Friday, August 26, 2011
Kad Raya untuk uollss.
Wednesday, August 24, 2011
Ifftar with ex-smptd 03/04
Location : Laziz Arab Restaurant, senawang
Team : Ex-Smtpd 03/04
Here our table.. adalah dalam 15 orang gitu..
setel2 makan.. kasi sesi bergambar pulak
dengan ladies2.. 2 mak orang.. hahh
diorang ni antara schoolmate yang paling rapat lar..
even tak sama course tapi keakraban n setia kawan tetap ada..
mana2 event tak pernah tak turun sama.
kawan kawin ke.. apa2 ke...
dan diorang ni smua kepala sewel2 gak..
ada je benda nak buat orang tergelak..
isu2 kecik pun rsa nak terkencing gelak2 ni taw..
sabor je lar.. dari time skolah sampai skang sama je perangai..
to all of you... aku sayang korang semua..
even tak ramai. tapi best jugek..
next coming event after raya lar eh...
then weouls g bazzaar kat dataran senawang.. buat cuci mata n semak mata.
sebab berlga buntuit.. hahahhaa.....
picture yang xde watermark credit kepada amoy.tq!
Tuesday, August 23, 2011
Baby Bites Fahim
dia cam keropok lar kan..
tak macam rusk farleys tu..
rusk tu kan comot sikit..
jenis ni tak comot..cair dalam mulut.
ada beberapa perisa.. Original, pisang, carrot,chicken + vegetable.
semua fahim dah rasa...
kalau dia tengah main2 dalam walker tu.
kasi lar bite tu sambil main..
kalau aku makan kat luar..
dia makan lar bite ni..senang sikit..diam lar..
kalautak dia macam ulat takmo dia.. hahah...
hari tu bff aku Yanie.sibuk suh beli untuk anak dia..
sebab kat Bandar Tasik Permaisuri xdo jual katanya..
xpe lah.. aunty ann belikan untuk mya ye..
3 kotak sekali aku pos kan.. hahha..
sekotak rm6.50 je..
ada jualkan tesco,giant and manjaku.
kalau tempat korang xde try lar cari2 lagi..
if not leh je nak kirim kat aku..
sebab manjaku ni sebelah opis ni je.. hahah..
mesti mau charge sikit. ceh.. tetiba wat bisness.. ngek!! hhahaa
shopping raya katanya...
jadinya baju2 raya takdop beli lagi..
yang dibeli baju jalan kemain banyak..
oleh kerana tak beraya ke mana sangat..
mmg sedang elok lar kan..
sebab raya kedua pun nak Pavillion raya kat sana..mauahahha..
eh mukadimah kah?
ekceli jumaat lepas after jumaat..
mama,aku adeq n angah g melaka.
shopping sanun.. apsal melaka?
apsal tak g KL..? KL sesak nok jumaat..
Melaka tenang sikit nak shopping..
ke Dataran Pahlawan n Mahkota Parade jek..
kelasss kan shopping jauh2..
seremban apa kelasss.. hahahaha...ngek!
cececec.. pandai je kan si fahim ni.,.
pastu elok ke sound ngn Padini SA tu xleh capture2..
eh..eh.. kekwat ko ye.. sukatik.. customer always right.
dan2 adik2 aku dari nak beli jeans kat Padini terus blah..
dengan mengatakan kepada SA tersebut..
jeans uols tak best.. g Levi's lagi baguih.. hahahha
stroller fahim letak barang je lar..
fahim duk dalam carrier.. sonang..
kejap ayahanda dia carry..
kejap mummy dia pulak.
ibu tolak stroller saje..mudah sangat.. hahah
sibuk nk beli jam mahal kat situ..
weh tak kelassss.. hahahah
fahim with mummy.
as well fahim mmg tak meragam..
suka jalan2.. sebab orang melayan dia.
mak aku siap cakap ngn papa.
leh ler bawak dia jalan lagi..haha..
hamik ler nenda..
dah abis shopping amik gambor kat luar ni pulak..
pastu mummy dia yang vain.. nyampassss...
later santap kat asam pedas pokok besar lagi..
b dat buka puasa lite2 je..kasi alas perut je..
setel semua.. sampai umah kul 11..fuhh,,,
ingat mau repeat tapi tah bila.. hahha..
Monday, August 22, 2011
Mood Raya takde mari
Tak taw lar kan.. mood raya cam belum terasa lagi boleh?
padahal hari jumaat lepas aku siap turun Melaka g shopping..
tapi stil cam ala2 je kan...
Baju raya
Fahim punya dah setel lar kot. tinggal baju melayu dia je lagi..
Abi dia.. pun baju melayu belum beli.. xde yag berkenan boleh?
yang hado aku beli baju jalan2 ni.. haih tu banyak..
baju kurung aku baru 1 siap.. lagi 2 tah le..beli je kot..
tudung ke hapa. langsung.. grrrrr..
padahal bazaar ramadan depan opis aku ni sikit punya besar..
malam2 siap jem bagai... yang aku ni 2 kali terjah..
dua kali lar takde perasaan nak membeli..sabor je lar..
raya cam pening ramai2 orang kat situ.. hahaha..
last minit orang nak balik kampung kang baru aku g beli kot..
kuih raya
baru 2 macam.. tu pun amik kuih favvy je..
balang kuih raya tak hado jugak..
sapa2 datang umah aku nasib lar kan..
tahun ni rumah tertutup..datang kafe je lar kalau nak raya.. haha
balik kampung.
ha ni lagi lar.. tahun ni tak merasa lar nak raya suasana kampung sangat..
raya pertama balik Taman Pelangi Semenyih tu je lar..
ate kalau dah embahnye pun g beraya umah anak2..
umah kampung adalah close..
dan insyaAllah hari pertama raya tu jugak..
weouls buleh beraya 2 tempat..
semenyih - senawang.. alah apa lah sangat..
30 minit sudah sampai.. tak gaduh nak balik kan..
hahahahh.. tapi sebenarnya tak balik kampung tu lar spoilkan mood..
tapi xpe.. apa kan daya... raya ke 2 ke.. aku g lar beraya di pavillion..
hahahahhaa... cam tahun lepas lar kan..
raya ke 2 kot.. g shopping barang baby kat jusco..
senang lenang bershopping kan..
those yang balik kmpung best la rkan..
aku ni kampung kat bandar jugak..
hihih..xpe lar.. ecehh!!
ok sekian
Thursday, August 18, 2011
xsahur.. maaf!
Resipi Bubur Fahim : Ikan Merah + Sawi
seperti yang dijanjikan.. aku up satu resipi bubur fahim.. aku taw ramai jugak ibu2 lain ada resipi masing2kan.. tapi ni aku share jugak.. bukan apa. kot2 nanti xde idea leh cuci mata nengok resipi ni. hahha. dush!
Fahim ni bedal semua.. apa aku masak semua tak tolak.. batu n kayu je kot dia tolak.. hahha.. makan kuat jugak si kecik ni taw..
Menu : Bubur Nasi Ikan Merah + Sawi Bunga
Bahan – Bahan :
3 sudu beras hancur 1 sudu minyak masak atau zaitun / 1 sudu majerin tanpa garam 1 ulas bawang putih isi ikan merah – besar 2 jari daun sawi 10 helai ( ikut suka nak banyak mana) 3 atau 4 cawan air
Cara penyedian :
panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau. letak air secukupnya. masukan beras tadi, biarkan didih sebentar then masuk pulak isi ikan merah. masukkan pula sawi. agak2 sawi dah layu, ikan dah masak. kautkan dan asingkan sawi n isi ikan tadi. kisar sampai hancur isi ikan n sawi kemudian masukkan semula isi ikan dan sawi yang dah hancur tu semula ke dalam periuk. kacau sebati. kalau beras terasa keras lagi tambah air.. dan tunggu sehingga bubur menjadi pekat. tutup api dah sejukkan. simpan dalam bekas.
kalau dengan kadar 1 dished ni.. fahim boleh makan untu 2 atau 3 kali sehari. ikut kadar perut anak anda lar ye.. buat nye minta nasik tambah.. xdapat mokcik nak tolong hahha..
1 menu kita kena buat 3 hari dengan menu yang sama.. ni nak tengok anak kita ada alahan ke tak. then baru tukar menu.
kenapa ada bawang putih? minyak?
Bawang putih tu sebab aku nak kasi bubur tu wangi sikit. jadi anak kita interest nak makan. minyak/mejerin sebab anak kita yang dah lasak ni.. perlukan tenaga. minyak/mejerin ni membekalkan tenaga pada anak kita.
Ramai yang tak taw.. rights after anak kita turn 6 months.. solid food pertama kena bagi dia puree taw.. atleast 1 month kita kena bagi dia puree.. epal,pear, labu. fahim suka lar puree ni.. tak nak puree semata.. buat kan bubur nasi campur lar puree tu.
after 7month.. perkenal la yang perisa2 lain.. sayur2 n protein2 yang lain.
if info ni salah ke hapa.. betukan ye.. ni berdasarkan apa yang aku baca n dpt info. nak lebih tahun leh google je solid food for baby.. keluar la macam2. hihih..
so far. cara ni fahim ok n takde alahan apa2.. alhamdulillah.. now kena pelbagaikan resipi supaya fahim boleh dapat makan dengan baik.
Wednesday, August 17, 2011
Puasa tetap puasa..Matta Fair tetap ku terjah jua.
Hamboi! title takmo kalah.. ada mak kisah?? puasa tu tetap lah puasa kan.. untuk kata tidak pada Matta fair jangan sekali.. ewah!! puasa tak tergugat pun… apa lar sangat.. kat dalam tu aircond ape.. tak haus pun.. hahahha
kasi makcik vain kejap.. eh muka ada kurus sikit.. hahahhaha.. demmit ar perli2 diri sendiri.. hahha..
asalnya kan nak naik tren je.. sekali ah malas terus je lar ke pwtc.. parking kat hentian putra sudah.
masuk cam biasa.. entrance fee rm3.00 per person adalah gift bag, fridge magnet, MF news paper n etc. ok lar kan..
disebakan dalam pale otak dah set nak g mana.. jadinya aku pun terjah booth tu je lar..
dah setel beli pakej.. jalan2 je lar kat dalm hall tu.. masuk hall 1..international package tengok2 je lar..
aku dah kedepan jalannya.. sekali toleh belakang….mr.shyir xde.. alih dah sangkut nak kena interview dek orang RTM tgh nak buat liputan…
mula2 dia suruh aku.. hello awak yang kena terjah dek orang tu apa kehal nye bini dia ni pulakkan.. hahah..
![]()
dan dengan redho dah pasrah.. dia pun ok je.. orang ni tanya datang MF ni beli pakej apa? komen sikit pasal MF? galakan ke tak orng g MF ni?
dengan itu bapa kepada anak seorang ni menjawap : Saya datang sini beli pakej Afamosa buat kali kedua. setiap kali MF pasti datang. Pakej menarik, murah dan mudah. ---- ewahh!! kemain dia.
ada kuar ke tak RTM nye berita malam tu tak taw lar.. aku tak tengok pun..hahah..xkoser..
dah kena interview tu.. lepak2 nengok show dari team thailand. culture dance show diorang.. best jugek
![]()
tarian ayam laga boleh? syiok n kelakar..
adik2 perempuan siam. comey2..
dan sambil2 tu kami semak flyers2 yang berkenaan agar boleh dibuang dalam tong sampah jika ianya tdak menarik kami untuk membeli..
sekian cerita matta fair saya.
Tuesday, August 16, 2011
Tips Bubur nasi cepat masak.. Jimat masa!
Pantasnye masa berlalu.. Salam 16 Ramadhan.
taklama lagi dah raya ye tak..? preparation raya pun belum setel.. hahhaa… naseb ler.. kuih raya pun baru 2 jenis.. last mnit lar kot baru hegeh2.. Almaklum, tahun ni raya xbalik kampung.. sebab kampung ku kat Semenyih n Seremban je.. camno?
ok2 bukan citer preparation raya nak dicoretkan.. ni ha.. pasal bubur nasi ni.. camna nak kasi cepat masak. jimatkan masa especially kita yang berkerja ni kan…
xkan nak bagi anak kita makan nestum hari2.. dia pun nak juga makan bubur nasi.. nestum ni boleh bagi masa2 darurat sajork.. cam malas ke.. hahhaa..
Seperti yang kita tahu.. masak bubur ni amik masa lama sikit kan.. kadang2 tu sejam.. tapi tahukah kita wahai ibu2 di sana..dengan adanya beras hancur buatan sendiri ni bubur hanya boleh di masak dengan masa 20- 25 minit sahaja…
ye ini lah kenyataan.. dulu masa mula2 buat bubur fahim mmg lar.. geram je amik masa lama.. pastu jadi malas n asik kekangan masa.. pastu tanya mummy aween then dah taw dah camne..
so kat sini.. aku nak kongsikan bersama korang semua.. para2 sakura.. eh bukan para2 ibu sekalian…
BERAS HANCUR atau KISAR
- 2 cawan beras
- Basuh bersih2, toskan, pastu sangai/ goreng tanpa minyak di atas kuali. nak keringkan dulu pun xpe. tapi goreng jugak…
- sampai beras tu dah macam kuning atau cream color camtu.. sejukkan…
- blender sampai hancur. jangan halur sangat. kang jadi debu lak.
- Simpan dalam bekas. nak tahan lama masuk dalam peti ais.
bila dah ada beras hancur ni.. senang sikit kerja kita as a mom ni kan.. jimat masa n at the same time boleh buat kerja lain.
setakat ni aku xde plak nak malas2 buat bubur fahim. sebab dah senang kerja xyah nunggu lama.. jimat masa n gas aku.. hahahha….
2 cawan beras tu, setakat ni boleh tahan sampai seminggu or lebih.. dah abis buat lagi stok fahim.. nak masak cedok je 3 sudu besar beras tu.. cukup untuk 2 atau 3 kali makan fahim.
senangkan.. insyaAllah.. kita semua nak makanan terbaik buat anak.. nanti aku kongsi resipi bubur fahim pulak.. dah lama nak buat tapi lupo lar acik ni.. mokcik dah tuo yo tak?
Monday, August 15, 2011
Review Pakej Afamosa Resort via Matta Fair
nak buat dari tadi asek lar tertunda nok.. hihi...
ok sapa yang dah g matta fair tu hari..?
kome beli pakej apa..? sure berbaloi bergandakan...
anyway tu hari aku ada review based on typing je kan..
ni aku kasi vouher pembeliannye sekali k..
ni voucher nye..
Total RM465.00 only.. include 1 villa 4 room with private pool + 12 ticket cowboy town carnival show.
nati sampai sana just check in sajork.
tiket ni aku ade 12.. tapi yg confirm 6 org je..
ada balance 6 lagi.. if ada lebih kng aku jual lar kat uols ye..
valid pun sampai 31 dec 2011. oif korang g malam new year pun lagi happening kot..
kalau ada lebih ye...
makna kata if uols nak bercuti tapi dengan kadar yang murah n bajet..
next time himpit2 sikit ke matta fair tu.. tapi pasti kan dari rumah dah set nak pakej apa..
aku dah taw nak afamosa terus ke booth dia tanpa pikir panjang..
jimat masa.. dah setel g cari booth next vacation.. tapi tengok pakej sampai 31 dec je..
wasalam je lar.. alar xramai pun orang kalau kita masuk awal..
walaupun aku nye tag masuk dah nombor 5k++..
ok selamat mencari pakej murah2 ye...
Sunday, August 14, 2011
MATTA FAIR Aug 2011 - Gi cari pakej menarik untuk bercuti
Tak tahu lar kalau korang dah sedia maklum pasal MATTA FAIR AUGUST 2011 hari jumaat ni..
Ok sedikit info untuk korang yang nak g bercuti - cuti2 malaysia dengan bajet murah giler tapi best macam aku tu hari...
Last Jun aku g Afamosa dengan harga bilik RM8 seorang untuk satu malam..
untuk 2 malam tu aku habis rm140++ gitu...haritu ada jugak yang bertanya pasal benda ni..
jadi hari ni aku up lar entri pasal matta fair ye..
State Matta fair yang sama date cuma perak je.. kat ipoh nun.
Sumber : http://www.mattafair.org.my/content.cfm
okay those yang nak pakej macam aku amik kat Afamosa tu hari..
So bawah ni offer dia... copy kat http://www.afamosa.com/main.php
kali ni dia offer yang ni... still RM 8 tu kan.. harga tu betul..
tak bohong.. tapi nak dapat RM8 tu.. kena select tarikh yang betul lar..
setiap tarikh lain harga.. cam weekend mmg tak dapat la RM8 tu..
weekday dapat lar.. tapi kalau weekdays ada public day.. pun tak dapat jugak RM8 tu..
tapi syiok owh g time weekdays.. sebab tak ramai orang local..
yang hado singapore n arab2. kita juga feeling2 tourist jugak..
termasuk lar aku jumpa kumpulan BALAS (Tom) duk dating kat Cowboy town..
dengan si BLACK MENTOR dating kat Animal Safari.. hahha
eh artis2 ni pandai taw.. bercuti time kerja or weekdays..
so banyak lagi ofer yang lain kat Matta Fair..
tinggal rajin n tak rajin je nak jejak ke PWTC time2 puasa ni kan..
dugaan sikit ar.. sebab ramai orang, puasa n buffet kat tepi2 banyak hado..cuh..
Friday, August 12, 2011
Beli Afamosa punya pakej jugak
dari nak naik tren.. terus je lar naek keta kekdahnya..
huhuhuhuh... xpe lar.. janji g ye tak..
so apa yang aku beli ialah...
PAKEJ AFAMOSA RESORT ler...
kali ni amik villa pulak..
per nite RM216 only..
Villa 4 room + private swimming pool..
tambah sikit dengan Cowboy Town show for 12 person RM240
Rm20/per person.. murah kan.... tapii aku beli lebih tiket ni..
if ada lebih akuu jualkan lar eh..
Date 27 n 28 Dec 2011..
sebabnya 28 dec fahim sudah 1 tahun...
jadi mau buat besday party kat teppi pool..
hoyeahhhhhhh!!]
so total of pakej RM456 only...
okay larkan.. sebabnya dapat Villa 4 room with pool..
jadi boleh sumbat berapa ramai mau dlm itu villa
lagi tiket Cowboy town dengan murah...
kalau ikut normal price.. perntite RM650++..
so berbaloi lar kan..
those yang nak jugak macam ni...
g Matta fair taw.. terus ke afamosa booth besar depan pintu masuk tu..
hihihih..
bukti pembelian nanti hari isnin kang aku upload..
pergi sesak jap kat matta fair tu.. sure puas hati..
ok nak layan anak.. daaa..
Terjah Matta Fair ini hari.
ye aku nak terjah matta fair hari ni jugak..
dah dapat green light dari family beli pakej.
harus lar kan... Matta fair bukak kul 10am kang..
ni masih kat umah cuii... kul bapo nk g..
naseb kat semenyih je ni...
naik komuter tukar lrt je...
malas nak bawak keta..
feeling dating berdua je hari ni..
beserta habis duit bercuti.. hahahha..
fahim xbawak.. kasi tinggal ngn SIL aku kat umah ni...
petang sikit lar aku balik.. nati show lar if ada pakej yang aku beli ye..
so uolls nak pakej murah kasi terjah matta fair jumaat sabtu n ahad.
da...
Thursday, August 11, 2011
Wednesday, August 10, 2011
Kisah Norma dan Talib di MHI TV3
Salam.. hari ni masuk ofis cek fb tengok kat wall ramai je post link video kisah norma n talib ni..
especially kak moon.. cumel je dia cakap tu.. i likeee!! hihi..
but after watch the video...
OMG.. nangis tak henti ok...berjurai2 air mata ni..
Aku ikut kisah norma n talib since diorang ni bertunang n kawen until now..
semua sebab mengfollow blog kak moon..
Agak rapat jugak dengan kak moon... by end up story ni..
sedih giler... Puji sifat n sikap talib.. sebak n menitis air mata..
melihat kesungguhan sang suami yang menjaga sang isteri ketika dia sakit begitu
Melihat rafiq jugak luluh hati ini... kerana hati ini adalah hati seorang ibu juga..
sebagai mana kita seorang ibu yang menjaga anak dari dalam rahim kita tu..
begitu juga perasaan norma.. dia pun nak bersama2 menjga dan membesarkan Rafiq dengan talib.
InsyaAllah.. kita banyakkan2 doa untuk Norma semoga dia kembali sihat semula
Nak tengok norma sama2 dengan talib jaga rafiq..
Norma kuat ye.. insyaAllah.. semuanya akan kembali seperti sedia kala...
Ann doa kan yang terbaek buat norma dan keluarga..
untuk kak moon.. kalau stok daun tu dah nak abis.. cepat2 roger tau..
nati ann belikan lagi daun tu...
to Talib : Be strong ye... kisah cinta kamu n talib adalah cinta agung..hmmm sebak dah tengok picture ni..
tak boleh nak tulis banyak2 dah...
those yang tak tengok video ni lagi...
klik link ni ye..
KISAH NORMA DAN TALIB DI MHI
Mari lah kita berdoa bersama supaya norma kembali normal seperti sedia kala...
Jika anda ingin hulurkan sumbangan boleh buat di :
CIMB: 01070068677528
NOORMAWATI MOHD RASIF
Sumbangan anda itu dapat meringankan beban Talib untuk menampung kos perubatan, pampers dan keperluan untuk norma..
InsyaAllah.. seikhlas hati. Semoga rezeki kita dilimpahkan oleh Allah swt.
Monday, August 8, 2011
2 years.. Alhamdulillah..
Friday, August 5, 2011
Ramadhan ke 5
kejap je kan dah day 5 kita berpuasa..
hihih.. makan berbuka pun stil simple n makankat umah lagi...
belum decide nak berbuka diluar..
katanya masak kat umah lagi best ye dok..
beli param pun tak kena tekaknya..
takpelah.. cooking its easy right...?
Persiapan nak raya pun satu hapa lom buat...
tunggu lar.. aku dah tak bz kang..
insyaAllah after raya mau lauching sesuatu..
hari ni aku tak keja..
mahu setel beberapa perkara..
sebenarya entri tak ilmiah pun...
taip ni pun tak concentrate sebabnya..
si Aween n Fahim sedang bergaduh.. haduiii..!!
pening acik taw...
ok2.. mau g shopping barang dapur.
selamat berpuasa n berbuka ye...
daa..
Wednesday, August 3, 2011
Rindu
p/s : jangan nak sesuka hati ye buat statement kat sini. im just sharing what im feeling just now. Fahimikael lambat lagi nak minta adik. huhuh
Nak update tapi xbape nak mari idea tuh
Salam semua.. sorry tak dapat nak update this few days..
agak sibuk dan sebagainya.. mencari ruang untuk muhasabah diri dibulan ramadhan ini.
latest AGS.. montok! haha
Harap idea tu ada mari sikit utk aku update blog nanti..
Salam Ramadhan to all.