Pages

Friday, January 28, 2011

Yeyy! Fahim Sudah 1 bulan

Hari ni 28 Jan 2011. Fahim Mikael dah pun 1 bulan usianya. masih segar je pengalaman bersalin kan fahim sebulan lepas. Kejap je kan.. Pejam celik juga aku pun nak abis pantang sudah.. ewahhh!!

IMG_3493 Alhamdulillah.. bila dah sebulan ni.. baru dapat tune Fahim.. tu pun ada yang tak betul lagi.. kita sebagai ibu kena lar pandai kan.. kalau tak.. mana leh jadi ibu..

IMG_3520

Aku duk umah sambil2 negok tv.. amik dslr snap2 lar gambo dak tecik ni.. penuh dek gambo dia je.. haishh.. sambil2 tu juga dah start wat keja opis.. terbaek dalam pantang pk hal keja lagi..IMG_3544

Biasa lar baby. mesti banyak ragam.. Fahim ni lagi lar. mmg 100% ikut muka aku n perangai aku masa baby.. nati aku show off gambar aku masa kecik.. sebijik okeh.. ni position dia tido bila dia sakit perut..

IMG_3575Skang ni dia memang cukup tak suka berbedung.. nak berlenggeng camni.. hamik.. senang hati nak tido gaya apa pun.. hai anak bujang ku ni.. geram taw. tu mudah masuk angin.. kalau berbedung.. bersilat lar kaki tangan sume kuar..

perkembangan terbaru dalam masa sebulan ni:

  • Kepala dah tegap sikit, kalau kita niarap kan dia or sendawakan kat bahu tu kan.. siap angkat2 kepala dia.. angkat sendiri.. wah2..
  • mula pandai nak melonjak, ha… kaki dia memang kuat.. bila dukung asek nak melonjak2.. mmg tulang dia keras.. patutlar dalam perut dulu sakit perut dibuatnya..
  • suka mandi, ni suka sangat2.. bila mandi diam je.. lagi2 berlenggeng masa tuam2 perut dia.. hamboihh siap borak sorang2..
  • Kuat nyusu, ye.. walaupun dia tak nak direct bf.. tapi aku pam jugak susu masuk botol.. even susu semakin mengurang.. owh sedih betul.. pam2 dapat 1oz je skang ni.. bagi jugak walau sikit.. selebihnya susu formula. terkilan amat.. rasa nak g beli pil tambah susu tu lar.
  • suka tidur mengiring, yup.. ni pose paling lena if dia tidur, bila ngiring tak lar terperanjat2 camtu kan.. if terlentang mmg terperanjat sokmo.. tak berbdung gitu lar kan.
  • Pandai borak, dah de respon bila kita borak2 dgn dia.. hehe.. suka2..
  • Muka kelakar time uk uk.. yang ni memang.. nak taw dia berak ke tak.. ada muka kelakar dia buat kalau nak teran.. mmg tergelak2 kami laki bini…
  • apa lagi ek.. later update 

IMG_3578 Yang penting.. puas hati anak membesar depan kita. Ragam2 dia yang buat kita senyum. geram taw. nak gomol je dia..Ibu Sayang Kamu Fahim Mikael.. mwaahh!!

3 comments:

PuaN su SU said...

pantas betul masa berlalu....

p R i n c E S s _ N said...

kejap jekk da 1 month fahim ni...

Ann GreenStrawberry said...

Puan Su : tu lar kan.. sangat pantas

Princess N : yup2. pejam celik dah stu bulan