Pages

Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Tak sengaja ke buat2 lupa?

sebelum nak mula bebelan dan rasa kecewa.. seribu kemaafan ku pinta… ini bukan menyinggung ke apa.. tapi cuma ingin ada rasa sedikit keinsafan dalam diri. renung2kan ye…

ok.. seperti yang semua taw..  hari ni hari JUMAAT bukan.. ye.semua orang ingat tentang hari ni dan setiap hari bukan.. tapi aku rasa benda ni tak patut berlaku.. terutamanya pada orang lelaki.. ok kat sini dah ada hint.. mungkin anda dapat meng”agak”..

Kita orang perempuan semestinya jumaat hari yang ditunggu.. lunch our mmg lar lama betul.. dan ini tak kisah lar.. tapi yang kisahnya pada kaum adam.. oppss! bukan semua.. segelintir sahaja.. dah tentunya hari jumaat adalah WAJIB bagi semua lelaki islam untuk menunaikan solat jumaat.. dan ini semua sudah taw dan juga termaktub dalam agama kita untuk melaksanakannya…

jadi.. benda ni dah perhatikan lama juga.. dah selalu lar kot tengok.. mungkin uols juga penah lihat… tatkala uolls nak beli makanan atau keluar waktu lunch tesebut.. jam dah menunjukkan masuk waktu solat zuhur yakni wajib menunaikan solat jumaat.. akan tetapi anda terlihat ada segelintir kaum lelaki yang sedang asyik makan dan berbual mahupun sedang berkeliaran diluar… dan ketika itu orang lain sedang berpusu2 ke masjid untuk solat jumaat…

dan asyiknya mereka sehingga lah.. waktu solat tersebut habis… hmm.. persoalannya disini.. adakah mereka lupa hari tersebut adalah HARI JUMAAT mahupun mereka adalah buat2 lupa?hmm.. tidak malu kah mereka..? tidak ada rsa keinsafan dalam diri atau tiada kesedaran tentang itu…

entahlah.. nak bercerita lanjut.. takut tersinggung nanti… anggap saja lar mungkin mereka tak sedar hari itu adlah hari jumaat.. atau mungkin mereka bermusafir.. kita mendoakan lar semoga mereka mendapat hidayah dari Allah swt..insyaAllah.. aminn…

Aku bukan lar nak memandai2 tentang ni.. aku juga bukan ustazah untuk berbicara lanjut tentang ini… kepada isteri2 dan bakal2 isteri sekalian.. jangan lupa reminder hari untuk suami anda.. insyaAllah.. kita semua akan menjadi Muslimin n Muslimat yang dirahmati Allah dengan mengikut perintahnya dan meninggalkan larangannya…aminnn..

sekian dari UstazahAGSlantiksendiri…

Wednesday, June 23, 2010

korang pun sama jugak kan?

hmm… aku rasa korang pun penah mengalami situasi aku ni kot.. okay.. let say korang pergi bank ke.. ada urusan bank lar kan.. pastu kat luar bank tu.. mesti ada orang mintak sedekah.. ataupun derma ikhlas untuk masjid or  anak2 yatim camtu.. betul tak..? tak taw lar.. tak sume bank macam tu…

kalau kita ikhlas nak bagi masa tu.. RM1 pun dah memadai kan.. xkisah lar dia nak tipu ke apa.. niat kita sedekah.. ok.. yang lagi satu ni.. if ada orang bagi salam.. pastu jual2 buku bagai.. masa tu kita tolak dengan cara baik.. then stil ikut2 kita.. ye.. time ni rasa agak rimas.. aku rasa tak perlu kot nak ikut kita macam force kita beli n sedekah ye dak..?dalam pala dah jemmmm je rasanya….

dan pihak bank pun tak heran je if diorang ni ada kat depan bank tu.. ataupun sebelum tu dah mintak izin dari pihak bank.. of confuse disitu… hehhe.. Cam aku rasa if aku nak derma.. tengok ade duit kecik ke tak.. derma tu paling habis pun RM5..paling kecik RM1.. janji ikhlas… siap orang tu mendoakan kita lagi… yang penting niat..

lagi satu situasi.. korang pernah makan kan table2 ni.. mamak ke tak kisah lar.. kedai makan lar kan… pastu datang dua orang.. sorang buta.. sorang tukang guide sambil pegang tisu.. mesti penah kan… kalau ni datang kat table aku.. mmg kasi je lar.. takkan pulak halau gitu… kesian pun ada..

xpun ada lar yang dtang siap bawak resit derma untuk mendirikan sekolah tahfiz kat pendalaman bagai… yang ni dia kata bla.. bla.. bla.. penerangan beliau camtu… pun kasi je.. terpulang nak tipu ke apa.. niat sedekah sudah.. siap kita bagi tu. pastu dia kata.. semoga dilimpahi rezeki dan sejahtera selalu.. kita aminkan je… kadang2 tak paham jugak.. ade je orang2 pertikaikan budak mintak sedekah.. interview bagai.. pastu tak bagi pun.. kasi je RM1 sudah.. tak luak pun duit kita.. kan..?

kadang2 tu kalau tempat korang lar kan.. tengah syok makan.. datang budak kecik dalam 7 tahun gitu.. jual bam gamat ke apa… katanya dari tahfiz gitu gini ceritanya.. walhal aku nampak diorang naik satu van reramai.. pastu pecah masing2.. Mr.Shyir ni pun dulu sekolah tahfiz lama jugak.. tapi dia kat tak pernah pulak kena kuar minta derma bagai untuk sekolah tahfiznya.. cam pelik.. tu semua sumbangan ikhlas terus kepada sekolah tahfiz tersebut… bila dah tengok camtu.. cam sah2 je sindiket ke apa kan… wallahualam..

kalau ke pasar malam pulak.. mesti dah biasa tengok.. orang tua duk perfrm nyanyi2. main alat muzik sendiri.. sambil jual tisu.. dah orang tua tersebut adalah cacat cam buta ke kan… owh… aku sedih disitu.. kenapa lar nasib diorang jadi begitu.. mana pergi anak2 diorang pulak… kesian sangat… menyanyi dan minta belah ehsan orang ramai… plus.. if korang tengok jugak orang2 tua yang berkeliaran tanpa tempat tinggal.. duduk kat kaki lima … dan macam2 lagi.. mmg kesian sangat2.. mana pegi anak2.. sanggup buat macm tu.. sedih taw..

harap anak2 kita nanti menjaga kita dengan sebaiknya… hidup kita pabila tua ni takut dijadikan sebegitu… dan kita juga awasi dan jaga anak2 kita.. lagi2 kes culik2 ni makin meningkat.. takut dibuatnya..

ni hanya sekadar luahan.. jika ada kecil hati.. ampun diminta..sekian maseeehh

Tuesday, April 6, 2010

Berhenti atau Teruskan?

Salam semua… ok nak bagi taw.. AGS not in a good mood.. tah apa kena tah.. ada lar sesuatu.. tapi takmo lar citer2 kat sini… biarlah blog ni jadi hepi2 sajork.. ermmm.. happy ke???? 2 3 menjak ni blog cam hareeeemmm… cam sepi dan tak seceria dulu…

Teringin jugak nak jadi cam dulu2.. n3 berkoyan2.. tapi skang ni… mood blogging adalah hancur… cam dah tak sanggup plak nak terus terjerumus dalam dunia internet ni.. adakah tekanan dari keadaan sekeliling mahu pun keadaan yang datang dari diri sendiri… tah lar… itu je mampu ku katakan…

hmm.. Esok genap 8 bulan perkahwinan AGS dan Mr.Shyir.. hmm.. xsangka 8 bulan dah… kalau bunting pelamin dulu… bulan depan dah nak bersalin agaknya.. tapi di sebabkan belum ada rezeki lagi… 8 bulan yang kami lalui ini.. bnyak pengalaman2 manis dan hit.. susah senang… dan sebagainya…. Mungkin 8 bulan ini.. Allah kata Rezeki anak tu belum lagi… jadi kami redha dan hanya rilex serta bersantai tanpa memikirkan hal2 orang lain sambil berdoa,berusaha dan tawakal sahaja….

tambah lagi 4 bulan…dah setahun pulekkk kan? wah.. sekejapan masa berlalu.. Semoga perkahwinan kami berpanjangan dan kekal abadi.. aminnn… hmmm..disebabkan dan 8 bulan kawen.. ingat nak berjimba lar dgn suami ai malam ni.. ehehhee… jimba makan2 lar.. hikhikhik…

back to the topic.. adakah aku mau meneruskan berblogging atau berhenti sajork?? hmm.. tgh memikirkan ni.. ataupun stop kejap…??? xpe biar aku pk sendiri…..

so now…

Pn. Ann GreenStrawberry rehat sekap dari berblogging… tunggu sehingga AGS rasa betul2 ada n3 berilmiaah dan mood blogging baru boleh ON balik ok….Doakan yang terbaek buat AGS dan Hubby.. aminn….

p/s : untuk yang selalu singgah…  terima kasih AGS ucapkan…. teruskan menyokong AGS (erk…!! macam menang award banyak sangat je kan..??? hehhe)

Wednesday, March 24, 2010

Randomly nak merepek

Oleh kerana aku tak de nafsu nak mengupdate secara marathon dan sebagainya.. maka aku kasi randomly je lar ye… janji ada n3 hari ni…

Antara Penyebab, asbab, sebab, kena babab dan terus shut up!…

  1. Malas – ni ko jangan tanya aku kenapa.. mmg penyakit ni mmg sebati dalam diri.. ko tengok muka aku pun sebenarnya dah ada cop M tu.. cuma tak nampak jer… hmmm.. aku pun heren skang ni aku tak update cam dulu.. kalau dulu semangat je nak wat n3 siap auto published bagai kan.. skang ni ko tak yah tanya… jawapan dah taw sendirik..
  2. Blog hop – kalau dah malas menaip jadi aku pi bloh hop je lar kejanya… suka baca blog2 yang aku suka dan sesuai ngn aku.. eh motip? hahhaha
  3. Kesihatan tak mengizinkan  - ni lagi aku tak taw kenapa… lately kesihatan merundum sedikit… sakit itu lar.. ini lar…. macam2 lar.. sampai Mr.Shyir pun haru lagi wajib mengPAY ATTENTION kat aku ni.. tah lar.. kalau orang tanya kenapa.. jawap ALLAH BAGI SAKIT… ha.. redhakan jawapan tu…
  4. sibuk – ye.. mmg sibuk… banyak kerja.. eh? bukan samakan jawapan tersebut… ye lar aku ni mmg banyak request aku kena siapkan… jadi tak nyempat2 lar kepala hotak ni nak pk wat n3 apa.. nak naip laju2 lagi hampeh…. jengok blog pun kejap2 sudah…..
  5. Tak menarik – lately jugak tak de spot places2 or story yang gedebuss nak citer ngn uolls… keja aku dan hari2 aku adalah rutin yang sama.. dan tak perlu kot nak citer semua kat umum.. betul dak…
  6. Priority – Aku jugak tak nak meletakkan blog ni satu priority dalam hidup… kadang2 kang bila kita dah taksub sangat berblogging ni kan.. kita jadi alpa kepada yang lain…jadi baik bersederhana saje banyakkan benda2 yang boleh manfaat dalam kehidupan seharian kita. nak tanya kenapa? ha,, nati lar aku jawap…
  7. Dilema – ye ! Aku dalam dilema skang ni.. sebab apa..?? biar lah rahsia… ecehhhhh…..
  8. Perlu Masa – aku rasa aku perlu masa untuk diri ku ini.. nak manjakan diri.. kasi mantopppppppppppp!! hahha…
  9. hmmm… aku pun tak taw.. banyak lagi.. tapi cukup ni dulu.. kang aku continue lar… hahaha..

dan wahai readers2 ku… uollss dah taw kan…? jadinya… kasi aku masa dan pelan2 aku akan buat kezuuuutaaaaa to all.. hehehhehe…

Now time aku rileks… hmmmmmmmm…

Wednesday, March 10, 2010

Terhad sungguh rasanya

Rasa2 nya korang pun taw kan.. napa lar AGS ni tak update blog secara sukses seperti yang dulu… bz sangat ke dia? eleh apa lar sangat keja dia tu? duk kat opis jer pun.. tak kena panas pun… eleh2 buat2 bz lar tu..?…hmmm.. aku paham..paham lar sesangat soklan2 tu…

ok camni lar..aku jawap je lar k…

sesungguhnya uols tak taw apa yang aku rasa..korang pun takde ditempat aku skang ni… sure tak taw kan.. ye,.. mmg aku keja kat opis… tapi keja kat opis ni tak pikir lar pulak.. nak blog hop pun tak sempat… nak baca blog favvy pun curi2… sesungguh di opis ni tak menang tangan… kadang2 aku balik pun dah kul 6.30 pm.. Mr.Shyir lar balik dok tgu aku kat umah nun bini tak balik2…

alar..malam takleh update blog ke..? buat lar n3 autopublish n etc?

jawapan : keja opis kan weekdays.. so aku mmg fully working hard at office.. no time to play2… stress tu mmg lar.. tapi diam2 je lar… buat je lar keja2 tu..walaupun nimbun2 kan.. dah balik lambat opcos lar letih kan.. malam plak.. aku nk entertain Mr.Shyir pulak.. makan dia.. nak borak2 lagi… nak manja lagi.. dan nak. nak. nak.. lagi.. oppsss!.. yelar.. aku nk lipat kain lar.. apa lar… susahnya tido pun cepat…kalau tengok tv atas 10pm..confirm tertido punya… jadi bek xtvt sihat… wakakakaka… 

mmg tak sempat sungguh nak wat autopublish2… bukak laptop pun malas… kadang2 tu sampai aku bawa balik keja kat opis ni siap kan kat umah taw.. ha..ko bayangkan lar.. oraang lain boleh rileks aku ni ko tak yah cakap lar…dan masa aku adalah sangat terhad.. nak dating pun tak sempat..alar-alar kad je lar..

dah weekdays nya camtu.. weekend lagi lar… cuti pun macam tak rehat je kan.. tapi takpelah.. demi suami ku tolong juga… kerja kat ladang ayam tu pulak.. tolong apa2 yang patut.. ayam sakit nak kena medic lagi… itu ini sana sini… Ahad je lar nak rehat pun.. balik umah semenyih kejap je… pastu isnin mula rutin yang sama…

tapi aku bersyukur sangat2… time2 aku dan suami yang sama2 baru nak build up bisness ni.. yang sedang bersusah payah untuk kesenangan kami kelak… dan Allah tahu kenapa dia belum bagi REZEKI ZURIAT pada kami suami isteri. Allah nak kami berjaya dan mungkin waktu itu baru DIA nak bagi ANUGERAH itu…

kalau ko tanya perasaan tu.. mmg ko pun taw lar jawapannya kan.. apa2 pun aku dah tak kisah.. Allah je yang taw apa yang akan jadi,terjadi dalam perjalan hidup kami…Tapi kalau Allah nak bagi cepat.mmg aku akan tidak menolak.. malah menerima dengan hati yang terbuka..mudah-mudahan..aminn…

Bukan senang taw nak build up bisness ni… macam2 hal lar.. tapi tabah sabar dan berani  je lar… aku cuma berdoa… semoga penat lelah kami suami isteri ni akan membuahkan hasil yang tak ternilai harganya..aminn… seronok sebenarnya kehidupan yang mencabar ni… baru lah namanya life kan..?? yeahhh!! caiyok ANN & MR.SHYIR..hehe.

Walaupun ada suatu ketika itu.. rezeki itu bukan milik kami.. kami redha je lar… hanya Allah yang tahu..

ok. now u know kenapa lar aku ni busy n tak hupdate blog..??…

sekian..

p/s : Cepat2..promotion almost closed… cepat beli voucher dengan AGS..berbaloi-baloi..

Friday, November 20, 2009

wei Ann!! belajar jadi cool and kuat boleh??

 

tak taw lar nak kata apa kan? kalau dah tajuk gitu..mesti benda yang tak enak jer korang pk.. hmmm bukan camtu... camne aku nak ckap eh?? hmmmm..aaaa..hmm..aaa...okay2.. camni lar...

tak semua orang yang kita kawan, kita kenal boleh faham kita 100% kan...???? betul tak?? even mak bapak kita yang bela kita dari kecik tu kadang2 susah nak faham kita...hmm... apa motip faham ak faham nie...hehhee...

bukan apa...just nak cakap about diri sendiri... fyi, aku adalah orang yang sangat sensitif dan senang nak mengalir air mata bertitik seterusnya nya boleh di tadahkan baldi..kira kalau aku masuk slot macam2 aznil yang part nangis...confem menang jam tangan tu kan..wkakakaka..wahhh.hebat ko nye Ann??? lempang nak?? hehhe...

tai serius weh..aku ni kan kecik2 dulu,,kalau jatuh sket nanges..kalau main2 mase kecik2 ngn sepupu/kawan ke..kalau kalah nangis... kalau kena sakat pun nangis cuz tukang sakat aku mmg ramai... best is dari dalam pantang dulu.. tiap2 malam malam mesti nangis...hoiiiiiiiiiiii..xbleh cakap ar... mak  pak nenek ke atuk ke..pakcik makcik ke..susah no nak tenangkan aku..sampai aku dapat gelaran PALAK..iaitu KUAT NANGIS.. seee... betapa hebatnya nye air mata aku ni..mihahhahaha..

sampai aku dah kawen ni pun..stil camtu jugak.. kdg2 tu kalau isu kecik gaduh pun..nanges sampai bengkak2 mata... tah apa nak jadi da perempuan meroyan nie... smpai Mr.Shyir ckap " Syg tolong lar jadi kuat sket perkara kecik tak yah nangis, asek nanges jer.." hmm..adoiii... wahai suamiku..bagaimana isterimu ni tak nangis...sebab dah kena sumpah sawan tangis..ahhahahah....

kadang2 tu...cakap sweet2 like I LOVE U VERY STRONG..pun siap feeling2 nangis ok..!! ahhh..xpaham aku... mungkin aku ni kalau nangis terus dari hati...bukan yang buat2 camtu...hmmm.. bisalah perempuan kan..uolls pun sama gak kalau nangis2 ni....konfem tip top jugak kan..??

some more, kalau kata tengok tv lar kan..drama ke hapa..yang touching2 lar kan..kalau tengok dari mula sampai abis..kalau nanges tu konfem lar worth it.. ni tekan je remote..sekali ada part sedih..cam kusyuk terus lar..terus nangis2 menitik2 lar air mata tu...wtf?????? gilo...??? tak paham aku... hahahha..see aku sendiri tak paham jadi gitu... nak2 kalau tengok iklan2 raya or sedih2.. perghhhhh!!! nangis jugakk...human sensitivity taw.. eceh...

tah lar tak taw nak ckp camne..kira aku ni senang menangis2.. orang kata kalau nk wat modal nangis untuk sesuatu pun ..konfem dapat...miahhaha..kejam gila.. aku ni kalau dalam seminggu tu tak nangis 2 3 kali tak sah... nak2 kalau kecewa, frust, dispointed dan sekutu dgn nya..pergghhh!!! tu lagi lar... siap bengkak mata..dah macam apa dah... nak kata ketam tak ketam, nak kata panda tak pnda.. sudahnya nak kuar..pakai celak tebal2...huhuhuh....

persoalannya..camne aku nak tahan air mata ni...??? camna aku nak jadi kuat supaya air mata tak kuar untuk perkara yang tak berbaloi utuk nangis??? hmmmm... moga2 Allah kuatkan lar hati aku nie..aminnn..

hmm..dah banyak dah ni karangan yang dibuat... dah macam karangan spm dah nie..mihahahhaa... tah korang baca ke aku pun tak taw.ate...panjang benar kan..dengan itu saya sudahi dengan :

"JANGAN BIARKAN SAWAN TANGIS SELUBUNGI ANDA"

Wasalam...

p/s : Ya Allah !! kau berikan lar ruang itu untuk kami menjalani dan merasai kehidupan itu, limpahkan lar rezeki berkat dalam hidup kami, permudahkan urusan2 kami demi masa depan kami kelak.,amin ya raballamin..