Kalau tak de lawatan tak sah lah kan... hari ni kami buat lawatan ke Jabal Thur,Jabal Rahmah, Mina, mudzlifah, arafah dan akhir sekali miqat umrah lagi di Jerannah pula..
Anak ibu..masa ni ada jambul lagi.. hihih..
Berlatang belakang kan Jabal Thur.. tempat rasullulah bersembunyi.dulu .. atas tu ada gua.. pintu gua dibelakangnya..
Imran (cousin) - Angah - me n my son
unta berhias..ngeh2...
seterusnya ke Jabal rahmah.. yang tiang satu di atas tu.. tempat tu lah tempat dimana Nabi Adam dan hawa menerima wahyu...
Kami tak tulis pun nama.. cukup sekadar berdoa tatkala suami berdoa meminta jodoh dan perkahwinan kami berkekalan hingga akhir hayat.. sebak sangat masa mr.Shyir berdoa tu.. aku amin sahaja.. dalam hati aku berterima kasih sangat2..
Abi n fahim pula.. selipar dia hilang sebelah kat sini.. alahai.. nak datang sini lagi ye nak... masa kata atas ni kami melihat kejadian dimana penjual2 haram ni kan.. lari bertempiaran sebab masa tu polis datang... ha semua lari tinggalkan barangan jualan mereka.. ya allah kesian taw.. ada polis tu dapat tangkap org tu kena belasah gila2 lar.. samapi lembik orang tu. kesian sangat2.. yg kudung2 ni pun duk lari juga..
ni amik kat bawah pula..
ni di mina. kami tak turun sekadar lalu sehaja... tempat haji... pastu terus ke Jarannah.. dalam 25km jugak lah... lepas miqat.. balik hotel terus buat umrah...
budak tecik ni tetap bawak jugak buat umrah... hehe
tayang ketiak sikit.. seksi tak.. huhuh
ni hotel kami di Mekah.. Mira palace namanya.. yang adatile oren tu.. belah kiri sekali..
menara jam besar...
esok petang ada lawatan lagi ke Ladang unta pula...
antara unta2 yang ada.. haha... org tu nak perah susu unta.. susu dia sedap jugak.. takde lah rasa or bau unta sangat.. dan barang siapa yang meminum susu unta.. adalah mempunyai pertalian dengan unta.. unta is JAMAL dalm bahasa arab..
seterusnya ke Hudaibiyah untuk miqat umrah lagi... selesai miqat, terus ke ke Muzium Kaabah.. kat sini boleh lihat bagaimana kaabah dibuat.. isi dalam kaabah dan semua berkaitan masjidil haram.. gambar atas ni adalah masjidil haram 5 tahun lagi.. insyaAllah..
selesai semua balik hotel.. lepas makan malam buat umrah.. tapi kami suami isteri buat lambat sikit.. tidurkan fahim dulu.. dia pun tak sihat.. then baru g buat umrah.. selesa sikit buat umrah.. masa ni jugalah nk tahajud dengan suami.. minta ampun, doa banyak2.. malam yang sebakkk sangat2.. tatkala berdoa depan kaabah.. menangis berdoa... kerana walau bagaimana dosa kita Allah tetap menjemput kita ke RUMAHNYA yng SUCI ini..menjadi tetamuNYA... Allah terima pengampunan kita dan sebagainya.. betapa sayang NYA dia kepada kita.. ya Allah...
kami habis umrah pun tgh malam juga lah.. alhamdulillah.,.. hmmm.. xbanyak dah part nya lagi.. 2 lagi kot..
No comments:
Post a Comment