Pages

Monday, July 11, 2011

Dia punya aktif macam sugar glider

Sejak2 dah 6 bulan ni.. fahim punya lasak lain macam owh..
kadang2 letih jugak melayan dia..
tapi apa boleh buat.. anak kan..
senyumkan aje.. hahhahah.. seronok gak...
ha ko tengok tu.. dalam keta.. dah duduk kt kang2 mummy dia..
sebab dia dari duduk nak menggelongsor ke bawah..
dari berdiri nak berjingkit2..melentik2...
kalau dukung siap berpusing nak tengok sana sini..

tu sebab dia punya aktif serupa sugar glider tu..
ala haiwan yang kecik2 n noty also aktif dalam madagascar tu..
skang kan trend orang jadikan pets..hihi.....

apa2 pun ibu abi syang fahim...
macam mana lasak pun tetap anak ibu..
walaupun satu hari nanti suara ibu akan kedengaran seperti tarzan....
hahah..

tetiba' prannngggggg!!!...
"fahimmmmmmmmmmmmmm..!!!..
"subahanallah..!!!
sabor je lar.. ni contoh je..hihi

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


ni lar dia ibu yang bakal jadi tarzan satu hari nanti..
garang tau.. muahahha...
boleh ke.. kang tengok anak tu luluh je hati..

Saturday, July 9, 2011

Merangkap sebagai Bos kecik

Biasanya kalau nenda fahim ada hal tak boleh jaga dia..
Aku akan bawak dia ke pejabat.. 
fuh! naseb bos tak kisah.. hihih..
Tapi bila si kecik ni ke pejabat.. terbatas sikit lar kerja2 aku..
Sangat senang.. kerja dia susu.. main.. sambil tengok bbtv..
bentang je toto kat depan tv.. dengan selambernya beliau nak buat apa..
terlentang ke.. meniarap ke.. guling2.. tido semua kat situ.. hahahha
Tengah feeling tengok tv sambil susu..
pastu golek2 terus tido.. good boy..
hihihiih.. kat opis ni plak ramai melayan dia..
elok lar tu... hihihih...
Ni lar bos kecik kami di pejabat...

Friday, July 8, 2011

Driver kecik

ye.. memang ini lar yang dia nak bila masuk je keta..
sibuk nak jugak duk kat stering tuh..
bila kasi duk kat ibu balik.. pegang stering takmo lepas ok..
then dah duduk sebelah.. xmo diam plak..
main gear lar.. hai lar anak..
mcam2 kamu dah explore ye...

tu belum aku gelarkan si fahim ni Sugar glider..
xmo diam.. dah duduk nak berdiri..
dah berdiri melentik2 pulak badan nye...
boleh kata si fahim ni agak lasak...tapi cumel..
muahahha.. 
ok to je entri lite petang2 jumaat ni..

Wednesday, July 6, 2011

Fahim dan blue baby walker

 Since 5 bulan 1/2 itu hari aku try test tengok dia boleh naik walker ke tak?
Sekali suka pulak.. wah.. kemain dia kan....jadi senang sikit nak buat kerja or tinggalkan dia main.

ok.. dah siap2 mandi. duduk dalam walker sementara jap g ibu nak berkuntaw didapur.
suka lar tukan.....tapi skang ni.. dah laju dah naik walker ni....
port paling dia suka kat depan tv tu. siap ketuk2 tv tu k.. naseb tak terbalik je tv aku tu..
hai lar anak... naseb kamu kecik taw...

 time for baby tv... sebab tu dia tak layan aku.. aku dah bukak channel favvy dia.. sebab tu tak heran..
tapi bila dah boring kang.. dia nyibuk lar kedapur..
siap boleh turun bendul kecik kat dapur ni... hey dak tecik ni..
kadang2 tu hilang ta nampak dia.. rupanya dah masuk dalam bilik..
 ni time demam tu hari.. tapi sibuk gak nak naik walker...
demam pun aktif... ok lar tu.. nampak table walker tu kosongkan..?
dia dah teraburkan mainan dia kat lantai tu...
baru 6 bulan dah sebakul mainan...
lagi 6 bulan? setahun.. ? wahhhhh aku boleh bayang dah umah aku camne..

kalau kat umah nenda dia.. ada 1 walker lagi..
umah nenda dah tak leh letak pasu or bunga2..
dah selamat fahim kerjakan...hihi..

seronok tengok perkembangan dia..
macam2 dia explore..

Tuesday, July 5, 2011

Fahimikael edited by Affar

This Picture was taken and edited by his uncle affar

Ibu suka... luv u anak ibu..

Monday, July 4, 2011

Shawls to sales.. (New)

Salam Israk Mikraj semua.. hari ini n.sembilan cuti.. jadi hoyeahh!! eh tak lar ada keja lain nak buat..
ok2.. nak bagi taw ni.. aku ada de jual Shwals.. dengan harga murah sahaja..ekceli aku ada buat bisnes shawls ni dalam 2 3 bulan ni.. tapi cuma tak jual kat online sahaja.. jadi untuk pembukaan ni.. aku offer murah je. sila lar tengok2 dulu kot2 berkenan..
Shawl ni panjang dia standard.. bukan type pashmina tu.. kain dia lembut n senang bentuk if korang yang suka buat style hana tajima tuh..
IMG_9846aaa
KOD S001 : Available
KOD S002 : Available
KOD S003 : Not Available
IMG_9849
KOD S004 : Available
KOD S005 : Not Available
KOD S006 : Not Available
IMG_9853cc
KOD S007 : Not Available
KOD S008 : Available
KOD S009 : available
Setiap shawls yang dipublished terhad pada 1 unit je.. sebab aku nak restock baru..
Semua Shawls adalah baru.. belum dipakai guna..
dan semua shawls di atas berharga

RM 13.00 sehelai
tidak termasuk postage.

Jika berminat sila email kepada ainrozilah@live.com.
Segala pembayaran boleh dibuat selepas anda menerima invois dari AGS.
Cepat..cepat.. sebab ni hot item!! senang sold out.
** postage: RM 6.00 pos laju. Pos Express RM4.00
p/s: selepas entry ini dipublished.. bergantung kepada available shawls tersebut.
Lepas ni AGS akan up satu entri PASHMINA to Sales

Friday, July 1, 2011

Marilah kita memberi sedikit sumbangan ikhlas.

Salam Semua.. Harap2 dengan entri ini.. kita dapat lah memberi sedikit sumbangan kepada pesakit ini bagi membantu menampung kos rawatan beliau.

Sebelum tu.. many thanks to Farah sebab dah up entri pasal ni.. dia pun copy dari pn fillanie bff kak moon. Kak moon  adalh photographer masa aku kawen tu hari. sangat sedih bila baca kisah biras dia yang sakit ni. Harap kak moon, talib, pak sutan also  sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang besar Allah berikan ini. AGS harap dan berdoa agar Norma akan kembali sihat semula. aminn...
 
************************************************************************************************************************


Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 
-Norma bersama Rafiq-
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528



Noormawati Mohd Rasif



aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....