Isnin lepas after aku sibuk2 g bank tu. sempat lagi menyinggah kat Manjaku Senawang ni…yelar.. skang ni tengah ada promosi bagai nak rak kat situ.. nak2 aku yang belom prepare apa2 lagi untuk baby ni kan… harus lar terjah kejap.. tak beli apa pun… cuma nak buat kad ibu mengandung je ni..
Ekceli dah lama nak buat since preggy tu kan.. tapi akibat kemalasan n belom ada mood nak beli barang2 baby tu.. so xde lar terkocoh2 nak buat sangat… pastu akak2 sedara aku plak buleh ni kasi cocok lagi g buat cepat.. ok2.. aku dah buat dah punn..
For registeration untuk kad ni kena bayar dalam RM3 macam tu. isi form tu sume then automatic card tu leh pakai dari mengandung sampai habis due date baby kuar. means after bersalin tak leh pakai lagi lar.. owh! ini sudah bagus kan.. penjimatan pun berganda2.. ehhe.. Kebaikan dengan ada nya kad ni.. kita as preggy mom ni leh menikmati potongan dari 5% hingga 10% every each item yang kita beli. Tertakluk pada brand2 yang tertentu.. ada tertera kat belakang kad tu.Kalau kat sticker price warna kuning tu dah best value so xde diskaun.. if tag price kaler putih ada diskaun.. jadi,cari je lar sticker putih tu kan? heehhe Pendek kata banyak lagi kebaikan yang boleh kita dapat. Yang penting diskaun tu kan. sapa nak bagi betul tak?
so aku rasa those yang nak buat atau dah penah buat.. ada kat mana2 outlet manjaku ni.. boleh pakai kat outlet mana2… untuk aku elok lar kan..sbb belom prepare apa2.. nati bila beli barang2 tu dapat juga potongan sikit.. kalau dah banyak item beli. banyak yang dipotong…
Tapi kat senawang ni kan.. banyak jugak kedai2 barang barang baby ni.. berlumba2 sales nya.. lagipun paling dekat dengan rumah.kira ok lar tu
InsyaAllah..aku start beli barang baby after raya lar kot.. malas nk berebut dengan orang2 yang nak shopping raya tu kan…hehe..
Selamat berManjaku..
No comments:
Post a Comment