Pages

Showing posts with label ann greenstrawberry. Show all posts
Showing posts with label ann greenstrawberry. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Happy Belated Birthday to me..

Salam 22 september 2011..

dah 22hb kan.. yup semalam 21 september adalah hari jadi aku.. takde apa yang special.. cuma seperti hari2 biasa je..sebabnya. On that day. Fahim n Abinya demam panas.. jadi tak menang tangan menjaga diorang.

Takde sambutan apa2 pun.. maybe kemudian kot.  sebab skang ni mmg bz melampau. dan aku dah 2 malam tak berapa nak tidur.. jaga anak n bapaknya.. kejap2 bangun cek suhu.. belah kanan abi, belah kiri fahimm.. gitu lar jadi mak.. korban apa je.

tapi aku tetap g kerja. tolong mama kat cafe.. alhamdulillah.. sambutan bagus.. harap berterusan..now hari ni akak tingtong. campur semalam punya sekali.. double tingtong.. berserah saje.

jadi dengan ini aku nak wish diri sendiri dengan ucapan :

SELAMAT HARI JADI UNTUK AGS.

MOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI..

DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK..

KESEJAHTERAAN KELUARGA YANG BERKEKALAN.

DIPANJANGKAN JODOH PERKAHWINAN HINGGA AKHIRNYA..

DAPAT MENJADI IBU DAN ISTERI YANG MITHALI..

AMINNN..

Semalam dapat wished dari Mr.Shyir je.. sebab dia pun demam masa tuh.. tak larat.. sian jugak.. takpelah.. dah sihat ai tuntut.. muahahhahahahha..

okeyl;.. those yang wished AGS semalam.. di facebook, blog, sms.. terima kasih banyak2 taw. tak larat nak reply satu2. mana yang dan je.semoga Allah membalas jasa kalian.

takde hadiah pun takpe. cuma nak kalian doakan yang terbaek buat AGS dan keluarga. mudah2an ye. terima kasih.

Friday, April 22, 2011

Saya Sudah.. anda bila lagi?

Hamboiii….!!! tajuk.. tak menahan.. macam iklan apa je kan.. ok2… ni nak citer kesah kita orang perempuan ni.. ishh.. mesti lar hal perempuan.. terutama yang dah berkahwin dan dah bersalin… mesti taw perkara ni..

Of course pasal PAP SMEAR.. ha tu yang aku nak sampaikan… hmm.. aku sudah buat test pap smear.. uoollsss dah ke belum…? yang belum sila lar buat.. for good jugak ni… penting tuk tahu kita punya servik tu baik ke dak..

ok.. aku ada info skit pasal PAP SMEAR ni.. copy paste dari alamhamil.com. credit kepada alamhamil.com.. ni hasil google…

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Alatan2 Pap Smear.. dan aku terangkan lar sikit2 ye.. based pengalaman aku..

Test Kit

Test kit ni yang digunakan untuk amik sample tisu di bahagian servik tu nanti

Alat bukaan

Ni pulak alat yang macam kita 1st mula2 kena cek bukaan tu kan.. tapi tak la sesakit cam nak cek bukaan tu..

Ni cara2 doctor amik sample tisu tu..

lebih kurang macam ni lar kedudukannya dan cara dia..

So dah faham kan… aku just share the info ye… kalau nak lebih tau google lar lebih lanjut…

ok.. cek pap smear ni boleh buat mana2 klinik yang ada buat servis ni.. aku buat kat klinik kesihatan ampangan ni je pun.. tak yah susah2.. masa check up fahim 2 bulan ritu.. terus nak buat PS.. then nurse kasi appointment next week nye g buat…

masa nak buat tu cam biasa je.. cam kita nak cek bukaan nak bersalin tu.. kangkang seperti biasa.. then dia masukkan alat bukaan tu.. doc masukkan cam putik kapas tu tapi panjang sikit.. kikis or sapu2 je kat bahagian pintu servik tu sikit….

and you know what..?? TAK SAKIT LANGSUNG.. TAK RASA APA2 PUN.. ni bukan cakap bohong.. tapi aku dah alaminya.. thats y aku share ngn korang… ni untuk mengelakkan rasa takut nak buat test tu…

Alhamdulillah.. after a month aku dapat resultnya.. it was NEGATIF.. bebas dari sebarang simtom kanser rahim… see.. get it what i mean.. ? simple n easy rite.. tak perlu risau.. tak lar teruk mana yang orang duk cakap2 tu…

rasanya benda tu masuk pun tak rasa apa2.. it was like ehem2 with hubby lar gitu… tu pun tak camtu sangat.. sumpah tak sakit…

And please for those yang tak buat lagi PS ni.. cepat2 lar pergi buat.. semua tau kan KANSER RAHIM ni pembunuh no 1 Wanita sekarang ni… just nak make sure kita bebas je dari simptom tu..  orang yang sedang mengandung pun leh buat jugak.. tak bahayakan bb pun.. to make sure jugak.. baby tak kena jangkitan apa2..

tapi those yang dah buat.. tahniah lar… hihi… hasilnya.. kita taw kan.. hhmm.. cakap banyak tak guna.. if you wanna do.. do it quickly.. insyaAllah. you’ll be fine.. hehhe..

info kat sini maybe sikit.. but ok lar.. atleast you know its very important to our life!..

owh by the way… boleh buat test every 2 year.. just to make sure saje..

ok.. untill then.. chow..

Wednesday, September 22, 2010

Dinner and Lil Celebration for AGS

Salam semua..

Hmm.. semalam kan birthday aku kan..? jadinya aku kat umah ni al kepelikan lar.. apasal lar semua orang dalam umah ni tak mo wish besday aku.. adakah mereka lupa atau purak2.. ? kuikuikui.. tapi mr.Shyir of cuz lar hingat.. gila tak ingat.. kang tido luar al kefadanan muka.. haha. eh tak lar gitu..  masih ingat 21 sept dalam palanye tuh… ai dah pasak tarikh tu poreber u.. hahahha..

Malam tadi g lar kuar dinner ngn Mr.Shyir.. aku request nak makan Pizza hut je.. tekak ketiba2an nak makan pizza..  belasah.. janji perut kenyang masing2.. tQ encik suami…love u.. mwahh!!. hadiah rahsia.. ecececec.. ni yang dalam perut ni bukan hadiah..? hahahha.. lagi mahal tau hadiah ni.. siap takde nilai… poreber lagi..

then dah makan sume.. jalan2 tengok barang… balik umah aku masuk umah selisih pulak denga angah yang sedang ngamok2.. eh apa kehal nye budak ni..? sawan ke apa? masuk bilik tukar baju.. sekali mama panggil.. kuar bilik gelap.. sekali dorang wat suprise da…. dengan kek siap lilin bagai.. wahh!!! terharu giler…..

DSC05030nnnn

Ni dia mak yong yang sedang memotong kek beliau…adehh!! berair mata aku ni diorang wat suprise.. patut lar siang2 tak nak wish aku.. rupanya ini kerja uollss!! heehe.. DSC05029mmm  Manggo Cheese Cake.. setaappp!!! makan sepotong je buleh.. sebab esoknya aku nak g check gula ni kang.. tetiba naek nanya pulak… umo aku sengaja tak nak show off.. haha..gedix..

apa2 pun.. million thank to hubby, mama, papa, lil bro n lil sis yang wat suprise tersebut.. tahun depan wat suprise dengan anak aku sekali komplot agaknya..  tak pun dia dulu pelepap atas kek tu.. hahahaha…

anyway.. baby sangat memahami ibunya.. taw2 je hari jadi ibu.. makanya pergerakan beliau sangat aktif.. bagus..! i like…

thankx also kawan2 yang wsh besday aku jugak.. doakan yang terbaek buat aku , baby dan juga keluarga kami.. insyaAllah.. amin…

p/s : owh.. arini aku kena minum air gula buat kali ke 2.. harap2 bacaan ok.. sebab raya ni berat adalah seperti mendadak rasanya.. oh no!.. selamatkan aku.. hihih.. adakah kena cucuk kancing gigi lagi.. gulpp!!

Tuesday, September 21, 2010

Getting older.. but happy to me.. HB AGS!

STICKY MODE UNTIL CHANGE THE DATE!

Salam Semua… hurmm.. hari ni 21 Sept kan? kan?.. sapa tau hari apa? kuikkuikui..

DSC05021 Just Want to say.. Happy Birthday to ME… Yang ke ….? owh rahsia.. yang fenting ai belom 25 ek? kuikuikui.. May Allah Bless Me, My hubby also My lil Baby Inside… Panjang Umur.. Murah Rezeki.. Dikurniakan kesihatan yang baik…

Alhamdulillah… syukur.. masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini.. syukur… sangat2… Harap2 dapat meneruskan nafas ini tanpa henti… insyaAllah…

Gambar ihsan google::

Ok.. mesti ada wish list kan? kan? tak minta banyak pun..cuma..

  1. Harap diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menempuh hari Kelahiran bayi dalam kandungan ini.
  2. Semoga Selamat Melahirkan dan dilahirkan buat ibu dan baby.
  3. Harap diberi keutuhan dan kesetiaan serta kekuatan untuk hubangan kami suami isteri hingga akhir hayat.
  4. Tiada permintaan berupa hadiah yang istimewa buat diri sendiri. tapi dengan adanya anak bakal dilahirkan ini.. adalah hadiah yang tak ternilai bagi diri AGS n suami serta keluarga.
  5. Doa yang terbaik buat AGS dan keluarga.

Simple saja wishlist daku.. buat masa ni takmo hadiah2 lar… tapi tu nanti tuntut lain tahun.. huhuhu….

dan kepada diri sendiri.. SELAMAT MENEMPUH HARI KETUAAN AGS.. kuikuikui… happy to getting older.. happy to be mommy.. and Happy to be a Great Wife as well…

Tq so much! I love my self! My life! My hubby! My Baby! also My whole Family..!

Tuesday, August 3, 2010

Tetak jari sendiri

uolls ada pengalaman luka2 or putus apa2 tak? huhu.. yes! aku mmg ada.. sadis ok… saje je nak share ngan korang.. aku ada kecacatan yang boleh dibendung semula… syukur disitu.. hehe..

citer ni masa 7 8 tahun lepas kot.. mak aih!! dah lama.. seyes.. masa tu petang.. hari sabtu kot camtu.. kira biasa lar petang2 nak makan something.. nak2 perut sedang lapar tat kala hujan tengah lebat.. hahaha… godek peti ais.. ada ayam crispy.. fuh! goreng garing panas2 sedapp giler kan.. owh! masa ni aku stay kat puchong.. umah lama.. hehe.

so nak jadikan cerita.. aku amik ayam tu.. nak jadi kan cam popcorn lar.. duk potong kasi kecik sikit.. sekali taaakk… takkk. taaakk.. dengan parang lebar.. sekali.. gulppppp!!!!!!!!!.. eh.. apasal rasa kebas je jari ni.. ingat terketu ke apa.. tengok darah sudah memancut2 dengan lajunya…dan aku pulak boleh kitai2 jari..cam kibas sebab kebas…habis satu dapur dengan darah aku yang banyak itu…

jari gambar goggle.. tQ encik model jari

yup! jari tengah ok yang tertetak tu… separuh jugak kuku tkde..terkulai tinggal yang kulit bawah tu je support jari tu.. naseb parnag tu tak berapa nk tajam.. kalau tak dah putus terus… muahhaa..

aku dah gigil dah time tu.. masa tu plak. makcik aku 2 orang ada kat umah.. bila aku jerit “ mama………….!!!!! jarrrriiiiiiiiii putussssssssssssss!!!!!!” siap cari lagi mana jari aku tu… hahahaha…

cepat2 g klinik jahit… uiiii… masa bius ko tak yah cakap.. sakit… elok2 camtum balik…. naseb tak kena tulang… kalau tak senget dah jari aku… berbalut 1 jari tu.. haha.. kelakar… 2minggu gak lar jari aku tu berbalut cam kena simen tu…

g sekolah plak.. member2 dah salah tafsir.. ingat aku wat keja tak senonoh.. jari tengah berbalut.. wkakakka… kelakar.. balut besar… bengong ko taw budak sekolah ni.. asek kenakan aku je.. tiap2 minggu buat dressing.. lama2 ok dah.. elok cantum balik.. kuku lama tu buang lar.. tumbuh kuku baru plak..

2 minggu pastu aku reg masuk sek teknik plak.. naseb dah ok… tinggal balut sikit je lagi.. tapi kelakar lar.. sampai skang kalau tekan kat kuku tu.. ada kesan terbelah tu.. hhhehe…

sok2 bila anak kuar… boleh lar citer kat dia.. yang ibu ko ni handal sangat potong ayam crispy tu time tengah beku2 amat.. orang goreng lar dulu.. baru potong.. apa ke ngong ye pompuan ni.. hahahahaha.. salahkan diri sendiri..

skang jari cantek ok.. ahaks!

Thursday, June 24, 2010

Kami adalah BamBam Crew

Ni saje nak tepek.. cerita ahad tu jugak.. tapi ni dari camera hp Mr.Shyir.. berhari2 aku nak transfer…sudahnya kedaung.. muahahahha…

eh? eh? sape pulak de BamBam Crew…? hahahhaha…DSC04962kami lar The BamBam Crew.. hahahhahha…. amacam? sama debab tak? wakakkka.. ni dinamakan selambak.. hahaha.. gilo… budak tecik ni bukak setakat umur je kecik.. malam adalah bambam juga weouls panggil beliau DONUT.. hehhe.. melekat terus… pipi selambak… aunty2 hado??? hahahaDSC04965 so cute seh ini budak.. geram okay… Donut ni mmg hari2 duk umah aku..petang kang baru mak pak dia amik pas balik keja.. memang asik kena gomol je lar.. eh.. btw.ini anak maksu aku.. kira cuzen aku yang paling kecik lar si Donut ni.. hehhe… Baju tu muat2 je eh.. mak aku beli kat Mekah.. aku tak taw lar bulan depan kot debab lagi.. langsung tak buleh nak pakai.. ahaks! cayok! donut!DSC04966ehem2… prektis2.. hahhha.. apasal donut wat muka gitu…? erk! owh dah rimas. apasal tak naik2 keta lagi.. marah budak donut ni. hehe DSC04967 Presenting BamBam Crew.. presiden adalah AGS.. ahahahaha.. amacam BamBam tak AGS.. eh.. mesti lar terbaek nok… ada aku kesah BamBam.. hak hado.. sok pas bersalin.. aku buang lemak secara pukal ni masa dalam pantang.. kuikuikuikui..

eh lupa. kalau ko tengok mak si Donut tu.. tak macam anak ngn mak.. maksu aku kurus jek… anak bambam.. also bapak dia bambam.. hahahha… tapi kalau ngn aku sesuaaaiiiii… hahahhaa… dua2 BamBam.. hahahhaa…

hmm.. banyak pulak aku sebut perkataan BamBam tu kan.. agak2nya ramai tak preggy women yang BamBam jugak.. ahhaha… cuba kira berapa banyak perkataan BamBam dalam entri KAMI ADALAH BAMBAM CREW.. hahhaha.. mental disorder kejap….

chiow!

Monday, May 24, 2010

Demammmm

Salam Isnin semua…

Lama tak berupdate since n3 hari tu kan… bukan tak nak uolls… ai tak larat…. malam rabu tu dah terasa dah badan tak berapa nak best je kan.. so, esoknya khamis tu nak bangun pagi tak leh.. badan panas.. seram sejuk.. sah! demam… hmm.. risau gak aku… lepak lat umah jer lar…

ingat kan petang tu ok lar sket.. rupanya makin menjadi.. nak makan ubat2 ni tak berapa confident lar kan.. aku dengan baby kecik lagi.. jadi tak berani nak makan ubat… petang tu suhu dah jadi 38.c ++mr.shyir bawak g klinik… doc bagi ubat penadol je pun… makan ubat tu ok sket… tapi kejap je lar.. pastu amik ko panas balik..

kalau letak kain basah kat kepala tu tak yah cakap ar.. asek kering je… malam cek suhu balik.. amik ko nak dekat 40.c adeeehh.. menangis aku… panas wehhhh.. malam tu mmg ketuntang ar nak tido… terpaksa b**** tido sebab nak letak kain basah kat badan.. sian kat alki aku ni lar.. tido tak tido je.. jap2 lap.. yang aku dah mengerang2 dah ni.. makan sume dah tak selera…

sok paginya.. mula2 aku rasa cam nak g hospital je… tapi aku gagah jugak lar letak pulak air asam jawa sejuk2 pakai kain kat kepala setiap masa.. alhamdulillah.. better sikit.. aku bukan apa…risau kat baby je.. in case panas sangat2.. takut apa2 jadi pulak….

jumaat tu pun aku mc jugak… mmg baring je lar… setiap setengah jam mmg cek suhu.. turun ke tak… menjelang ke petang.. ok sikit… malam pun ok skit lagi jugak… tinggal sakit kepala je lar…

esoknya sabtu ok dah.. tapi langkah berjaga2 jugak.. aleh2 petang semalam..aku demam balik.. adehh.. risau ni.. cepat2 letak kain basah balik.. alhamdulillah.. kebah juga..

now aku keja hari ini.. tu pun suam2 kuku je ni.. tapi gigihkan jugak.. sbb kerja banyak tertangguh…  harap2 ok je semua….

nati ada masa aku update lagi…

Tuesday, February 23, 2010

New Look My Blogspot.

Salam Semua... Lately ni aku agak lambat sangat lar nak menghapdate blog ni..seyes ok.. dah laptop aku dah nazak.. so tengah tgu new one punya... beli destop terus... lagi senang... latop lama bukan nazak sangat lar..cuba bila dia dah over heater teruss paapppppp.. padam.. hmm..kadang2 tu tension lar..kerja2 tak sempat nak save... aku dah pakai cooler master ke apa bendanya tu,,, pun tak jalan... sangat baik lar laptop aku ni.. sudhnya fan dia rosak kot.. malas nak hantar specialist bagai ni... dah lar brand NEC.. so susah ler kan.. melainkan..inalillah kan laptop tu... hahaha...

tu baru mukadimah ye....

ni aku nak citer sume dah taw kan aku dah tukar sket aku nye blog background color n banner..

like thiss...!!

So okay tak gini... nampak cool ke tak? ni pun tak abis edit lagi... tgu Mr.Shyir betul2 free baru dia nak manage blog ni.. owh ye.!! creadit pada Mr.Shyir..sbb dia yang selalu godam n manage blog aku.. aku tukang update jer.. heheheh...

anyway...bila aku dah free sket..aku akan update dengan jayanya k...di sebabkan laptop wat hal aku pun sama malasssss semedang jer.. hehhehehe...

chow!



Wednesday, January 13, 2010

Dulu kalau tinggal mesti menggelupur

Ya allah.. kenapa lar skang ni aku malas tol nak update secara laju dan tamak.. malas tol nak ngadap lappy ni.. malas tol jari aku ni nak ketuk2 keyboard ni.. tah apa kena tah.. kepala ni tah apa dipikirkan...

ok back to the title.. aku ni skang tiada henfon di tangan... apa sebab..? sebab tertinggal kat umah mertua ku... nak pi amik kat semenyih tu malas pulak..sebabnya weekend ni balik sana jugak.. haishhhh... apa lar masalah sampai tinggal2 henfon.. ni semua sebbbbb tteettttttttttt emo2 pagi2 lar ni..dammn tu my self...

yelar tah camne selalu nya kemas2 katil henfon letak terus dalam beg.. dan bila tngok henfon dah tkde kat katil tu mmg dah bajet dalm beg.. dan ingat juga mr.Shyir dah masuk dalm beg juga... sekali smpai opis... zasssssssssssssss.. OMG... mmg takdo.. tapi rilek je... takde susah hati bila henfon tinggal..

almaklom.. kalau dah kawen ni takde hal lar.. sape je nak call kita kalau tak hubby je kan... hahha.... dulu kalau tinggal...mmg menggelupur lar... resah.. sanggup tu u-turn balik p amik..skang ni takde makna.. sapa lagi yang nak call kan kalu tak hubby kita... nak2 hubby hari2 dgn kita takkan pulak nak bercalling2 sebelah2 ni.. gilo apo..????

lain lar kalau b4 kawen.. sat2 nak sms..sat2 lagi nak MMS sat2 lagi call pulak.. ha tol tak..?? hmm...tu dulu skang dah lain... best sket ye dok..?sampai bergayut tipon tak hengat ke pagi tak henti.. nak2 ada super saver tu..hmm..tak yah cakap..siap kalau nak bye tu.. bergadoh2... sapa cakap dulu...bila ingat zaman2 bercinta tu..mmg lar... klakar dow... cam buduh pun ado.. hahahhaha..skang tak lagi... takyah lar nak heran sangat henfon tu kat mana.. siap leh cakap.. " tak bawak henfon takpe.." muahahhhahahamm

sudahnya..harini dan seterusnya tak de henfon ok.. hari jumaat malam baru ade henfon.. sapa2 nak contact pls via email, fb or Ym okehhh....

so hidup tanpa henfon untk 3 days ini...rilekksss..santaii.. hahaha..sapa2 tak pat call aku tu.. paham2 ler k....call hp laki ai..hhehe..

p/s : hmmm lately ni badan letih jer...menjelang petang ok pulak.. tak faham lar..

Thursday, October 1, 2009

Puasa Sunat Enam

Alhamdulillah...
arini dah hari ke 4 aku berpuasa enam...
insyaAllah kan dilaksanakan lagi 2 hari akan tamat..
dan berhari raya lar aku lagi skali..
mihahahahhaha...suke..suke..suke...huhuhu....

yelar..puasa enam ni kan diberi peluang hanya bulan syawal...
harus lah di Grab sepenuhnya..rugi ooooo..
pahala nya..seperti berpuasa setahun taw...
bukan apa..cuma nak menambah pahala..
mana taw dulu kala aku ade terkurang sana sini sket..
jadi topup ler sket2..

puasa minggu ni tak pulak meletihkan...
cam biasa kita puasa ramadhan tu lar...
klu tgk makanan pun tak heran...
ceeaaa... ayat tak bleh blah ko annn!! puuiiii..
bukan lar tak heren..tapi sabor2 ler..
bukannye tak makan buka nanti kan?
hahahha.....

tadi mr.shyir ckp ada durian runtuh..
waahhh!! harus lah menpaw beliaukan...
hehehhehehe...tgu je malam nie?
isshhh..bukan malam tu lar..
pandai je pk tu..hahahhahahhaa...

okay2...nati update later taw...

hikkssss!!

Friday, July 24, 2009

anak sapa nie?

okay2..aku nk buat satu teaser lar k..eceehhhh!!!...
nan ado nyer...hahahhahhaha....

SIAPAKAH ANAK INI???
ha..jawap..jawap...jawap...
sapa leh jawap..leh datng kenduri wedding aku...
hahahhahaahha...sila beri kata2 yg sedap lagi cumel..hiksss!!.
miahhahahaha...

Tuesday, July 14, 2009

i love my eyes

Apasal aku tempek pic nie? motip nyer... ahhhh..xde motip...just nak show off mata aku yg besar tuh...bukan nak sebut dolly2 nie..cuma skang ni aku berjinak2 dgn mekap alar arabic...cuz aku suka..huhuh... makanya aku mendpatkan tutorial kat youtube pasal arabic mekap nie.nice n sntekkkkkk....
jgn nk komplen pasal kulit muka aku tu..aku taw aku tak santek...tak licin pun...bese2 jer...miahhaha... btw.aku suka eyeliner tebal2..hehheehe...

p/s: anybody dah dapat kad aku...

Thursday, July 9, 2009

dolly lar sgt

ni kes tak taw nak update ape... biler ek?..hmm..last month kot..kan aku de time square aritu..dah fenat2 tukan...mase tgu mr.shyir beli jam..aku ternampak advts pasal geo lens..aritu nk beli by on9 jer..sekali dah tutup..ater..klu lambat camne nak pakai kan..kang tak sempat pulak...

hehehehe....alar sesajer je beli.tak mahal pon 2 pair rm100...okay lar tuh..leh pakai setahun... aku amik 2 color..1 grey tears...1 brown dolly...hasilnya mata semakin besar...aiyayaaaaakkkk!!! haaaha...dah lar mata sedia besar...lagi mau besarkan....apo2.lar..

dan hasilnya...........!!

nampak natural ke tak?
dan ini??
ni malam...sinaran flash menyebabkan mata ku seperti kucin..wth????
dis one color grey..yg tears tu lar...ada nampak cam nangis ker?? blueeekkkk!!..nak muntah acik...miahhahahahah....

sekian terima kasih...hikkssss!!!

p/s: aku ngh godek nak wat make up ala arabic nie...adeeehh..fenat nk praktis byk kali...

Monday, February 9, 2009

Selesai sudah

dlm entry lepas aku ade bg taw yg aku addicted kat sinetron jelita kan...
now citer tu aku dah abiskan tgk...
sume episode aku dah selesaikan..
ending dia best jugak lar..
xde lar aku terase vudus bila ikut citer nie...
atlast..si jelita ngn erlangga..bayu plak lumpuh..
kartika n lirna dah baik..
vivian plak kena maki hamun dek kartika...

no wonder saper yg ikut citer nie..
pasti nk tgk ending smpai abis..
tp kesian kat bayu lar..byk pegorbanan yg dia dah buat...
smpai lumpuh pun dia still xdapt jelita..
cuma dia puas hati dapat mecintai jelita..
walaupun jelita mencintai erlangga jer..

aku bg korang tgk pat last jer...
tp xbest lar sbb korang xtaw tgh2 citer nyer camner..
anak jelita tu camner,apa jadi kat dewi n family jelita..
mak bapak erlangga tu camner...
so nk tak nak ikut lar citer tu..
tu pun klu nak feel..hehheeh...





Ini lah akibatnya klu dah addicted..
mesti nk tgk smpai abis..
Bayu n erlangga sama ensem...hahhaha...
yg pasti aku dh xder lar nk tgk citer ni kat tv dah...
ehhehe...



Jusco yg kosong + Melecet..

Aku menjadi heran..
naper jusco arni tak seramai n sesak cam sebelum nie..
pelik sungguh..
selalu nyer..klu g tgh hari kompem parking kat dlm n roof top dh full..
smpai parking tepi2 jalan....
tp bila aku tgk..sedangkan parkng kat bawah belah2 ujung nie pun kosong..
apetah lagi kat atas tuh..
tekaan aku,,adalah tepat..
sah mmg tak ramai..
sbb banyak keta duk parking yg dekat entrance..
keta aku pun senang parking kat area pintu masuk tuh...

bila balik pun..cam gitu gak..
aku kuar dlm kul 6 cmtu..
pun sama gak..
aku agak lar,...
ramai org semban ni dah kuar balik kmpung kot..
yelar...ahad kan thaipusam..
isnin plak cuti....
tp xpe lar..bagus gak tak ramai org kat jusco nie..
xlar aku pun sesak samer..
Parking roof top yg xbrapa byk keto..*acik polik nie ha....
but xmengapa...
yg lagi xbest nyer..
aku tak suka kaki ku melecet sebegini..
sakit taw duk menahan...
pakai hill tu lar..
aku dh lame gler xpkai hill tuh...
sbb aku nk mactching ngn handbag..
aku pakailar..
aleh2 jadi cenggini...
gelembung kat dua2 jari..2 side sekali..*opps..!! agak hmpeh sbb letak kaki kat dashboard tue..huhu


Di sbbkan nie...yg pasti..kem salam nk pakai lagi...

dah xbest nk pakai..
jadi simpan sajork k...



Sunday, February 8, 2009

Birthday Mr.Shyir + Pink Panther

Hari yg ditunggu dah tiba...7 Feb sabtu yakni semalam..
aku kuar lar ngn Beliau (Mr.Shyir)..
cam celebrate..kan ari jadi beliau...
kira kena lar fully entertain dia...
n tahun ni gak dia sambut besday yg last sebgai bujang..
pasni next besday dah jadi suami aku...huhuh..*aminnnn....

pagi tak pagi sgt ar...
dah tgh hari gak ktorg kuar..
cam bese dia haruslah pick aku kat umah...
kitorang decide nk round2 are seremban sajork..
mls nk g jejauh...
sblum gerak tuh...aku suh dia cek keta aku..
dia agak bebel gak sbb keta gwe koto + semak..
dia cek2 kat area enjin tu n tah apa lagi dia wat...
pastu baru lar gerak..

otw tu aku suh dia singgah kat Shell bwh umah aku nie..
sbb aku nk kasik hadiah kat beliau..
wah..sonyum smpai ke telingo dek hadiah yg dibori...*tone nogori pls...
bukak2..terus baca card yg aku bg tuh...
tersengah2 baca kat tue..
yg aku ni pipi dah cam lobster...*sory..no pic was taken..cuz shy2...
kmdian dgn rase xmalu nyer..dia try pakai shirt tuehh*oh ye.!! aku bg shirt kat dia..
Actly.dia xde shirt ala2 design tuh..dats y aku beli..
Happy je dapt hadiah tuh
terus baca kad tuh..*aduss..malu aku seh...hihihih..
testing terus...muat tak muat tue...*He said nice...n style..

smpai jusco around 2pm cmtu..
decide g usha movie yg best2..
tgk2 pink panther dah kuar..
so..dgn pantas..g grab dulu...
amik ku 3.20 gitu..
sempat lar kita mkn dulu..
aku plk teringin nk mkn kfc..
apa lagi..bedal sajew..
aku order 5 wing yg baru tuh..*mkn 3 ketui jer...xabis..bungkus..hahhaha
Mr. Shyir plak dinner plate spicy...dia sental abis...
*xamik pix sbb dah lapor...
cuma ni jer...
sesantap dulu baru amik pic..huhuhu

lepas sesantap...
terus solat..
cuz pink panther nak start..
dah selesai..
trus masuk movie ler..
naper aku pilih citer nie..
sbb citer ni mmg kelakar...
detektif yg kabut tp berjaya solvekn problem..
bek g tengok..
xnyesalnyer,...huhuh..

After abis movie tuh
jenjalan n tawaf2 jusco..
bkn ade menda menarik pun..
just usha2 camera yg baru mana taw leh wat hantaran nati...
pastu g searching kertas kad yg best utk project small box aku tuh..
tpi xde yg berkenan pun..
pastu ajak Mr.Shyir g sntai lar..
hehehehe...

p/s: anyway..aku happy kuar date arini cuz he's very mean to me...tQ syg..

Friday, February 6, 2009

Tunjuk baju baru


Sibuk suh webcam dia

Mlm tadi aku berWebcame dgn si AISH..
sejak2 dia dah pandai berwebcam..
2 hari sekali mesti webcam..
siap suh mama dia mesej nk webcam aku ngn family..
kebetulan kitorng tgh layan raja lawak...
bila on je cam tue..terus dia tunjuk baju baru..
baju Upin n Ipin tuh...
minat sgt ngn citer tue..
yelar..bukan budak kecik je minat...
sampai kita yg besaw ni pun layan sama...
dia siap ckp.."aish li aju awu..betul..betul..betul..!"(siap ajuk ckp upin ipin tu..)
Dgn bangga duk tunjuk baju ipin upin dia tuh....pakai terus..

actly,dia ni my lil cuzen sblh mama...
kira adik mama aku nyer anak lar..
dia nie since lahir mmg mama aku yg jaga mama dia n dia mase dlm pantang...
every 2 weeks..mesti balik umah aku...
nak balik umah papa...syg benar ngn papa n mama chu dia...
klu papa lak...dia dah cam anak dia...
sayng betul ngn si kecik nie..
baru 2 thn 1/2 dh pandai macam2...
ckp terhenti,..asyik nak maen jer...
balik umah aku ni mcm2 benda yg dia nk explore kat umah nie...
dah tu ramai plak kat umah ni yg rajin melayan dia..
especially,papa aku nie..bole kata apa saja lar utk si kecik nie..
sanggup dia beli..aku n adek badek aku...jeles gak lar..
tp kitorang pun duk numpang skali..
ehehehhe..

pastu mase webcam tadi..
dia wat muka comel dia plak..
eleh....cumel lar sgt..huhuhu

mcm2 lar dia citer kat webcam tue..
tak terlayan dah...
last2 kitorang ckp nk tido..
terus dia kata..."alam dulu..." (salam dulu)
hahaha..nk salam dlm webcam..
hulur je tgn kat cam tue..
dah salam..baru say..good nyte..

p/s: xsempat nk amik video mase dia ngh shuffle..later k...
oh ye..nama dia ahmad faris zulhilmi


Hadiah buat beliau

seperti yg aku ckp semalam..
mlm ni kena lar prepare  hadiah n card spt yg dijanjikan...
birthday beliau insan tercinta jatuh pada 7 fen yakni esok..
maka genap lar en. Bashir 26 thn..(cinta hati dah makin senior  rupenyer..)

preparation xlar gempak mana...
just wat ape yg patut jer...
nk ikutkan mase besday aku yg lepas...
betul2 suprise dia wat kat aku...
mse tu lak time bulan pose..
tp giler terharu lar suprise dia tuh..
huhuhu... waktu tu lar dia lamar aku..(cheewaahh....poyos..hihihi)
aku wat yg mampu jer lar...
heheheh..

Ni brg2 nk prepare  hadiah tu lar...

AdeQ yg teruja nk deco kotak tu plak..(ko plak teruja kan...!!!)

and hasil nya...dlm tu ade card...isi dlam dirahsia kan...hahahhaa

Esok baru aku bg kat BELIAU...
hope dia suka apa yg aku bg nie...
nk wat kek xsempat lak..
so beli je lar..heheheh...

Anyway..aku menunggu detik jam 12 malam...
nak wish nie...

p/s: Selamat Hari Jadi Dady..May Allah bless you...Dipanjangkan umur dan Murah Rezeki..Semoga Allah mempermudahkan perhubungan kita dan kekal ke akhir hayat..amin...Mumy love u so muchhh...really..!!! mmwaahh....

Thursday, February 5, 2009

Body Glove + Besday Card

Mmg aku dah plan arini nk g ricky hadiah besday utk En.Bashir..
siapakah beliau? beliau adalah tunangku..org terchenta..gituuu loh..
besday dia ari sabtu nie 7 Feb..ingat nak wat suprise utk dia..
tp xtaw apa jenis suprise nk kasi..wish ngn bg hadiah sket pun jadi lar..
hmm..tp xper..aku ader mase nak pk lagi utk sbtu ni k...

Lunch our.. aku pun membolos kan diri utk kuar..
(bersedia atau tidak bolos saja dinding itu...sila wat nada zizan..)
xjauh aku memboloskan diri...jusco S2 ni jer...
cuaca amat lar panas kering..
smpai kepala aku ni bertmbah sakit..
actly..mmg dah sakit since ari selasa..
sakit kepala cam migrain..tp bkn migrain..
dia sakit kat area dahi n kening belah kanan..
tgk lar..klu xbaik lagi..aku g jumpa Tuan doktor..

Masuk je jusco amat lah lega..
sejuk n nyaman jer.
ricky kat men's department sume cam xbest jer..
so turun kat area bawah..nampak plak body glove..
nmpak cam best 'benda' tu kat area dlm sket..
usha nye usha..cam nice jer..aku pun tibai jer..
smbil nyelam minum air sekali..
aku pun sauk aku nye sekali..
jeng..jeng..jenng...
ni BG green color.. nice plak
pastu aku g carik birthday card n kotak utk hadiah tue...
Memory Lane Card's department..nk pilih card yg mana ek..?

antara 2 ni mana yg best..? yg biru tu simple sgt so aku amik yg pink..ala2 jambu gitu...haahaha
janji dlm card ni ayat nice giler.. 
rege nya MYR12.50..huhuu...


Lepas setel sume tu..
aku singgah kat kedai roti..
beli roti sosej...pastu trus aku big Apple..
atas kiriman maksu ku utk seketul donut..
tp xkn lar aku nk beli seketul jer..
alang2 aku beli ar 3 ketul..nmpk cantik sket ar...
lagi pun donut ni best..
xbeli xsah k...
huuhuhuh
Donut yg telah di sauk oleh Maksu ku...tgl 2 ketul jer...

Aku masuk opis ngam2 kul 2..
mkneye aku on time..hahaha..
parking pun aku tak bayo..
sbb less then 1 hour is free..
hahahha..
pantas kan aku membeli barang..

so..ini malam..aku malas nk preparekan hadiah tue..
jadi esok je...boley wat ayat jiwang2 sket kat card tuh..
hahahhha....

oh ye..mlm nie nak layan jelita lagi..
dah episod 50 ni...
ade lagi 8 episod nak abis....

permisi k...





Wednesday, February 4, 2009

Addicted sinetron JELITA

JELITA...semakin hari semakin addicted..argghhh...

Aku tak taw naper aku dah addicted dgn sinetron nie...
nk kata aku minat si Agnes nie tak de plak..
tapi citer ni cam best jer nak tgk...
mula2 duk tgk kat tv3..time keja lak tue..
dah tue tv depan mata...hhhaaha...
tapi bila nk tgk kt tv tu mesti rse tak puas giler..
sbb aku tertanya2 the next episode nye plak...
makanya aku cari kat youtube ler..
now..mlm sebelum tido aku kena layan citer ni plak..
dah episod 45 aku tgk..
kat tv tu baru 20 lebih kot....
so,skang nie aku tak tgk kat tv tu  lar..
buleh wat keja aku plak....
just nk taw ending citer ni jer..
tp kan..bila tgk citer indon ni mesti emo giler..
yg jahat tu..ya ampun...geram tol..cm nk belasah je...
yg baik ni plak..asyik kena maki hamun..gambel lar..etcs..'
sian gak..tapi ni kan citer..so tak yah emo k...
nt biler dah abis tgk citer ni..baru lah aku puas hati..
tu pun klu ending dia best..klu hampeh.. aku ni boleh diklasifikasi kan vudus + shengal kerana nonton sinetron ni..hahahhhah..
but we wait and see ok...