Pages

Saturday, November 24, 2012

Anugerah Allah

Salam..alhamdulillah.. tetiba ada mood plak nk update blog... setelah sekian lama pentakit malas tu berleluasa... bukan apa.. mood up and down according to my 2nd pregnancy..


Yup.. alhamdulillah.. rezeki kami sekali lagi menimang cahaya mata yg kedua... dan dijangka due adalah awal bulan 6..cerita perihal preggy ni.. kali ni mabuk pulak.. sickness tak kira waktu..merasa la mabuk tu apa.. masa fahim bedal apa je.. yg ni xleh nak bedal.suka2.




Cam biasa.. buat masa ni check up di kkia je dulu.. sbb dah selesa n tau prosedur dia.. so chilex saje..and buat pertama kalinya juga.. preggy kali ni detect GDM pulak..senang kata kencing manis waktu mengandung.. perasaan mmg down lah.. tp wht to do.. we face it n fighthing for baby for this 9 month till birth.. xcontrol mkn lah yg penting.. diet yg dibenarkan.. dan disbbkan diet me lost 6 kg.. pftttt.. dah pulak... but its ok.. doc also kata ok.. yelah mana leh minum manis also mkn manis....demi baby.. risiko juga.. masa fahim semua ok.. dis time mmg beza..xpe..asal xinsulin xpe lah..



Runcing dah muka i..xpasal2... hmm xlama lg.. fahim pun nak 2 tahun dah dis coming 28 december. How time flies so fast kan... dah besar anak ibu..

Hhmmm nk ending camne eh?? Ok..since website jubah dah dilancarkan. Apa kata visit kat www.jubahmekah.com jubah baru fan design yg menarik... hehe.. ok bai

posted from Bloggeroid

Friday, November 16, 2012

www.jubahmekah.com is officially launch..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. setelah beberapa minggu pending, akhirnya website jubah saya sudah pun dilancarkan...
bagi JUBAH LOVER sekalian.. Do visit our store at WWW.JUBAHMEKAH.COM..

Semua maklumat tentang jubah dan design terbaru ada dalam website tersebut. Jika berminat nak membeli, boleh isi borang dan ikut terma dan syarat ditetapkan.

InsyaAllah saya akan menjawap semua pertanyaan anda dengan kadar segera..


Monday, October 22, 2012

Jubah Mekah Restock

Salam Semua. Alhamdulillah syukur....
okay.. saya nak buat pengumuman sikit. kepada peminat2 jubah mekah dan abaya..
InsyaAllah Stok baru akan sampai tak lama lagi. harap semua bersabar..
yang pasti banyak design baru dan semestinya UMBRELLA CUTTING.
Terima Kasih kepada customer2 yang keep calling dan mesej/wassap sebagainya..
bertanyakan pasal jubah. InsyaAllah saya akan remind semula ke nombor kalian untuk update terkini.
nantikan Website Jubah saya yang akan dilancarkan tak lama lagi. Website Khas berkenaan jubah.
Link akan diberi kemudian.

Bagi peminat jubah yang nak UPDATE TERKINI berkenaan jubah tersebut. Boleh hantarkan email dan no tel di ruang kotak komen. Dan anda adalah pelanggan yang terawal dapat update terbaru mengenai stok baru.

Stok baru ini juga terhad. ITS SELLING FAST.

Jangan lupa send EMAIL dan No tel di ruang komen.
Terima kasih di atas keperihatinan anda.

untuk maklumat lanjut boleh wassap saya terus di nombor 0182820496.

Friday, October 5, 2012

Abang baby...


Ini adalah abang fahim...

posted from Bloggeroid

Friday, September 28, 2012

Test

Salam jumaat salam ukhwah..

Try test only

Wednesday, September 19, 2012

Kronologi Syawal 2012

Salam semua, salam ukhwah.
Hai lamanya saya tak update blog ni..
Rasa cam sepikan diri je.. Walhal ada je blog walking blog uols.. Hehe
Sebab musabab adalh penyakit M menebal..
Tapi xpe.. At least ada lah sikit story..
Cuba nak se"aktif" berblogging dulu tapi cam tak mampu je..
Kekangan masa sgt2.

Ok..citer syawal baru nak update..
Org lain dah lama setel..saya ni terkial2 pula
Cuma buat kronologi je lah sepanjang bulan syawal ni..

1st syawal - Raya di Rumah keluarga.. First time raya rumah keluarga belah saya. Selalu mesti balik kg papa atau rumah PIL. Tapi tahun ni giliran saya.. Jadi raya di rumah parent.. Seronok jugak.. Tema adalah biru gelap.. Tu je lah gambar family yg paling proper sebab fahim ni super lasak. Susah nk amik gambar proper.. Asek mainnn je lah. Raya pertama jalan raya di kg papa 10 minit je dari rumah kami. Hehe dokek bonar.. Setel belah sini.. Zas malamnya balik semenyih rumah PIL pulak.. Dekat jugak.. Alhamdulillah.. Syukur ditemukan ramadhan dan syawal tahun ni. Moga tahun depan bertemu lagi..

2nd syawal - pagi2 dah ke IPOH. MIL nak amik embah ( nenek en. Suami ) di rumah makcik kami di ipoh. Then ke sabak bernam sg besar beraya rumah embah sedara jap sambil menjemput kenduri kawen adik ipar saya pada sabtu mgu pertam tu.. Tu sbb saya berya di senawang dulu, kat semenyih tu lama nk stay sana. Sibuk persiapan SIL menikah pula.

6th syawal - SIL no 5 bernikah pula. Alhamdulillah. Bertambah ahli keluarga yg baru. Jadi akak ipar sulong mmg bz.. Nak guide SIL lg.. Huhuhu..

7th syawal - bersanding pula. Yup.. SIL n MIL saya memang memakai purdah. Saya je agak rock sikit. Hehe.. Event berpurdah tapi sgt sweet n nice kan.. InsyaAllah gambar yg cantik2 akan saya upload utk tatapan korang nt. Sure sape yg nak kawen berpurdah inilah tips nya. Silap2 boleh inspired taw. Sbb SIL saya sgt gojes walaupun berpurdah.. Hehe..

Syawal seterusnya - open house dan sebagainya.. Ada ke aquaria klcc bawak fahim kenal2 dengan fish.. He's so excited. Tapi dl pada tu takut pun hade..hehe..

Bila masuknya september - bulan yg dinantikan.. Bulan saya dilahirkan.. Juga adik.. Kami dilahirkan bulan yg sama lain tarikh dan tahun je.. Tp adik telah di suprisekan oleh papa.. She got a new car from papa.. Swift.. Best2.. Me dulu also dapat new car as birthday present.. Untill now masih setia with that car.. Hehe.. Papa mmg gitu, anak dh ada lesen. Pasti belikan kereta. Tapi nasib anak ada 3 je.. Hehe.. Apa2 pun tQ papa.. Alhamdulillah 3x

This friday. My birthday.. Tak nak hadiah apa2 tapi moga dipanjangkan umur dan murah rezeki. InsyaAllah.. Juga jika ada good news. Sbb now its delay.. Hehe..

Tu lar kisah syawal basi saya..
Moga2 saya akan update selalu..
:)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, September 1, 2012

Time flies so fast

Salam sabtu,

Tak sedar masa bergerak terlalu pantas. Dalam pada kita sibuk dgn bermacam perkara, anak yang dulu kecil dah besar dalam pada kita tak sedar..

Macam2 perkara dia tahu, semua benda nak cuba, jatuh nangis bangun semula, tak gentar untuk semua itu.. Dalam pada kita mendidik dia tanpa meletakkan sebarang tekanan pada dia, dia mampu melakukan sendiri..

Tahniah ! Anakku Muhammad Fahim Mikael, ibu bangga dengan apa yang kamu pelajari dan laukan. Walaupun setiap perkara yang kamu lakukan sama seperti anak2 lain yg seusia dengan mu.. Sungguh pun kelakuan kamu kadang boleh menimbulkan kemarahan ibu, tetapi sebagai ibu kesabaran tetap ada. Itu semua perkara baru.

Banyak kelakuan dan perbuatan yang anak ibu lakukan, buat ibu tersenyum,tertawa sehingga menitiskan air mata. Sedar lah Ann, anak mu kini sedang membesar, juga dah boleh berdikari, sikapmu dan kebijaksanaan mu seperti kanak2 berusia 3 tahun. Hakikatnya kamu baru berusia 1 tahun 9 bulan.

Mungkin sudah tiba masanya kamu mempunyai adik.. Tapi tu semua Allah tentukan. Tapi jauh sudut hati ibu ni terasa kesian dengan kamu kerana kamu akan jadi abang bila tiba masanya.
Harapan ibu semoga kamu menjadi anak yang soleh ye sayang..

Lotsa love,
Ibu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 30, 2012

Mencari Kucing betina parsi untuk dikahwinkan dengan BOBOYOT

Salam Syawal 12..
saya sedang mencari kucing betina jenis parsi untuk dikahwinkan dengan kucing jantan parsi saya yg bernama BOBOYOT. BOBO berusia 1 tahun dan mula menunjukkan kegatalan beliau.nak pinjam seminggu je..utk proses tersebut. dah bunting kasi amik lah balik. tertakluk pada T&C. PM kalau berminat. 
ni lah penyebab bila dah kucing saya dah gatal.. kesian ok.. kalau ada sila2 komen kat bawah ni.. tak pun email je : ainrozilah@live.com
  cara duduk pun dah tahu.. encik boboyot.. sabar eh.. tuan mu ni sedang berusaha mencari jodoh untuk kamu..

Friday, August 10, 2012

Resipi Chicken Ceaser Salad

Salam..
Tah kenapa saya dah kemaruk sgt makan salad. Ni semua gara2 teringan salad kat KRR tu kan.. Tp utk penjimatan berganda.. Kita buat sendiri.. Jadi saya share resipi bagi penggemar salad mcm saya.. Hehe

Bahan2 :2 orang makan
1 bunch Lettuce
2 biji tomato. (Lebih pun boleh)
2 fillet ayam ( 1 dada ayam pun boleh)
Suku biji air lemon
Sebiji bawang besar
2 sudu olive oil
Sekeping roti
Sedikit garam dan gula

Cara2:
1, Seasoning ayam dgn blackpaper n garam sikit dan grill kat pan.
2,Slice semua bahan di atas.
3,Masukkan gula garam olive oil n air perahan lemon
4,Ayam pun slice dan campur sekali dgn salad yg dh slice tadi
5,Roti potong dadu bakar dalam oven selama 6 minit nk kasi crunchy.
6, Theb gaulkan semua. Siap utk makan.

Senang sangat. Skang ni. Hari2 mkan salad after moreh. Rasa salad ni ada masam masin manis gitu. Hehe..

Selamat mencuba..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 26, 2012

FAHIM : ajar kemas mainan

Salam ramadhan yang ke 6.. Alhamdulillah.. Hampir seminggu dah kita berpuasa.. Terima kasih ya Allah..

Lama plak tak berblog.. Mmg saya mempunya masalah kekangan waktu.. Jadinya rasa tak best bila masa kita adalah terhad. Even boleh berblog dihujung jari je.. Tetap tak mampu nak buat entri.hehe..

Cerita pasal anak bujang saya ni.. Kemain aktif dan ligat sgt2. Surely penat melayan kerenah dia.. Tapi ada dia kesah.. Jadi ibu kena redha dan pasrah.. Apa boleh buat.. Anak sedang membesar malam setiap perkara yang mereka lakukan adalah pembelajaran bg mereka.. Kan..

Jadi, saya sudah mula ajar fahim mcm mana nak kemas semula barang yang dia dah amik dan letakkan semula ditempatnya. Alhamdulillah dia faham. Dirumah ada bilik khas buat fahim. Semua barang2 dia termasuk mainan dan pakaian saya letakkan didalam bilik. Budak2 mana pernah xde mainan.. Xkira kecik besar murah mahal tetap ada. Bakul mainan pun dah melimpah. Mainan yang besar pun byk.

Dulu saya biar je fahim nk tunggang terbalik semua dlm bilik dia. Terabur semua mainan, buku2 sampai tak larat dah nak kemas. Now saya buat camne taw. Nak mainan dia akan ckp kt kita. Ambil satu mainan bawak keluar then tutup pintu bilik tu. So dia akan main satu mainan sahaja sampai bosan. Bila bosan dia kan minta tukar mainan. Konsep yg sama. Bila pintu bilik tutup xde lar dia keluar masuk bawak mainan.

Dulu saya selalu gak stress akibat rumah bersepah dengan toys yg superb banyak.. Grrr.. Mana taknya, dari depan pintu masuk sampai ke pintu dapur boleh? Besar2 xpe jugak.. Ni ball kecik2.. Cars kecik2.. Phwew.. Fengsan nak tonggeng2 amik mainan dia yg terselit bawah sofa atau almari. Since tu yg kasi tutup pintu bilik dia..

Nak baca buku pun sama. Amik satu buku letak ats meja kecik tu. Ajar sikit2. 5 minit pun jadi lah. Dah boring dia kata "dah".. Tutup n simpan buku kuar bilik.. Huhu.. Sejuk perut ibu nak..

Harap2 berkekalan lah cara begini. Ni je cara nak ajar anak supaya tak nyepah.. Hehe.. Senang kerja..mata xsemak tgk mainan bersepah.. Hehe.. Pasni nak beli poster yg ada ABC,123,alif ba ta n etc.. Belajar pakai tu pula. Ibu akan ajar juga kamu tidur dibilik sendiri.. Owhh.. Kita kena setup wardrobe kamu nak.. Yg ikea punya tu.. Ibu dah aim dah..

Selain tu.. Ajar utk potty train , ABC..dah dpt.. Abc je lah.. A ayam B ball C cat.. Semua campur malay english.. Hadoii.. Xpe2..
Eh terpanjang pulak.. Sambung lain topic nanti.. Hmm geli tak saya guna saya.. xpelah.. Sikit2 buat perubahan.. Lama2 boleh terima lah nanti.. Hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 20, 2012

Jubah Mekah already in Stok. Harga pun murah.


Salam.. nampak tak jubah atas tuh? yup.. tu semua stok jubah saya yang baru sampai dari Mekah. Origin dari sana.. alhamdulillah.. semua cantik2.. rasa nak sebat semua untuk diri ini. tapi tak nak lah tamak sangat.. jadi saya OPEN SALES kat semua ye... untuk jubah color ni.. available size S & M sahaja. Price is RM 110 only..
 Ini pula stok untuk jubah hitam cutting Payung /Umbrella. cantik dan sangat2 terletak bila pakai.. RM 130 only... dan sangat2 selesa bila pakai jubah ni.. Available in S,M, L size.. Jubah menyusu pun ada tapi xbanyak..hehe
 Sebahagian jubah2 yang sudah digantung untuk dijual...
 Contoh jubah color.. ini size S, untuk orang yang bertubuh kecil, tapi tidak sesuai untuk orang yang tinggi atas 5 kaki, nanti jubah jadi senteng.. RM110 only...kainnya tak panas, lembut dan sejuk. ala viscose..
 ini pula jubah hitam cutting payung.. RM 130.. include selendang, berbatu dilengan juga tight dilengan. ada zip dibahagian leher bagi memudahkan pemakaian,
Jenis sama seperti jubah color atas tuh.. jubah color ada byk design..
untuk ukuran sebenar saya akan buat kemudian. kerana sekarang saya kekangan waktu. tapi saya akan usahakan.

bagi yang berdekatan di Seremban dan senawang boleh datang di butik saya (Aliman Kafe & Butik - belakang giant senawang). Boleh tengok dan pilih.

jika berminat atau nk tanya boleh wassap 012-3698796. InsyaAllah saya akan membantu.

owhh.. ada lagi satu, saya bukan sahaja menjual jubah, tapi ada barangan lain, semuanya dengan harga berpatutan..nanti saya kongsikan juga..

Salam Ramadhan 2012

Selamat Menyambut Ramadhan yang Mulia.
Semoga puasa kita di terima oleh Allah swt.
Sama-sama gandakan pahala ibadah di bulan mulia ini.
Saya juga memohon seribu kemaafan jika ada tersilap kata juga perbuatan.

Thursday, July 12, 2012

Congrats to my bro in law JAY & his wife EVA aishah for your wedding day..

Setelah perancangan yang pendek juga keputusan yg pantas.. Akhirnya.. Adik iparku telah bernikah dengan seorang gadis RUSIA yg sgt cantik n sweet..

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan dengan lancar.. Nikahnya hari jumaat lepas..dengan sekali lafas walaupun nama dia dalam rusia sgtlah panjang juga susah nyebutnya.. Goodjob jay.. Majlis walimahnya hari ahad.. Tahniah kepada JAY & EVA atau nama islam atas pilihannya sendiri adalah AISYAH..how sweet it is?

Baju bersanding juga gojes.. Kamu dah lah putih eva oiii.. Mata biru lagi.. Sangat2 cun memakai dress gitu juga berturban.. Pilihannya dia juga.. Jarang org yg kawen pakai turban ni.. Look difference but nice.. Orannya sangat sweet.. But so shy.. Can speak malay sikit2 katanya.. N weouls belajar pulak cakap RUSSIA.. Haha.. Elok.. Switch language kan.. SPASIBO eva..

Btw.. Terima kasih kepada semua yg hadir serta menjayakan majlis ini. Hanya Allah dapat balas jasa kalian.. Ecehhh.. Ckp bg pihak je nih.. Huhuhu..

Also, me and fizo omar.. Ewahh.. Iyer. Dia ada masa majlis tu.. Alang2, sekali bincang pasal SERUNDING daging dia tuh.. I tell u.. Fizo mmg baik ok.. Nasib ada mutual bisness dengan dia.. Hehe.. ARIL, FIZO n ADiEY is our friends also.

. Lailailailai.. Sape mau beli serunding lagi.. Cepat.. Stok terhad taw...hehe.. Pm me ok..

To JAY n EVA : Congrats.. May ALLAH bless u always.. Semoga kekal ke akhirnya.. Aminn.. Eva, welcome to our family.. Hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 5, 2012

Santai di rumah PD kami

Uishhh lama jugak peram gambar ni kot..
Saje je g apartment kami kat PD nun.. Kemas2 apa yg patut.. Bincang2 apa yg perlu di tukar n tambah.. Sbb lepas ni nk totally open for rent weekly..

B4 dis rent utk sedara mara on weekend.. So kamai ni if teragak nk cuti tgk laut jap.. Ke PD je yg balik dekat..

For now belum nak officially rent.. After raya maybe.. Tu pun xjamin..huhu.. Depends on bajet lar kot.. Huhuhu..

Dan bawak fahim swimming sekali.. Now dia dh pandai swim with out pelambung duduk tu.. Tp kami pakaikan pelampung tgn je.. Duk main lah kat kolam besau.. Ngasak. Janji tak tenggelam.. Huhu.. Tp pandai pulak mengayuh tu..gud job son! Nt kita swimming lagi k..

Petang sikit g pantai tgk sunset.. Cam biasa.. Si fahim mana reti diam. Berlari2 dia.. Fuh.. Mcm2 budak ni taw.. Layan kan aje.. Huhuhu

So short holiday kat apartment sendiri..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 29, 2012

Serunding fizo omar


Salam semua..
Ada sesiapa Yang berminat nak beli serunding dating fizo Omar... boleh dapatkan dengam says secara online atau cod (area senawang seremban sahaja)..

Serunding ni sangat2 terbaikk n sedap sgt2... try beli satu pack dijamin kepuasannya.. makan pula dengan nasi panas.. perghhhh... bestkan...

Harga cuma RM 20.00 per pack (250g)..
Postage hanya RM 6.00

Kalau Yang berminat.. boleh order kat ainrozilah@live.com

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 27, 2012

Menjebikkan bibir

Fahim skang ni suka" mengarok" means mengamuk atau menangis dgn takde motif.. Dan motif sebenarnya dia nak dilayan sebagai putera..

Bila dah mengarok xtentu pasal.. Mula2 boleh lah ibu nak layan.. Masuk ke duapuluh kali ibu pujuk amokan mu tak reda.. Bolayan.. Biarkan je.. Masih teruskan amokan.. Ibu mula temper lalu suh abi kamu layan sebelum ibu plak amokan..

Ibu nye keje pending nak layan amokan mu yg berjele nak.. Haduiii.. Nasib anak.. apesal nak amokan je..? Nak adik? Hadeeh xdapat ibu nk bg buat masa skang ni.. U r to small nak ada adik.. Sbb nye kamu masih tak boleh berkongsi barang mainan dgn bdk lebih muda dari kamu.. Ibu nk latih kamu jadi berani skit.. Ni kalau terjatuh sikit nangis.. Jebikk jelah.. Huhuhu

Abi pun xmo bg adik lagi.. Ibu tgu kamu 2 tahun baru bikin adik. Jadi kamu ada 6 bulan lagi nak jadi kuat dan berkeyakinan sikit. So ibu ada masa jugakkan nk slimkan diri dulu.. Hahaha..

Nota kaki: eh bila tiba petang je.. Aku dh start pening.. Apehal?..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 22, 2012

TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA




♥ TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA ♥

Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA

Thursday, June 21, 2012

20.06.2012 is malang tak berbau.

Semalam adalah hari Malang tak berbau.. Pasal apa? Pasal kami eksiden le.. Haihhh xtaw nak kata. Nasib tak cedera apa2.. Tu yg pling penting dan syukur.. Allah masih panjangkan nyawa kami.

Semalam pagi adeq ada appointment dgn doc di hospital. Back from hospital amik nenek n bibik kat umah n bring them to cafe mama.. Otw tu aku sibuk melayan fahim while adik drive.. Tiba2 kat traffic light baaaanggggg!!! Depan..

Adik kata kete depan break mengejut sbb kereta depan yg kami langgar tu pun break mengejut. Dan keta depan tu xde lampu break. Bila keta depan kami break mengejut lalu xsempat break maka langgar bontot depan. Mujur xde keta belakang.. If not depan belakang kena.

Langgar keta depan tu xde apa sangat bumper dia kemek sikit n calar. Aunty cina tu pun xde apa.. Kete kami karipap lar bonet depan.. Kemek habis.. Ketepi and setelkan ngn aunty tu. Dia pun xnak bawak balai sbb nati ak kena saman.. So dia pun kesian kat adik sbb adik still in P.. Nati habis merit dia. So byar lar rm200. Aunty tu pakai keta lama.. No wonder banggg kuat pun sikit je kena..setel n aunty tu blah.

Klu dh eksiden biasalah klu towing tu dtg kan.. Sabor jelah. Aku sibuk call sana sini. Ko sibuk nk amik kes aku.. deal itu ini.. Setel balai. Ckp aku yg drive.. Mengaku je lah. Sbbnya kesian kat dia lesen P lagi.. Pung pang pung pang kul 2pm baru setel. Ni sume claim insuran klu x masak.

Kerosakan dilaporkan bumper, bonet, lampu kiri kanan,makguard,radiator bocor..phewwww.. Byknya.. Hmmm. Till now adik phobia nk bawak kereta.. Xpe,pengalaman dlm hidup.. Klu lesen fresh tp xberlanggar apa barang.. Hihhi

Aku dulu pun gitu. Dh kena baru nak insaf bawak keta. Yelar.. Lesen baru harus lah galak benau nk bwk kete. Aku tgk cara adik aku bawak keta ni laju je. Dah dekat baru nak break tu pasal berlanggar.. Pengalaman juga pengajaran..

Amacam? Dah jadi karipap kereta myvi adik aku ni.. Hahahaha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 19, 2012

Tahniah Ana & Budi

Ahad memang ada wedding.. Tapi nun di dewan LPP tu ha.. Haihh ana n budi satu sekolah dgn aku.. Budak berdua ni cinta cintun dr zaman sekolah jugak.. Hamboii kemain lama menyulam cinta ye tak.. Eh tapi ramai gak kawan2 aku ni kawen bercinta dari sekolah..

Terima kasih lah ana n budi jemput kami. Atleast leh jumpa kawan2 yg lain.. Hihihi.. Dia jemput dh lama. Mmg aku betul2 save the date. Hihi..

Apa2 pun Congrats buat kamu berdua.semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin..

Dah alang2.. Moh ke ikea.. Cuci mata kunun.. Puihh.. Terbang gak $$$ ai.. Pasrah..sebelum balik kita makan.. Sekian cerita ahad saya..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 12, 2012

Wanita Terkutuk

wanita terkutuk

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah”. (Riwayat Ibnu Mas’ud)

Maksud mengubah ciptaan Allah S.W.T. ialah dengan membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baru selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan oleh ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T.
Sekiranya yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah S.W.T. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat atau menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat atau menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T. Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.
 
kredit to : http://pejuangpanjihitam.blogspot.com

Thursday, June 7, 2012

Cuti cuti pantai timur

Plan dah lama nak bercuti dengan family besar. Yakni adik beradik papa. Bagus jugak dpt g dgn family.. Dulu trip pantai timur kami, pergi naik kerete masing2 then konvoi. Masa tu kecik2 je lagi kami ni. Nowdays dah besar semuanya.. Beranak pinak lagi.. Hehehe

So ikut plan..31 mei till 3 jun. Ni kami naik bas satu family.. Satu bas okeh. Hahaha.. Tapi syiok jugak. Dapat lah meriah dlm bas tu..

Bertolak malam 31 mei tu.. Kul 11mlm terus naik ke kelantan. so 1 jun dah ada di kelantan. Breakfast then ke Rantau Panjang. Bershopping. Biasalah cuti sekolah. Ramai kot. Jem lagi.. Welll.. Hmmm

Then check in di Wakaf Che Yeh.. satu mlm disitu. Mmg terbaik shoppinh di wakaf che yeh tu. Turun hotel depan pintu je shopping. Molek deh.. Haha. Sampai ke tgh malam shopping.

Sok 2 jun. Check out. Breakfast di pasar siti khadijah. Oii mcm2 pilihan. Nasi dagang n kerabu lar kita. Murah pun murah. Molek lagi. Haha. Then terus ke terengganu. Petangnya kita ke Taman Tamadun Islam n Masjid kristal solat asar disitu.

Makan malam n terus check in. kali bukan hotel tapi sewa 1 umah banglo 6 bilik di tepi pantai batu burok tu. Walaweii dkt now dgn pantai. Elok lar tu. Senang anak aku buat aktiviti korek2 di pantai.

Abinya sanggup kot beli jengkorek hok besau tu bg anak main. Padahal dh ada yg bleh duduk tapi kecik sikit.ni beli lain. Haihh.. Yang iya dia yg nak main lebih.. Huhuhuhu.. Fahim byk koleksi jengkorek ni kot.nt aku rajin aku up entri jengkorek yg hado.

Pg 3 jun, breakfast at kedai sedara sendirim jual nasi dagang.. Laku gila kot. Stall kecik je. Tpi org kemain ramai. Perghhh. Sedap xyah kata ar.. Then check out terus ke pasar payang. Phewww sini ramai org okehm penuh kot dlm tu. Kedai kecik ramai plak. Nak pengsan lama2 kat situ.bg 2 jam pun xabis. Kuikuikuim

Then, teruskan perjalanan ke noor arfa batik. Xbeli pun malas. Huhu. Terus ke kedai satar n kopok lekor terbaik. Beb, sampai merang singgah ke kedai hijau MARISSA. Terbaik ok.. Murah juga.

Balik terus ke seremban sampai kul 1230 malam. Phewwww.. Fenat tapi best dapat unite dgn family n cousin. Next trip will be SINGAPORE.. Huhuhu..

Note: gambar byk tapi mls nk transfer aku amik dlm bb ni je.. Sekian trip pantai timur kami.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone