Pages

Sunday, September 12, 2010

Cerita Raya AGS

DSC04984

Salam Syawal semua dari AGS!..

hmm. rata2 tak balik kampung lagi ni kan.. tapitakpelah.. aku post je lar n3 raya ni… nak kata raya sakan tu tak lar.. tapi stil raya lagi.. but not too excited cam2 tahun lepas.. kadar biasa saje..

well.. kami punya raya. went our baby deliver nati…uhuhu.. tu baru meriah.. for me..raya its only the 1st day je lar.. then masuk 2nd day.. its normal day..  nothing special.. cuma penat je.. kuikuikuikui… maybe sbb family weouls tak macam family korang kot.. eh mesti lar kan.. hahaha….

ok2.. aku raya kat seremban je.. which is kampung aku cuma 11 minit from my house.. ha camne tu? adakah itu kampung..? yes! mmg lar kampung.. rumah weouls taman perumahan.. so.. hari rabu tu dah sibuk meMANTAI.. orang n9 tau lar apa itu mantai kan… mantai ni.. persiapan menyambut hari raya lar..sembelih lembu/kerbau untuk raya.. daging nak wat rendang ke.. ha camtu.. mmg 2 hari sebelum raya mantai dah buat.. so easy kan… jadi hari tu aku half day saje kerja.. memandangkan takde orang nak tolong nenek buat rendang.. erk? aku tolong kah.? tolong menda lain lar.. ahaha..

1day b4 raya.. cam biasa.. siap2 itu ini.. buat kek lar.. cari balang kuih lar.. sediakan tempat buffet itu hidangan raya nati..siapkan hidangan untuk orang takbir lar.. so n so.. tapi banyak bagi arahan dari membuat.. al sebab. mak yong taklarat nak jalan banyak sangat.. haha…

ok ni CERITA RAYA PLAK>>

HARI RAYA PERTAMA >> bangun subuh… siap2 sume.. then kul 7 lebih chow ke rumah nenek.. makan2.. then encik suami dan lain2.. g solat raya.. while aku n cuzen yang lain.. siapkan untuk juadah raya.. menu adalah laksam n mee kari.. tapi sampai tengah hari.. menu adalah licin..

nape licin..? yes! umah nenek aku ni.. mmg ramai orang datang.. terutama anak2 buah dia larkan.. sebab dia kan orang tua.. so didahulukan.. gitu.. dtang bukan 1 keta je.. sampai 4 5 keta.. jadinya.. memang takde makna nya juadah tu tak abis… bagus! takde pembaziran disitu..

tapi tu lar.. penat dia.. hadooii!!… hidangan mmg buat secara buffet saje.. tak koser nak pakai hidang dulang bagai.. bagi memudahkan.. hehe..

bila pulak weoul SALAM RAYA kan? ekceli lepas je solat raya mmg tetamu dah ada je bagi salam.. belum kuar group yang ni.. group lain pulak dah bagi salam… jadi kami yang nak salam raya ni pun.. tak dapat merasa salam raya penuh drama dan kusuk.. hahah… bila tetamu dah balik.. cepat2 buat sesi salam2.. adehh.. bila nak aman gini tah… orang datangtak putus2.. nak kuar raya pun tak dapat. after zohor dalam kul 3pm baru leh jalan raya..

PICTURE RAYA>>>.. erk? lagi tak hado.. dah bz.. mmg tak sempat lar nak snap2.. koser u.. camera tah mana.. yang aku taw.. weouls duk dapur je lar.. kasi topup hidang.. basuh pinggan… belum kering pinggan cawan bagai.. datang lagi tetamu.. tell me how..?  gambar laki bini pun tak sempat amik.. ok fine!..

Takkan xde orang nak tolong..cam pak mak sedara yang lain??? >>>> soklan bagus… papa ada 6 orang beradik.. 4 laki 2 perempuan… jadinya.. papa anak no2..dan adik yang no 5.. adalah team yang sama.. iaitu TEAM A.. jadi TEAM B.. no 3 dan no 6 turn raya hari kedua.. setiap tahun rotate begitu… adik beradik perempuan beliau.. fleksibel… A boleh B boleh.. ada paham ka.. jadi anak masing 3 orang.. yang anak dara tak ramai.. jadi mesti lar tak cukup tangan untuk layan tetamu.. ish malas aku nak citer ah… bizi nok..

HARI RAYA KEDUA >>> aku n encik suami masih belom raya umah mertua.. balik semenyih ar.. sebab FIL tak balik dari kampung lagi.. maybe aku balik Ahad tak pun Isnin kot.. hmm..janji balik… bukan jauh pun kan… tapi raya kedua kami.. asih kat umah nenek.. plan asal tengah hari nak chow g dating at Jusko.. sudahnya sampai ke petang tak gerak2.. sebab tunggu TEAM B tak balik2.. adoii.. udah2 lar beraya.. kesian kat nenek.. dia pun lutut tak bape nak ok.. jadi aku lar kedepan ke belakang.. urus apa yang patut,, sbb TEAM A dah balik rumah mertua pulak tengah hari tu.. adehh.. xpelar.. sementara aku tak balik umah FIL lagi.. aku tolong la nenek.. jadinya.. malam baru balik.. sebab TEAM B dah amik turn pulak..

KESIMPULAN >>>  raya adalah penat.. nak2 aku yang preggy ni nak berjalan malas nak cepat penat.. tambahan aku rasa tak berapa nka excited nak raya.. cuz aku lagi excited nak deliver si kecik dalam ni… hahahha.. tu sebab.. amik gambar pun MMAAALLLAASS!!… tapi tak kisah pung.. sebab.. tahun depan raya lagi bermakna… cuz baby dah 7 – 8 bulan.. sedang melasak dan boleh melaram pakai baju raya.. owhh!! so cumel..hehehhe…

NOW >>>  planning nak beli barang baby pulak.. dah nak masuk 7 month ni haruslah beli.. MR.Shyir pun lebih excited pada anak je.. raya ni dia pun biasa2 je… malas nak over katanya… belasah je lar.. janji raya what.. huhuhu..

itu saja kisah raya AGS yang penat.. korang raya heaven2 aku nengok.. takpelah… syukur lagi betul tak.. hehe..

n3 panjang… sorry…

No comments: