Pages

Friday, June 11, 2010

Bila di jalan raya

ok.. uolls mesti lar memandu dijalan raya kan… takkan pulak di dalam semak.. heeheh.. lupakan jap… but uolls as driver mesti uolss geram dengan sikap segelintir pemandu2 yang hampeh dan nyusahkan penggunakan jalan raya yang lain betul tak? dan semestinya kat Malaysia.. ada pemnadu berhemah ada langsung tak berhemah serta menyakitkan hati…

Kat sini aku bagi situasi2 yang berlaku dijalan raya :

  1. Memandu dengan kadar terlampau perlahan – owh.. sangat2 menyusahkan ok… sampai berderet keta belakang.. nak memotong tak boleh.. nak laju2 sikit tak boleh…. bikin jalan ni dia yang punya.. jadinya,pemandu yang lain jangn bengang lar kan.. bawak dalam kadar 40-60km/j di jalan persekutuan. betul2 menguji kesabaran..tak boleh ke laju sikit.. supaya pemandu lain boleh memotong dengan jayanya… tak perlu lar kamu membawa kereta seperti bersiar2 tanpa melihat kereta kat belakang kau tu dah panjang menjela..
  2. Memotong dari lorong kiri – yes! yang ni semua orang marah betul tak..? contoh lar.. hari tu masa pergi ipoh.. memg weouls kat lane kanan dan sedang laju.. tetiba kereta dari arah kiri terus memotong depan kami yang sedang laju itu.. dan hampir menyebabkan pelanggaran..juga boleh menyebabkan kami terbabas dipenghadang jalan… dan apa lagi… disebabkan kami amat2 marah.. makan driver(Mr.Shyir) telah mencucuk kereta tersebut(alar.BLM saga je kot) hingga rasa macam nak cium bontot kereta tersebut.. sambil2 hon bagai nak giler… hambik disitu.. lalu kereta itu ke lorong kiri semula.. dan kami telah menunjukkan sebiji penumbuk kepada driver BLM tersebut… uewwwww geram acik nok… ok.. abaikan sikap kami yang baran itu.. tapi yang penting.. pemandu suka motong gitu.. mmg patut terbabas pun… geram! tak boleh sabar kah? kau tak nampak kah dilorong kanan ada lah untuk laju..? hishhhh.. dush2..
  3. Perlahan kenderaan untuk melihat kemalangan – alar.. situasi ni biasa lar kan… nampak xcident memang kena perlahan.. tapi tak perlu lar perlahan sangat2.. sampai ko berhenti “ eh? cik.. kepala dia putus ke?”” owh… mmg nak kena hempukkkkkk…. tak perlu kot semua.. jalan terus je.. tak lar sesak kan…
  4. penunggang Motor – adakala tu penunggang motor ni.. kejap ke tengah.. kejap ketepi… kita nak laju pun was2.. takut tetiba laju dia ke tengah pulak.. ha tak pasal2 hilang bontot pulak… nak2 orang tua yang bawak motor.. mmg kita kena berhati2… takut apa2 jadi kan…
  5. pemandu yang tak pasti jalan – owh.. yang ni pun satu hal… dah lar tak pasti jalan.. jalan malam pulak…pastu dok tercari2.. dan tak pandang belakang yang kereta also berderet2 sudah.. hadoi…. geram jugak disitu… huhuh..

setakat ni je… ada lagi,.. tapi aku malas nak pk.. buleh..?

owh ye.. sejak2 preggy ni jugak kan.. aku jarang dah bawak kereta.. kadang2 mr.Shyir yang hantar g keja.. pastu bila kita jadi penumpang sebelah driver.. setiap kali mr.Syir bawak laju sikit jer… mula aku bising n bebel.. kalau boleh aku nak pedal break kat tempat aku… biasalah.. kalau kita jadi penumpang.. driver tak bawak  laju pun…tapi kita terasa laju.. hehehe..

Bila Mr.Shyir membebel2 kat pengguna jalan raya yang menyusahkan ni pun.. aku juga bebel kat dia… kata suh sabar2… dia pun naik rimas.. risau lar kan…. kita ni sumenya nk hati2… kalau aku dah malas nak bebel.. aku tido je sebelah tu.. tak tengok apa yang berlaku. kuikuikui…..

tapi kadang2 kita ni kena jadi mata ke 2 bagi driver.. kadang2 kita nampak lori or moto kat simpang tu.. tapi driver yang tak perasan.. so part tu kita kena alert jugak… kang tak pasal plak..hmm…

banyak pulak bebel hari ni.. semoga weekend anda dipenuhi dengan aktiviti2 best.. hehehee..

3 comments:

~MaMa AdRiAn FaRiQuE~ said...

hahaha!!
sy pon sejak preggy rs takot lak bila hubby drive laju2 walaupon kdg2 x laju mana pon...hihihi!!
tp bila diri sndiri yg drive x takot lak...pelik btoi...ahakss!!

mrs.ecam said...

aku plak jadik co-pilot tp terlebih alert...bkn pe...tkot en.somi x pasan sbb tu aku sebok2 tgur...de lubang la...de moto nk kuo la...kete dpn bg signal la....tp lps kne sound en.somi kata aku mengganggu konsentrasi die terus aku snyap...uhuuuuu

Ann GreenStrawberry said...

mrs lady angel : ha sangat betul.. bila sendiri drive tak pulak takut.. hehee

mrs.ecam: mmg pun... kne ingatkan.. kadang2 driver ni berangan tah kemana... hihih