Pages

Thursday, August 18, 2011

Resipi Bubur Fahim : Ikan Merah + Sawi

seperti yang dijanjikan.. aku up satu resipi bubur fahim.. aku taw ramai jugak ibu2 lain ada resipi masing2kan.. tapi ni aku share jugak.. bukan apa. kot2 nanti xde idea leh cuci mata nengok resipi ni. hahha. dush!

DSC00636 Fahim ni bedal semua.. apa aku masak semua tak tolak.. batu n kayu je kot dia tolak.. hahha.. makan kuat jugak si kecik ni taw..

Menu : Bubur Nasi Ikan Merah + Sawi Bunga

Bahan – Bahan :

  • 3 sudu beras hancur
  • 1 sudu minyak masak atau zaitun / 1 sudu majerin tanpa garam
  • 1 ulas bawang putih
  • isi ikan merah – besar 2 jari
  • daun sawi 10 helai ( ikut suka nak banyak mana)
  • 3 atau 4 cawan air

Cara penyedian :

  • panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau.
  • letak air secukupnya. masukan beras tadi,
  • biarkan didih sebentar then masuk pulak isi ikan merah.
  • masukkan pula sawi.
  • agak2 sawi dah layu, ikan dah masak. kautkan dan asingkan sawi n isi ikan tadi.
  • kisar sampai hancur isi ikan n sawi
  • kemudian masukkan semula isi ikan dan sawi yang dah hancur tu semula ke dalam periuk.
  • kacau sebati. kalau beras terasa keras lagi tambah air.. dan tunggu sehingga bubur menjadi pekat. tutup api dah sejukkan.
  • simpan dalam bekas.

kalau dengan kadar 1 dished ni.. fahim boleh makan untu 2 atau 3 kali sehari. ikut kadar perut anak anda lar ye.. buat nye minta nasik tambah.. xdapat mokcik nak tolong hahha..

1 menu kita kena buat 3 hari dengan menu yang sama.. ni nak tengok anak kita ada alahan ke tak. then baru tukar menu.

kenapa ada bawang putih? minyak?

  • Bawang putih tu sebab aku nak kasi bubur tu wangi sikit. jadi anak kita interest nak makan.
  • minyak/mejerin sebab anak kita yang dah lasak ni.. perlukan tenaga. minyak/mejerin ni membekalkan tenaga pada anak kita.

Ramai yang tak taw.. rights after anak kita turn 6 months.. solid food pertama kena bagi dia puree taw.. atleast 1 month kita kena bagi dia puree.. epal,pear, labu. fahim suka lar puree ni.. tak nak puree semata.. buat kan bubur nasi campur lar puree tu.

after 7month.. perkenal la yang perisa2 lain.. sayur2 n protein2 yang lain.

if info ni salah ke hapa.. betukan ye.. ni berdasarkan apa yang aku baca n dpt info. nak lebih tahun leh google je solid food for baby.. keluar la macam2. hihih..

so far. cara ni fahim ok n takde alahan apa2.. alhamdulillah.. now kena pelbagaikan resipi supaya fahim boleh dapat makan dengan baik.

1 comment:

dhiera said...

thanx for the info ain..
aku pening jugak bile kat klinik dapat kes budak tak cukup berat etc. yela, nak cakap pun, budak-budak macam2 ragam.
ada yg tak suka sayur la apa la.
benda2 macam ni tak belajar dalam kuliah. sources yang ada dalam ofis pun limited.
lagipun, ak bukan ye ada anak, kawen pun belum. adik aku pun dah besar~