Pages

Friday, June 29, 2012

Serunding fizo omar


Salam semua..
Ada sesiapa Yang berminat nak beli serunding dating fizo Omar... boleh dapatkan dengam says secara online atau cod (area senawang seremban sahaja)..

Serunding ni sangat2 terbaikk n sedap sgt2... try beli satu pack dijamin kepuasannya.. makan pula dengan nasi panas.. perghhhh... bestkan...

Harga cuma RM 20.00 per pack (250g)..
Postage hanya RM 6.00

Kalau Yang berminat.. boleh order kat ainrozilah@live.com

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 27, 2012

Menjebikkan bibir

Fahim skang ni suka" mengarok" means mengamuk atau menangis dgn takde motif.. Dan motif sebenarnya dia nak dilayan sebagai putera..

Bila dah mengarok xtentu pasal.. Mula2 boleh lah ibu nak layan.. Masuk ke duapuluh kali ibu pujuk amokan mu tak reda.. Bolayan.. Biarkan je.. Masih teruskan amokan.. Ibu mula temper lalu suh abi kamu layan sebelum ibu plak amokan..

Ibu nye keje pending nak layan amokan mu yg berjele nak.. Haduiii.. Nasib anak.. apesal nak amokan je..? Nak adik? Hadeeh xdapat ibu nk bg buat masa skang ni.. U r to small nak ada adik.. Sbb nye kamu masih tak boleh berkongsi barang mainan dgn bdk lebih muda dari kamu.. Ibu nk latih kamu jadi berani skit.. Ni kalau terjatuh sikit nangis.. Jebikk jelah.. Huhuhu

Abi pun xmo bg adik lagi.. Ibu tgu kamu 2 tahun baru bikin adik. Jadi kamu ada 6 bulan lagi nak jadi kuat dan berkeyakinan sikit. So ibu ada masa jugakkan nk slimkan diri dulu.. Hahaha..

Nota kaki: eh bila tiba petang je.. Aku dh start pening.. Apehal?..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 22, 2012

TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA




♥ TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA ♥

Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA

Thursday, June 21, 2012

20.06.2012 is malang tak berbau.

Semalam adalah hari Malang tak berbau.. Pasal apa? Pasal kami eksiden le.. Haihhh xtaw nak kata. Nasib tak cedera apa2.. Tu yg pling penting dan syukur.. Allah masih panjangkan nyawa kami.

Semalam pagi adeq ada appointment dgn doc di hospital. Back from hospital amik nenek n bibik kat umah n bring them to cafe mama.. Otw tu aku sibuk melayan fahim while adik drive.. Tiba2 kat traffic light baaaanggggg!!! Depan..

Adik kata kete depan break mengejut sbb kereta depan yg kami langgar tu pun break mengejut. Dan keta depan tu xde lampu break. Bila keta depan kami break mengejut lalu xsempat break maka langgar bontot depan. Mujur xde keta belakang.. If not depan belakang kena.

Langgar keta depan tu xde apa sangat bumper dia kemek sikit n calar. Aunty cina tu pun xde apa.. Kete kami karipap lar bonet depan.. Kemek habis.. Ketepi and setelkan ngn aunty tu. Dia pun xnak bawak balai sbb nati ak kena saman.. So dia pun kesian kat adik sbb adik still in P.. Nati habis merit dia. So byar lar rm200. Aunty tu pakai keta lama.. No wonder banggg kuat pun sikit je kena..setel n aunty tu blah.

Klu dh eksiden biasalah klu towing tu dtg kan.. Sabor jelah. Aku sibuk call sana sini. Ko sibuk nk amik kes aku.. deal itu ini.. Setel balai. Ckp aku yg drive.. Mengaku je lah. Sbbnya kesian kat dia lesen P lagi.. Pung pang pung pang kul 2pm baru setel. Ni sume claim insuran klu x masak.

Kerosakan dilaporkan bumper, bonet, lampu kiri kanan,makguard,radiator bocor..phewwww.. Byknya.. Hmmm. Till now adik phobia nk bawak kereta.. Xpe,pengalaman dlm hidup.. Klu lesen fresh tp xberlanggar apa barang.. Hihhi

Aku dulu pun gitu. Dh kena baru nak insaf bawak keta. Yelar.. Lesen baru harus lah galak benau nk bwk kete. Aku tgk cara adik aku bawak keta ni laju je. Dah dekat baru nak break tu pasal berlanggar.. Pengalaman juga pengajaran..

Amacam? Dah jadi karipap kereta myvi adik aku ni.. Hahahaha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 19, 2012

Tahniah Ana & Budi

Ahad memang ada wedding.. Tapi nun di dewan LPP tu ha.. Haihh ana n budi satu sekolah dgn aku.. Budak berdua ni cinta cintun dr zaman sekolah jugak.. Hamboii kemain lama menyulam cinta ye tak.. Eh tapi ramai gak kawan2 aku ni kawen bercinta dari sekolah..

Terima kasih lah ana n budi jemput kami. Atleast leh jumpa kawan2 yg lain.. Hihihi.. Dia jemput dh lama. Mmg aku betul2 save the date. Hihi..

Apa2 pun Congrats buat kamu berdua.semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin..

Dah alang2.. Moh ke ikea.. Cuci mata kunun.. Puihh.. Terbang gak $$$ ai.. Pasrah..sebelum balik kita makan.. Sekian cerita ahad saya..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 12, 2012

Wanita Terkutuk

wanita terkutuk

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah”. (Riwayat Ibnu Mas’ud)

Maksud mengubah ciptaan Allah S.W.T. ialah dengan membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baru selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan oleh ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T.
Sekiranya yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah S.W.T. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat atau menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat atau menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T. Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.
 
kredit to : http://pejuangpanjihitam.blogspot.com

Thursday, June 7, 2012

Cuti cuti pantai timur

Plan dah lama nak bercuti dengan family besar. Yakni adik beradik papa. Bagus jugak dpt g dgn family.. Dulu trip pantai timur kami, pergi naik kerete masing2 then konvoi. Masa tu kecik2 je lagi kami ni. Nowdays dah besar semuanya.. Beranak pinak lagi.. Hehehe

So ikut plan..31 mei till 3 jun. Ni kami naik bas satu family.. Satu bas okeh. Hahaha.. Tapi syiok jugak. Dapat lah meriah dlm bas tu..

Bertolak malam 31 mei tu.. Kul 11mlm terus naik ke kelantan. so 1 jun dah ada di kelantan. Breakfast then ke Rantau Panjang. Bershopping. Biasalah cuti sekolah. Ramai kot. Jem lagi.. Welll.. Hmmm

Then check in di Wakaf Che Yeh.. satu mlm disitu. Mmg terbaik shoppinh di wakaf che yeh tu. Turun hotel depan pintu je shopping. Molek deh.. Haha. Sampai ke tgh malam shopping.

Sok 2 jun. Check out. Breakfast di pasar siti khadijah. Oii mcm2 pilihan. Nasi dagang n kerabu lar kita. Murah pun murah. Molek lagi. Haha. Then terus ke terengganu. Petangnya kita ke Taman Tamadun Islam n Masjid kristal solat asar disitu.

Makan malam n terus check in. kali bukan hotel tapi sewa 1 umah banglo 6 bilik di tepi pantai batu burok tu. Walaweii dkt now dgn pantai. Elok lar tu. Senang anak aku buat aktiviti korek2 di pantai.

Abinya sanggup kot beli jengkorek hok besau tu bg anak main. Padahal dh ada yg bleh duduk tapi kecik sikit.ni beli lain. Haihh.. Yang iya dia yg nak main lebih.. Huhuhuhu.. Fahim byk koleksi jengkorek ni kot.nt aku rajin aku up entri jengkorek yg hado.

Pg 3 jun, breakfast at kedai sedara sendirim jual nasi dagang.. Laku gila kot. Stall kecik je. Tpi org kemain ramai. Perghhh. Sedap xyah kata ar.. Then check out terus ke pasar payang. Phewww sini ramai org okehm penuh kot dlm tu. Kedai kecik ramai plak. Nak pengsan lama2 kat situ.bg 2 jam pun xabis. Kuikuikuim

Then, teruskan perjalanan ke noor arfa batik. Xbeli pun malas. Huhu. Terus ke kedai satar n kopok lekor terbaik. Beb, sampai merang singgah ke kedai hijau MARISSA. Terbaik ok.. Murah juga.

Balik terus ke seremban sampai kul 1230 malam. Phewwww.. Fenat tapi best dapat unite dgn family n cousin. Next trip will be SINGAPORE.. Huhuhu..

Note: gambar byk tapi mls nk transfer aku amik dlm bb ni je.. Sekian trip pantai timur kami.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone