Pages

Monday, March 29, 2010

RESEPI : Cream Puff AGS

Hari Jumaat lepas..macam terasa nak makan cream puff.. sebab dulu mama rajin lar order cream puff sedap kat kawan dia ni.. jadinya aku rasa nak cari mende ni jual agak susah rasanya.. jadi disebabkab terigin.. gigih lar aku google resepinya… so alang2 dah jumpa… aku share lar ngn uollls.. ok.. Lagi pun rasanya aku lama dah tak buat n3 resepi kan.. ok now.. kita mulakan kelas semula.. hehehe…DSC04708

Ini lar gambar hasilnya camne nak jadi hasil.. kita usha sket bahan- bahan n caranya ok.. ~~~~ apsal la aku seperti baik je ayat2 aku ni.. hahahaha

Bahan- Bahan :

Pastry

  • 100ml Air Masak'
  • 45g Mentega
  • 60g Tepung Gandum – di ayak
  • 2 biji Telur

Cara-cara:

  1. Mula2 panaskan oven 200c. Dulang di sapukan dengan majerin.
  2. Ayak tepung dahulu. masukkan telur dalam mangkuk & pukul hingga kembang
  3. Masukkan air & mentega ke dalam periuk. Masak diatas dapur.kacau sehingga mendidih.Api sederhana saja ye. Bila dah didih tutup api.
  4. Masukkan tepung dan kacau cepat2…
  5. Tepung dah sebati, masukkan telur tadi dan kacau cepat.
  6. Masukkan aduanan ke dalam piping beg dan pipe kan ke atas dulang tadi.
  7. Bakar 15 minit dgn suhu 200c,kemudian turunkan ke 180 dan bakar sehingga 25 minit lagi.
  8. Sejukkan pastry sebelum masukkan kastard.
  9. Bentuk nozzle piping adalah 1 cm – yang ni aku hentam je… hahha. asal ade bentuk
DSC04712

Rupanya tak lar menarik mana.. tapi rasanya… hmmm.. uolls kena cuba baru taw rasanya kan.. heheheh

Okay then, sementara tunggu pastry bakar dan sejuk.. kita buat intinya pulak..DSC04703

bahan2:

  1. 1 sudu besar tepung kastard
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. 4 sudu besar gula
  4. 1 cawan susu segar
  5. 1 biji telur
  6. 1 sudu besar mentega

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan no 1 – 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar sudu. Kacau sehingga tidak berketul.
  2. masukkan telur dan kacau lagi. Kemudia masukkan susu yang selebihnya tadi dan kacau.
  3. Masukkan dalam periuk dan masak atas dapur. kacau sehingga pekat
  4. Bila dah pekat tutup api dan masukkan mentega dan kacau sebati.
  5. Ambil pastry yang dah sejuk , belah dan masukkan inti kastard ini ke dalam pastry dan sedia dihidang…

Resepi ni aku google di Myresepi.com..

DSC04708

Okay..untuk pengetahuan semua.. ini adalah cubaan pertama aku buat cream puff ini. Walaupun first time.. tapi alhamdulillah.. jadi sesangat.. hehehe.. hureyyyy!! buleh buat lagi nanti.. tak susah pun nk buatnye…

   DSC04710 

DSC04709

thanks to the resepi… naseb google membuahkan hasil yang baik.. ok.. those yang nak cuba silakan…. ai ok jer… hehhehe… sharing2 is caring2 kan.. hahhaha…

Selamat mencuba semua…

p/s: hmmm.. pasni nak cuba resepi lain pulak.. seronok pulak esperimen2 resepi baru menjadi.. hehehe…. caiyokk!!

2 comments:

Bai said...

pernah cuba..tp jadi cekodok..wakakaka

Ann GreenStrawberry said...

hhihih..xpe..cuba lagii..