Pages

Showing posts with label Family Outing. Show all posts
Showing posts with label Family Outing. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Lain yang nak dicari lain yang dibeli, lepas tu menjawap lar..

Eh kemain panjang pulak aku nye tajuk tu kan.. ye.. plan nak ke the mines kerana 1 mission tapi mission tudah tukar kepada sesuatu yang lain.. hahhaha

IMG_0033

weouls ke the mines last saturday.. outing n jalan2.. eh tak2.. Ekceli mission tersebut untuk ipad2.. sekali g outlet apple.. boleh plak sold out ok..cisss!!! gerammmm. sakit hati pun hado.. jauh2 datang takde pulak..

kalau nak jugak kena order.. tapi makan bulan lar ko nak dapat benda tu.. sebab kena ikut que order.. demmmitt lar.  tanya reseller pun jawapan yang sama.. nak tunggu mungkin 3 bulan baru dapat.. sebab kilang kat china yang buat ipad ada masalah.. xpe2 pk dulu nak order ke tak? then

IMG_0030

Ke sini lar kami untuk isi perut dulu..

IMG_0016

cumel tak kami..? panggggg!!! fahim kasi mam dulu.. takde lar kacau ibu abi mam.. hihi

IMG_0025

this the order..

IMG_0026

Saya n encik suami punya.. kongsi saje.. boleh curik yang dua lagi menu.. huhu

IMG_0027

Adik punya.. not bad lar.. lil bi chezzy..

IMG_0028

ni angah punya. sedap gak..

IMG_0029

Pizaido for all.. hihi

setel makan.. tawaf satu mall.

IMG_0042

Si kecik ni buli ayahanda beliau.. hihih..

keputusan untuk beli ipad2 bertukar membeli PS3.. muhahahahha.. budget ipad tukar.. nati kasi kumpul 2 bulan lagi hahah.. tunggu tak yah que baru beli..

lepas ni menjawap lar.. sebab tv konker men gamer antara encik suami juga angah.. coii!!!

Wednesday, February 9, 2011

Menyinggah di Alamanda

Singgah kah? muahhaa.. dah alang2 kat PUtrajaya moh le ke Alamanda.. hihi.. dari umah ecah terus ke sana.

DSC05400

Bukti ke Alamanda.. ewah.. bagi bukti bagai.. ada aku kesah? muahahaa

DSC05398

Orang agak ramai.. so jalan2 kat atas je. Masuk Toy R us secara suka2.. yang ye nye abi dia yang lebih.. siap plan nak bagi fahim mainan apa lar bila dah besar sikit..

nama pun lelaki kan.. harus beli menan lelaki.. Abi kata nanti besar sikit leh lawan tembak2.. makk aihh!! abis aku.. redha je lar. ada anak perempuan nanti kita buat geng.. skang ni anak lelaki dia geng ngn abi dia..DSC05404

Sepanjang berjalan.. dia tido je lar.. bagus.. senang mak pak ye shopping… DSC05405 Bila dah bangun.. mula meragam nak susu.. kami pulang cepat2.. hahhahaa….

Monday, January 31, 2011

Berjalan2 dengan selambernya

Ok fine! ye aku masih dalam pantang.. tapi dah hujung2 ni aku rasa dah tak pantang dah kot.. yelar.. hari ni baru hari ke 35 wok.. few more days.. ceh!.

Dan dengan itu juga.. hari sabtu lepas aku dah pun keluar berjalan2 ke jusco dengan membawa si kecik fahim… wahh!! debar weh.. takut dia meragam ko taw.. tapi alhamdulillah.. ok je..

mula kuar mmg planning nk ke jusco n ke pejabat jap.. oleh kerana pejabat aku ni mmg sebelah jusco je pun.. apa adahal.. kuikuikuikk

DSC05389Bukti Fahim sangat baik apabila berjalan2.. jusco pun tgh sale kan.. aku pun dah lar tak shopping.. kuar umah pun dah tgh hari.. dalam keta dia tak tido.. tapi sebelum kuar..siap uk uk..n susu dulu. sampai jj dah terlelap.kebetulan nak hujan lebat..

mula2 masuk stroller akan meronta jugak.. dukung dulu then sampai kat bby dpartment dah tido baru masuk stroller..ngeh2.. senang ibu nak shopping barang dia.. hiiiDSC05390

tengok dia masih tido.. terjaga mau susu je lar.. dah kenyang kasi tido lagi.. ada tu dia uk uk lagi.. dalam jj ko taw je lar lagu  raya cina duk bising2 kan.. dia rilek je..sementara nak tido dia elok je pandang sana sini.. uhuh..

DSC05388

Abi dan stroller harus nak sama color.. hahah…ok lar.. agak senang jugak nk bawak jalan.. setakat ni lar.. hahaha..

time makan pun begitu.. tido lagi.. fuh! lagi senang ibu abi dia makan. then sempat jugak aku sambar kasut kt vincci.. muahahha… nak beli baju untk aku.. belom ada nafsu kot… motip? haha.. nak kurus dow..

kul 4pm chow singgah opis jap.. then dak kecik ni sambung tido lagi. hebatnya beliau.. malam plak aku yang haru sebab dia takmo tido..hamik!

DSC06107

Di akhiri gambar ibu dan anak.. masih gemok disitu walaupun dah turun **kg.. sekian..