Pages

Monday, April 29, 2013

semakin hari semakin nerves..

diam tak diam.. tinggal kurang dari 4 minggu je lagi nak mengharungi detik2 cemas melahirkan zuriat yang kedua ini.. itu pon klu baby nk ikut due.. klu tak nak ikut due.. awal lagi dari 4 minggu tu kan..

nowdays.. mmg terasa lah berat je badan ni.. pertambahan berat badan mungkin.. hahah .. katalah gomok ye dak.. tak payah nk kias sgt..

alhamdulillah.. pregnant kali masih diberi kekuatan oleh Allah swt.. takde lah alahan teruk ke apa.. cuma skang ni bila dah sarat byk jugak kerja2 yg hati ni nak buat tapi tak terdaya. tapi gigihlah buat pelan2.. klu tak semak mata memandang.. well nak jadi ibu anak dua kena gigih uolsss.. tak guna mengeluh.. dah tanggungjawap kan..

and by this sunday aku dah 37w.. phewww.. debar semakin debar.. apa2 pun kita serah je pada Allah.: moga dipermudahkan segalanya.. insyaAllah..

oklah.. anak bujang pon dah tdo.. marilah tdo juga..

gudnite everybody..

draft dah lama.. lupa nak publish.. haha








Tuesday, April 9, 2013

Jubah Umbrella is Sales Now..!

Assalamualaikum..

Memandangkan ada rajin sikit.. meh lah buat sesuatu.. eh.. buat entry..huhu..

btw.. nak kabor.. jubahmekah.com ada buat sales lagi.. siapa2 yang nak cari jubah umbrella boleh klik fb page : jubahmekah.com

yup.. kami buat sales lagi.. price start RM 150 - RM 170 only.. jubah cutting umbrella memang ramai cari.. stok pun limited ni.. sebab lepas ni nak masuk stok baru insyaAllah.. tapi stok baru lain lah harganya pula..


kalau beli 1 RM 150 - RM 170.00 depends pada design..
tapi... kalau BELI 2 JUBAH RM 289.00 sahaja.. boleh mix mana suka..
dan SALES ini hanya di ALBUM SALES sahaja...

Those yang minat atau nak tanya ke boleh wassap / sms me : 0123698796 (Ann)

insyaAllah akan reply asap if tak ada apa2.. owh.. btw.. yang nak reservedkan pun boleh..deposit RM 50.00 sahaja.. tu sebab apa2 nak tanya do pm me ye...

Stok terhad..!

Jazakallah

Menu Diet untuk ibu Diabetic Pregnancy (versi Ann Mikael)

Assalamualaikum..

hari ni rasa nk share something pasal menu diabetic pregnancy macam aku ni. Since detect DP (Diabetic Pregnancy).. pertama sekali memamg kena pergi jumpa pakar pemakanan. So dia cerita lah pasal menu2 diet untuk org DP cam aku ni.. yelah apa2 pon kita kena diet jugak. tak banyak sikit pun jadi lah. sebab risiko2 menanti.

jadi aku share sikit antara menu diet yang pakar pemakanan tu cakap. info bawah ni aku gugel di kak engku bidan bersalin. Menu yang pakar bagi lebih kurang sama je.. then aku diet melampau amik turun 6kg ko.. kejadahnya.. camne baby nk ada zat.. kena marah pulak dgn doc.. elok sgt..

Sarapan Pagi (6.30-9.00 Pagi)

Susu segar (Boleh minum susu anmum, dua sudu besar untuk satu mug)
Quaker oat (4 sudu besar)
Bihun goreng ( Dua senduk rata- Tambahkan sawi celur)
Roti gandum penuh (Bersama mentega)
Nestum (Bukan 3 in 1)
Sekeping capati dengan kuah dal

Minum Pagi (10.00-11.00 Pagi)

Biskut lemak (4 keping)
Kuih pedas atau kurang manis (2 ketul)
Air suam (Boleh minum the atau kopi tetapi tidak digalakkan)

Makan Tengah Hari / Makan Malam

Nasi putih (2 senduk)
Sayur berdaun hijau (1 senduk)
Ikan (seekor setengah)
Ayam (Seketul)
Daging (2 ketul Saiz kotak mancis)
Tauhu sumbat
Tempe
Air suam
Air soya
Buah-buahan (Epal hijau, betik, limau)

Banyakkan makan bayam, sawi, kalian, broccoli yang dicelur atau dikukus)
Sebaiknya ikan diambil setiap hari
Daging (sebulan sekali)
Telur (Dua biji seminggu)
Ayam (Dua minggu sekali)
Seafood (seminggu sekali)
Air soya (Jangan beli yang dalam kotak, lebih baik buat sendiri)

Makanan Yang Patut Dielakkan

Gula
Gula melaka
Coklat
Jem
Madu
Sirap
Aiskrim
Biskut-biskut yang manis
Susu pekat
Minuman ringan
Gula-gula jeli

Makanan Yang Patut Dikurangkan

Nasi
Roti
Ubi kentang
Ubi keledek
Ubi kayu
Jus
Kelapa
Daging kambing
Buah-buahan jeruk
Bahan-bahan tenusu

Makanan Yang Boleh Dimakan Dengan Bebas

Serbuk lada
Rempah-rempah
Serbuk kari
Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola


since kena marah.. aku pon diet sikit2 je.. makan cam orang biasa tapi ada limit2 je lah.. dgn itu berat menjadi maintain.. huhuh... baby pon membesar dgn baik..

Antara menu diet aku sendiri. ini harian lah ye :

  1. Makan nasi - Nasi sukat lah 1 cawan / separuh tak pun suku. pastu amik sayur hijau2 tu bagus.. atau ulam2 pahit ni.. then protein jgn tinggal macam ikan ayam.. makan ikut time. 
  2. Susu - susu materna xdigalakkan minum. sbb kandungan gula dia tinggi. jadi aku ganti dengan susu low fat / HL or dutch lady.. janji calsium ada kan.
  3. Segala Mee/mihun/kutiaw - yang ni seminggu sekali dua jelah.. sbb high kolestrol.. makanan berlemak or santan ni pun sama
  4. Air manis - boleh minum tapi kurangkan lah.. pagi nk minum yg bersusu ni ok lah.. teh tarik ke.. air "O' tapi kurang manis lah klu boleh.. pastu bilas lah dengan air kosong berliter2..
  5. Air kosong - sehari sekurangnya minum lah 2 liter. kasi bilas air manis or makan manis tadi
  6. kuih - kuih2 manis makan sepotong sudah.. ni nak balun byk2 xboleh. beringat2 sikit..pau manis boleh makan tp sikit gak.. pau sambal ok lah.. sbb pedas kan,,
  7. Roti - seeloknya makan roti wholegrain or wholemel tu.. yg tu serat gula kita.. tak sama macam roti putih tu. biskut pon sama.
  8. Fast food - kalau dah teringin tu makan lah..tapi jgn hari2.. sebulan sekali dah cukup. lepaskan teringin tu je.. eceh..
  9. gula2 / candy - xpayah lah kot.. sendiri maklum.. nama pon gula2 kan
Tips untuk bacaan BSP yang cantik : -
  1. kawal makan 2 atau 3 hari sebelum hari nak BSP tu.
  2. Puasa makan - esok nk BSP last makn klu boleh kul 10 malam. minum air kosong banyak
  3. Hari BSP pukul  8.00 pagi (1st reading) tgk bacaan klu 4. ok lah tu.. then antara (2nd reading tu) klu boleh xyh makan lah. xpun amik air kosong n biskut sekping wat alas perut. pas 2nd reading baru ko makan lah nasi beraluk dalam kul 11 ke camtu..
  4. kul 2 petang (3rd reading) - atleast makan 2 jam seblum ambil bacaan.
  5. kul 8mlm (4rd reading) - makan or minum petang last kul 6 petang.. lepas kul 8 tu baru lah nk makan sedap2 sikit..
  6. apa2 pon makan 2 jam sebelum amik darah.. so that bacaan ok lah. xde lah nanti kena repeat next weeknya..
  7. Tips untuk diri aku ni - aku amalkan makan VCOA TREENEA.. alhamdulillah.. ni juga bantu bacaan turun. 
InsyaAllah akan datang aku review produk tu.. dan consume 4 bulan.. macam2 benefit yang diri kita dapat.

Ini sekadar berkongsi dengan uols.. terpulang pada cara masing2.. kalau nak ikut pon boleh. Sama2 jaga kesihatan demi baby dalam kandungan.

akan datang aku share benda lain pula ye...

salam