Pages

Friday, October 5, 2012

Abang baby...


Ini adalah abang fahim...

posted from Bloggeroid

Friday, September 28, 2012

Test

Salam jumaat salam ukhwah..

Try test only

Wednesday, September 19, 2012

Kronologi Syawal 2012

Salam semua, salam ukhwah.
Hai lamanya saya tak update blog ni..
Rasa cam sepikan diri je.. Walhal ada je blog walking blog uols.. Hehe
Sebab musabab adalh penyakit M menebal..
Tapi xpe.. At least ada lah sikit story..
Cuba nak se"aktif" berblogging dulu tapi cam tak mampu je..
Kekangan masa sgt2.

Ok..citer syawal baru nak update..
Org lain dah lama setel..saya ni terkial2 pula
Cuma buat kronologi je lah sepanjang bulan syawal ni..

1st syawal - Raya di Rumah keluarga.. First time raya rumah keluarga belah saya. Selalu mesti balik kg papa atau rumah PIL. Tapi tahun ni giliran saya.. Jadi raya di rumah parent.. Seronok jugak.. Tema adalah biru gelap.. Tu je lah gambar family yg paling proper sebab fahim ni super lasak. Susah nk amik gambar proper.. Asek mainnn je lah. Raya pertama jalan raya di kg papa 10 minit je dari rumah kami. Hehe dokek bonar.. Setel belah sini.. Zas malamnya balik semenyih rumah PIL pulak.. Dekat jugak.. Alhamdulillah.. Syukur ditemukan ramadhan dan syawal tahun ni. Moga tahun depan bertemu lagi..

2nd syawal - pagi2 dah ke IPOH. MIL nak amik embah ( nenek en. Suami ) di rumah makcik kami di ipoh. Then ke sabak bernam sg besar beraya rumah embah sedara jap sambil menjemput kenduri kawen adik ipar saya pada sabtu mgu pertam tu.. Tu sbb saya berya di senawang dulu, kat semenyih tu lama nk stay sana. Sibuk persiapan SIL menikah pula.

6th syawal - SIL no 5 bernikah pula. Alhamdulillah. Bertambah ahli keluarga yg baru. Jadi akak ipar sulong mmg bz.. Nak guide SIL lg.. Huhuhu..

7th syawal - bersanding pula. Yup.. SIL n MIL saya memang memakai purdah. Saya je agak rock sikit. Hehe.. Event berpurdah tapi sgt sweet n nice kan.. InsyaAllah gambar yg cantik2 akan saya upload utk tatapan korang nt. Sure sape yg nak kawen berpurdah inilah tips nya. Silap2 boleh inspired taw. Sbb SIL saya sgt gojes walaupun berpurdah.. Hehe..

Syawal seterusnya - open house dan sebagainya.. Ada ke aquaria klcc bawak fahim kenal2 dengan fish.. He's so excited. Tapi dl pada tu takut pun hade..hehe..

Bila masuknya september - bulan yg dinantikan.. Bulan saya dilahirkan.. Juga adik.. Kami dilahirkan bulan yg sama lain tarikh dan tahun je.. Tp adik telah di suprisekan oleh papa.. She got a new car from papa.. Swift.. Best2.. Me dulu also dapat new car as birthday present.. Untill now masih setia with that car.. Hehe.. Papa mmg gitu, anak dh ada lesen. Pasti belikan kereta. Tapi nasib anak ada 3 je.. Hehe.. Apa2 pun tQ papa.. Alhamdulillah 3x

This friday. My birthday.. Tak nak hadiah apa2 tapi moga dipanjangkan umur dan murah rezeki. InsyaAllah.. Juga jika ada good news. Sbb now its delay.. Hehe..

Tu lar kisah syawal basi saya..
Moga2 saya akan update selalu..
:)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, September 1, 2012

Time flies so fast

Salam sabtu,

Tak sedar masa bergerak terlalu pantas. Dalam pada kita sibuk dgn bermacam perkara, anak yang dulu kecil dah besar dalam pada kita tak sedar..

Macam2 perkara dia tahu, semua benda nak cuba, jatuh nangis bangun semula, tak gentar untuk semua itu.. Dalam pada kita mendidik dia tanpa meletakkan sebarang tekanan pada dia, dia mampu melakukan sendiri..

Tahniah ! Anakku Muhammad Fahim Mikael, ibu bangga dengan apa yang kamu pelajari dan laukan. Walaupun setiap perkara yang kamu lakukan sama seperti anak2 lain yg seusia dengan mu.. Sungguh pun kelakuan kamu kadang boleh menimbulkan kemarahan ibu, tetapi sebagai ibu kesabaran tetap ada. Itu semua perkara baru.

Banyak kelakuan dan perbuatan yang anak ibu lakukan, buat ibu tersenyum,tertawa sehingga menitiskan air mata. Sedar lah Ann, anak mu kini sedang membesar, juga dah boleh berdikari, sikapmu dan kebijaksanaan mu seperti kanak2 berusia 3 tahun. Hakikatnya kamu baru berusia 1 tahun 9 bulan.

Mungkin sudah tiba masanya kamu mempunyai adik.. Tapi tu semua Allah tentukan. Tapi jauh sudut hati ibu ni terasa kesian dengan kamu kerana kamu akan jadi abang bila tiba masanya.
Harapan ibu semoga kamu menjadi anak yang soleh ye sayang..

Lotsa love,
Ibu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 30, 2012

Mencari Kucing betina parsi untuk dikahwinkan dengan BOBOYOT

Salam Syawal 12..
saya sedang mencari kucing betina jenis parsi untuk dikahwinkan dengan kucing jantan parsi saya yg bernama BOBOYOT. BOBO berusia 1 tahun dan mula menunjukkan kegatalan beliau.nak pinjam seminggu je..utk proses tersebut. dah bunting kasi amik lah balik. tertakluk pada T&C. PM kalau berminat. 
ni lah penyebab bila dah kucing saya dah gatal.. kesian ok.. kalau ada sila2 komen kat bawah ni.. tak pun email je : ainrozilah@live.com
  cara duduk pun dah tahu.. encik boboyot.. sabar eh.. tuan mu ni sedang berusaha mencari jodoh untuk kamu..

Friday, August 10, 2012

Resipi Chicken Ceaser Salad

Salam..
Tah kenapa saya dah kemaruk sgt makan salad. Ni semua gara2 teringan salad kat KRR tu kan.. Tp utk penjimatan berganda.. Kita buat sendiri.. Jadi saya share resipi bagi penggemar salad mcm saya.. Hehe

Bahan2 :2 orang makan
1 bunch Lettuce
2 biji tomato. (Lebih pun boleh)
2 fillet ayam ( 1 dada ayam pun boleh)
Suku biji air lemon
Sebiji bawang besar
2 sudu olive oil
Sekeping roti
Sedikit garam dan gula

Cara2:
1, Seasoning ayam dgn blackpaper n garam sikit dan grill kat pan.
2,Slice semua bahan di atas.
3,Masukkan gula garam olive oil n air perahan lemon
4,Ayam pun slice dan campur sekali dgn salad yg dh slice tadi
5,Roti potong dadu bakar dalam oven selama 6 minit nk kasi crunchy.
6, Theb gaulkan semua. Siap utk makan.

Senang sangat. Skang ni. Hari2 mkan salad after moreh. Rasa salad ni ada masam masin manis gitu. Hehe..

Selamat mencuba..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone