Pages

Thursday, July 29, 2010

RESEPI : Lasagna sesuka hati AGS

Ye.. dari semalam aku kata nak tepek resepi lasagna ni kan.. ok! aku tepek skang.. owh ye.. lasagna aku namakan lasagna sesuka hati.. sebab aku buat dengan suka hatinya… hihih…

AMARAN : ENTRI AGAK PANJANG!

MENU : LASAGNA SESUKATI HATI AGS

DSC05443

Bahan – Bahan:

(Untuk lapisan lasagna)

  • 1/2 kotak(7 helai) Kepingan lapisan lasagna :: aku pakai brand bawah ni.. nak pakai brand lain pun boleh.
    DSC05415
  • Cara-cara : Rebus kepingan lapisan tu sehingga kembang.. letak minyak sikit supaya tak lekat.Macam rebus mee spegethi tu jugak kaedahnya.
    DSC05426
  • Pastu angkat dan rendam dalam air sejuk.

(Untuk Inti lasagna)

  • 4 ulas bawang putih :: hiris / chop pun boleh
  • Cendawan :: butang or yang kering pun boleh dan kasi hiris lar..
    DSC05416
  • 1 tin sos preego perisa traditional :: ni terpulang.. kalau nak jadikan lasagna warna putih beli lar yang perisa cedawan tu..
    DSC05420
  • Daging kisar :: Brand Ramly – if takde brand lain pun boleh..janji halal.
  • Lada hitam sikit dan garam.
  • Cara – Cara : Tumis lar bawang putih tadi, naik bau.. masukkan daging pulak.. tumis separuh masak.. masuk sos prego tadi.. dan gaul…
    DSC05425
  • Masukkan cendawan pula, lada hitam/sulah dan garam.. gaul sehingga masak. dan ketepikan.DSC05432

(Untuk Sos Putih pula)

  • Cheddar Chesse :: pakai suku dari satu buku tu.. potong dadu
    DSC05418
  • 3 sudu besar  tepung gandum :: bancuh dengan 1 cawan teh air masak. bukan air teh taw.. jgn kompius..
  • 1 cawan teh susu segar
  • sedikit garam
  • Cara – Cara :: Leburkan semua dalam kuali.. masak sehingga didih dan pekat,
    DSC05430

Okay.. bila semua dah ready.. masa untuk penyediaan pulak..

  • Sediakan loyang/bekas kaca tebal/ bekas yang bersesuaian untuk jenis bakar lasagna ni.. if takde guna loyang kek sudah.. cam aku buat.
  • Letak majerin keliling bekas tu… dan lapiskan selapis dengan kulit lasagna yan dah di sejukkan tadi.
    DSC05433
  • lepas tu.. ambil inti daging tadi.. lapiskan kat atas kulit lapisan tadi..
    DSC05434
  • Kemudian lapiskan pula dengan sos putih tadi.. supaya tutup inti atas tadi.
    DSC05435
  • baki cheddar cheese tadi boleh di letak atas lapisan sos putih tu. parut boleh atau nak jadikan slices pun boleh.
    DSC05436
  • Ulang proses lapisan tadi.. sehingga penuh bekas.. atas sekali, jika ada lebih sos putih boleh letak atas lapisan kulit bersama cheese tadi.
    DSC05438
  • Bakar selama 30 minit.
    DSC05439

DSC05442 DSC05443Ni lar lasagna sesuka hati AGS.. hahha.. hmm.. presentation tu takdelar kan.. tapi rasanya terbaek.. puji diri sendiri.. ok lar tu dari takde..

lain orang lain cara buat lasagna ni kan.. so ni cara AGS buat.. tu sebab sesukati.. owh credit tu Mr.Shyir sebab dia yang amik gambar semua..ai setelkan lasagna ni…hehe..

aku tak paksa korang cuba.. tapi kalau teringin nak buat apa salahnya mencuba.. sekurangnya2 uolls tau yang uolls leh buat lasagna sebenarnya,, heheh..

ok chow!

14 comments:

Kancilbiru said...

waaaaaaahhh saya baru dok mencari resipi lasagna ni..terima kasih ya..ingatkan susah nak buat.senang jer rupanya...:)

I n n z said...

ade lagi tak ?
haha.

Bai said...

wow sedap!!! tak berjaya lagi nak buat. sebab malas! hahaha.

Ann GreenStrawberry said...

kancilbiru: ok no problem... hehe... kebtulan ann tepek kan resepi ni.. heheh

Innz: gulp! dah abishhh!

Bai : adehh!! Bai ni kan... hehe.. meh rajinkan diri...

atty's said...

terliur kty nengok lasagna tu ann..

tq sharing recepies..lepas ni nanti ada , masa leh ar buat..

nadd honey said...

da laa tgh dok pose ganti nie.. leleh je dok menahan...
nak kena cuba nie.. =)

Ann GreenStrawberry said...

ktys : hehe.. ur most welcome kak...

nadd : alamak yeke? adehh.. sorry.. cuba jangan tak cuba

lina said...

wah best nyer....

Ann GreenStrawberry said...

lina : hehehe

Raihanna said...

ann...
dah lama rai carik resepi nie...
yes!! akhirnya dapat.....
thanx ann sebab sudi berkongsi...
rai dah bookmark wokehhhh...
insyallah nak try masa bulan pose nanti....
=)

asna cute said...

kak Ann asna amik link akak punye resepi nie yea. Asna nak cube tp xpasti biler. But, asna amik link lasagna nie tau =)

Berselera betul! =)

Ann GreenStrawberry said...

Rai : huhu..mencuba tu best kan kadang2...

asna : hehe.. silakan..

diela said...

nk cube!!nk cube!!nk cube!!..hehe~

Anonymous said...

saya dah try... tp apasal masa rebus lasagna tu, dia jadi pecah ek?? susah nak susun dlm loyang.... anyway.. tqvm ann.. resepi ni maveles...