Pages

Showing posts with label Muhd Fahim Mikael. Show all posts
Showing posts with label Muhd Fahim Mikael. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Reward untuk Fahim.

Keluar hospital jumaat tengahari.. then sabtu after zohor kuar lah bawak fahim jalan2.. lar Jusco je pun.. lagi pun dah terperap kat spital tu lama kan... so kasi enjoy siki fahim.. dapat jugak ibu shopping2.. hahha 

  
apa2 kasi isi perut dulu.. dah tengahari pun... makan kat delifrance.. oklah.. beef lasagna dia tk lar muak cam kat SR tuh.. huhuh
 Masa kami makan fahim tido.. dah setel makan tetiba dia bangun pulak.. oklah.. order kids meals punya..
 since dia dah ada selera makan semula.. makan memang banyak.. then nak makan sendiri pulak..
 terpaksa tunggu dia makan sampai habis..
 lama nak habiskan.. xpe ibu abi tunggu janji anak ibu makan... then jalan2 cari barang
 tapi bila dah dalam trolly ni.. sesdap hati nak masukkan barang2 dia.. spender2 tu habis masuk dalam trolly..
 skang ni abi dia duk sibuk kumpul kereta hot wheel ni.. sudahnya dia belikanlah anak dia kereta hot weel tu.. padahal sendiri nak main.. hahah.. eh tak dia layan anak dia main sekali... huhuh....
dan ini lah ni anak bujang saya yang super duper manja sangat2... gedik wat pose gitu nak... hihih

Monday, April 16, 2012

2nd admit for Fahim

 Seminggu lepas blogkan senyap je... tiba2 hari Ahad tu Fahim demam panas..g klinik minta ubat bontot kat doc. pun tak kebah2.. esoknya isnin.. susu tak nak, makan minum taknak... bila nak telan sakit mulut nangis2.. hmm must something wrong ni.. so mlm tu decide ke hospital je lah.. admit jugak malam tu..


  
Tuesday - masuk air lar kan.. makan hapa pun tak mo..

 Wednesday - mata bengkak2 nangis.. sebabnya.. asal nurse datang  mengangis tak sudah.. sama lah klu amik neb tu.. doc decide amik neb sebab dada ada bunyi sikit.. then nak kasi clear lung dia..
 dah ok sikit.. buleh makan minum.. main kat luar pulak.. nak jalan2.. jenuh lar hangkut dia punya stand drip tuh
 Tido time.
 bosan.. dia main ipad pulak.. dah busan games tu.. duk hempas2 ipad tu ke bawah.. sabor jelah..
Friday - doc bagi discharge.. mase ni nurse nak bukakan drip dia. kemain hulur tangan. taw je nak balik...

Doctor suspek HFMD tapi bukan.. sebab rushes ada tapi tak banyak.. then mulut dia ada ulser bnyak.. tu sebab sakit nk makan... Alhamdulillah.. now dah recover.. jadi kena lah bg reward kat dak kecik ni..

total bill for 4Days 4Nites is  RM 3K.. pitamsss..!! peluh2 nak membayor... aku pulak tangguh2 nak buatkan insurans fahim.. jadi padan muka sendirik...

now aku nk mencari agent prudential bsn tu tuk bukak acc insurans dia.. siapa2 agent meh lah roger2...buleh tengok quotationnya...

sepatutnya esok bercuti di Langkawi.. sudahnya bye2 je lah tiket tu.. nasib belum  booking hotel n etc.. bajet larik.. fahim pun baru recover.. blom lagi nak travel jauh2... nyimpan semula ni.. lagi pun kes gempa bumi aka nak tsunami tu pun aku dengor dah cuak.. kim salam lah.. baru nk bercanda di tepi pantai tu kan.. cancelll....untuk keselamatan juga... alhamdulillah.. huhu..

Wednesday, April 4, 2012

Nak Solat jugak

Nak kata kita ajar selalu tak jugak.. tapi mungkin dia perhatikan time abi ibu solat thats y mengikut..
Alhamdulillah.. dari kecik dah tahu apa tu SOLAT... kalau kat rumah kita solat. dia pun ada lah sebelah.. bentag lah sejadah kecik... ikut pergerakan kita.. kita doa dia pun dah standby duk depan riba or kat sejadah. nak doa jugak..

kalau sebut Allahuakbar... dah tau mesti dia angkat takbir.. alololo.. kiut.. tengok lah tu. dia ikut abi solat.. time kt surau opis.. huhu.. anak ibu ni.. macam2 lah...

takpe... benda asas macam ni perlu diterapkan.. kadang2 tu nampak buku Yassin tepi katil dia.. kunun2 baca lah.. tapi dalam bahasa jerman dialah..hehhe..super cute..

tu pun kalau kita cakap.. fahim jom solat.. dengar belakangnya sebut YAT je.. hahah..

Monday, March 12, 2012

Kalau dah letih sangat

IMG-20120222-00014

Gini lah lah fahim kalau seharian penat main.. pastu tak nak tido siang.. balik petang mesti terlentok camni dah.. xsempat sampaia mana.. masuk keta dah lelap..

tomey je..

Aunty Darweena and Fahim

Last 2 week punya citer.. 1 hb mac tu kot.. g teman mama papa urut kaki kat parkson semban..

jadinya.. ai hangkut lar budak berdua ni…

IMG-20120301-00096Seorang makcik & anak buah… dua2 ni hyper giler.. berlari sana sini.. sehingga penat kot mengerjar diorang  nihhhh IMG-20120301-00099While waiting.. kita round2 dulu dalam mall.. nampak menantang ni moh lar kita ON kan.. fahim tu cuak sebenarnya.. dia tak suka naik menda tu.. muka takut je.. IMG-20120301-00102 see.. nampakkan muka dia yang takuitt tu…dh cubas sekali tuh.. siap melalak lagi.. hehe..

auti published..

Friday, March 9, 2012

Drawing Time.. testing je

Tu hari ciare ada buat drawing class untuk yayen kannn.. ate ai nak cuba jugak .. mg dah ada crayon dengan drawing block kat umah ni.. hihi

IMG-20120229-00086

Jadinya begini lar…dia nak belajar tuh.. tapikan.. dia lebih minat nak masuk crayon tu dalam mulut.. ewahh.. cantik sikit nak oii.. ibu bagi makin nasi sedap2 carayon nak di bedal apa kes…  IMG-20120229-00089

dia banyak conteng2 je lar.. semua color nak guna.. time ni dia tak nak tido..nangs suh tido xnak.. amik ibu kasi ko wat drawing jam 12 malam… sabor je lah..

Note : Auto published lagikkkk

Thursday, March 8, 2012

Yayimmika and Yayabina

Tu hari seminggu sebelum g umrah.. balik semenyih.. jadinya fahim ni kemain suka lah.. ramai aunty2 and uncle melayan dia kan….

IMG-20120226-00066

Aku pun bawak balik Bumbo seat hijau dia tu.. sebab nak bagi YAYA pakai pulak.. since yaya pinggang dh keras sikit.. boleh lar nak duduk dalam tu..tapi xleh lama2.

tapi kan yang si abang fahim ni pulak. tak nak mengalah.. nak jugak duduk dalam bumbo tuh.. ko tengok camne dia duduk tuh..? haii fening… macam2 aksi taw dak tecik ni. lawak sokmo. asek gelak je lah… pastu takleh kuar montot dia tuh. ahahhaa… minta tolong orng kuarkan dia.. lawookk je.. IMG-20120226-00065 Yaya pun dah 4 bulan.. geram taw budak cinen ni… tembun ke dia… ibu rasa nak gigit je pipi tu nak oiiii..  fahim mmg jeles lar.. dia tk leh share barang oo dengan yaya.. si yaya ni mana lah paham lagi kan.. tapi si abang ni sayang kat yaya.. apa taknya.. orang agah2 yaya.. dia pun nak agah jugak… yayayayayaya.. katanya… siap muaaaahh kat yaya.. hamboiiii… kemain lagi kan… kunun jadi abg yang baik lar tu.. aminnn…

note : Auto Published.. tuan tanah balik 17 mac..

Wednesday, March 7, 2012

Kalau merajuk ni lah budaknye..

Fahim Mikael…. menghela nafas panjang ibu rasa taw.. ni lar dia

IMG-20120225-00059

kalau dah merajuk dengan ibu… mmg tak lar dia nak ngan ibu.. sanggupp tertidur dekat perut abi yang sedang bawak kereta  tuh.. hahahha… kes apa tah dia merajukIMG-20120225-00058 siap jebik lagi K.. kelassss… hey anak ibu ni kan.. sabor jelah… mmg betul2 merajuk ni..

kalau masuk kereta streng tu dia punya lah.. sampai kita terpaksa akur kena bawak dia dengan stereng tu sekali..

memang bahaya ate nak g mana.. duk dalam car seat lagi mencabar.. siap panjat memanjat.. grrrr….

cumel taw kalau fahim merajuk.. nati minta orang lain pujuk.. bila orang lain tanya.. ‘merajuk dengan ibu ke? siap angguk2 buat muka kesian..

ya ampunn pandai berlakon taw… macam2 lar dia pandai belakon.. macam2 watak dia boleh bawk.. nak jadi pelakon kah???

Tuesday, March 6, 2012

Vitagen Fahim

Nak kata selalu beli vitagen tak jugak.. agak2 dah lama tak belikan baru beli. if not kim salam ibu nak beli if tetiba dah abis stokkan.. hahaha..

iye ibu kejam sikit.. tak nak bagi minum selalu.. nanti terus addict pastu xnak susu ke apa…

IMG-20120223-00025

Kalau bagi je sebotol vitagen tu kat dia.. kompom dia pun tak hyper ke apa.. diam je.. sibuk dengan vitagen dia tuh… siap tak bagi kita nak sikit… dia punye… straw tu kemik tak yah cakap lar.. huhu.. IMG-20120223-00024 *** abaikan ibu dia yang tak cukup tido tuh… hahaha..

sebotol mmg laju je abis.. pakej mintak lagi ade lah./ hey dak kecik ni kan.. macam2…segala perisa dia bedal..

YAYIM LOVE TO DRINK VITAGEN, LINDUNGI PERUT ANDA SETIAP HARI..

eh macam nak minta sponsor je kan… sapa2 keja kat vitagen meh lar sponsor vitage kat saya selama setahun.. saya promote baek punya. hehe

Thursday, February 23, 2012

Ibu Suka sakat Fahim



DSC00949 
Ibu ni suka sakat kita taw...
Ye anak ku... mmg hobi ibu sakat fahim...
tak ingat kejadian bila tapi masa ni dia nak apa tah tak dapat..
pastu saje je aku biarkan.. 
DSC00946  
hingus semua keluar.. hahaha
sedih sangat lar tue  DSC00948 
alalalalla.. cian anak ibu..
ok ibu upah susu ye..
love u anakkku..

progress 14 bulan
  1. dah berjalan laju.. mundar mandir dalam rumah dah macam YB pulak..
  2. Makan nak sendiri, mandi nak sendiri..
  3. sebut bnyak perkataan dah - bu (ibu), baba (abi),enda (nenda) mimi (mummy),pa..(tokpa), yah (ayahanda),pa (lapar) cucu (susu). banyak kot..
  4. main sendiri dah pandai sangat dah ni..
  5. pandai nak berkawan dgn rakan sebaya..
  6. suka makan ubat..
  7. ajuk ckp orang lah...  
 banyak kot... hmm tu jelah...

p/s : jap g nak balik nak prepare barang dinner malam ni.. adik ipar aku nih.. nak bawak gf russia dia jumpa aku n mr.shyir... hoiii.. apa nak masak ni..

Friday, February 17, 2012

Sokmo nak ke Taman

Sejak dapat kaki.. mmg sokmo ajak ke taman permainan je lar

nI time teman ibu g jogging dekat kompleks belia dan sukan paroi…

best taw jogging situ malam2.. sofar 3x seminggu ke situ..insyaAllah terus dan terus ke situ..

kasi fit sikit…

DSC00957Dan ini budak tecik.. ayahanda dia jaga.. mula2 jogging 5 round naik stroller dengan ayahanda dia..

selamber lari2 tolak stroller.. kebetulan kat situ ada playground jugak..

setiap kali corner kat playground mesti kepala fahim teleng je pandang nak main kat situ..

sudahnya ayahanda lari 5 round pastu terus layan dia main kat playground tu..

ibu dan mummy g habis kan lagi 2 round jogging… huhu.. mesti mau target kan.. ceh! DSC00960

oleh sebab banyak pilihan mainan.. dia pun rambang lar matanya..

kejap turun naik yang ni pulak…

kalau balik kerja petang2 bawak dia main kat taman umah aku tu je..

dapat 15 minit melayan dia jadilah…

dah besar dah fahim. dah jalan.. bercakap pun banyak butir..

faham arahan.. macam2 lar.

Terima Kasih Allah

Wednesday, February 15, 2012

Saya nak tolong Abi






Al kisah minggu lepas.. lantak lar.. basi pun basilah...
rasanya cuti thaipusam tu kot...so pagi2 abi dia dok godek keta...
yang si kecik ni pulak bangun tido susu.. tengok abi kat luar..
sibuk nak kuar...mentang2 dah jalan.. sokmo nak main kat luar..
Mula2 tengok abi wat ape... ok cek!


IMG-20120203-00008 
pastu yayim jaga depan ni tau abi...
hehehe..
hai lar anak.. sejak2 berjalan ni... semua tempat nak g singgah...
kemain dia.. bila kitorang berdua tengok anak tido..
masing2 kata dah besar dah anak kita...hehehe

Thursday, February 2, 2012

Kuat Makan

 DSC00918 Nama pun Fahim Mikael kan…

ni gambar masa abi dia tengah ratah ayam bakar…

pastu dia nyibuk jugak nak makan…

ayam cicah sos lagi… mula2 tak bagi..

dah nak jugak layankan je lah..

siap tulang ayam tu cicah sos n makan..

rilek je tak pedas… sabor je lah

Wednesday, February 1, 2012

Yeay! saya berjaya ibu..

DSC00926 Ni lar dia kalau nama pun ada anak bujang..

macam2 dia nak explore…

kejadian aku nak sidai kain.. asalnya hanger tu bersusun kat kepala kusi tu..

pastu dia selerakkan.. aku cakap fahimmm susun balik ibu punya hanger..

hasilnya gitu lah di susun… huhuh…

bertingkat2.. fahim ni macam masuk cabaran Anda ada 60 saat tu pulak..

macam2… lar dak kecik ni…

note : hmmm rindu si kecik ni….camne lah dia tinggal ngn maid kat umah ni…

Thursday, November 24, 2011

Lapang sikit hidung dia

Salam Jumaat.... hmm.. bary kul 2 lebih dah terasa mengantuknya lah.. huhuh....
nak citer pasal lapang ye hidung saya.. eh maksudnya bukan hidung kembang ke apa eh..
ni ha.. korang tau kan breathe right kids ni. alar yang pelekat lapangkan hidung bila tersumbat..
untuk kid pun ada kan..
tu hari fahim selesema.. jadi cam susah ni nak bernafas time tidur tu.. hidung sumbat..
jadi aku pakaikan lar.. tapi  bila dah tidur lar.. tu pun susah ok. dia perasan pulak hidung dia kena sentuh..
huhuhu...

malam tu elok je lena tidu.. siap pakej air liur basi berpeta kat bantal..
nampak sangat syiok hidung tu dah lapang sikit...
esok pagi dia tak perasan lagi benda tu kat hidung..
g tengok cermin.. tergelak sakan dia.. huhuh...

eh tapi mmg betul.. sangat lapang hidung... hihih

Wednesday, November 16, 2011

Berenang dengan air kopi

hai.. sabar je lah... tah bila dia mandi dengan air kopi tu pun aku tak perasan...
mana tak nye. mula2 fahim main kat tempat lain.. pastu abi dia tengok tv..
aku pun tgk tv sama.. tetiba abi dia g toilet.. letak jap mug kopi tu kat bawah..

 pastu tengah sedap tgk tv sekali dengar bunyi mug berlaga2 kat lantai gitu...
sekali tengok dia dah mandi dan berenang2 dengan air kopi tuh.. grrrrrrrrrrrrrr..
nasib kopi sejuk... dan aku suspek dia dah minum kopi tu jugak..
berdasarkan kesan kopi kat mulut dia tuh... haii lar anakkkk....
 tempat kejadian seperti dalm gmbar... kena toto dengan puzzle carpet tu..
jenuh nak mengelap.. semut pun suka kan.. kejap je dah naik.. semut umah aku ni mmg gitu..
pantang ada makanan manis2 yang kat lantai ke.. mesti laju je dia datang..
habis baju dia kena... dan dengan tak bersalahnye gelak2 depan ibu n abi...
dengan baju kotor.. siap kau main air kopi tu lagi kan...
nasib setengah mug je.. kalau satu jag,,, mmg hangin lar mak ko ni....
tu hari dapat gak dia mandi se jag air masak..
tah camne dia leh capai juga yang ada isi air tuh...
pakej mandi n basuh sekali lantai dapur ibu tuh...
sabor je lah.... makin besar.. makin bertambah akal dia nak buat benda yang kita larang...

Tuesday, November 1, 2011

Fahim Tumulak.



    
Tu Hari kan dah kasi potong rambut dia kan.. ni after je weouls ke mcd tuh.. abi nak gunting rambut... sekali alter rambut fahim.. hahahha
DSC00767  kasi slurpp tepi pulak.... serupa tumulak kata ayahanda... keras je badan dia.. haha. somel..


DSC00768   
masa ni dah rimas.. ok lar.  baru nampak hensem serta gangster.. hahahhha..... lagi nampak nakal hado.. takpe janji ensem.. hahahha....

ni rambut dia kejap je nampak panjang balik.. ada yang kena alter lagi nih...

Fahim sayang Abi

Citer last week… gambar terperam kes malas transfer.. hhahaa….
DSC00761
 Beginilah gaya nye kalau g shopping barang.. duk dalam trolly behave je.. good.. somel tak baju angry bird tuh... kat Butik ai ada jual.. RM10 only..


DSC00763 
then g makan pulak kat Mcd... order bubur tuk fahim.. tapi haremm nak makan bubur.. lebih sibuk nak makan fries.. haii tak boleh kata apa.. sabor je lah.. 

DSC00765
 Dari duduk kat baby chair tuh.. panjat atas meja pulak.. pastu dia amik fries kasi sumbat dalam mulut abi pulak... pandai je kan.. 




DSC00766  pastu terjadilah kegedikan dua anak beranak ni.. ibu takmo interprem.. maluuu.. haha puihh!

Monday, October 31, 2011

Happy 10 month Mikael

Happy 10 month on 28 oct 2011. Dah besar dh anak ibu ni… dah pandai macam2 dah kan.. sampai ibu tak larat nak keja kamu nak..

Gambar tu was taken 27 oct after check up fahim.. nak g buat passport.. hih.. mau fly lar mana lagi.. ikut ibu jalan2.. hihi.. steady amik picure gitu.. lagi pun time ni dah xde mood.. cuz nak tido sebenarnya.. pastu pelik duk dalam studio tuh.. haha… xpe nak.. janji putih dan tetiba nampak telinga kamu capang.. eh bila masa capang ni kan.. xpe nanti ibu adjust..

Perkembangan 10 bulan :

Berat: 8.5kg

Tinggi : 74 cm

  • pandai membebel je.. ta tatatatta… bubububub….
  • tengah nak stabilkan berdiri lepas tangan n nak menapak..
  • gigi hampir 5 batang…
  • boleh bye2.. kiss2 kita..
  • nak tido malam mesti nak kena ada ibu n abi kiri kanan.. sebab dia nak melese2,sondol2 nak cari keluk tido…
  • main sendiri dah boleh…
  • kalau kita marah dia… kata NO ke hapa.. kita kena marah balik ngan dia.. hadehhh!!!
  • memanjat NO 1.. fenat  okehhhh nak melarang2 nih..
  • sangat suka main ngan kucing BOBO kucing adik aku..  si BOBO ni plak pandai nak manja2 ngn fahim.
  • kuat makan, susu, main.. n tak suka nak tido..
  • suka tiru apa yang kita buat depan dia.. cam bubbling sembur2 tuh.. memang ngikut saje.. jelir lidah ke.. kenyit mata keh.. hai lar anak…

Adalah beberapa lagi progress dia.. so far alhamdulillah.. semua positif. suka tengok perkembangan anak yang pesat. cepat dapat kaki ibu nak jogging ngn kamu pulak.. hihih….

Monday, October 24, 2011

Drummer tin pun ok

Salam Isnin.. hai malasnya nak g kerja.. uhuk!

kasi warm up sikit lar.. al kisah last week.. malam tu aku tengok tv.. sekali tengok fahim duk naik atastin biskut.. duduk buat kuda kat situ..

kat tangan dia pulak ada drumstik drum dia… buleh pulak duk kuda gitu.. ketuk2 tin… haduii.. anak2…

DSC00747

ini macam dia sudah bikin.. mata sambil tengok tvDSC00752

pastu amik penutup bakul tu buat gitu pulak DSC00753

gigit drum stick  DSC00746now lets start hit the tin bukan drum.. hahhahaha..

ada drum mainan tu dia jahanamkan… ni main kat tin pulak.. haihh!! ada je benda2 baru yang dia buat tanpa jangkaan kita.. bijak tul..