Pages

Friday, December 19, 2014

Sunbear di sepilok sandakan


Assalamualaikum. 
Tu hari nak masuk ke Sun Bear park lepas tengok Orang Utan tu tapi tutup pulak. So kitorang repeat lain hari. Ekceli lain minggu lar. sebab encik suami ada oustation kat sandakan lagi. so lokasi sama kat Jalan Sepilok. berdepan je dengan Orang utan center tu.
 

 

 Anak excited jugak sebab nak tengok bear. suka lah berlari sana sini. bayaran masuk RM5 juga. Sunbear park ni baru buka juga. bulan september rasanya. serba serbi baru. nak masuk entrance kena jalan sikit ikut arah jalannya tu.
 kat dalam tu kita tengok bear dengan menara tinjau situ. lepak2 datang lah 3 ekor bear  ni. tapi yang banyaknya si monyet dan keluarga besar mereka. hahaa.. hampeh. best jugak tengok gelagat bear ni.

 Excited tau si kecik ni. haih..rasanya excited tengok monyet2 kot.

 Entrance masuk begini lah. pintu sana tuha. so far okaylah. enjoy jugak. kalau ikutkan kita cam takde apa lar. tapi sebab anak2 rasa seronok tu lebih sikit. sebab diorang ni excited melebih sampai tak nak  balik pulak. kira berbaloi lah spend masa dengan anak2 tu nature kan.

what else to story.. nanti aku belek album kot ada tempat best nk buat entri.
k bai 

Thursday, December 18, 2014

Mesti makan in sabah


 Assalamualaikum. dah hari2 update plak. saja gatal tgn ni ha.
okay kita cerita pasal makan plak. im a food lover serius. tu sebab tak kurus. haha
well benda yang aku suka makan memang akan repeat makan until muak. selagi sedap mari bedal.
 sepanjang aku duk sabah ni, makanan yang aku leh pergi dan akan repeat macam yg bakar2 je. ada lah lagi makanan lain tapi tengok tempat gak. tapi yang dua ni ikan pari bakar dan kepak ayam berpisah tiada. dua2 ngam kat tekak. eleh kat semenanjung ada gak ek? tapi tak sama i tell u. harga tu tak pasti lah murah mahal. kalau pari tu seketul besar RM 12 isi banyak kuah cicah sedap. kepak ayam seketul RM 1.50 pun sedap. pergi sandakan ke tawau ke kk ke memang ni lah aku mencari. sape datang sabah wajib makan.

lokasi aku makan ni dekat pasar malam bandar sandakan yang tepi laut tu. kat situ ada gak orang jual TERANG BULAN aka apam balik la kalau semenanjung panggil kan. sedap amek. oh Cakoi pun sedap lain skit. kat semenanjung beli gitu cicah kaya kan? kat sini cakoi di belah sapu planta n kaya dalamnnya.. sedap okeh.. must try.



sebelum makan jalan di tepi pantai sandakan. amik angin laut skit. seberang tu pulau tanjung aru. dalam sandakan jugak. kira kampung air belah pulau. tepi2 ni pun banyak kampung air.

i love seafood in sabah. eceh. okay sambung citer lain.
pasni nak kita melawat sun bear kat sandakan ni.
ok bai









Thursday, December 11, 2014

Taman Buaya Sandakan

Assalamualaikum.. dah cerita pasal orang utan sepilok kita cerita pulak pasal buaya. yelah dah seminggu berkapung dekat sandakan ni pasal encik suami kerja. jadi ada masa kita explore lar apa ada kat sandakan. lagi pun hotel memang dekat dengan taman buaya ni. 5 minit pun tak sampai. sebab lokasinya di Labuk.
 Masa ni anak2 tak tau lagi nak pergi ke taman buaya ni. haha. dah masuk masing2 terkedu. kahkahkah. penakut rupanya. Bayaran Masuk RM 5 dewasa. Kanak2 RM 2 je. eh ye kot. Kalau tengok dari luar macam tak de apa je kan. cer masuk tengok.

 Masuk je dah banyak buaya tunggu bawah titi ni ha.. terperanjat anak2. huhu.. Fahim tu takut tutup telinga. Taman buaya ni tak lah besar macam kat melaka atau langkawi tu. Cukup lah sekadar yang ada. eh tapi banyak jugak buanyanya.
 statue buaya pun ada. Fahim tak takut tapi adik alahai takut menangis.


 Buaya ni kena kuarantin sekor sebab dia pernah makan 4 orang manusia. cis!! tapi besar weh. cuma yang aku musykil kat sini mana orang ni tau yang buaya tu dah pernah makan 4 orang. bila masa dia tengok? dia campak orang dalam tu ke apa.. nampak sgt menipunya. hahaha


 kawasan buaya ni terbahagi beberapa kolam. dari kecik ke besar2 semua ada. masa ni buaya semua tido. dah makan kot. terlepas persembahan buaya. sebab masuk dah kat kul 12 tghari. show kul 11.30 atau weekdays memang xde show.
 selain dari tu ada lah farm ville kecik2 dalam tu. Rusa, kambing, burung2, ayam, kura2, biawak, eguana, ikan, boleh bagi depa makan. masuk RM 1 then amik lah makanan yang dah siap gantung tu. Ni fahim bagi rusa makan kangkung.

okaylah jugak. kawasan bersih.cuma dah lama sikit. then ada ubahsuai sikit.
tula jelah. nati citer faveret food in sabah plak.

kbai.


Wednesday, December 10, 2014

Sepilok Orang Utan Sandakan

Assalamualaikum.
Rasa Malas betul nak menaip. bukan apa tiap kali nak menaip mesti ilham duk kacau. tak dapat nak bertenang2. terus malas update. 

Since dah alang2 duk tawau ni, setiap kali husband pergi outstation jauh skit kena lah ikut. bukan 2 3 hari tapi seminggu plus. tu hari ada kerja di sandakan maka ikutlah anak beranak ke sana. walaupun duk hotel je tapi ada masa yang dia free tu kita jalan2 di sandakan tengok apa ada.

Antaranya pergi melawat Orang Utan sepilok. Anak2 cam excited sgt. tapi bukannya boleh pegang2 kan.sekadar tengok habitat kehidupan orang utan ni jelar. Hotel yang kami tinggal tu pun tak lah jauh. dalam 15 minit sampai lah. sebab kitorang duk di Hotel Labuk, kira kawasan ni belom sampai  ke Bandar sandakan baru dan lama.
 Bagi dah sampai sandakan of cos tau lah road sana camne.hiihihi. senang je cari jalan sepilok mesti jumpa nak ke Orang Utan ni. First masuk area ni suasa pun dah hutan. just enjoy the nature. Tiket masuk RM5 dewasa RM 2 kanak. Bawah 3 tahun FREE dan kamera fee RM10. dan of cos jugak ko tak boleh bawak beg, botol air, apa2 objek yang boleh menarik perhatian si Orang Utan. Maka silakan pergi simpan barang kat dalam peti simpanan yang disediakan. owh.. jangan lupa bawak tisu, kain lap ke untuk lap peluh. kalau ada kipas kecik lagi bagus sebab masuk hutan is panas oiii.. peluh2 menapak.
 lepas pintu masuk ada trail cam gambar kat atas ni. sepanjang dalam hutan ni je jalan yang ada.. menapal dan takde shuttle k.. kena jalan sampai satu hall ni untuk tengok orang utan makan. kalau boleh pergi sini dekat2 waktu Orang utan feeding, tak lah rasa rugi sangat. time feeding jam 10 pagi dan 3.00 petang. time aku gi kul 3 petang. panas sikit dan berpeluh lah akibat menapak tadi. tu pasaL suh bawak kipas ke tisu tadi.

 Memula masuk trail tu agak seram. yelah kiri kanan hutan, bunyi unggas semua, pastu redup dek pokok2. risau pulak binatang lain yang melompat. hihi. sampai kat hall , tunggu few minit camtu nak tengok kemunculan si Orang utan tu keluar. pastu keluar lah sekor2 nak cari makan. sebab dia tau time makan dia.
 anak2 dah ready.
 makanlah secara berjemaah. Makanannya kacang panjang, sayur2, pisang, betik dan lain2..
 pastu dua orang ni mula lah nak berlari2.. bosan lah tu..
 lepas je orang utan tu makan. moh lah kita g tengok depa ni training guling2 dan sebagainya. Sini jugak ada buat servis adopted Orang utan. siapa nak boleh lah join. dalam hall ni tak panas. ada aircond. lepak2 jap. sambil tengok si orang utan training gayut semua lah. dia ada trainer depa. sampai anak2 aku pun duk guling sama tengok orang utan ni guling. hahahha
see kiri kanan hutan ye.. elok lah bawak stroller kalau tak larat nak dukung. aku memng tak larat dukung si kecik tu, tolak dia larat lah.

sini banyak omputih lah. diorang suka bab2 nature.sebelah orang utan sepilok ni ada tempat sunbear. nak pergi tapi dah tutup. kita gi next time plak. kat luar entrance adalah statue orang utan yang boleh amik gambar. tapi si ilham takut. haahah..

okeh tu je.. sambung citer lain plak. penat taip. lama tak menaip entry panjang.
kbai


Saturday, November 8, 2014

Must eat in tawau, sabah

Assalamualaikum, 
Since back in tawau, tak sah kalau tak cari faveret food. Okay jujur kata bukan senang lah nak cari makanan sedap kat tawau ni, kena try and error jugak. Kalau dah sedap repeat berkali2 lah citernya. 

Sebelum aktiviti memenuhkan isi perut peti ais dengan bahan masak. Marilah food hunting.. Ni semua cousin aku tu lah si eina, sesuka hati dia upload pic bakso. Apa lagi carilah

Meriah uolls bakso dia. Tak kedekut meatball btul. Pueh hati. Sedap bak hang..repeat berkali lah citernya..

Then malamnya stil xmasak. Marilah makan luar lagi. Kali ni di titingan. Makan dgn eina plak.. Yelah kat semenanjung xjumpa hahah.. Kat tawau lah ketemu. Lagi pun dia nak pindah kk plak. Cisss! Aku baru nak beronok ada member ko plak angkat kaki. Sabor jelah. Nasib laki hang yang pindah. Dah laki askor ikut lah yedok?

This is seafood time bebeh. Layan jugak lah makan. Marilah menternak lelemak yang ada. Rugi2 klu xmakan. Hahaha.. So far semua seafood ada ketam udang sotok, sup sharkfin pun ada.. Eh jgn kecam beta ye. Murah plak tu.. 

Sabahkan seafood murah.. Balik pun senang hati makan, perut kenyang eceh.. Okay ni yg kat tawau jelah. Uii ada lagi sup maskur dengan soto banjar.. Pedepoww wehhh.. Ni aku lupa amik gambar.. Kira aci lah eh..

Haa pastu aku dah travel ke sandakan seminggu. Sana pun makan sedap. Eh nati lah citer.

Selamat hujung minggu.
K bai.

Dari #ibuanakduadahoiii

Friday, October 31, 2014

Hello blog.

Assalamualaikum. 
Lamanya tak menjengah button new post kat sini. 
Bukan kata tak tengok dashboard or blog kawan2 yg lain. 
Ada, cuma baca je entry korang tapi kita punya blog tak update pon.
Sebabnya malas. Huhuhu
Lagipun zaman skang ni tak macam zaman blog dulu. 
Dulu semangat nak update. 
Skang ni kita less lah cerita2 yang mana boleh kongsi yang mana kita peram je diam2. 
Kalau berlebihan dalam bercerita, takut jadi buah mulut orang bercerita perihal hidup kita ni. 

Hmm yup, masih di sabah bah.
Jauh beribu batu dari kesibukan dunia disemenanjung. 
Negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. 
Orang dan lifestyle sini beza sgt. 
Tapi rezeki kami dah ditentukan dibumi borneo ini. 
Alhamdulillah baik2 saja.
Tulah, kalau dulu ada jugak cousin yang tinggal satu daerah. 
Tapi skang ni dia baru je pindah di kota kinabalu. 
Ikut suaminya transfer ke sana. 
Alahai sedih hati takde kawan dekat dah tapi kami
Masih dibumi borneo yang sama. 
Ada rezeki boleh bah ke sana. 
Ndak jauh juga dari tawau, 5 jam saja.
Hahaha.. 


Okaylah, later kita sambung lagi.
Nak cerita life in borneo ni camne.
Pengalaman tinggal sini.

Bye,
Lotsa love,
Ann mikael
 

Saturday, June 14, 2014

Lokasi beli ubat sensei untuk anak ekzema

Assalamualaikum. 

Ramai pulak yg pm nak tahu kat mana lokasi aku beli ubat sensei ilham tu. Kadang2 kedai sensei yang berdekatan korang tu takde plak ubat yang di cari. Tapi kalau korang dekat area seremban atau luar kawasan yang nak jugak tahu kat mana kedai tu, jadi aku kasi lah tau. 

Okay ikut map atau ada gps lagi senang kan.. Tapi aku tak pandai bab tu. 

Ikut highway PLUS - exit senawang - terus sampai jumpa signboard KE TAMAN MARIDA/SENAWANG JAYA/ DATARAN KEMUNING - keep right jumpa traffic light - masuk kanan - terus sampai jumpa SHELL traffic light KANAN - terus jumpa kedai2 - pandang kanan ada kedai ubat cina- kedai tu in between kedai no 4D MAGNUM TOTO 

Atau 

Ikut LEKAS - exit jalan ke senawang - terus sampai lepas GIANT belah kiri terus skit ada traffic light - nyisih kiri - terus sampai nampak SHELL  kanan - terus jumpa kedai2 - pandang kanan ada kedai ubat cina- kedai tu in between kedai no 4D MAGNUM TOTO 



Sampai kedai cakap kat cina tu nak ubat krim untuk kulit merah baby atau GOMMAGE / COCOPI nama ubat krim tu. Untuk ubat rebus tu dalam paket merah RM2 je sepeket. 

Try lah dulu. Kalau mujarab untuk anak2 eczema alhamdulillah..

Nak share lagi satu, kebetulan bulan lepas ilham masuk hospital sebab batuk n demam. Pastu doc tgk kulit dia sekali. Dia babi vaseline untuk lumur badan sebab kulit ilham kering.. Then kasi elomet utk yang merah2 tu.. Alhamdulillah berkesan. 



Kulit semakin membaik. Licin alhamdulillah. Kadang2 anak yang ada eczema ni kita kena banyak sabar. Nak kena try n eror ubat ni. Harap dgn perkongsian info dan pengalaman  dapat membantu korang. 

Salam.

Lotsa love
Ibu mikael jibrael