Pages

Friday, April 22, 2011

Saya Sudah.. anda bila lagi?

Hamboiii….!!! tajuk.. tak menahan.. macam iklan apa je kan.. ok2… ni nak citer kesah kita orang perempuan ni.. ishh.. mesti lar hal perempuan.. terutama yang dah berkahwin dan dah bersalin… mesti taw perkara ni..

Of course pasal PAP SMEAR.. ha tu yang aku nak sampaikan… hmm.. aku sudah buat test pap smear.. uoollsss dah ke belum…? yang belum sila lar buat.. for good jugak ni… penting tuk tahu kita punya servik tu baik ke dak..

ok.. aku ada info skit pasal PAP SMEAR ni.. copy paste dari alamhamil.com. credit kepada alamhamil.com.. ni hasil google…

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Alatan2 Pap Smear.. dan aku terangkan lar sikit2 ye.. based pengalaman aku..

Test Kit

Test kit ni yang digunakan untuk amik sample tisu di bahagian servik tu nanti

Alat bukaan

Ni pulak alat yang macam kita 1st mula2 kena cek bukaan tu kan.. tapi tak la sesakit cam nak cek bukaan tu..

Ni cara2 doctor amik sample tisu tu..

lebih kurang macam ni lar kedudukannya dan cara dia..

So dah faham kan… aku just share the info ye… kalau nak lebih tau google lar lebih lanjut…

ok.. cek pap smear ni boleh buat mana2 klinik yang ada buat servis ni.. aku buat kat klinik kesihatan ampangan ni je pun.. tak yah susah2.. masa check up fahim 2 bulan ritu.. terus nak buat PS.. then nurse kasi appointment next week nye g buat…

masa nak buat tu cam biasa je.. cam kita nak cek bukaan nak bersalin tu.. kangkang seperti biasa.. then dia masukkan alat bukaan tu.. doc masukkan cam putik kapas tu tapi panjang sikit.. kikis or sapu2 je kat bahagian pintu servik tu sikit….

and you know what..?? TAK SAKIT LANGSUNG.. TAK RASA APA2 PUN.. ni bukan cakap bohong.. tapi aku dah alaminya.. thats y aku share ngn korang… ni untuk mengelakkan rasa takut nak buat test tu…

Alhamdulillah.. after a month aku dapat resultnya.. it was NEGATIF.. bebas dari sebarang simtom kanser rahim… see.. get it what i mean.. ? simple n easy rite.. tak perlu risau.. tak lar teruk mana yang orang duk cakap2 tu…

rasanya benda tu masuk pun tak rasa apa2.. it was like ehem2 with hubby lar gitu… tu pun tak camtu sangat.. sumpah tak sakit…

And please for those yang tak buat lagi PS ni.. cepat2 lar pergi buat.. semua tau kan KANSER RAHIM ni pembunuh no 1 Wanita sekarang ni… just nak make sure kita bebas je dari simptom tu..  orang yang sedang mengandung pun leh buat jugak.. tak bahayakan bb pun.. to make sure jugak.. baby tak kena jangkitan apa2..

tapi those yang dah buat.. tahniah lar… hihi… hasilnya.. kita taw kan.. hhmm.. cakap banyak tak guna.. if you wanna do.. do it quickly.. insyaAllah. you’ll be fine.. hehhe..

info kat sini maybe sikit.. but ok lar.. atleast you know its very important to our life!..

owh by the way… boleh buat test every 2 year.. just to make sure saje..

ok.. untill then.. chow..

10 comments:

pRincESs_N said...

N nye appoinmnt nxt mnth..x sakit ekk..hurmm...legaa..

asna cute said...

insyallah nanti akan buat hehe =))

lina said...

salam ann - Thank sharing...:) tak sakit ekkk

makaji08 said...

ape pakaian pakai mase buat pap smear?

Ann GreenStrawberry said...

hehhe.. korang boleh cek dah ye..

mak aji08: masa tu ann pakai baju kurung.. sbb nanti kita kena bukak panties..

makaji08 said...

malunya kena bukak panties.kena *menebas* semak samun dulu la.awak pun camni dulu ke?.saye first time nak buat ni.

Ann GreenStrawberry said...

makaji08 : mula2 tu mmg malu... tapi belasah je lah.. hahaha...tebas lagi bagus.. kuikuikui... haah time ni first time buat... nseb baru 2 bulan pas beranak buat check up ni..

makaji08 said...

pagi tadi selesai wat p/s.dari a-z malu sesangat.nurse siap check breast sekali.segan kena buka bra & panties dpn nurse.nurse tu pun perhatikan saye je.tak selesa langsung.awak pun camni ke mrs.ags?

Ann GreenStrawberry said...

makaji08: hihi.. malu tu mmg lar.. tapi nak wt camne.. tebalkan muka je.. tapi time ann dulu takde pulak dia suh cek breast tu... tapi masa masuk tu tak sakit kan?

Syafikah Syuhadah said...

Uwaaa malunya buat pap smear kena ngan doktor lelaki huhuhu doktor laki india lak tuh siap senyum lagi suruh Fika releks jangan tegangkan badan hmmmm malu teramat malu mahkota ku dilihat insan lain huhuhuhu