Friday, March 23, 2012
Umrah Family - (Wida’ Rasullulah ke Mekah) Part 3
Ok.. ni hari ke empat di Madinah.. jadi hari ni nak ke Mekah pulak..sebelum tu kena buat Wida' Rasullullah pula.. yelah kita dah g ziarah dia di makam.. dh bagi salam.. beritahu kita sampai menziarahi dia.. jadi tanggungjawap kita pula beritahu dia yang kita mahu berangkat dan akan kembali menziarahinya.. sedihnya masa wida' tu..
oleh kerana stroller pun hilang.. maka carrier ni lah yang banyak berjasa dengan aku.. fahim 10kg uollss.. aku seperti mengandung baby 10kg.. nasib diberikan semangat n kekuatan... alhamdulillah
berhampiran pintu babussalam..
payung separa tutup...
2 warga emas yang menjadi tanggungjawap kami untuk menolak mereka.. atuk n nenek.. kami bermujahadah juga menolak mereka... tapi gilir2 dengan the boys...
Kubah hijau ni lah raudah.. makam nabi muhammad saw.. sebelahnya makam saidina Abu Bakar dan Umar.. masa baca doa kepada Rasullullah.. sgt sayu.. sgt sedih... ya Allah betap dekatnya dia dengan kita.. selama ini kita tahu kuwujudan dia tapi jauh sangat2... diberikan peluang untuk mennziarahi beliau dgn secara dekat.. ya Allah.. seronoknya.. kita tau beliau sudah wafat... kita tau dia ada di dalam tu... tetapi sewatu Wida' untuk meninggalkan beliau.. sedih.. dalam hati berdoa agar dapat diberikan rezeki untuk sampai lagi disini.. begitu juga doa untuk kawan2 ku sekalian... insyaAllah ada rezeki kamu sampai lah kesini.. kita boleh rasa kewujudan rasullullah..kita boleh rasa beliau menjawap satu2 salam yang disampaikan kepada beliau... ya Allah.. sayangnya Nabi kepada kita... betapa agungnya.. sob..sob..
masa ni ni baqi.. perkuburan sahabat2 nabi.. makam isteri Nabi. Aisyah, anak2 nabi dan lain2..
Indahnya Masjid Nabawi ini
Ruang Solat jemaah lelaki tembunnye kite.. yayim tenggelamm
Lepas zohor check out dan terus kan perjalanan ke Mekah.. sbelum tu Miqat di Bir Ali..
next entri di Mekah pula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment