Pages

Thursday, March 25, 2010

ILMU: MANZIL (Penawar & Ubat)

Salam semua.. pernah dengar Ayat – Ayat Manzil? Bagi Yang Pernah.. Alhamdulillah.. AGS kat sini nak berkongsi sedikit dengan uolls semua tentang kebaikan ayat-ayat MANZIL ni. Bukan apa penuh kebaikan jika kita mengamalkan ayat-ayat ni setiap hari. Malah AGS tidak berkata kosong kerna AGS sendiri mengamalkannya.. kalau rasa was2 juga.. boleh google ye…

Okay… kat sini aku bagi penerangan apakah MANZIL sebenarnya..

MANZIL – Teruji untui keselamatan dari akibat kejahatan jin hantu,sihir pukau dan bala musibah yang lain.

MANZIL juga adalah gabungan ayat2 terpilih di dalam AL-Quran.Tak perlu risau tentang ayat2 dan bacaan2 nya.

MANZIL ini juga ada jual dalam bentuk buku di pasaran. Jadi lebih senang uolls boleh beli Himpunan Manzil ini

Mengikut buku yang aku ada.. aku copy je lar ye..

MUQADDIMAH PENYUSUNAN MANZIL

Manzil ini adalah satu amalan yang benar-benar terujidan didapati berfaedah dan tepat dari pengalaman untuk keselamatan dari kejahatan jin hantu,sihir pukau dan bala musibah lain. 33 ayat ini membinasakan akibat sihir pukau. Dengan keberkatan ayat-ayat ini didapati keselamatan dari syaitan,jin pencuri dan binatang buas.

Tulisan mengenai MANZIL ini mengandungi beberapa ayat Al-Qur’an yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat r.a sabagai syifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.

Hadist sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS-SAHABAH [jilid 3 ,m.374] yang dikarang oleh As-syeikhul kabir Maulana Mohammad Yusuf rah.a ibn Maulana Ilyas rah.a .hadist tersebut dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim, dan Tarmidhi rah.a.

Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayat kan ”sewaktu kami bersama Rasulullah saw se orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya.

Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah Al-Fatehah. empat ayat pertama surah Al-Baqarah(2;1-4)ayat bermula dangan Wa ilahukum ilahu wahid (2;163).AyatSyahidallahuannahu
(3;18), ayat terakhir surah Al Mukmunun (23;118) ayat dari surah Al-Jin :Wa annahu ta’ala(72;3),sepuluh ayat pertama surah Was-syaffat (37;1-10) ,tiga ayat terakhir dai surah Al-Hasyar (59;22-24) surah Al-Ikhlas (113;1-5) dan surah An-Nas (114;1-6)

Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ.penyakit yang di deritai nya itu telah hilang. [Kanz jil.1 m212]

Fadhilat MANZIL ini terlalu banyak ,dari pengalaman kebanyakan orang manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir jin dan lain lain.

Dua cara mengubat pesakit iaitu pesakit itu sendiri membaca ayat-ayat tersebut dan orang lain boleh membacakan dan hembus diatas air.dan air itu diminum oleh pesakit.semoga Allah swt memberi berkat kita semua dengan kesihatan rohani dan jasmani.

Credit pada http://wangkita.com/manzil/

Ayat-Ayat Manzil

  1. [Al-Fatehah]
  2. [Al-Baqarah 2:1-5 ]
  3. [Al-Baqarah 2:193]
  4. [Al-Baqarah 2:255]
  5. [al-baqarah 2:256]
  6. [Al-Baqarah 2:257]
  7. [Al-baqarah 2:284-286]
  8. [Al-imran 3:18]
  9. [Al-imran 26-27]
  10. [Al-A'raf  7:54-56]
  11. [Al-isra' 17:110]
  12. [Al-Isra' 17:11][Al-Mukminun 23:115-118]
  13. [As-Saffat 37:1-11]
  14. [Ar-Rahman  55:33-40]
  15. [Al-Hasyar 59: 21-24]
  16. [Al-Jin 72:1-4]
  17. [Al-Kafirun109:1-6]
  18. [Al-ikhlas 112:1-4]
  19. [Al-Falaq 113: 1-5]
  20. [An-Nas 114 :1-6]

Kalau boleh di amalkan selalu Ayat manzil ni lagi bagus.. bukan apa.. hanya untuk pendinding pada diri kita erta keluarga. Secara tak langsung  dapat pahala sama.

Alhamdulillah aku pun amalkan sama menda ni.. harap benda ni dapat berkongsi dengan korang lar. Sharing is caring kan.. hehehe.. Apa2 pun tQ for the information KLIK SINI.

If ada yang tak betul info2 dalam ni.. bagi taw ye… and sorry ku ucapkan.. hee

Selamat mencuba dan beramal semua.

P/s : hmmm.. sedap sket telinga hari ni…

4 comments:

Miss Moon said...

[Al-imran 26-27] utk melapangkan rezeki ..

bagus la ann entry kali nih ...sangat berguna ...

ada satu lagi ruqyah syariah....cuba cari ruqyah syariah mp3 ...ada banyak . nih utk mengesan kalau kiter terkena gangguan

Ann GreenStrawberry said...

Miss Moon : hehehehhe... ok akan.. di cari kak..

lina said...

Thanks sharing Info...

Ann GreenStrawberry said...

Lina : ur most welcome