Pages

Monday, October 31, 2011

Happy 10 month Mikael

Happy 10 month on 28 oct 2011. Dah besar dh anak ibu ni… dah pandai macam2 dah kan.. sampai ibu tak larat nak keja kamu nak..

Gambar tu was taken 27 oct after check up fahim.. nak g buat passport.. hih.. mau fly lar mana lagi.. ikut ibu jalan2.. hihi.. steady amik picure gitu.. lagi pun time ni dah xde mood.. cuz nak tido sebenarnya.. pastu pelik duk dalam studio tuh.. haha… xpe nak.. janji putih dan tetiba nampak telinga kamu capang.. eh bila masa capang ni kan.. xpe nanti ibu adjust..

Perkembangan 10 bulan :

Berat: 8.5kg

Tinggi : 74 cm

  • pandai membebel je.. ta tatatatta… bubububub….
  • tengah nak stabilkan berdiri lepas tangan n nak menapak..
  • gigi hampir 5 batang…
  • boleh bye2.. kiss2 kita..
  • nak tido malam mesti nak kena ada ibu n abi kiri kanan.. sebab dia nak melese2,sondol2 nak cari keluk tido…
  • main sendiri dah boleh…
  • kalau kita marah dia… kata NO ke hapa.. kita kena marah balik ngan dia.. hadehhh!!!
  • memanjat NO 1.. fenat  okehhhh nak melarang2 nih..
  • sangat suka main ngan kucing BOBO kucing adik aku..  si BOBO ni plak pandai nak manja2 ngn fahim.
  • kuat makan, susu, main.. n tak suka nak tido..
  • suka tiru apa yang kita buat depan dia.. cam bubbling sembur2 tuh.. memang ngikut saje.. jelir lidah ke.. kenyit mata keh.. hai lar anak…

Adalah beberapa lagi progress dia.. so far alhamdulillah.. semua positif. suka tengok perkembangan anak yang pesat. cepat dapat kaki ibu nak jogging ngn kamu pulak.. hihih….

Musim Haji dapat hantar jadilah

Salam Isnin.. adehh lama pulak takde n3 bergambar ye dok..mak bz lew… biasalah cuti2 sekolah ni.. banyak benda nakbuat hujung2 tahun ni..kerja travel agency begini lah.. ada musimnya..same goes to musim haji ni.. mesti ada sanak saudara yang pergi menunaikan haji kan…
ni citer terperam.. masa malam 26 oct lalu.. Alhamdulillah. rezeki paklang n maklang aku pergi menunaikan haji tahun ni.. jadi kami beramai2 menghantar mereka… last year hantar mama n papa tu kan.. masa tgh sarat2 mengandung.. hihi.. setahun dah berlalu..
IMG_3677  me n anak sulong paklang aku.. ayah ngn ibu dia lah yang g haji tuh. hamik! rasakan kena jaga adik2 ye alin.. eh.. nama weouls pun lebih kurang sama…Aku AIN ROZILAH dan Alin AINI ROZLIN… hahhaha…ehem! latest picture of me.. after using VCO… non make up at the nite.IMG_3680 Alin -  Maklang – Mama – ME… wah amik berkat lar tuh kan..
IMG_3683 Fahim tak meragam cuma dia blur apsal tgh2 malam ramai nye orang… then banyak pulak belon2 agry bird tu kan.. heran..ibu tak sampai hati tengok belikan lar satu belon tuh.. hahaha.. ke ibu yang nak nihhhh…
IMG_3737 hmm.. lama menunggu nak check in tuh.. sebabnya check in suppose kul 1 pagi.. tapi dekat kul 2 pagi baru nak beratur check in… ya ampunn!! tertelan bola pingpong ke apa tuh.. hahaha….
IMG_3741  Anak bujang saya yang dah pandai macam2…
IMG_3745
Time tu salam2.. say bye2..
IMG_3749
Bye bye Maklang n Paklang.. Semoga selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat haji yang mabrur… Mudah2an semua ok.. diberi kesihatan yang baik… hujung tahun nanti kita ronggeng.. eh!.. hahaha…  eh bukan2… kan kita nak wat birthday party fahim nanti kan.. hihi…
Setel semua..balik umah kul 3.30 pg baru leh lelap.. nasib tidur semenyih malam tuh… hehe..
dah.. bye!

Friday, October 28, 2011

M-A-L-A-S

Salam...ok nak mengeluh MALAS..

Ye..lately ni mmg malas nak buat n3..
padahl banyak je gambar2 yang nak ku updatekan...
kat opis keja.. balik umah pulak sebuk hal2 isteri n ibu kan..
bila bukak laptop je.. nak update mood kedaung.. hadehhh..
parah ok!.. pastu mula lar mata ngantuk bagai.. grrrrrrrrrr..

tah apa yang rajin tah...owh.. rajin blog walking lar kot..
ada lar jenguk2 blog uolls...
baca pasal perkembangan diri uols.
tapi diri sendiri tak update.. sedihhhhhhhhhhhh...

tah lah.. malas lar kot.. hmm.. xpe2 aku cuba lar eh..
eh semalam adeq aku baru beli kitten baka parsi..
comeeyyy.. nama BOBO.. cute n lincah..
tu hadiah sempena besday dia bln sept tu hari..katanya.. cehh..
pastu ko jaga la kucing tuh.. aku nak jaga tapi lain rumah.. hahaha..
fadan muka! kalau nak transit umah aku boleh ler... kuikuikui...

owh.. fahim pun macam2 dah pandai.. hari ni besday 10month dia..
nati kasi up n3 lain.. huhu
ok lar nak tido.. si bobo ni plak ngiau2 nak kuar cage dia..
sebab dah seronok main dalam umah berlepas depan living hall ni...
esok je lar bobo nak main pun.. dah letih dah tuh... tak yah ngiau2 lagik...

tata..

Monday, October 24, 2011

Drummer tin pun ok

Salam Isnin.. hai malasnya nak g kerja.. uhuk!

kasi warm up sikit lar.. al kisah last week.. malam tu aku tengok tv.. sekali tengok fahim duk naik atastin biskut.. duduk buat kuda kat situ..

kat tangan dia pulak ada drumstik drum dia… buleh pulak duk kuda gitu.. ketuk2 tin… haduii.. anak2…

DSC00747

ini macam dia sudah bikin.. mata sambil tengok tvDSC00752

pastu amik penutup bakul tu buat gitu pulak DSC00753

gigit drum stick  DSC00746now lets start hit the tin bukan drum.. hahhahaha..

ada drum mainan tu dia jahanamkan… ni main kat tin pulak.. haihh!! ada je benda2 baru yang dia buat tanpa jangkaan kita.. bijak tul..

Friday, October 21, 2011

Update : Kisah sedih.

Kesinambungan cerita pasal berita kematian suami sepupu aku semalam.

ok.. ada sape2 yang dah baca surat kabar harian metro atau sinar Harian? if ada.. itu lar yang berlaku dalam text berita tu.. tapi ada jugak fakta yang salah seperti ayat ini.

''Sebelum kejadian, Nor Azmi dikatakan keluar ke jalan raya di depan rumah mentuanya (rumah mak arwah yang sebenarnya)  untuk menegur perbuatan remaja terbabit yang kerap merempit di situ. Nenek saudara mangsa, Putih Abd Ghani, 73, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di beranda rumah apabila dikejutkan bunyi dentuman kuat.''


lagi satu....

"Menurut Nur Syakirin, dia bagaikan tidak percaya dengan kejadian menimpa suami yang berlaku di depan rumahnya itu (Rumah mertua erin sebenarnya), namun reda dengan ketentuan Ilahi.""

ok.. aku dah betulkan fakta... nak baca lanjut.. sila ke Link metro ni. BERITA PENUH

**********************************************************************
Sumber Sinar Harian:

ALOR GAJAH - Niat seorang lelaki untuk menegur seorang remaja lelaki yang merempit di depan rumahnya membawa petaka apabila dia pula dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan di Batu 23, Kampung Ayer Molek, Masjid Tanah, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nor Azmi Othman, 27, berjalan keluar dari pagar rumahnya untuk menegur perbuatan remaja terbabit yang kerap merempit di hadapan rumahnya, tetapi malangnya dirempuh sebuah kereta jenis Kenari yang datang dari arah Kuala Sungai Baru menghala ke Masjid Tanah. – SH MNS/ Norrizah Baharudin

************************************************************************

hmm.. malam tadi aku g ziarah lar ke rumah mak mertua erin... dalam hati berdoa je supaya sempat dapat lambaian terakhir dan alfatihat buat Azmi... syukur dalam hujan renyai tu.. sempat sampai walaupun sesat jap. sebabnya malam tu jugak nak kebumi. masa sampai orang tengah sembahyangkan jenazah.

hujan renyai. berteduh kat umah sebelah sebab pack sangat. tapi dapat jugak tengok masa jenazah dah masuk ke dalam van jenazah. nampak jugak kelibat sepupu aku Erin yang dah lemah longlai mengiringi suami dia buat kali terkahir.. yaAllah. sebak rasanya.

orang dah beransur.. baru kami masuk ke rumah. tanya sepupu aku lagi sorang ni... kakak kepada erin.. ekceli erin tu kembar.. so kakak dia Eina. citer sebenar camne leh berlaku.

lepas azan zohor tu, suami dia kuar depan umah ni sebab nak marah budak2 rempit yang duk press2 depan umah.. so bising lar kan.. tah camna baru melangkah pagar umah tuh.. ada pulak kereta tetiba terlanggar dia dari tepi. mungkin tersenggol ke sikit kan.. sbb org nampak.. dia berpusing2 pastu jatuh terhempas kepala.. darah banyak kuar.. nazak n terus meninggal kat situ di pangkuan Erin. Kejadian tu betul2 berlaku depan mata Erin. Sedih tak yah kata lar...

yang si langgar ni pulak perempuan, terus call ambulans n buat report polis terus.. kisah lanjut aku pun tak taw apa jadi. si kembar Erin pulak citer.. ada tanda2 sebelum dia nak pergi tuh..

Arwah tanya anak dia Damia tuh, "Nanti Kalau papa takde.. sape nak nak tiup2kan Mia kalau Mia sakit?"..``` dannnggg!! sedih akuu..huwaaaaaa... aku pandang Mia bertambah sedih sangat.. dia tak taw apa2.. masih kecil dah kehilangan ayah...

tak lama pastu diorang balik dari kubur. Erin nampak lemah sangat2... kesian..masuk pulak ibu arwah.. dah tak bermaya dah.. lemah jugak... bayangkan.. Arwah anak lelaki tunggal. Dia mmg sayang sangat kat arwah.Adik erin cakap kat kitorang... dia risaukan kakcik dia n mia.. hmm.. tak terkata aku. Ya Allah! kuatkan semangat sepupu ku itu..

macam mana pun.. kita kena ingat. Mati itu tak tunggu usia dan masa. Bersedia lah. Satu pengajaran buat kita semua.. hmm.. hargai jugak suami kita. mr.shyirrrrrrrrr i love u..


Marilah kita sedekah kan Al-Fatihah kepada Arwah Nor Azmi Othman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aminn.... Al-Fatihah.

kepada Erin : Tabah ye sayang... Redha atas permergian mie. Allah sayangkan dia. kuatkn seangat untuk membesarkan Damia tanpa Mie.. insyaAllah.

Damia : walaupun mia kecik lagi tak taw apa2.. tapi mia mesti nampak papa ada dengan mia kan.. mia budak baik. nanti dah besar jaga Mama taw. Maklong syg mia...

soobbbbbbbbb... sebak!

Thursday, October 20, 2011

Al-Fatihah.. Tabahkan hatimu Wahai Erin.

Sangat sedih... baru dapat berita tentang kematian suami sepupu aku tadi akibat kemalangan.
Kemalang tu berlaku kat depan umah mertuanya sepupu aku tuh..
katanya kena langggar dengan india. then aku tak dapat citer details nye lagi.

Arwah meninggalkan sepupu aku tuh yang berusia 25 tahun dan anak perempuan diorang yang baru berusia 1 tahun 8 bulan camtuh. Ya Allah.. sedih sangat2.. di usia muda begitu dengan anak yang kecil pula. Ya Allah! apakah ujian yang kau berikan kepada sepupu ku ini..

Arwah berkerja sebagai engineear Misc(ALAM).. so that belayar je lar kerja nya.. 6 bulan gitu.. then balik cuti 2 3 bulan ke... ni tengah cuti start b4 puasa tu kot... then dapat jumpa anak isteri time cuti je lar.. tengok picture2 kat FB diorang g bercuti semua.. indahnya... but now arwah tinggalkan Erin n Damia buat selamanya.. sedihhhhhhhhhhhh..

diorang kawen januari 2009.. pastu diikuti mummy aween, then aku pulak bln 8 tuh kan.. sepanjang after diorang kawen. aku dapat jumpa Arwah ni 2x je kot.. sbb kalau aku jumpa erin tuh.. hubby dia sailing jek.. kalau hubby dia cuti.. then dia duk melaka umah mak suami dia tuh... Family erin ni pulak duk kat Pengkalan Hulu perak near tu baling sana..

aku dapat berita tu.. terus gigil semua... terkejut gilerr... skang Arwah masih ada kat Hospital Melaka untuk Post mortem.. insYallah Malam nanti akan ke Ramuan Cina Besar untuk ziarah..Fyi, Arwah jugak baru menyambut hari jadi 15 october lepas.. Ya Allahhhh...

Untuk Sepupu ku ERIN, tabahkan hati mu syg, Allah sedang mengujikan kamu.. Redhakan pemergian MIE. Allah sayangkan dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan golongan org2 beriman. Kuatkan semangat untuk terus hidup dan membesarkan DAMIA. Walaupun kita tahu Damia sangat manja n rapat dengan Papanya bila papanya balik cuti.Even mia masih kecil n tak taw apa2.. tapi dia boleh rasa kehilangan papanya. ooohhh.. sedihnya hati ini. nangis!

Ain baca blog erin, sering bercerita tentang kehidupan, ERIN, MIA, n MIE.. Setiap entri tak pernah lekang ucapan sayang kepada MIE.. hmm.. maaf.. kalau erin terbaca entri ni satu hari nanti.. ain bukan nak buat erin sedih lagi.. tapi ain prihatin pada erin sbg sepupu ain.

hmm.. tak mampu nak teruskan entri.. insyaAllah ada berita terbaru.. akan di update semula..

sama2 kita sedekahkan Alfatihah kepada Arwah. AL-FATIHAH..!

Brooch Cantik V1

Salam Ukwah semua..

okay takmo citer banyak2.. hmm.. hari tu aku ada cakap yang mama ada bukak butik kan?

jadi nak promote sikit barang2 yang dia jual.. antaranya brooch kat bawah ini…

ada lagi barang2 lain.. kemudian lah di upload ye..

so siapa yang berminat nak beli brooch ni. habak mai lar.. insyaAllah ada GIFT dari Aliman Boutique.

IMG_3634

 RIBBON – RED,MIXCOLOR,GREEN,PINK,BLACK,PURPLEIMG_3623

APPLE – PURPLE, RED,BLUE,BLACK,GOLD,MIXCOLORIMG_3624

CHANNEL – GOLD,BLACK,PINK,PURPLE,SILVER WHITE,BLUE IMG_3626

BUTTERFLY – BLUE,BLACK,GREEN,PURPLE IMG_3627 FLOWER – PURPLE,BLACK,RED,BLUE,BROWN GOLD,MIXCOLOR,WHITE

IMG_3632DIOMAND  – WHITE,GREEN,PINK,PURPLE,RED,MIXCOLOR,BLACK SILVER

Brooch Cantik V1  - Pin Tudung atau Pin sisi

Beli 1 pcs RM 4.00

Beli 3 pcs RM10.00

(Boleh Campur)

Jika berminat, Nyatakan Code dan Color yang dipilih.

Email ke aliman_kafebutik@yahoo.com

Harga Exclude POstage.

Wednesday, October 19, 2011

Ala Thai kunun… kelass!

DSC00744 

Takdelah kelasss mana nak masak setakat ala thai ni.. tetiba je roh rajin semalam punya semalam kan.. start masak kul 7.pm.. setel kul 7.50pm. sap sap soi katanya…. mauhahahhaa…

Udang goreng tepung rangup, tomyam cincai (sebab tak cukup bahan, main seduk je apa dalam peti ais tuh). kailan ikan masin.. cukup lar kan.. makan berdua je.. fahim makan bubur dia..

eh.. daging masak merah, siakap 3 rasa, dengan telur dadar tu xde eh.. lain kali pulak.. muahahhaa….

makan kul 8pm.. 8.30pm selesai.. pastu jadi lah super mak.. kul 12 midnite..off tidur.. gitu.. keja umah selesai dapat lar tidur.. ko nak tidur sebelum tido mmg tak dapat… dia siap sepahkan mainan dulu.. susu baru tido… gitu lar hari2.. fuh.. kurus mak ngko ni fahim…

eh melalut suday… hmm… nak share ngn uolls pasal kopi kacip yg ai minum ni.. sedapp.. kulit pun halus gebus nok… next entri k…

tetiba penutup.. erk??!!

Monday, October 17, 2011

rindu

rindu sangat saat melahirkan si kecik muhammad fahim mikael.. sakit kelahiran itu amat membahagiakan.. semoga jadi anak yang soleh ye sayang..

Friday, October 14, 2011

Roti Goyang!


DSC00732 Pernah dengar tak Roti Goyang..!
yang pernah tu alhamdulillah..
yang tak taw tu.. meh acik kaborkan.. hihi..

Roti Goyang ni tercipta secara suka2.muahahha...
Roti  Bakar di atasnya di selaputi dengan telur Setengah masak..
then tabur lar lada sulah atau kicap di atas nya...
dan napa namanya Roti Goyang kan? sebab telur separuh masak tu kan cam goyang2 sikit.. hahha

nice tak? ada yang suka makan telur separuh masak ni kan..
jadi kita apply dengan roti pulak...
owh.. kat Cafe mama aku ada menu ni...
dengan harga RM 2.50 per set..
so far. menu ni jadi Hot Menu waktu pagi n Petang..
Alhmdulillah.. ramai yang suka...

those yang nak cuba buat sendiri kat umah pun boleh,,
senang je kan....

eh terasa nak makan Roti Goyang lar..
jap g nk turun bawah.... mamam...
aummm!

Mistik : POCONG.. Biar betik?

Salam Jumaat..
Apa aku nak citer hari ni? ye tajuk di atas... seram dok????
okay begini kisahnya.. hmmm benda ni katanya.. kat corner umah aku..
boleh imagine tak? umah aku umah tepi..corner lot..
pastu tepi umah ada jalan..kira mmg laluan untuk ke kawasan perumahan or sekolah...
pagi2 jalan tu mmg sibuk lar sbb orang dari taman atas turun bukit lalu tepi umah aku ni..
nak hantar anak sekolah semua lar kan.. jalan tu jugak jalan short cut nk ke taman2 lain..

corner tepi ni.. ada jalan bukit dari atas.. kat belas atas tu taman lain.. ermm paham dak?
okay ni situasi umah aku lar... nak di jadikan citer.. bf adeq aku ni keja part time catering..
so stor catering tuh tak jauh dari rumah aku ni... satu malam tu.. dia duk lepak2 kat stor catering ni.
sekali ada abang yang sama keja ngn dia tuh balik dari mana tah tapi lalu kat tepi jalan umah aku ni..
sekali dia nampak itu POCONG lar.. tau kat mana... betul2 corner tepi umah aku tapi bawah lampu jalan ni..
wehhhhhhhh!!! biar betul kan? seram lar aku nak tinggal ngn fahim berdua kat umah ni kalau Mr.Shyir outstation..

pastu diorang kata POCONG ni dari area Rembau, then ke taman jasmin, Taman Tasik, Kg Panchor n now kat Taman Jermerlang yakni taman aku tu lah.. wadepak kan!!! katanya benda ada kat taman2 ni cari dukun or bomoh yang boleh tolong dia kuar kan susuk dia.. demmm!!! apa kau buat di tepi corner umah ni?
area taman ni ada bomoh kah?? aiyoooo!! g lar main jauh2... aku ada anak kecik ni...

geswat?? citer pasal ni ada masuk surat kabar masa dia wujjud kat  taman jasmin tuh... tapi kan siang2 hari pulak tuh...aku tak taw lar betul ke tak citer ni.. citer ngn akak sebelah ni pulak.. katanya tak taw citer benda tu dah ke sini.. pernah taw yang dia ada kat taman jasmin tuh.. eh.. taman2 ni semua kat senawang taw...

now bila adeq aku dah citer benda ni kat aku.. mula lar aku takut pulak.. dah lar umah tepi.. tepi ni kan ada tingkap, sliding tepi tingkap dapur lagi.. pastu aku bangun malam2 buat susu fahim dah kena berteman pulak.. buatnya tetiba muncul kat tingkap? naya aku pengsan... nauzubillah.. kalau korang apa perasaan korang dah taw benda ni.. mesti lar takut kan..

malam sebelum aku taw tu.. aku kuar balik umah mama jap.. so balik umah kul 12 lebih.. malam tu fahim kul 3 pg sampai 5 pagi ajak main.. dia bangun mata segar bugar. pastu tak layan dia nangis pulak.. hai pelik pulak.. tapi tak pikir apa2 lar...umah tu sebelum kitorang masuk dah pagar siap luar dalam. insyaAllah takde apa2...

umah aku ni taman baru.. tapi dalam kawasn kampung...tapi tak macam kampung.. depan umah ada pencawang elektrik yg besaw tu.. mengadap bukit n semak samun.. tepi sikit ada tasik kecik tempat orang mancing.. area corner umah ni ada kawasan semak jugak sebelum naik ke taman atas..pham dok?

gambar area tuh nnati aku amik.. tapi kn if korang lalu lekas nk ke senawang tu. leh nampk lar kawasan umah ku tu dari highway LEKAS tuh..doa2 lar pocong tu xde lagi...

eh pnjng pulak n3 aku... sorry ek...

Thursday, October 13, 2011

Mengemas.

DSC00737

Biasalah kan bila anak dah pandai merangkak.. nak menapak.. pastu ligat n aktif..mmg kita pun kena redha je lar setiap perbuatan yang dia buat..

macam fahim skang ni kan.. dah mula lar skang ni.. asal aku ke dapur nak masak… mmg sekejapan dia dah sampai ke dapur.. dan dengan rela hati dia pun mengemas dapur aku sekali…

setiap kali nak masak mmg ni lar kerja dia.. dalam kotak hijau ni.. tempat ak simpan senduk2,pisau and segala tools memasak.. jadi agak berat lar sikit kotak tu.. dia bleh angkat n tertindih atas peha sendiri.. nah! ibu tolong tengok je nak.. kejam tak? nak tengok dia pandai tak alih sendiri..

mmg pandai pun.. hahhaa… sikit2 alih kaki dia.. haha.. mula2 minta tolong.. tapi ku tengokkan saje..  pastu dah pandai nak bukak lemari dapur tuh.. haduh..!! lagi… bekas bawang dah teraburkan.. ha elok2.. ibu pun suka nak kutip kan sayang…

jadi redhakan saje ye tak…  ha cepat sikit dapat menapak pulak.. sebab senang ibu nak monitor fahim panjat grill umah ni.. hahahha…

Wednesday, October 12, 2011

Menonggeng

DSC00736

Lately ni kan.. kalau bangun pagi tu kan tengok fahim mesti tengah tido menonggeng…

kalau dia tido menangkup camtu kan.. mesti lena giler.. siap pakej air liur meleleh lagi.. hahhaha…

tido kat toto ni kan luas sikit kan.. dia punya lasak tu kan.. hai tak yah kata la..

kepung bantal dari kepala, kiri kanan n kaki.. kalau kita terjaga jenguk nyamuk ke apa kan… mesti kepala dia kat bantal lain dah.. haiiyoooo!! dalam baby cot pun gitu… terkeluar kaki tangan kat celah kayu tu.. haha..

cumel.. skang ni kan. after balik dari spital tu hari.. asek nak tidur melekap… peluk ibu ke abi ke… kang tetiba tengah syiok tido.. dia boleh merangkak terus panjat badan kita nak tdur lekap punya pasal..

apa2 lar anak oii.. kadang2 cumel je wat perangai gitu.. tapi adalah lebih cumel kalau dia buat perangai menangis2 seperti kena pukul… gerammm rasanya! padahal nak susu je pun.. xpun nak dukung… sabor je lar…

Tuesday, October 11, 2011

Dunia akhir zaman dah..

Salam.. Hmmm sedih melihat dunia kita sekarang ni.. Macam2 dah jadi.. Macam2 berita n citer2 yg tak masuk akal..

Manusia ni dah hilang akal n pedoman..
Kes itu ini.. Buang bayi.. Bunuh.. Liwat bayi.. Rogol anak sendiri lar.. Eh macam2 lar..

Ni aku terbaca baru ni pasal bapa liwat bayi lelaki umur 23 hari.. Sbb bini dia tak nak layan nafsu dia.. Opkos xnk layan dah bini kau dalam pantang.. Apa jadahnya dia nak bagi.. Ko tak leh sabar ke.. Eeeee geram gila dow.. Kesian anak dia tu dubur siap bengkak n lebam.. Malah anak tu tak bermaya dah akibat perbuatan bapak yg keji ni.. Sakit hati aku ni bila baca benda2 camni.. Tah mana iman ko tah..syaiton betul.. Grrrrrrrrr...

Pastu bapak yg gile seks ni pun satu hal.. Rogol anak sendiri.. Hoii agak2 lar.. Perlu ke tengok anak ko bernafsu sekali.. Ko terlebih amik vigra eh. Demm uuuu.. Moral, duk umah tak yah seksi2.. Setan ni senang je nak sesat pemikiran kita..

Eh.. Macam2 lar aku rasa.. Org yang dah kawin nak anak tak dapat2.. Org yg tak kawen buat sekali senang je sangkut.. Pastu dah kendong 9 bulan.. Senang2 ko campak budak tu dari atas umah.. Ko flash dlm jamban.. Ko letak tepi tong sampah.. Hoii beranak sakit ko taw.. Marah rasanya..

Senang camni lar.. Mmg dunia ni dah nak akhir zaman.. Mcm2 jadi.. Gempa pun dah makin kerap.. Salah satu tanda kiamat bukan..

N3 ni up sebab aku geram baca kes2 ni tadi. Sedih sangat2.. Apa nak jadi dengan sikap manusia skang ni.. Tak de sensitiviti.. Takde hati perut..

Nak mengarut lebih2.. Nati ada yg terasa.. Aku pulak kena banned.. Tapi ni sekadar luahan hati yg sedih n marah pada org2 sebegini...
Jadinya.. Kita doakan je lar supaya mereka sedar n balik ke pangkal jalan..moga ada sinar keinsafan buat mereka..

Harap2 kita semua dilindungi oleh Allah swt.. Dari perkara2 yg menyesatkan.. Amin..

Sorry in advance.. Perasaan geram menebal.. Ewahh1!!!

Monday, October 10, 2011

Wipeout blog ni skit

Salam.. Eh dah isnin ye?
Pukul 2.15 pg dah ni
Aku lum tido lagi niha
Malayan mata tengok cite wipeout Kat axn..
Esok keja Dan dengan selamber nye tak tido lagi.. Hhahhaha

Motif update pepagi buta ni apa kes?
Saje je dok test buat n3 using iPhone application.. Hahhahahah..

Pastu tetiba Taip n3 merepek kan?
Koserrrr... Dah bye!

Sekian Dari n3 merepek..

Thursday, October 6, 2011

Airmata Isteri itu berharga

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seoran...g isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….

Tuesday, October 4, 2011

Discharge

Salam..
After suction kahak tenghari semalam..
doctor nak tengok result dulu..
then result ok.. doctor masuk bilik
said... mommy.. your son nothing serious.
lung juga sudah mula clear.then i let you go this evening lah..

yeahhhh!!!! seronok boleh balik..
kisahnya fahim discharge petang semalam.
tinggal lar aween je tidor semalam lagi kat spital...
means hari ni dia kuar ar tuh,,

so dengan rasmi fahim sudah discharge from Senawang Specialist Hospital.
billnye pun terkujat2 nak bayor,,,muahahah...xpelah.
hari jumaat ada appointment lagi dgn doctor.

so far fahim ok..everything normal..
kadang2 dengar jugak batuk kahak tu..
takboleh nak buat apa kan..
terima kasih to all yang mendoakan..
.