wanita terkutuk
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya : “Allah mengutuk wanita yang bertatu atau
minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur
alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan
mereka yang mengubah ciptaan Allah”. (Riwayat Ibnu Mas’ud)
Maksud mengubah ciptaan Allah S.W.T. ialah dengan membuat perubahan
pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan
atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana
memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening yang
merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat
atau melukis bulu kening yang baru selepas itu agar menepati cita rasa
sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah
perbuatan yang haram di sisi Islam.
Jika
perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan oleh ia tumbuh berselerak
dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam
erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T.
Sekiranya
yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang
dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya ia tidak
dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah S.W.T. Ini dilakukan atas
dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan
Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.
Hanya
rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya
sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang
rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain),
mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau
mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan
memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit
(bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar
warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut
supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau
spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat atau menjaga
keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat
atau menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.
Diri
manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T.
Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan
baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka
menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas
hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya
merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.
kredit to : http://pejuangpanjihitam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment