Pages

Monday, January 27, 2014

Tips potty train anak

Salam, 27 Jan 2014

nak citer kisah potty train fahim, ni kes baca asna potty train haikal lah ni.. hihi.. since aku dah berjaya potty fahim untill dia mmg dah less diaper 100%. lets shared how i do it. hihhi oh btw, fahim dah 3 tahun 28/12/2013 tp aku start potty masa umur 2 tahun 10 bulan. 

dulu aku ingat susah sangatlah nk train anak supaya xpayah pakai diapers lagi, kira malas lah nk ajar sbb dah senang pakai diapers kan.. tapi sampai bila plak nak macam ni. selain fikir nak ajar anak jadi dewasa skit disamping menjimatkan kos diapers maka kita buat dulu.. plus aku ni xkeja. duk umah kalau malas camne plak. baik tak payah jadi mak kot. 

pastikan lah anak tu dah faham apa kita cakap.. apa itu shishi n poo poo tu kan? kenalkan tandas semua..



ok. ni cara aku handle n potty fahim. sebab aku ni housewife sepenuh masa. 
lets start! 

1) Solat sunat 2 rakaat - sebelum apa2 ak solat dulu, mohon Allah permudahkan segalanya sepanjang aku potty fahim. doa banyak2 supaya aku tak stress. ini penting. niat kita Allah mudahkan insyaAllah

2) Angkat karpet / tikar - segala karpet or tikar lebih baik angkat sebab if terbabas senang nk bersihkan. simpan elok2. 

3) Kerjasama dari encik suami - ok benda ni pun penting, sebab kadang2 suami ni pun xnak kerjasama sbb dia malas nk kemaskan anak tu kan. jadi kita explain baik2 supaya dia pun ikut sama projek potty ni.. 

4) kenalkan tandas, air, toilet bowl n etc - jelaskan kat anak ini apa itu apa.. kalau tanya kena lah jawap, biasalah budak banyak soklan berangkai

5) gap masa aturan - fahim aku atur hari pertama 10 minit sekali sampai naik muak dia, tgk jugak kadang klu boleh lama gap lah 20 to 30minit. terbabas tu biasala sbb dia masih proses penyesuaian kan.. nati bila lama2 dia akan ada rasa sendiri nak kenc tu.

6) Ajar cara kencing duduk - dalam islam memang kena buang air cara duduk cangkung, jadi masa kenc tu letakkan dia kat bowl tu sama toilet cangkung atau duduk. jangan sesekali ajar kencing berdiri..fahamkan anak kenapa xboleh etc

7) pakaikan seluar pendek - kalau kat rumah pakai lah seluar atau pakaian yg nipis and senang cuci if terbabas ke apa.. 

8) Alas / lapik plasti - kadang anak kita tido siang, cam fahim aku lapikkan tido dia dgn plastik changing diapers tu then alas lagi dgn kain batik or selimut nipis or kain towel ke.. sebab senang klu terbabas masa tido xlah jenuh nk tukar cadar je. sebelum tido ak pastikan dia xsusu dah klu susu pun setengah jam sebelum tido then after 10 minit abis susu g atur kenc semula. malam pun buat gitu. sofar fahim xpenah terbabas lagi atas lapik tu.


camtulah kekdah lapik tu.abaikan ilham yg duk nyelit kat kang2 abg dia sbb dia golek2.

9) less diaper siang/ malam - siang buat aturan cam biasa. biasakan kaedah potty di atas selama seminggu atau lebih atau ikut keadaan ank cmne. fahim aku tanya nak kencing ke x tu seminggu je, masuk next week dia nak kencing cakap sendiri siap berlari masuk bilik air terus. sejak tu, dia tau dah rasa nak kencing tu camne. until nak tdo pakaikan pampers. sebulan jugak lah pakai pampers malam. then  satu hari dia sendiri request malam nak tido xnak pakai pampers. malam tu jugak aku tekad tak pakai dah. tapi kita lah 2 jam sekali bangun bawakdia g kencing. aku buat adalah dalam 3 minggu kot. gerak dia pelan2, bagi tahu dia xpakai pampers kena g tandas kencing letak kat bowl terus kencing dgn mata pejamnya basuh n sambung tido. pastu skang ni 100% no diaper malam. bangun subuh lah nt bawak di gi kencing atau dia dah bangun pagi terus bawak g kencing dulu.

10) Utamakan kebersihan - disamping atur tu, bagi tahu anak pasal kebersihan , cara basuh semua. lama2 dia akan pandai sendiri. fahim nk kencing g toilet sendiri pastu tengokkan cara dia basuh camne. biar lah bersih. btul ke tak dia buat. kalau buang besar fahim g sendiri nak cebuk tu xreti lagi. kena buatkan. takpe small matter. klu terbabas pun pastikan najis tu dah dibersihkan betul supaya lantai rumah bebas dari najis. nanti tak sah solat pula. bersihkan betul2.

11) sabar,jangan stress or marah2 - kalau marah2 lagi kita stress. tu pentingnya bagi anak faham dulu. kalau marah or ugut mmg anak kita ni lagi xnak ikut. memang kena banyak sabar. lagi2 kalau dia dah terbabas ke apa kan. jangan marah. sbb masa tu dia dalam proses nak tahu apa benda yang sedang berlaku, baru nk tahu camne rasa kencing tu datang, sebelum ni dalam diapers. sometime dia leka main tu terbabas.

12) keep on track / cekalkan hati  - bila dah mula, keep on the track, jangan hari ni xpakai diapers sok pakai pulak, nanti anak jadi confuse. teruskan. nanti dia pun fikir eh pakai diapers ke x? nak kena kencing dalam diaper ke.. sabar banyak2.

hmm apa lagi eh? 

sebenarnya tak susah pun, mungkin ibu2 yang bekerja ni agak terbatas nk buat, tp yakin lah anda boleh. cuti2 lah nk potty anak. 

until fahim xkisah main or keluar tanpa diaper. hihihi.. Alhamdulilah Allah permudahkan. 

ok nampak panjangkan entri ni, nanti aku sambung part lain camne nak potty keluar rumah tanpa diapers plak. di ingatkan ni tips cara aku handle potty fahim, kalau korang ada tips lagi bagus silakan lah buat. ni yang basic aku buat. 

ok chow,

lotsa love ❤️ from ,
ibu mikaeljibrael






 

5 comments:

Ciare Baha said...

wuah pandainya abam ayimmm ensemmm ^__^

#lagibertambahstressmamayayen haha

sWeEt 'N LoVeLy said...

Salam Mrs AGS,
Bagus betul la terbaca pasal ni sbb mmg tgh nak ajar anak potty. 1st day ajar saya dah give up :(. Kesian kat anak x keruan sbb x reti shi shi tak de pampers..betul kena cekalkan hati.

Thanks ya share tips :)

Ann GreenStrawberry said...

jgn stress mama.. u can do it..

Ann GreenStrawberry said...

salam, yup, pelan2 insyaAllah boleh.

Hasnah said...

Wahh up pula nama I hehehe. Btw alhamdulilah haikal dh free diaper on siang. Kat luar masih pki lg sbb spring kat sini.