Pages

Friday, October 21, 2011

Update : Kisah sedih.

Kesinambungan cerita pasal berita kematian suami sepupu aku semalam.

ok.. ada sape2 yang dah baca surat kabar harian metro atau sinar Harian? if ada.. itu lar yang berlaku dalam text berita tu.. tapi ada jugak fakta yang salah seperti ayat ini.

''Sebelum kejadian, Nor Azmi dikatakan keluar ke jalan raya di depan rumah mentuanya (rumah mak arwah yang sebenarnya)  untuk menegur perbuatan remaja terbabit yang kerap merempit di situ. Nenek saudara mangsa, Putih Abd Ghani, 73, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di beranda rumah apabila dikejutkan bunyi dentuman kuat.''


lagi satu....

"Menurut Nur Syakirin, dia bagaikan tidak percaya dengan kejadian menimpa suami yang berlaku di depan rumahnya itu (Rumah mertua erin sebenarnya), namun reda dengan ketentuan Ilahi.""

ok.. aku dah betulkan fakta... nak baca lanjut.. sila ke Link metro ni. BERITA PENUH

**********************************************************************
Sumber Sinar Harian:

ALOR GAJAH - Niat seorang lelaki untuk menegur seorang remaja lelaki yang merempit di depan rumahnya membawa petaka apabila dia pula dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan di Batu 23, Kampung Ayer Molek, Masjid Tanah, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nor Azmi Othman, 27, berjalan keluar dari pagar rumahnya untuk menegur perbuatan remaja terbabit yang kerap merempit di hadapan rumahnya, tetapi malangnya dirempuh sebuah kereta jenis Kenari yang datang dari arah Kuala Sungai Baru menghala ke Masjid Tanah. – SH MNS/ Norrizah Baharudin

************************************************************************

hmm.. malam tadi aku g ziarah lar ke rumah mak mertua erin... dalam hati berdoa je supaya sempat dapat lambaian terakhir dan alfatihat buat Azmi... syukur dalam hujan renyai tu.. sempat sampai walaupun sesat jap. sebabnya malam tu jugak nak kebumi. masa sampai orang tengah sembahyangkan jenazah.

hujan renyai. berteduh kat umah sebelah sebab pack sangat. tapi dapat jugak tengok masa jenazah dah masuk ke dalam van jenazah. nampak jugak kelibat sepupu aku Erin yang dah lemah longlai mengiringi suami dia buat kali terkahir.. yaAllah. sebak rasanya.

orang dah beransur.. baru kami masuk ke rumah. tanya sepupu aku lagi sorang ni... kakak kepada erin.. ekceli erin tu kembar.. so kakak dia Eina. citer sebenar camne leh berlaku.

lepas azan zohor tu, suami dia kuar depan umah ni sebab nak marah budak2 rempit yang duk press2 depan umah.. so bising lar kan.. tah camna baru melangkah pagar umah tuh.. ada pulak kereta tetiba terlanggar dia dari tepi. mungkin tersenggol ke sikit kan.. sbb org nampak.. dia berpusing2 pastu jatuh terhempas kepala.. darah banyak kuar.. nazak n terus meninggal kat situ di pangkuan Erin. Kejadian tu betul2 berlaku depan mata Erin. Sedih tak yah kata lar...

yang si langgar ni pulak perempuan, terus call ambulans n buat report polis terus.. kisah lanjut aku pun tak taw apa jadi. si kembar Erin pulak citer.. ada tanda2 sebelum dia nak pergi tuh..

Arwah tanya anak dia Damia tuh, "Nanti Kalau papa takde.. sape nak nak tiup2kan Mia kalau Mia sakit?"..``` dannnggg!! sedih akuu..huwaaaaaa... aku pandang Mia bertambah sedih sangat.. dia tak taw apa2.. masih kecil dah kehilangan ayah...

tak lama pastu diorang balik dari kubur. Erin nampak lemah sangat2... kesian..masuk pulak ibu arwah.. dah tak bermaya dah.. lemah jugak... bayangkan.. Arwah anak lelaki tunggal. Dia mmg sayang sangat kat arwah.Adik erin cakap kat kitorang... dia risaukan kakcik dia n mia.. hmm.. tak terkata aku. Ya Allah! kuatkan semangat sepupu ku itu..

macam mana pun.. kita kena ingat. Mati itu tak tunggu usia dan masa. Bersedia lah. Satu pengajaran buat kita semua.. hmm.. hargai jugak suami kita. mr.shyirrrrrrrrr i love u..


Marilah kita sedekah kan Al-Fatihah kepada Arwah Nor Azmi Othman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aminn.... Al-Fatihah.

kepada Erin : Tabah ye sayang... Redha atas permergian mie. Allah sayangkan dia. kuatkn seangat untuk membesarkan Damia tanpa Mie.. insyaAllah.

Damia : walaupun mia kecik lagi tak taw apa2.. tapi mia mesti nampak papa ada dengan mia kan.. mia budak baik. nanti dah besar jaga Mama taw. Maklong syg mia...

soobbbbbbbbb... sebak!

5 comments:

shiela said...

takziah..al fatihah kepada arwah..

atty's said...

sedihnya..itulah kita tak tau ajal kita..maut memanggil x kira kita tua muda..

al fatihah utk arwah,semoga dtmptkan diklgn org2 yg beriman.

:: Mrs.Eady :: said...

al-fatihah.....semoga arwah tenang disisiNya..

pnsusu said...

al fatihah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman......amin

takziah kepada keluarga arwah

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Alfatihah n salam takziah utk sepupu awak..
saya ada bc metro jumaat tu, mmg terkejut la jugak..
ty asben kot die kenal sbb arwah org kapal gak kan.. huhuh
apepun, semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..