Pages

Saturday, June 14, 2014

Lokasi beli ubat sensei untuk anak ekzema

Assalamualaikum. 

Ramai pulak yg pm nak tahu kat mana lokasi aku beli ubat sensei ilham tu. Kadang2 kedai sensei yang berdekatan korang tu takde plak ubat yang di cari. Tapi kalau korang dekat area seremban atau luar kawasan yang nak jugak tahu kat mana kedai tu, jadi aku kasi lah tau. 

Okay ikut map atau ada gps lagi senang kan.. Tapi aku tak pandai bab tu. 

Ikut highway PLUS - exit senawang - terus sampai jumpa signboard KE TAMAN MARIDA/SENAWANG JAYA/ DATARAN KEMUNING - keep right jumpa traffic light - masuk kanan - terus sampai jumpa SHELL traffic light KANAN - terus jumpa kedai2 - pandang kanan ada kedai ubat cina- kedai tu in between kedai no 4D MAGNUM TOTO 

Atau 

Ikut LEKAS - exit jalan ke senawang - terus sampai lepas GIANT belah kiri terus skit ada traffic light - nyisih kiri - terus sampai nampak SHELL  kanan - terus jumpa kedai2 - pandang kanan ada kedai ubat cina- kedai tu in between kedai no 4D MAGNUM TOTO 



Sampai kedai cakap kat cina tu nak ubat krim untuk kulit merah baby atau GOMMAGE / COCOPI nama ubat krim tu. Untuk ubat rebus tu dalam paket merah RM2 je sepeket. 

Try lah dulu. Kalau mujarab untuk anak2 eczema alhamdulillah..

Nak share lagi satu, kebetulan bulan lepas ilham masuk hospital sebab batuk n demam. Pastu doc tgk kulit dia sekali. Dia babi vaseline untuk lumur badan sebab kulit ilham kering.. Then kasi elomet utk yang merah2 tu.. Alhamdulillah berkesan. 



Kulit semakin membaik. Licin alhamdulillah. Kadang2 anak yang ada eczema ni kita kena banyak sabar. Nak kena try n eror ubat ni. Harap dgn perkongsian info dan pengalaman  dapat membantu korang. 

Salam.

Lotsa love
Ibu mikael jibrael

1 comment:

khairunnurfairus zulkhairi said...

Assalamualaikum. Ada Cara lain sapu minyak kelapa dara