Pages

Thursday, April 28, 2011

Happy 4 Month Fahim Mikael

Hari ni fahim dah 4 bulan..
kejap je kan masa berlalu..
rasa baru je bersalin kan dia.
kang tau2 dah ada adik..tetttttttt..
lambat lagi lar..

Okay.. last monday fahim check up untuk 4 bulan..
Alhamdulillah semua ok..
tapi pagi sebelum g klinik tu..
si kecik ni susah sangat nak kejut dia bgn tido..
berapa kali gerak.. still tak boleh nak bukak mata..
fahim.. fahim.. gitu lar kekdahnya skang..

sebelum g klinik harus mandi.. kang masamm...
masam2 pun sedap tau...
sampai klinik.. mak aihh.. ramainya orang..
siap terkeluar lagi.. app. kul 8.00 am..
aku sampai 8.30am.. dak kecik tu bangun lambat..
then letak buku. terus g sarapan dulu..
setel sarapan.. nama tak naek2 lagi...
yang tak boleh blah.. isu ni sama je..
sang suami ni.. temankan isteri tu duk sama sekali dgn isteri tu..
haihh!! ramai lagi ibu2 ngandung duk berdiri je..
dah tu tak reti2 lagi..

aku n mr.shyir.. diri je lar..
fahim letak dalam stroller.. senang..
tak yah nak pegang2 or dukung..
dia main sendiri dengan toys ni dalam stroller tuh..
last2 tertido.. hahaha.. good boy...
sambil tgu fahim nye nama panggil..
terjumpa kawan aku..duk sembang2.
tak rasa sangat lamnya pun..
timbang n jumpa nurse.. kul 10am dah setel..
see.. tak susah pun...

ok.. result check up fahim..
Berat : 5.9kg (5.1kg)
Panjang : 65 cm (61 cm)
lilit kepala :40 cm (39cm)
cucuk : xdo.. bulan depan 5 n 6 bulan baru cucuk.

fahim tu dalam picture nampak je cam bam2..
hakiktnya haluss je.. tulang dia je yang keras..

Perkembangan terbaru Fahim:
  • Membebel semakin kuat.
  • Pandai bebel sambil jebik2
  • Geram dengan mainan yang dipegangnya - (kalau dgn hippo dia,macam bergusti je.. ahaks!)
  • Main air liur maha hebat - tu yang aku kena pakaikan dia bip.
  • dah mula nk ngiring - owh fahim lambat sikit ngiring or nyiarap.. malas terlebih
  • pandai tengok kartun pagi2
  • dah mula susah nak kejutkan tido
  • kalau dudukkan dia.. asek nak menggelongsor je kedapan.. supaya kita boleh dirikan dia..
  • takmo duduk2, kalau boleh nak berdiri pandang ke depan.
  • tak boleh hilang ibu kalau kat umah.. haishhh!! susah lar gini..
  • kuat nyusu.
  • Suka mandi sambil tu lurus2kan kaki dia dalam tab tu.. susah aku nak pusing2kan dia...
  • dah boleh pegang barang dan mencampak.
  • cabut puting sendiri.. see kalau dia taknak.. dia cabut sendiri..hahahha..
  • pegang botol kalau dia rajin.
  • kalau orang call pastu loudspeaker kan call tu.. orangpanggil nama dia dah alert.
  • kalau kita lalu lalang depan dia.. kepala dia pun ikut sama.. hahha.. cumel.
  • eh banyak lagi la.. cukup2 lar kot. hahhaa
tapi kan perkembangan anak sendiri dengan anak orang lain jangan dibanding2kan..
masing2 ada kemajuan sendiri.. anak sendiri kita taw lar camne..
nati aku rajin aku letak pic fahim yang lain..

1 comment:

asna cute said...

fahim tetap comellllll! suke la tgk muke fahim. mata bulat.. keep growing ya fahim! muah!