Pages

Showing posts with label permata hati. Show all posts
Showing posts with label permata hati. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Botak Dan Bulat

Sejak fahim dah botak.. semunya nampak bulat.. makin besar matanya tuh.. jegil2 bukan men.. huhuhu..

DSC00218 Aksi yang pertama.. nampak flash hp ibu terus bulatkan matanya..

DSC00219 Aksi kedua.. stil bulat memandang..

DSC00220 Semakin bulat nampakya.. hahhaha…

DSC00223 ewahh!! garang betul buat muka begitu.. hihih.. tangan tu asik genggam je..

luv u anak ibu..fahim lar pengarang jantung ibu n abi.. tengok muka dia hilang penat. hilang masalah kejap.. Ibu and Abi  akan berusaha mendidik fahim jadi yang terbaek ye sayang,, mwahh!!

maaflah.. asek entri fahim je.. entri kedah sambung kemudian ye..

Proses Pembotakan Fahim Mikael

Ni citer lepas majlis berendoi fahim hari tu.. baru nak tepek kat sini.. sabtu majlis, ahad kasi botak.. yang botakkan Omma Fahim aka MIL aku also SIL no 5.. 2 jam nak kerjakan kepala fahim ni..

DSC00192 Ni baru cukur depan.. masih steady.. tapi pusing2 jugak lar kepalanya..separuh jalan dah nangis nak susu… pastu senyap jap.. nangis balik.. rupanya

DSC00196 Nak tido.. kasi tiarap lena terus.. apa lagi.. laju2 dok kerjakan kepala dia.. eh cumelnya dia tido

DSC00197 Baru botak sebelah.. nice..! sebelah lagi.. kasi cepattt..

DSC00199 Setel sudah… time ni baru terjaga.. n terus mandi..

DSC00206 Amacam fahim botak.. ada cumel tak? wah penumbuk tu.. kemain dia..

DSC00210

Apa tengok2.. wa langsi taw… ada bran kah?

selesa betul bila tengok dia dah botak.. nampak lebar je muka dia.. ni dah tumbuh sikit rambutnya.. tapi cukur bantal plak.. hahahaha..

rambut yang dicukur harus lah ditimbang.. dan nilai nya ikut harga emas or perak tak silap aku.. then sedekah kan kpada fakir miskin… seeloknya buat masa hari ke tujuh selepas kelahiran.. tu sunnah nabi..

ok jumpa next entri..

Tuesday, March 1, 2011

Fahim 2 bulan

175367_10150110790652980_549387979_6312068_7319495_o

Pejam celik.. dah 2 bulan dah Fahim Mikael ibu ni.. macam2 dia dah pandai.. eehhe.. so cumel kan… 28 FEB 2011 is 2 month..so apa yang dia dah taw :

  • Susu dah ikut time.. senang je.. lepas susu tido. good boy.
  • Bila kita ngiringkan dia.. dia pandai terlentang sendiri
  • Tidur semakin lasak.. latest dari bantal dia.. menggeliat2 punya pasal sampai kepala kat lutut aku.. muahahaha.. siap kalau tidur tu himpit2 kita lagi..
  • berkayuh semakin laju..
  • pandai gelak n borak sakan.. best giler.
  • suka mandi..
  • kuat susu.
  • pagi2 dah uk uk..
  • Rutin harian dia dah taw. agak senang sikit lar..
  • Dah mula hisap sarung tangan dia.. kadang2 sampai basah..tanda2 nak isap jari kut..

so far tu je yang aku ingat.. lain2 nati lar kot.. hari ni ada check up 2 bulan.. pasal check up ni nati lar aku update..

aku ngah sibuk duk kemas sana sini.. ofis nak pindah.. dengan aku pun pindah jugak.. hoi.. bz ok… hihi

Monday, February 28, 2011

Fahim batuk sampai kena amik neb

Ekceli dah bape hari dia batuk.. tapi cm batuk ngada2 tu.. hari khamis tu.. dia batuk makin teruk.. plus dia selesema sekali.. haduii risau tak terkata.. tido malam pun dia tk selesa.. sampai aku tak tido malam…

esoknya.. g klinik jugak.. doc suh amik nebulizer kasi release sikit saluran pernafasan tuh..

DSC06172

Mula2 kena bedung.. supaya kaki n tangan dia tak menepis benda alah tu.. mulanya aku risau jugak dia melalak kat situ ke apa.. sekalliiiii……. DSC06173

letak je kat hidung dia.. on je… toleh kiri kanan bagai.. DSC06174suddenly terus senyum siap sengih2 lagi.. ass. doc tu dok borak2 ngn dia.. siap dia nak borak sama.. hahaha.. cumel.. DSC06175 tengok lar muka steady dia tu..rileks je.. suka menda tu sebab sejuk kot… kalau dah menjilat.. agaknya dah dijilatnya neb tu ha. kuikuikui.. fahim2..

lepas amik neb dada batuk dia ok sikit.. tak kerap sangat. kahak tu ada lagi.. doc kasi ubat cairkan kahak tu.. dan uba titis hidung untuk hidung sumbat tuh..

naseb baik fahim pandai makan ubat.. laju je aku suapkan ke mulut.. ihih..gooodd sayang…

btw fahim dah pandai macam2 buatkan aku asek rindu je ngan dia je.. macam2 peel.. gerammm.. eh.. mestilah geram ngn anak sendirikan.  hihi..

Tuesday, February 15, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

Salam Semua.

Baca blog ciare, dia ada buat entri pasal GA ni. Jadi tetiba rasa nak join GA ni kan. Sebab aku adalah tergolong dalam IBu yang melahirkan bayi pada tahun 2010. BEst jugak.. dah lama tak join GA ni. hehe.

Penganjur contest adalah : http://sue-hasue.blogspot.com/

 

Syarat2nya adalah :

  1. Anda telah melahirkan bayi tahun 2010> 1.1.2010-31/12/2010
  2. Buat entri bertajuk > HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'
  3. Copy n paste banner kat atas tu ..link kan entri anda ke blog ini
  4. Gambar bayi anda(tak kisah la gambar masa baru lahir atau yg terkini,nak letak lebih dari 1 pun boleh) >cerita la sikitnama bayi,tarikh lahir dan perkembangan terbaru bayianda secara ringkas..
  5. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini yer..agar senang saya nak jejak entri tersebut..

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2011 jam 11.59pm.

Pengalaman bersalin anak teruna aku adalah sangat2 indah dan manis. Dimana aku OVERDUE selama 4 hari, Air Ketuban TAK CUKUP DAN SIKIT, terpaksa INDUCE, dan menahan KESAKITAN selama 12 JAM, baru lah keluar anak bujang saya.

nak baca pengalaman aku bersalin klik sini.

2Nama si cumel ni ialah MUHAMMAD FAHIM MIKAEL  BIN MUHAMMAD MUBASHYIR lahir pada hari selasa 28 DECEMBER 2010 jam 9.02 pagi di hospital Tuanku Jaafar Seremban. 111222

Perkembangan terbaru :

  • Tido nak berkepit. kalau tak, mmg tak lena, tido plak lasak. habis ibu abi kena tampar dgn dia.
  • Kuat nyusu, 2 or 2 1/2 jam mesti nyusu.
  • Dah kurang melalak.
  • Kalau ngiring dah pandai terlentang sendiri
  • Dah pandai gelak,borak n senyum2 yang buat kami geli hati.
  • Suka berjalan, kalau kat shopping dia behave sekali.
  • Penglihatan dia tajam, kalau orng lalu lalang kepala dia pun ngikut sekali.. hihih
  • dah tau ragam dia macam mana. so dah buleh handle. kalau tak dulu.. gigil kalau dia melalak.
  • Asek berkayuh je, kaki tangan takmo diam. xbedung gitu lar rupanya.

IMG_4381

Gambar terkini. i like!

Ini lar serba ringkas tentang kelahiran putera kesayangan AGS yang telah lahir pada tahun 2010.

tetiba xde penutup plak. belasah lar kan.

Adios!

Friday, January 21, 2011

Riuh sekampung dia punya ragam

DSC05342

Baru berkesempatan nak update blog.. faham2 sudah lar ye..sejak2 ada anak..memang timing tak menentu betul lar.. ada je benda2 pending nak kena buat… melayan kerenah anak bujang ai lar.. apa lagi..

hmm.. diam tak diam dah 25 hari menjalani pantang dengan jayanya.. jaya kah? culas ada lar kot.. muahah.. cerita pantang nati lar aku buat ye.. ni satu entri yang kuar ni dah bersyukur dah ni.. kuikuikui..

uii.. memang riuh sekampung kalau dengan anak bujang saya ni… ni dia jenis cry2 sikit.. kalau tak buleh berak.. pun melalak meragam bagai.. tak sendawa pun begitu.. tak mo tido pun bagitu.. al fening ibu dibuatnya..

ni dah 3 hari dia selesema.. alkisah. berjangkit dengan aku n mama.. aku mulanya sakit tekak.. terus selesema. yang mama plak balik dari kuching terus kena selesema.. duk pegang2 fahim.. dia pun berjangkit sekali..DSC06038

sian taw.. hidung dia sumbat.. kalau dia bersin cepat2 aku sedut pakai pam hidung tuh.. nak tidurkan dia susah sikit.. kena riba dulu.. dah tidur baru leh letak.. tu pun tinggi kan bantal.. sapu kunyit hidup kat batang hidung dia sume aku buat dah.. ada petua lain kah? sila share dengan ibu muda ni..

Fahim siang tidur.. itu pun kalau sume ok.. cuba kalau tak ok kat dia.. mmg tak tidur.. biasa lar berjaga malam tu.. mmg wajib ok… nak tidurkan dia sikit pnya susah kalau dia meragam.. tapi takpe lar.. gagah juga lar…DSC06058

kalau tak berbedung cukup suka tidur gaya bebas.. cuba kalau bedung.. kaki tangan sume terkeluar walaupun bedung tu dah ketat n rapi aku buat… anak bujang ai ni…

ni stok susu aku pulak yang berkurang… pam2 paling kuat dapat 2oz je.. nak buat stok mmg takdapat dah.. fahim plak tak direct bf.. mmg dia takmo.. kalau bf pun kejap je.. tu pun dah bersyukur…tapi aku gigih kan jugak bagi dia susu ibu. tak kira lar.. ikhtiar jugak nak banyakkan susu..

hmm.. setakat ni je lar kot n3 ni.. Fahim dah ek ek ek.. jap lagi dia huwaaaaa kan… aku jugak nak kena pujuk.. k uikuikui…

Monday, January 17, 2011

Aku lupa.. yang aku dah ada anak.. haha

Salam Isnin buat semua..
Diam tak diam.. dah 21 hari dah Fahim Mikael kat Dunia ni..
Dan 21 hari dah aku berpantang..halfway to go..
badan pun makin ok..
dah kuat lar sikit berbanding baru2 dulu kan...

alahai.. sayu plak tengok gambar fahim kat atas ni,
gambar ni lar buat abi dia cair..
g kerja nak balik cepat jer.. hahhaa..
good job fahim..
if nak abi balik cepat..
sila buat muka camni.. ibu send mms..
cepat2 abi balik punya.. haha...

sejak2 dah beranak ni kan..
aku jadi pelupa plak..
maklumlah banyak urat putus..
tu sebab jadi pelupa...
kadang2 tu aku lupa benda yang aku buat 2 3 jam lepas..
ha.. sampai camtu sekali plak kan.
eh tapi betul lar..
ada lar jugak beberapa perkara yang buat aku lupa...

ni aku tak taw lar.. keja ofis berlambak..
kang ada yang aku lupa letak dokumen2 penting kat mana..
ingat minggu ni nak start buat kerja sikit2..
ada beberapa fail kerja yang aku bawak aritu..
especialy bab account.. b4 masuk feb..
mau kasi clear itu account..
if not.. aku jugak yang kena...

Fahim kasi molek2 ye sayang...
aku paling panik kalau dia kembung..
'masyaAllah anak aku ni..
dia nangis takmo henti lar..
lagi pun ubun2 dia besar..
cepat kena kembung..
nak kena monitor lebih sikit anak bujang aku ni..

owh ye.. nenda dia malam ni balik dari kuching..
hoyeahhh!!! rindu nenda sudah..
aku ekceli dari jumaat ada kat semenyih..
pantang umah mertua jap..sementara mama bercuti..
hehhee.. insyaAllah petang dah de kat umah..
nak kemas bilik.. ingat mau tidur bilik plak..
memandang Fahim dah ok sikit..
kita tidur bilik plak.. kasi fahim tidur dalam cot dia..
ngeh..ngeh..

dah.. panjang plak bebel...
adios!

Saturday, January 15, 2011

Ragam Fahim Mikael



Salam semua.. nak update blog asek tergendala je...
Faham2 je lar.. asal aku tengah time entri je..
Fahim dah mula menunjukkan reaksi tidak membenarkan ibu beliau menaip..
haduihh.. tu asek erase je aku punya entri.. tak jadi2..
ni pun naseb dia dah tido.. tu pun ada bunyi ek ek ek.. meneran bagai...
aku pasti jap lagi kang mesti melulung punya...hahha

hoih! tetiba besar gabak plak gambar beliau kat atas tu kan..
suka suki... kuikuikui... ni nak citer ragam anak bujang aku ni...
Ya Amponn!! ekceli Fahim ni sebijik ikut perangai aku masa aku kecik2 n dalam hari..
mak aku citer lar.. hoihhh!! mmg palak.. palak tu kuat nangis lar orng n9 kata..
tapi serius mmg copy paste habis... kira Fenomena Palak kembali semula..
Fahim ni dah lar muka ikut muka aku...
yang ikut abi.. hanya jari n telinga je.. hahaa..
sian abi... tapi takpe lar kira ok lar kan...
nak ikutkan semua baby yang baru lahir kat dunia banyak ragam..
yelar.. masihh tak sesuaikan diri dengan keadaan dunia ni kan...

Fahim ni kalau menangis mmg tak kesian lar kan..
terus gear 5 kau.. takde nak lite2 ke apa..
sekali bagi terus.. bagi aku panik terus..
fuh! berpeluh2 lar aku nak pujuk dia....
kalau dah nangis.. aku dah buat macam2 cara nak tidurkan dia..
still fail ko taw.. tapi bila nenda dia pegang je.. terus senyap..
kalau tengah2 malam tu nangis. nenda amik...
terus bawak masuk bilik.. hamik! senyap terus..
lena sampai ke pagi.. tido seselimut dengan nenda n tokpa dia..
hamboihhh!! kemain lagi anak aku ni..

tinggal lar ibu n abi kat luar nun tido berdua..
hahahaha.. naseb kat luar.. kalau dalam bilik?? tetttttttt..
eh.. tak lar kan.. kuikuikuikui....

dia punya timing bangun n tidur memang tak tentu..
ikut suka dia... tu sebab kena faham dia...
kalau malam tu.. kadang kul 1, 3, 5.. bangun nyusu lar...
kadang2 kalau dah nyusu kul 1 tu.. terus sampai ke pagi lenanya tak bangun2...

kalau ada pelawat datang malam..
hoihh sah2 mmg dia buat ragam malam tu...
ibu n abi dia dah jadi panda...
tak kenal mana satu panda agaknya.. hahaha....

tidur nak kena peluk..nak kena kendung je..
dah lena kang baru letak... kalau tak... huwaaaaa!!!
suka meneran2 daging.. meneran je merah padam muka..
kadang2 sampai marah...

telinga tu dengar je..
bukan leh dengar bunyi bising sikit..
mula nak ek2..ek..
haihh!! macam2 ragam lar anak bujang aku ni....
geram dibuatnya....

tapi bila dah jadi ibu kena lar sabar kan..
takkan nak cubit2 anak tu pulak...
hmm.. hari ni hari ke 19..
halfway to go..cecececce... kejap je kan..

ok chow

Monday, January 10, 2011

Semua Ibu berniat untuk BF kan anak mereka..

Salam Semua.. oleh kerana Fahim tidur dengan nyenyaknya.. ibu dia pun mula curi2 update blog..

Korang rasa apa yang aku nak citer berdasarkan tajuk kat atas nun?
sudah semesti lar pasal BF ni kan..?
okay.. aku citer lah pengalaman aku skang ni..
dari awal mengandung lagi aku berniat nak ully BF kan fahim..
Masa malam pertama kat hospital...
Fahim menangis je... sebab tak cukup susu...
masa tu susu aku tak banyak lagi...
berak dia pun masih hitam lagi..means belum ada proses pemakanan..
kesian tau.. nak tak nak aku cuba juga suapkan susu tu..
lama2 dia tidur sendiri sebab penat menangis..
sob..sob..sob..

balik rumah.. malam nye tu.. sekali lagi menangis tak tentu pasal..
air susu aku masih tak banyak lagi....
dia punya nangis stok macam kena pukul ko taw..
terus gear 5.. laju je.. nak dah dekat 12midnite..
mana nak cari susu Fm malam2 kan..
Mr.shyir keluar cari kat 7e... naseb baik ada...
bancuhkan susu baru dia senyap..
selama ni mmg dia lapar..
aku kalau anak nangis.. aku nangis.... haduihh..
dasar cembeng...

kebetulan esoknya nurse datang umah cek baby n aku..
masa tu air susu aku still pekat.. dan kebetulan malam sebelumnyatu..
jiran aku hadiahkan pum beteri.. try2 pum..
lama2 air pun banyak.. seronok lar kan..
pum2 dapat 4oz.. ada tu sampai 8oz.. siap buat stoklar..

oh ye! Fahim tak BF.. sebab dia mmg tak pandai..
dia lemas.. walaupun aku cuba berkali suapkan kat mulut dia..
malah meraung, melalak serta merajuk tahap dewa...
haduihhh.... nak tak nak pum masuk botol.. baru senang hati dia..
siap sengeh memanjang....

skang ni... aku dah demam 4 hari sebab bengak susu melampau..
sampai aku rasa B aku ni nak pecah..
bila B bengkak.. secara automatiknya aku akan demam menggigil tahap kronik..
serta tak dapat diampunkan... serius.. cepat2 makan ubat demam.
dah berpeluh barulah B tu ok.. kuar air sikit2.. tapi kena picit dengan tangan..
if guna pump.. memang sakit dan air tu sikit je kuar...
bila demam aku g lar klinik.. doc bg ubat demam n susut bengak..
makan je 2 ubat tu.. terus air susu semakin sikit..
lagi lar aku stress ko taw...menangis2....

skang ni Fahim terpaksa campur2 lar minum air susu badan n susu FM..
nak buat camne.. bukan aku tak cuba segala petua banyak kat susu n susut bengkak...
tapi tak berkesan.. skang ni kalau pum pun adalah dapat dalam 2oz je..
tu pun jenuh lar smpaikan 2oz tu...

Mama kata.. air susu ni anugerah Allah.. tak semua orang dapat...
atleast bersyukur anak kita dapat jugak minum susu badan.. dari takde langsung...
apa2 pun aku masih berusaha untuk Fahim terus merasa susu badan...
Biar antibodi dia kuat sikit..

sofar Fahim kalau nangis pun nak susu xpun sakit perut..lain2 ok je...
alhamdulillah..mudah2an allah permudahkan lagi...

Doa2 lar aku cepat sembuh... aku ni on off je demam...
Kesian pulak kat fahim...ibu dia tak dapat melayan sepenuhnya..

sorry no pic fahim in this entri.. aku pakai lappy adik..
lappy aku bengong kejap2 padam... ngek betul...
dalam tu banyak gambar fahim..
kalau tak dah banyak gambor dia aku tepek kat sini..

Thursday, January 6, 2011

Fahim Mikael Day 10

DSC05306

Day 10:

  • 3.5 kg <naik 300gram>
  • Pandai sesuaikan diri < good job baby>
  • Kulit sedang menggelupas < bersalin kulit baru>
  • Demam Kuning < sudah tiada, alhamdulillah>
  • Time berjaga malam.. 3am till 5pm < redha korban masa tidur>
  • Kuat menyusu < 3oz till 5oz untuk sekali penyusuan>
  • Lain2 nati aku update..

Tuesday, January 4, 2011

Rentetan kejadian Bersalin Fahim Mikael

Salam Semua.. ya amponn!! dari sehari ke sehari nak update.. asek lar tertangguh.. almaklum.. bila kita dalam pantang ni.. nak2 baru jadi ibu.. nak sesuaikan semua benda amat lah mencabar.. fuh!! berpeluh2 dibuatnya.. ni pun fahim tengah tidur.. update lar laju2...hhehe...

Sedar tak sedar dah seminggu bergelar ibu.. hehe. tak sangka.. ok lar.. meh ler aku citer sikit pasal kejadian bersalin tuh..sangat mencabar ok..ehhhe..
AWAS! ENTRI AGAK PANJANG...

27 December 2010
  • Pagi dalam kul 10am.. g check up kat KK.. sebab aku dah overdue kan.. overdue 4 hari gitu.. terus jumpa doctor.. scan jantung bb semua.. pastu doc tak cakap banyak.. terus kuar surat refer ke hospital terus...tak boleh watpe lar kn.. redha.. since pagi tu aku dah memerut dengan jayanya.. sampai 7 kali ko taw.. kira kosong terus.. kuikuikui... balik umah.. kasi santai2 dulu.. lepas zohor baru g spital..
  • Sampai hospital terus ke tempat pendaftaran wad bersalin.. kasi surat semua.. pastu kena interview dgn doctor bagai.. scan lagi sekali.. pastu cek bukaan dalam 1cm baru bukak.. tapi yang peliknya.. memang aku takde tanda langsung k.. tak sakit apa2.. kira serah diri je kat spital.. scan punya scan dengan doc pakar.. sekali tengok air ketuban dah kurang.. ada dalam 4 je.. yang lain2 dah kosong.. erti kata lain.. mmg air ketuban sikit sangat.. doc bagi option.. induce je... doc bincang dengan weouls hubby n wife.. bla..bla..sign surat untuk induce.. Doc kata esok paginya induce...
  • Siap2 masuk wad.. time ni aku dah sedih dah.. dah lar takpenah masuk spital kan.. sekali kena tido lagi kat sinun.. abis waktu melawat tu mr.shyir pun pulang.. dan aku biasa lar.. berdrama nangis2 sedih.. huhu... takut pun hado...
  • dalm kul 8pm tu.. Doc sekali lagi datang.. dia kata nak scan lagi sekali untuk pastikan betul ke tak air ketuban tu kurang.. jadi aku pun pergi sehelai sepinggang ke labor room untuk scan lagi skali.. scan2 mmg dah turun jadi 3... terus doc kata.. tak boleh tunggu lagi.. induce malam tu jugak dalam kul 9.30pm... masa ni aku tak sempat nak bagi tau mr.shyir yang aku kena induce malam tu jugak.. tak sempat nak amik baju bby kat wad semua... mmg zero lar.. masuk je ubat tu kat bawah... terus duk dalam labor.. dalam hati aku hanya tuhan je tau.. yang aku tak sempat nak bagitaw suami aku yang aku nak bersalin.. dan saat2 aku sakit tu mmg mr.shyir takde kat sisi aku pun..
  • Sebelum aku masuk LR tu.. nurse tak kasi aku balik wad pun.. tu sebab akutak dapat contact langsung.. berserah pada Allah.. andai kata Allah ambil nyawaku.. aku redha ketika itu.. aku hanya berdoa supaya Mr.Shyir dapat rasa apa yang aku rasa.... sob..sob..sob..
28 December 2010
  • Masa dalam LB tu.. mmg ko dengar orang lain sedang berlumba2 bersalin.. kejap2 dengar orang mengerang.. nak push.. dengar suara baby nangis.. OMG! aku banyak selawat dan baca apa yang patut.. masa tengah malam tu.. contraction belum kuat lagi.. kul 4pagi tu.. cek bukaan baru bukak 4cm.. doc pecahkan air ketuban sekali..masa tu dah ada rasa contraction sakit.. minta ubat tahan sakit.. so agak lali dan ngantuk.. sambil tu CTG baby stil kat perut dengar jantung baby...
  • Kul 6pagi.. cek bukaan lagi sekali.. baru bukak 6cm... masa tu sakit giler.. sampai aku minta oksigen... menahan sakit nauzubillah... dah kul 8.30am tu sakit makin kuat.. selang seminit mmg tak boleh tahan.. pastu aku cakap kat doc.. tak tahan sangat.. sampai cam nak terberak.. diorang cek bukaan dah 9cm.. terus siap2.. '
  • Ready tu push.. fuh punya lar ramai doc tunggu kat bawah nun.. push punya push.. pegang kaki aku tak kuat nak push.. last gantung kaki baru push kuat sikit.. yelar 1st pengalaman tak pandai nak push.. dengar ctg baby pun slow.. doc decide vacum.. ada lar dalam 5 6 kali push baru kuar baby... rehat jap.. push lagi sekali untuk kuarkan bahu dia plak.. pastu baru lega...baby kuar kul 9.02pagi..
  • Doc angkat baby letak atas perut suh tengok gender dia... so aku kat BOY.. ya Allah! masa tu.. aku menangis terharu.. tak sangka bayi yang aku kandung.. keluar dari rahim ku.. subahanallah....
  • Doc kuarkan uri semua... then baru jahit.. masa jahit tak rasa apa dah.. ngilu2 skit.. dalam hati berdoa..agar mr.shyir mencari aku sebab satu malam tak dapat cari aku..
  • dah setel semua.. susukan fahim.. tengok dia je.. hilang rasa sakit tu.. siap aku kata eh tak ingat dah camne sakit contraction tadi.. haha...
  • Dalam kul 12.00 tengahari baru tolak kuar dari LR aku cari Mr.Shyir,.. nampak dia.. tersenyum lebar..fahim letak kat celah kang2.. Mr.Shyir hepi sungguh... dah transfer ke wad.. baru aku tanya mr.shyir dah azankan ke belum..
  • Dia kata kenapa aku tak bagi taw masuk LR malam tu.. aku cerita itu ini.. then pagi tu dia risau tu yang g spital cari aku... tanya nurse n katil jiran.. terus ke depan LR.. tengok kat screen nama aku dah kuar.. tu terkejut giler...hihi...
  • dah masuk wad baru lah citer itu ini... mama semua datang.. hihi.. akhirnya lahirlah.. Muhammad Fahim Mikael..
Ni lar rentetan kejadian bersalinkan fahim... tragis tanpa disisi suami.. aku berjuang sorang2.. tapi apa2 pun.. alhamdulillah.. dah selamat semuanya.. eh! terpanjang plak entri aku ni.. thanks cuz sudi membaca.. sekadar berkongsi pengalaman...
ok2 mau makan... jap lagi si Fahim ni bangun nak susu plak.. hehe.. jumpa next entri if aku ada masa nak update k...

kepada rakan2 yang mau bersalin.. selamat berjuang ye uolls.. semoga semuanya selamat..

Thursday, December 30, 2010

Prensenting Our Baby : Muhd Fahim Mikael

Salam Semua..
Alhamdulillah.. AGS telah selamat melahirkan Putera Cumel pada :
Tarikh : 28 Dec 2010
Hospital : Tuanku Jaafar Seremban
Jam : 9.02 pagi
Berat : 3.20 kg
Kaedah : Normal with Vacum

Terima Kasih pada yang memberi ucapan tahniah di Blog mahupun di FB juga yang mendoakan.
InsyaAllah ada kelapangan AGS akan update blog.

Thursday, December 9, 2010

Nak STOP jap!

Salam Semua... Salam Maal Hijrah...
Bersiaran langsung dari rumah..
sebab aku kerja dari rumah je skang..
Jadi suri Rumah...

Untuk Makluman semua yang bertanya2..
Sama ada aku dah bersalin ke belum...
ish!! uollss!! I BELUM BERSALIN!!!..
udah ku katakan... aku ade 2 EDD yang doc bagi..
jadi tak minggu ni.. minggu depan.. hihi..

Makanya.. korang doa2 lar aku bersalin malam ni ke..
esok ke.. kejap lagi ke..?
Biar kuar tanda2 yang drastik pun tak pe lar..
penat dah wehh ngusung perot ni..
dah semakin padat dan besar sangat..
sehingga terasa mau pecah perut ni bila orang tengok..
hahhahahaah...

Anak aku ni pun satu hal..
seronok sangat kot duk dalam perut ni...
Yelar.. Ibu dia makan macam2.. jadi dia dapat merasa sama lar kot..
tak pun sayang sangat nak kuar...
Baby... kamu harus kuar sayang... takkan nak bagi ibu bunting gajah kot...
tak sabar nak jumpa kamu ni...

Buat masa ni .. ni adalah entri last aku..
pas ni nak off atau stop jap dari update apa2..
tunggu je lar... bila aku dah bersalin..
kompom akan bagi tau punya...
sabar ye sekalian....

yang penting doakan yang terbaik buat saya dan baby..
terima kasih in advance tuk semua...
daaa..

Tuesday, November 30, 2010

Selagi tu lar kena ngadap…

Apa kehal plak nak ngadap2 nih ? dah macam ngadap kat sultan je kan.. ekceli.. selagi tak bersalin. selagi tu lar kena g check up.. ko taw2 je. skang ni dah seminggu sekali plak.. jenuh lar nak menunggu.. huhuh…

Tadi pagi check up kul 9am.. biasalar.. KK tak penah tak ramai orang.. jadinya kena sabar je la.. pagi g bekpes dulu ngn Mr.Shyir… then kul 9am sampai terus letak buku PINK.. 9.20am camtu nama dah panggil.. hoihh. ok lar kan.. tak lama sangat..

g timbang, amik tekanan darah.. terus g amik darah.. sekali hari ni ramai pulak doktor pelatih yang tengah praktikal.. aku yg nengok ni stress pulak rasanya.. tiba time aku nak amik darah.. doc pelatih cina ni take over.. every pesakit tukar2.. kira cam belajar lar kan.. aku dah ready sume.. doc tu nak amik darah ni terkial2 plak pakai glove.. nurse ajar cari urat pun sikit punya lama.. tak jumpa2… padahal selalu senang je.. siap gigil2 masa cari urat tu.. sudahnya dia kata kat nurse tu.. tak confident.. terus nurse take over.. sekali cucuk je nyah.. fuh! setel.. nasib bukan doc pelatih tadi.. silap2 gigil.. terus patah jarum tu kat lengan aku.. memang aku lempang laju2.. hahahaa.. takpe.. jadi doctor jangan takut2 k…

dah setel darah.. g makmal tunggu jap terus amik result.. then amik nombor untuk jumpa nurse.. part ni aku hangin.. boleh plak aku setel yang tadi tu.. b4 kul 10am.. sekali 10.30 tak panggil2 lagi.. bengong.. kuar masuk pesakit nombor aku tak naek2.. then terus nombor seterus aku.. hangin!.. laki aku yang baru sampai nak amik ni pun sama hangin.. sekali tanya kat kaunter buku dah hantar ke blom.. sekali dia cakap.. tak amik eh tadi? demittt u nurse.! patut lar aku tunggu sikit punya lama…

sudahnya aku orang last dalam bilik tu… kul 11am baru setel.. ngek!.. aku pun malas nk pk.. dah setel terus balik…

hasil result :

  • Berat : Naik lagi.. 1kg.. hoih! semakin maju.. ate, asik masak dan makan.. hahha.. ke baby aku yang naek ni..kompius!
  • Tekanan Darah : 110/90
  • Urin : Ok
  • Hb  12.8
  • Jantung baby : Ok..
  • Tinggi Rahim : 35 cm

So minggu depan hari isnin check up lagi… harap2 aku tak g lar.. sebab aku nak beranak cepat.. perut aku dah kemain ke bawah dah.. kalau duk bersila siap labuh kat peha aku.. hahahaha…

ikut hati aku.. nak suh doktor panel aku ni cek bukaan je.. hahaha.. budus taw si Ann ni.. haha. xsabor nye pasal.. eh bukan lar.. aku penat lar weh… orang asek nanya je bila nak meletop.. haha

Monday, November 29, 2010

Perasaan itu bermacam-macam

okay.. aku seperti mau buang ticker di atas.. erk? tak lama lagi bukan? hmm.. tapi takpe.. takmo mensaiko kan diri sendiri.. jadi kita enjoy.. muahahahaha…

kalau ditanya pasal perasaan itu.. memang bermacam2.. perasaan nak bergelar ibu ni lar.. hehhe…

  • Happy : honestly memang seronok lar.. sebabnya kita nak jadi ibu…
  • Excited : hmm.. mmg tak sabar nak tunggu dak kecik ni kuar.. tempoh matang dia pun dah boleh kuar dah ni.. cuma belom ada jalan lagi kot..
  • Sedih : eh ada jugak.. sebabnya tak lama lagi dia mau kuar.. so.. tak boleh dah nak usung ke sana ke mari.. ke toilet dan sebagainya.. haha… tapi nanti dah kuar kena hand carry pulak.. tapi lagi syiok..
  • Takut : hoih! sape kata tak takot ? meh habaq kat ceq… beranak takkan tak takot kot.. first experience ni..  segala macam rasa.. rabak, koyak.. sakit.. mak aihh!! tengok aku dah saiko diri aku pulak… jadi kena tenang..
  • Bersedia : yup2.. ekceli mmg dah siap sedia.. walaupun takde satu cerita pun aku dengar beranak tu tak sakit.. sume sakit ok.. sume nak saiko aku.. tapi rileks sudey..haha…
  • apa lagi ek? huhu.. ada banyak kot.. tapi tak tersebut pulak kat sini.. haha..

hmm.. hari2 duk cakap ngan baby.. sila la kuar cepat… tak sabar dah ni.. nak peluk ciom dia.. everthings dh ready.. tinggal nak kuarkan dia je nie.. sampai ibu dia pun dah cuti ni.. asek masak.. pastu makan.. gemokkan diri lagi.. hahahaa…

paling excited abi dia lar.. hari2 tanya bila nak kuar..? huhu… setakat ni takde tanda2 yang obvious sangat… setakat sakit pinggang, kerap mengeras, kerap kencing, and keputihan.. huhu…

Owh ye! Maha pun dah start kan? ikut hati aku nak pi tawaf maha tu.. tapi ko taw je lar.. Mr.Shyir tu bukan bagi.. walaupun hospital dekat je dngan MAHA tu.. hahaha.. bini dia tak reti dok diam plak.. buat nye terberanak kat sana.. tak pasal2 aku namakan anak aku MAHA2010.. ahhahaha…

ok lar.. esok.. check up.. harap2 ok je.. hehe..adios!

Thursday, November 25, 2010

Tak finalized lagi?

huh!.. al ketibaan uollss!! haduii.. fenin fulak… bukan apa.. tetiba weouls ni tak finalized nama anak pulak.. tetiba jugak ada option yang lain..

hari tu cam dah deal nak letak nama itu.. sekali pi bukak balik nama2 dalam buku tu.. dah terbekenan nama tu pulak.. halamakkkkk…

Untuk nama anak lelaki mmg dah konfem nak pakai nama tu.. kalau anak perempuan pulak ada dua pilihan.. hayookkk!! camne ni… berkenan jugak nama yang baru tu… syiok apa..

tah lar.. apa2 pun.. tunggu je baby kuar dulu.. boy ke gurl.. pastu baru leh taruk nama mana satu.. hihihihi…

kalau ikutkn aku.. anak perempuan cam nak buh nama2 bunga… macam cempaka melati orkid.. hahahaha… best pe…

dah! jangan nak merepek… kang aku pi semak lagi nak guna nama apa.. huhu

Monday, November 22, 2010

Setakat ni semua ok2 je

hmm… ramai jugak yang tanya.. especially if aku call makcik2 aku ni.. semua dok kata.. nak bersalin dah ke? makk aih! maknanya dalam kepala dorang duk setting.. aku call mesti nak bersalin dah.. jawapan aku.. belom lagi.. alar rileks lar. kasi chill k.. kang kalau dah betul2.. baru heboh2 call 18 kali cakap nk bersalin.. hahahaa..

Sejak2 menghitung hari nak bersalin ni.. belum ada tanda2 yang agak drastik serta yang heavy2 nak bersalin ni.. cuma kadang2 tu ada lar rasa seperti berikut… kuikuikui

  • Sakit pinggang macam nak period pain tu.. datang kejap pastu hilang’
  • celah kang2 kat ari2 mmg ada sakit jugak.. terutama bila nak bangun dari duduk or tido… terpaksa ngesot dulu.. baru ok..
  • jalan semakin laju… rasanya berlari pun boleh kot.. haha
  • Perut semakin ringan – erk! ada baca gak kalau baby dah turun atau dah masuk laluan mmg agak ringan.. ready saje..
  • kerap kencing / beri2.. hahaha..
  • Perut mengeras – owh! mmg hado.. tapi tak lar kerap sangat… ada masa.. kadang2 aku wat dek je bleh..?
  • semakin ligat ini kecik kat dalam ni.. hahha..
  • keputihan yang semakin banyak.. erk? adakah mukus2 yang keluar tersebut setelah baby tekan2 tu..
  • kadang2 dapat rasa kepala baby menekan2 dibawah tettttttt.. huh.

ish cam banyak pulak.. tapi tak serius kot.. sebab apa aku kata gitu.. kadang2 aku ni leka je.. buat kerja terlupa plak budak kecik ni… kalau nak ajak aku g tawaf shopping complex pun aku mampu lagi.. agak2 nak beranak.. berdesupp terus ke hospital.. everythings dah ready.. n no worries.. cuma akar fatimah tu aku lom rendam lagi. huhu..

Brixton hicks yang dikata2kan tu pun.. aku cam kompius.. ada ke tak ek? ada lar kot.. masa tu dia punya mengeras baik punya.. tangkap pinggang.. senak.. angin.. siap gastrik.. 1st masa otw balik dari JB tu kot.. aduh.. tak ingat.. pastu ada jugak kena lagi… erk?..

tak kisah lar.. apa2 aku dah ready dah ni.. siap cakap ngn baby.. sila keluar awal.. sebab aku tak sabor nak peluk cium ini budak. plus ibu dia ni nak cepat kurus. hahahaha….

apa2 pun doa2 lar untuk aku dan baby k..

ok2.. sekian bebelan hari isnin.. kang aku sambung lar en3 photoshot yang aku buat smalam…

Tuesday, November 16, 2010

8 bulan ++ kot..

Lama tak menayang perut yang boyot ini.. ahaks! ni time aku 8 bulan ++ kot tak hengat plak bila capture pic ni.. haaha

DSC05189

Masih memakai tShirt je.. dan sudah kelihatan perut seakan jatuh dan turun.. ini menandakan waktu bersalin akan tiba bila2 masa dari sekarang…halamak! DSC05190 Hamik jarak dekat sikit…  tajam ke lebau? teka2… cui.. aku pun tak taw yang dalam ni gurl ke boy.. sebab scan2 tak nampak pulopp.. hahaha… lantak.. janji kuar sihat.. kang doktor letak kat perut aku baby tu.. baru taw gurl ke boy.. kuikuikui..

Hari check up pun.. semuanya ok.. Nurse dah suh prepare2.. sebabnya mmg baby dah engage dilaluan beliau… cuma tak cek ada bukaan ke tak.. ha nasib.. tapi aku ada pujuk baby suh dia kuar awal sikit.. sebabnya.. aku dah tak sabo nak peluk cium dak tecik ni..hihi..

apatah lagi abi dia.. lagi teruja.. aku pesan kat baby.. nak kuar kasi tarikh cantek sikit.. huhuh.. ermm.. tanda2 plak.. biasa lar false alarm tu… ala2 senggugut tu kan… tapi biasa je…perut jadi ringan je.. nak jalan2 buleh lagi ni… hahaha…

ok lar tu kan…

hmm.. masa melelapkan mata… cuz ai cootii ini hari.. hahaa.. adios!

Thursday, November 11, 2010

Check up 35 weeks

Semalam adalah hari check up.. Now every weeks kot ada check up ni.. appointment kul 9am.. kual 9am lar baru aku kuar.. haha.. Mr.Shyir hantar.. sebab aku dah tak larat nak menapak parking jejauh.. kuihkuikui..

Tak cek apa pun. cuma scan je..result adalah :

  •  Berat : Kekal disitu.. huhu.. tak naik.. kehkehekh..
  • T. Darah : 100/80..
  • Urin : ok..
  • Air ketuban : ok.. mencukupi.. alhamdulillah..
  • T. Rahim : Normal
  • Berat baby : 2.2 kg.. takpe leh meningkat lagi nanti
  • Gender : mmg dah tak nampak.. harapan nak tau latest nye boy or gurl? huhuh
  • Kedudukan Baby : normal dibawah serta ENGAGE.. uoollss!! dah engage.. mak aih…seram terus..

Time scan tu.. baby memang tak duk diam.. bersuka ria.. doctor tekan kat area atas ari2 tu.. then..finally.. engage… she said.. so cepat dah duk kat bawah.. cuma belum ada bukaan lagi lar..maknanya ada harapan aku berjalan2 lagi kan? kan? hahaha… doc siap tanya.. kerap berjalan ke…? memangggg!!! saya suka berjalan.. huhu…

kira ok lar tu.. semua result ok.. alhamdulillah.. now aku tak lar rasa cam berat sangat perut ni.. sakit dibawah itu pun sudah kurang… adakah disebabkan baby sudah masuk ke pintu rahim dan menyebabkan pergerakan kita agak selesa sikit? kalau tak tu.. jenuh lar nak mulakan jalan once dah sakit di tulang pelviks tu.. rupanya sudah engage.. kuikuikui….

apa2 pun.. kita berdoa saja.. untuk rakan2 sperjuangan yang preggy… marilah kita berdoa bersama2 agar kita semua selamat menempuh hari kelahiran si kecil kita bersama.. hehhee..

Tuesday, November 2, 2010

Check up 34 weeks

Hari ahad aku semak2 buku pink tu.. baru perasan 2/11 ade check up.. cui..!! camne leh tak perasan.. huk uluhh… tapi takpe.. check up hari ni setel sudah..

wah 8 bulan 1/2 ni wok.. 1 month to go.. hoih buleh ke? dah lar aku ni kerap berjalan silap2.. 37 weeks keluar sudah ini budak.. hehehe..

Berat : naik.. sekilo.. hahaha.. lantak!

T. Darah : 110/70

Urin : ok

Hb : 12.9..

Jantung Bby : ok..

T. Rahim : 32cm kot.. malas aku nak cek kat buku tu…

lain2 sume ok..

Minggu depan repeat scan.. nak tengok air ketuban cukup ke tak + baby dah engage ke belum.. nenek aku tengok perut aku cam dah turun sikit.. skang ni nak bangun sikit susah.. sudah sakit taw.. perut memulas kadang2.. sakit pinggang mmg hado.. uishh! cemas ni…

tapi kasi rileks saja.. biar kasi mama papa g haji selesa depan.. pastu aku nk pi tawaf ikea n makan meat ball before aku beranak.. pastu.. baby kalau mau keluar… keluar lar.. tapi biar lar amik tarikh cantek sikit ye nak.. dan paling penting jangan kasi abi kamu panik.. sebab dia sorang2 nak handle ni.. hahaha…caiyok!

eh tu je lar.. aku nak mulakan kerja.. kang tido lagi plak.. hahaha..