.. semangat pun kena kuat.. time solat kena ada strategi dia.. haha.. bagi susu ke xpun bagi je dia mainan leka kat situ.. heheh..
  13. FLIGHT - kitakan flight lama.. jadi nak bagi anak diam tu.. kasi mainan.. pastu feeding dia siap2.. mmg tido je.. tu hari bagi ubat batuk.. mmg tido terus dari ABU DHABI ke KUL.. tpi fahim masa tu mmg tak sihat..klu ada baby.. request seat depan dinding dia tu.. kat situ boleh situ boleh mintak baby basket hanging tuh..
  14. WAKTU SOLAT - jarak waktu solat disana dekat2 sngat skang ni.. suboh 5.15am , Zuhur 12.30noon, Asar 3.45pm Maghrib 6.55 pm isyak 8.00pm.. jaraj dekat kita nak pulang balik hotel amik masa,,, belum lagi nk pusu kuar dari masjid beramai2 tu kan... mghrib isyak duk dalam masjid.. gap tak jauh...
  15. MADINAH - cuaca sejuk sangat... sejuk sampai ke tulang.. 14 degree time suboh.. siang pun sejuk jugak.. rasa kat new york pun hado.. hehe memang kena pakai baju sejuk ok..
  16. Lokasi Shopping - If kat Mekah.. shopping abaya lawa2 kat Safwa Tower.. sumpah rambang mata ko...madinah/ bawh hotel tu ada kedai2 abaya jugak.. tapi mahal sikt dari beli kat Mekah..perfume etc.. takpun a long the way nak balik hotel opkos ada kedai2 menjual ni..
  17. DIFF. HOUR - 5 jam ye.. tu pasal seminggu pertama fahim tak boleh tune waktu tido dia.. ibu abi jadi panda ok hari2.. yelar dia akan tidur after 4am... grrrrrrrrrrr...
  18. MASK - kalau boleh pakai mask/purdah.. sebab sana kan habuk banyak... effect tekak sungguh,, until now aku batuk lagi...
  19. CARRIER/STROLLER - kalau bawak anak wajib ada 2 benda ni.. from hotel to masjid kan jauh.. better bawak stroller.. aku bawak stroller tapi hilang masa transit kat ABU DHABI tu.. coii.. tinggal carrier je lah.. gigih bawak anak yang 10kg tu pakai carrier g masjid.. sebab masjid pun tak leh bawak masuk stroller.. tinggal kat tepi pintu masjid tu..berguna jugak carrier tu..
  20. SAFETY - apa2 semua kena berjaga2.. sebab pencopet ni banyak sangat.. tu hari makcik aku nyaris dicopet.. nasib perasan. jerit terus lari.. beg kalau boleh letak depan. nak2 kita ada duit or hp dalam beg tu kan.. bahaya sangat. .
Setakat tu je yang aku ingat tips2 nie. ada soklan lain tanya lah.. sementara tengah fresh ni. hihi.. seronoknya lah..

okay.. nati aku buat bajet ke KK tu hari tertunggak..

j


Friday, January 8, 2010

TIPS : Keperluan Bajet di Genting

Salam Jumaat Semua.. Wah.. Indah nya jumat kita hari inikan? Dengan cuaca mendung di pagi hari. Tanda Allah memberi Hujan sebagai Rahmat kepada kita semua kan..? moga2 hendaknya aminn..

okay lar..citer pasal genting pun dah abis.. jadinya.. berapa pula aku kehabisan ongkos di tanah LIM GOH TONG tue...??? haaa.... ni lar persoalannya.. bukan apa.. saja nak share ngn uolls.. walau pun ada yang sedia tahu kan.. takpe2.. namakan share ye dak..

so kat sini aku buat kiraan bajet untuk aku dan suami di genting highland tempoh hari. Dan kiraan ini untuk 3 hari 2 malam punya expenses  lar ye..owh ye! aku akn kongsi tips2 yang lain juga.. cewwwaaahh.. macam dah ada rancangan tips wanita anggun pulak.. hahahahhaa...

BUDGET FOR 3DAYS 2NITES AT GENTING HIGHLAND (For 2 person)

Accommodation : First World Hotel RM 77.60 for 2 nites ( Murah sebab aku amik promotion yang aku tawarkan hari tu, nak jugak camni tgu bulan 2 or 3 ni baru kuar balik promo tu - dan untuk bajet ni aku dah kuar kan dulu cuz ini beli awal, so tak masuk dalam expenses aku utk 3 days kat sana.faham tak ni? tak faham tanya)

Fees Entree Ticket:

  • Genting Skyway Cable Car : Rm 10 (Return) x 2person = RM20.00
  • Outdoor Theme Park = RM38 (1 Day pass) x 2person = RM76.00
  • Snow World : RM 19 x 2person = RM38.00
  • Flying Coaster : RM10 x 1person = RM 10.00
  • Indoor Games Machine : RM 20.00
  • Outdoor Games tikam : RM20.00
  • Total : RM 184.00

Ni antara games yang aku main lar ye.. so those yang korang tak nak main boleh pilih lar.. than boleh kira bajet sendiri berapa. kalau uolls nak add games lain b0leh jugak. tapi plz bring extra money lor... hhehee...

 

Meals :

  • Breakfast Day 2 n 3: FOC by Hotel
  • Lunch Day 1 : RM 40 - MarryBrown for 2 person
  • Dinner Day 1 : RM 15 - Mamak bawah skyway
  • Lunch Day 2 : RM 16 - Mamak bawah skyway
  • Dinner 2 : RM 32.00 - M'CD for 2 person
  • Lain Nyum2 : almost RM 15 also.

Okay kalau makan pulak mmg tak de choice lar nak murah2 ke hapa.. kat dalam first world plaza tu mmg banyak nye fast food lar. Dan sedia maklom harga adalah International.. means tak sama lar cam harga kat bawah. alar.. semua taw kan pasal nie.. tapi nak kenyang lagi mmg better makan di mamak skyway tu.. hahahha... Jimat sket.. dan tak menggemok kan.. hahah... tapi if uoolls banyak duit apa salahnya nak makan mahal pun.. hehehe

so dah taw kan berapa bajet2 nak masuk itu ini.. bukan apa just nak memudahkan uolls.. kadang2 ni bawak RM100 tak cukup pulak..  ha kena ingat..kat atas ni serba serbi nye mahal. Yng paling murah pun tandas sebab FREE hahaah.. bersepah ok.. ye lar cuba ko bayangkan.. yang paling murah n busuk2 ar..Sweet Corn tu je lar kot RM 3.50 per cup.. cuba kalau tengok ada jual goreng pisang plak kan..? RM 6 untuk 5 biji... ha.. kat makcik simpang tu leh dapat banyak taw.. miahahhaha..aku tak beli pun.. xkoser makkk...

okay.. now aku kasi tips jugak kepada uolllss supaya semuanya berjalan lancar apabila bercuti ke sana.hehe..

  1. NAIK CABLE LAGI BAGUS DARI BAWA KERETA NAIK ATAS - ok. panjang disitu, better parking kereta kat skyway tu sbbnya tak lar kita jenuh nak mendaki2 bukit2 tinggi tu kan. Kesian pulak kat kereta keta, Lagi pun parking kat skyway ni pun ok per.. selamat dan FREE.. dan kalau uolls parking kereta kat atas pun.. bukan nye uolls jalan2 kat luar tu naek kereta better parking bawah. Tapi pastikan kereta uolls di lock dengan betulnya..
  2. TAKE NUMBER FOR CHECK IN - those yang stay at First World di sarankan berada di lobby check in pada pukul 12 noon walaupun suppose check in kul 3.00 pm. Ini kerna kalau uolls amik nombor lambat makanya uolls kena tgu 3 4 jam for turn dipanggil ke receptionist. Yes! its happen to me. apa2 amik je nombor dulu k. sbbnya FW ni mmg camni.. guest check sentiasa ramai. conton kalau dapat no 500. No actual kat board tu baru 300. so kena tgu like 200 turn baru turn ko. ada paham.? kat first world ni ramai grouping cina yang stay. biasalah kan kat bilik ade 6000++... ingat tu.
  3. MINIMIZE KAN BEG - those yang pergi berdua ke, sorang ke.. tak yah lar bawak beg2 banyak, bukan nak stay lama pun.. bawak yang perlu je.. kalau husbang n wife kalau boleh share satu beg jer.. paling busuk pun 2 lar.. handbag tak kira ok.. sbb ye lar nak naik cable car.. banyak now beg apa ke hal. Plus if dari station Skyway atas nak menapak ke First World tu satu hal lagi..lalu celah2 manusia.. ha pk ler kalau nk bawak beg2 banyak2.
  4. PAKAI KASUT -  yang ni pun berguna sangat.. better pakai kasut dari korang yang nak melawa pakai hill bagai tu... nanti kalau ko tak larat jalan jangn smpai berkaki ayam.. seyes seh... kat atas adalah semuanya MENAPAK.. plus nak men2 games2 yang ado ada prefer memakai kasut. At least kaki tak lar melecet, tak kena tanggal2 kasut time main games tu semua dan selesa.
  5. JACKET / BAJU SEJUK - yes.. please bring this. Mmg ada setengah kata alar.. tak lar sejuk mana genting tu kan.. FYI, for this moment genting adalah sejuk. siang juga kabusnya tebal. alar bawak je lar.. bukan berdosa pun kan.. hahaha..lain lar kalau uolls kebal tahan sejuk.. apa ada hal kan.
  6. CASH MONEY - yang ni of cos pentingkan.. ko tengok aku nye bajet kat atas tu je dah ratus2.. tak mungkin lar uolls tak mencapat ratus2 di atas.. betul tak.. alar tak ckup..kat atas tu pun banyak ATM machine.. hehhe
  7. NAK MAKAN MURAH - taw kan makan kat atas nun mahal..so ade alternative lain yang boleh reduce sket uolls nye bajet . Sape yang taw kat atas tu ade maple ok lar kan. yang tak taw senang jer. Ikut jalan nak ke skyway cable car. Then pergi blah hujang ada lift. Turun tingkat B5. Turun tangga sket dah smpai mamak tu.. Ha kira ok per makan kat sini murah sket dari kat FW plaza tuh tapi kat situ pun ade food court jugak. Harganya mahal jugak lar.. most of the chef adalah CINO...
  8. PERSONAL CAMERA - of cos...wajibbbbbbb...the best moment just between u  and your husband n also with frennss..

okay.. aku rasa tips ni berguna kat uolls yang merancang nak ke gentng highland tu kan. Jadi apa yang ada ni sedikit membantu lar kot.

Those yang nak ke sana especially PUAN CIARE - SELAMAT BERCUTI HONEYMOON BERSAMA SUAMI.. hehheh...

btw.. if ada salah silap or kat sini ada plak otai2 yang selalu ke genting ni.. mintak amponn lar if salah info ke apa k..makkkk budak baru balajar nyahhhhhhhhhh...

p/s : ade sesapa nak tanya soklan?? sila hit kat komen box ok... aku reply soklan2 tu nanti.

Wednesday, October 14, 2009

Tips : Bajet Kahwin AnnGreenStrawberry

okay2…aritu aku ade lar cakap nak wat n3 pasal bajet kahwin aku kan…?? jadinya marilah aku laksanakan saja bajet itu..

 

Fyi, ini bajet buat diri kita sebagai pengantin perempuan lar..

keperluan kita camtu..

ini tak masuk lar Khemah ke? Lauk Pauk ke? berkaitan kenduri ke..etc.. ini hanya untuk diri kita je lar…

ni aku citer pasal bajet masa aku kawen aritu tue…

aku just share ngn uolls…dan tips2 yang boleh korang pakai…tak nak pakai pun xpe…ini adalah share experience sahaja…ok..

 

Semua pengantin berhak nak buat yang terbaik untuk majlis dorang…

xkira lar nak vouge ke? nak meletop ke? n apa2 je lar..

bagi aku…biarlah sederhana tapi meriah, betul dok??

aku xde lar pk nk grand mana kan..? yang WAJIB tu nikah…tapi dah jadi budaya n adat kita..after nikah mesti nak wat Majlis Sanding nye kan…?? So sanding tu plak..takkan nak biasa2 je kan? yang ni korang dah sedia maklum lar… tak perlu larh aku menceceh2 menda ni lagi….

 

so apa yang aku amik n kuarkan bajet untuk kawin adalah :

1) Pakej Andaman : RM 2300

Termasuk : 2x Make up, Sepasang Baju Sanding Lace L/P , Accessories, 3x persalinan , Pakej Pelamin (etc kat pelamin tu.), Payung, Bantal Nikah,

Free : Bunga Tangan Fresh Flower , Tudung Nikah , Touch up Mekap

Location Butik : GEMALAI ANGGUN (Senawang N9)DSC_0499 DSC_3899 DSC_0117 DSC03106

Pelamin Dalam

:: Pic tuan tanah kedaung mesti ade..heheh..aku nk show off baju n mekap Butik ni.. serius tak nyesal ::

2) Pakej Malam Berinai  : RM 250 

Termasuk : Sepasang Baju Songket L/P, accessories , Gubahan Hantaran, Baju Pengapit L/P, Gubahan tempat potong kek, Bunga Tangan

Location Butik : Ayya Butik (Puchong Indah Selangor )DSC_0130

DSC_0049

3) Official Photographer : RM 1400 (2 hari)

Termasuk : Nikah, Persalinan , Malam Berinai, Majlis  Sanding, Outdoor , 2 Sticky Album , 2 Frame  gambar 8R, 2 gambar size A3, 8 keping gambar size 8R, 1 DVD (semua gambar Majlis)

Photog : Cyberphotog – kak moon , Abg Sutan, Zaimi

4) Hiasan Hantaran : RM 300

Segala bahan untuk buat gubahan hantaran tu… ikut cita rasa masing2

Location : ThankQ (NILAI 3)

5 )  Upacara Potong kek  : Rm 110 ( 3 tingkat )

Location : Kedai Kek Kak Kam ( Senawang N9)

DSC_0347

6)  Door Gift ( 1500 tetamu )

Paperbag ( Rm350 – 1500 bag)

Isi Dalam tak termasuk..lain kira

7) Hiasan BiliK pengantin

Bunga Katil ( RM 60 )

Bunga Dinding (dah termasuk dalam bajet Hiasan Hantaran )

Tak Termasuk : Cadar + Langsir + Kelambu Katil

8) Baju Nikah  + Jahit + Manik ( RM 270 )

yang ni terpulang pada uolls nak style camne..

Okay..yang ni aku kuar duit..yang len2 tu sponsor + guna duit hantaran sekali..hehe..

Lain2 Bajet :

9) Cak Lempong : RM 800

From : Sek Keb Rantau (N9)

Mmg tak nyesal kalau korang amik budak2 ni…sedap gile..sapa2 datang wedding aku ritu taw larkanDSC_0365

10) Kompang : RM 150

From : Budak Taman Lavender Heights, Senawang

11) Khemah : Rm 2500 (20x20) 8 khemah + kipas + Lampu  + scalop (each khemah)

12 ) Pelamin Luar : adeehhh ni tak pat aku nk bajet… sponsor maa…DSC_0030

 DSC_0040

13 ) Isi Goodies bag (1500 guest): Bahulu Besar (90 sen / pcs) + Kerepek (40 sen/pack)

14)  Lauk Pauk kenduri kendara : Family yang setel..aku tak taw apa2 dan tak dibenarkan campur sama sekali..

15) Barang2 hantaran : RM 1500 (ikut bajet korang lar..klu nk branded2 lebih lar kot dari ni..)

16) apa laggi ek..hmmm..nati lar aku ingatkan…hahahaha…

skang ni…klu ikut kan amount bila ko total mmg lar banyak…tapi bila korang beli sikit2..benda tu korang xnmpak sgt taw…

xde lar semak kepala sgt atau tension korang nak beli itu ini…

pikir duit cukup ke tak..tuk dok?

Contoh kata hantaran korang 10k ke kan?

10k tu bukan hanya untuk kita je taw.. boleh bahagi2 untk wat kenduri2 tu…pastu expenses kita..mak andam n segala tok nenek tu ha… tak yah terlampau stress dalam mencari duit tu…ada REZEKI ALLAH bagi..insyaAllah..

fyi, ini sekadar bajet aku kawen aritu..tapi kalu korang ade lebih ringgit apa salah nye kalau nak buat lebih dari ini.. cam aku..aku buat apa yang mampu jer..aku pk yang selepas kawen tu camne nak survive pulak..eventho, kita ada suami…tapi kita tak nak jugak selalu susahkan suami kita. Jadinya..buat apa yang korang mampu jer.. tak lebih tak kurang.. orang kata…SIKIT CUKUP BANYAK TAK MEMBAZIR.. ha…renungkan sket kata2 tu….

p/s : okay..klu aku rajin lagi aku buat tips2 untuk urusan perkahwinan nie…wahh..!! cam vagoss je kan ann ni..puihhhh!!