Pantasnye masa berlalu.. Salam 16 Ramadhan.
taklama lagi dah raya ye tak..? preparation raya pun belum setel.. hahhaa… naseb ler.. kuih raya pun baru 2 jenis.. last mnit lar kot baru hegeh2.. Almaklum, tahun ni raya xbalik kampung.. sebab kampung ku kat Semenyih n Seremban je.. camno?
ok2 bukan citer preparation raya nak dicoretkan.. ni ha.. pasal bubur nasi ni.. camna nak kasi cepat masak. jimatkan masa especially kita yang berkerja ni kan…
xkan nak bagi anak kita makan nestum hari2.. dia pun nak juga makan bubur nasi.. nestum ni boleh bagi masa2 darurat sajork.. cam malas ke.. hahhaa..
Seperti yang kita tahu.. masak bubur ni amik masa lama sikit kan.. kadang2 tu sejam.. tapi tahukah kita wahai ibu2 di sana..dengan adanya beras hancur buatan sendiri ni bubur hanya boleh di masak dengan masa 20- 25 minit sahaja…
ye ini lah kenyataan.. dulu masa mula2 buat bubur fahim mmg lar.. geram je amik masa lama.. pastu jadi malas n asik kekangan masa.. pastu tanya mummy aween then dah taw dah camne..
so kat sini.. aku nak kongsikan bersama korang semua.. para2 sakura.. eh bukan para2 ibu sekalian…
BERAS HANCUR atau KISAR
- 2 cawan beras
- Basuh bersih2, toskan, pastu sangai/ goreng tanpa minyak di atas kuali. nak keringkan dulu pun xpe. tapi goreng jugak…
- sampai beras tu dah macam kuning atau cream color camtu.. sejukkan…
- blender sampai hancur. jangan halur sangat. kang jadi debu lak.
- Simpan dalam bekas. nak tahan lama masuk dalam peti ais.
bila dah ada beras hancur ni.. senang sikit kerja kita as a mom ni kan.. jimat masa n at the same time boleh buat kerja lain.
setakat ni aku xde plak nak malas2 buat bubur fahim. sebab dah senang kerja xyah nunggu lama.. jimat masa n gas aku.. hahahha….
2 cawan beras tu, setakat ni boleh tahan sampai seminggu or lebih.. dah abis buat lagi stok fahim.. nak masak cedok je 3 sudu besar beras tu.. cukup untuk 2 atau 3 kali makan fahim.
senangkan.. insyaAllah.. kita semua nak makanan terbaik buat anak.. nanti aku kongsi resipi bubur fahim pulak.. dah lama nak buat tapi lupo lar acik ni.. mokcik dah tuo yo tak?
3 comments:
good tips ain~
nanti aku boleh praktik kan? hek
2-3 sudu besar dah cukup ye?
ni pakai rice cooker biase eh?klo pakai slow cooker cmne eh?kne blend gk ke?
dhiera : praktikkan ler..
mrs.engineer : pakai periuk biasa je.. masak kat api tu
Post a Comment