Pages

Thursday, December 17, 2009

Salam Awal Muharam

Diam tak diam, esok dah masuk tahun baru dalam kalender islam. Maka bermula lar perjalanan kita di tahun baru ye tak? So apa azam uolls? ecehhh...tetiba jer tanya azam orang kan..? hahhaa..azam sendir camne pulak..hmm...tentunya ada azam tu..tapi inysaAllah akan dilaksanakan, ada jugak azam tahun ni blom sempat dilaksanakan dan akan top up untk tahun nie...

so esok semua dah bercuti sempena Maal Hijrah nie... dan masing2 ada program sendiri kan.. bercuti lar kenduri lar dan macam2...jadinya uoll jangan lupa ye membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun nie... Semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah swt serta rahmatnya ok..

kat bawah ni aku ada share doa awal tahun n akhir tahun dgn uolls.. so harap jangan lupa membacanya ok...

 

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan

aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

clip_image001

Credit to Jakim Website

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan

dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

clip_image002

 

nati boleh lar reminder untuk diri sendiri supaya uolls semua tak lupa ok...dan kat sini juga aku nak wish sket.

 

Alhamdulillah.. kita dah nak masuk tahun baru islam kan.. jadinya aku nak minta maaf pada semua readers2 sekalian. Jika aku ada kesalahan secara sengaja atau tak sengaja harap dimaafi. Mungkin juga ada kata-kata aku yang membuatkan uolls terasa pun seribu keampunan dipinta. Semoga pada tahun baru ni akan membuka minda dan juga membuat kita lebih peka tentang kehidupan di dunia dan di akhirat. Duniawi dan akhirat perlu seimbang. Semoga juga Allah swt ampunkan dosa2 kita sepanjang tahun ini juga tahun2 yang lain. InsyaAllah.

p/s : adoi..lapar sudah nie..hehhehee