Pages

Wednesday, February 12, 2014

pengalaman anak ekzema dan ruam teruk

Salam 12 feb 2014

nak cerita pasal kulit ilham ni. before ni aku ada buat entri pasal kulit ilham ni. ok baiknya kejap je then jadi balik. tapi bila anak yg hidap ekZEma ni memang sampai ke besar lah. cuma kita as parents ni memang kena banyak sabar. kena cuba macam2 jenis ubat nak bagi yang terbaik lah. 

dugaan aku ni kecil je nak bandingkan dengan orang lain yang lebih teruk. memang sedih sangat lah sebab keadaan ilham ni memang istimewa skit. dia punya gatal memang tak tau nak kata. kita yang dewasa ni kalau kena gigit nyamuk pun garu bagai ini kan baby yang gatal satu badan. tak tahan  dia menggaru tu lah. sampai berdarah2 dan ekstrem sgtlah. kuku memang kena pendek hari2 kena cek.trim kuku dia. tido malam gatal bergaru je lah. 

kena panas skit mula bergaru peluh.pun camtu. dia naik kat spot2. banyak dah aku g pakar ni. mula2 pergi pakar kanak2. tak berkesan . pergi pakar kulit pula, doc ckp ini masalah darah dan 80% badan dia kena. masa tu risaunya bukan kepalang. doc kata ada kena mengena dgn asma. yup aku masa kecik ada asma dah besar terus baik. doc ada bgi beberap ubat and total rm240. seminggu pakai ok lah, tapi kulit tak licin n masih kesat. next appointment pergi cek balik doc kata ada baik skit.teruskan ubat. bila2 lama skit jadi balik. ubat xjalan dah.


at the same time aku pantang makan jugak, sbb ilham breastfeed. tapi bila pantang n xpantang xde beza dah. tak nampak kat mana makanan yang dia alah. pantang ayam kadang kena kadang ok plak. ya allah.. xtau nak kata camne. lama2 aku google n tanya org klinik mana bagus bab kulit ni. aku try lagi g klinik kulit pakar lagi satu, doc sahkan ilham ekzema chronic. hoii nangis weh. kena lagi beratus bayar ubat kat pakar tu.

takpr balik umah aku apply lah ubat2 tu nampak ok dan membaik. pastu aku consume lagi shaklee esp n alfafa. gambar before adter tu aku apply ubat doc n shaklee.alhamdulillah bertambah baik. ubat abis aku repeat doc lagi. after 2month ubat sah xmujarab. since ilham tak pernah demam sekali dia demam ya Allah keluar balik merah2 kat badan n gatal bertambah teruk. 
ni time dia demam. pilu hati. takpe kita pikir jalan lain. since aku dah tawarkan pakai ubat kampung semua pun tak jalan. so tabahkan hati. aku nak masukkan ilham ke hospital. sebab masa ni dia demam dan aku call semua hosp private nak wardedkan ilham semua penuh kat seremban ni. haduihh.. nak booking bed pun tak boleh. macam2 cara nak bagi anak tu kebah demam. alhamdulillah akhirnya dia baik demam.

owh btw ilham dah suffer kulit gatal camni since umur 3bulan lagi now dah nak masuk 9bulan. kesian sgt2. ada tu masa aku g klinik amik ubat ilham demam tu, ada jugak patient tu tgk ilham terus dia kata, cuba ubat sensei cina, insyaAllah mujarab. sebab anak2 dia semua kulit cam ilham. kesat gatal berkuping n merah. so aku pun nekad nak cuba ubat sensei jugak. 
pergi kedai ubat herba cina. dia suggest beli dua benda ni je. ubat sapu n mandian. ubat sapu rm11 ubat mandia herba rm2 sepeket aku try 3 paket. rm17 je. dalam hati berdoa lah agar ini jalan penyelesaian utk pulihkan ilham.

balik rumah rebus mandian tu campur dengan air mandi ilham. after mandi aku apply krim plak kat spot2 kulit mana teruk n merah. Alhamdulillah. dengan 3x mandian tu hasilnya alu sendiri terkejut. kulit licin halus mulus. xde kesat langsung. merah2 pun xde, kuping2 kulit kepala terus baik, muka n pipi pun baik. syukurnya. 

bersih sgt. ubat herba mandian tu aku guna 2 peket je. ubat tu elok tu gatal2 n ruam bayi. orang dewasa pun boleh guna. dan sekarang ilham tak lah menangis sebab gatal n tak selesa. skang ni main jelah. elok plak tu. makan pun selera. kulit 100% ok. harap terus membaik dan tak berulang lagi

kalau dulu memang dia tak selesa. now hari2 happy mood. ni nanti aku nk beli lgi ubat tu. sebabnya nenek aku yang kerap gatal2 ni pun nk jugak mandian tu. dari ubat semahal2 last2 nak ubat rm2 je. hihihi. 

bila keadaan anak macam ni. kena cuba macam2 ubat. nak kena tahu yang mana serasi. kena sentiasa cari ubat yaang mana boleh baik. 

rasa panjang pulak kongsi pengalaman anak ni. insyaAllah nanti aku kongsi kan tips pasal ni.

lotsa love ❤️
ibu mikael jibrael

20 comments:

Ibu Dhia Danial said...

akak, ubat tu just pergi ke kedai ubat cina ke? nak cakap ubat apa ye? anak saya pun sama ekzema.. tekstur kulitnya sama lebih kurang mcm ilham ni kak.. saya nak try la ubat tu..

dakcik said...

salam..

Anak saya pun ekzima kronik..baik sekejap pastu jadik balik..now kulit dia ok dah..tp gatal tu tetap ade..
Nak try jugakla sensei ni..
Betul tu jumpa pakar mmg konpem beratur-ratus abis..

TQ sharing yek..;)

Ann GreenStrawberry said...

awak try je g kedai ubat cina ni, ckp nk cari ubat utk baby kulit gatal2 n ruam, nt dia suggest yg mana ok. xdpt mcam yg saya beli ni mungkin dia bagi jenis lain. xpe yg penting kita cuba.

Ann GreenStrawberry said...

wasalam

yup, mmg beratus2 habis. sampai nk give up dah. tapi kita cuba lah cari lagi ubat yg mana ok utk anak kita..

Anonymous said...

Kesian nengok baby masa sakit tu n mengalir air mata, tp alhamdulillah ye awak dh jumpa solution dier.. Syukur lah.

mommychubby said...

Salam puan tumpang tanya sensei yg puan pergi dekat senawang tu area mana ye?

mommychubby said...

Salam puan... Tumpang bertanya sensei yang puan pergi dekat senawang tu area mana ye? Saya dah try pergi sensei dkt kajang dgn semenyih tapi tak ada. Harap sgt puan dpt share lokasinya. Terima kasih

mommychubby said...

Puan boleh tak saya nak tau sensei kt senawang tu area mana ye

mommychubby said...

Salam puan boleh tak saya tahu sensei kt senawang tu dekat area mana ye

mommychubby said...

Salam boleh tau sensei kt senawang tu area mana ye

Ann GreenStrawberry said...

Alhamdulillah syukur

sharhanah said...

Salam, terima kasih kerana kongsi pengalaman.

surijunior said...

alhamdulillah
comel sangat !

Anonymous said...

terima kasih sebab kongsi info...nanti nak ke kedai seisei beli ubat ni...

Anonymous said...

terima kasih bg information ni...balik ni nak ke kedai cari ubat ni...

dhiyasyafiqa said...

Ank sy dlu pon ekzema truk..sntiasa kna brgantung pda ubt yg doc bg..
tp da 1 ari 2 asben bwk g mnd laut,asben ckp kte gna cara alami lak..msa mnd 2,asben lumurkn gak ank ngan lumpur2 kt pntai 2..alhamdulilah ekzema ank bek smpai skang..

suhailah hamid said...

anak sue juga mengidap ekzema dari umur 3 bulan sekarang dah usia setahun 4 bulan ianya semakin pulih. memang kena banyak bersabar kan :)

insy aizil said...

Bayi 5bulan pon boleh ke pakai mandian sensei tu?

Anonymous said...

Salam sis.blh tak belikan utk saya.dah pernah pergi sensei masih blm jmpa yg sesuai. Mnta tlg whatsapp saya. 011-10737248. Noor. Saya Sgt perlukan.tq

Ann GreenStrawberry said...

Assalamualaikum.

since ramai yg tanya kat mana saya beli ubat ruam ni,
Senawang lama, jalan nak ke TTJ(tmn tuanku jaafar, sebelum sampai traffic light kilang ON. ada kedai2 lama kat situ.

harap semua leh cuba mana yg baik. usaha banyak2.. insyaAllah Allah permudahkan.

semoga anak2 kalian cepat sembuh