Pages

Showing posts with label ilhamjibrael. Show all posts
Showing posts with label ilhamjibrael. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Celebrating Fahim Mikael & Ilham Jibrael

(baru cek ada dalam draft rupanya lupa nk publish)
Assalamualaikum. selamat tahun baru 2014. semoga tahun yang barokah buat semua. 

nak citer kejadian sebelum tahun bertukar. tahun lepas lah kiranya. Alhamdulillah.. majlis cukur jambul dan sambutan hari jadi fahim yg ke 3 berjalan lancar. 28 dec hari jadi fahim, family decide nk buat makan2 asalnya, dah tu buat jelah majlis cukur jambul fahim sekali. 

and here the story. 

the nite before the day masing2  sibuk setup pelamin untuk berendoi. gigihlah buat pelamin. diy sudah..
stage pelamin ni turun temurun dah puluh tahun kot. but still ampuh. sebab nenek aku ni orang beradat jadi benda ni mmg ada kat umah. iya org n9 kan.. dan buaian ilham dduk tu adalah idea last minit. kusi bby ikea jadi mangsa. buat tiang utk kerusi then jadi lah buaian.. jumaat siang tu idea petang siap. nasib tukang kayu sendiri tu kreatif lah sikit.

maka beginilah pelaminan nya.. janji hado. masa fahim dulu sewa bridal punya. dis time kita wat klasik lah skit. kul 12 lebih gak siap semua. 
ni lah perantin kita.
xcukup tu sambung buat photo booth kat bawah plak. nasib ada cousin2 yang membantu. almaklum fahim n ilham je anak buat depa. yang latest lah.. tahun depan ramai yang kawen 2015 sok bertambah lah anak buah. tq to cousins yang membantu. end up till 3am baru siap. fuh...

esoknya majlis buat petang, jadi ada masa lah pagi2 tu nk chill skit. btw ak tak buat aqiqah. aqiqah buat dekat mekah je. 
org marhaban datang kul 2.30 pm camtu. nasiblah mood pak aji kecik ni baik sgt. berbuaian lah ko disitu nak..
layann dik..
org marhaban dan berzanji.sedap suara makcik2 sekalian..
tengah2 lagi berendoi yang pengantin tu pun sama lah duk nyanyi jugak.. siap aaaaa.. aaaaaa.. 
tq to mother in law ummi datang jugak ke majlis. yup. dia ibu mertuaku. very sporting person. 
happy boy.. melayan je naik buaian tu.
kumpulan marhaban, the cousin and family in law
we are in orange dat days..

then sambutan birthday fahim pula. besar dah anak ibu ni. 3 tahun dah. ibu abi love u sayang..

malam ada majlis makan2 with family members je. masing2 bawak pasangan like tunang cMtu. kira sesi suai kenal.. bakar ayam kampung percik. sedappp..

alhamdulillah selesai sudah.
seronok ada keluarga besar.

annmikael❤️
2 of 365 page /2014
😜

Wednesday, February 12, 2014

pengalaman anak ekzema dan ruam teruk

Salam 12 feb 2014

nak cerita pasal kulit ilham ni. before ni aku ada buat entri pasal kulit ilham ni. ok baiknya kejap je then jadi balik. tapi bila anak yg hidap ekZEma ni memang sampai ke besar lah. cuma kita as parents ni memang kena banyak sabar. kena cuba macam2 jenis ubat nak bagi yang terbaik lah. 

dugaan aku ni kecil je nak bandingkan dengan orang lain yang lebih teruk. memang sedih sangat lah sebab keadaan ilham ni memang istimewa skit. dia punya gatal memang tak tau nak kata. kita yang dewasa ni kalau kena gigit nyamuk pun garu bagai ini kan baby yang gatal satu badan. tak tahan  dia menggaru tu lah. sampai berdarah2 dan ekstrem sgtlah. kuku memang kena pendek hari2 kena cek.trim kuku dia. tido malam gatal bergaru je lah. 

kena panas skit mula bergaru peluh.pun camtu. dia naik kat spot2. banyak dah aku g pakar ni. mula2 pergi pakar kanak2. tak berkesan . pergi pakar kulit pula, doc ckp ini masalah darah dan 80% badan dia kena. masa tu risaunya bukan kepalang. doc kata ada kena mengena dgn asma. yup aku masa kecik ada asma dah besar terus baik. doc ada bgi beberap ubat and total rm240. seminggu pakai ok lah, tapi kulit tak licin n masih kesat. next appointment pergi cek balik doc kata ada baik skit.teruskan ubat. bila2 lama skit jadi balik. ubat xjalan dah.


at the same time aku pantang makan jugak, sbb ilham breastfeed. tapi bila pantang n xpantang xde beza dah. tak nampak kat mana makanan yang dia alah. pantang ayam kadang kena kadang ok plak. ya allah.. xtau nak kata camne. lama2 aku google n tanya org klinik mana bagus bab kulit ni. aku try lagi g klinik kulit pakar lagi satu, doc sahkan ilham ekzema chronic. hoii nangis weh. kena lagi beratus bayar ubat kat pakar tu.

takpr balik umah aku apply lah ubat2 tu nampak ok dan membaik. pastu aku consume lagi shaklee esp n alfafa. gambar before adter tu aku apply ubat doc n shaklee.alhamdulillah bertambah baik. ubat abis aku repeat doc lagi. after 2month ubat sah xmujarab. since ilham tak pernah demam sekali dia demam ya Allah keluar balik merah2 kat badan n gatal bertambah teruk. 
ni time dia demam. pilu hati. takpe kita pikir jalan lain. since aku dah tawarkan pakai ubat kampung semua pun tak jalan. so tabahkan hati. aku nak masukkan ilham ke hospital. sebab masa ni dia demam dan aku call semua hosp private nak wardedkan ilham semua penuh kat seremban ni. haduihh.. nak booking bed pun tak boleh. macam2 cara nak bagi anak tu kebah demam. alhamdulillah akhirnya dia baik demam.

owh btw ilham dah suffer kulit gatal camni since umur 3bulan lagi now dah nak masuk 9bulan. kesian sgt2. ada tu masa aku g klinik amik ubat ilham demam tu, ada jugak patient tu tgk ilham terus dia kata, cuba ubat sensei cina, insyaAllah mujarab. sebab anak2 dia semua kulit cam ilham. kesat gatal berkuping n merah. so aku pun nekad nak cuba ubat sensei jugak. 
pergi kedai ubat herba cina. dia suggest beli dua benda ni je. ubat sapu n mandian. ubat sapu rm11 ubat mandia herba rm2 sepeket aku try 3 paket. rm17 je. dalam hati berdoa lah agar ini jalan penyelesaian utk pulihkan ilham.

balik rumah rebus mandian tu campur dengan air mandi ilham. after mandi aku apply krim plak kat spot2 kulit mana teruk n merah. Alhamdulillah. dengan 3x mandian tu hasilnya alu sendiri terkejut. kulit licin halus mulus. xde kesat langsung. merah2 pun xde, kuping2 kulit kepala terus baik, muka n pipi pun baik. syukurnya. 

bersih sgt. ubat herba mandian tu aku guna 2 peket je. ubat tu elok tu gatal2 n ruam bayi. orang dewasa pun boleh guna. dan sekarang ilham tak lah menangis sebab gatal n tak selesa. skang ni main jelah. elok plak tu. makan pun selera. kulit 100% ok. harap terus membaik dan tak berulang lagi

kalau dulu memang dia tak selesa. now hari2 happy mood. ni nanti aku nk beli lgi ubat tu. sebabnya nenek aku yang kerap gatal2 ni pun nk jugak mandian tu. dari ubat semahal2 last2 nak ubat rm2 je. hihihi. 

bila keadaan anak macam ni. kena cuba macam2 ubat. nak kena tahu yang mana serasi. kena sentiasa cari ubat yaang mana boleh baik. 

rasa panjang pulak kongsi pengalaman anak ni. insyaAllah nanti aku kongsi kan tips pasal ni.

lotsa love ❤️
ibu mikael jibrael