Pages

Friday, August 27, 2010

Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex

**Di petik dari Note kawan2 aku kat facebook. Saje share dengan dengan uols.Harap kejadian ini tidak berlaki pada anak2 kita kelak**

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

***********************************************************************************

Nauzubillah! macam2 hal lar zaman sekarang ni… bila dah terjadi perkara macam ni.. takut pulak nak bawak anak2 kita bershopping kelak.. sekarang  ni orang jahat lebih banyak dari orang baik.. tak boleh nak percaya orang 100%. Walaupun dia baik dgn kita pun… hati budi siapa taw kan…

nasib baik budak ni selamat.. kalau terlewat sikit.. terus budak tu hilang macam tu..

Jadi, pesanan untuk kita semua.. Awasi anak kita walau ke mana pun kita nak bawa. Pastikan anak2 tu depan mata kita je.. xpun if yang dah pandai cakap or dah besar sikit. Pesan kat dia if ada orang yg kita tak kenal offer apa2 pun.. terus jerit tolong.. tolong! tolong!.. xpun.. Polis! polis! Polis!.. kasi penculik tu lari je…

xpun.. kalau nak beli barang2 dapur tu.. just drop je kat rumah dengan pengawasan orang dewasa.. hantar taska sekejap ke.. risau lar…dah banyak kes penculikan yang tak dapat jumpa balik budak tu… malah dibunuh dengan kejam lagi.. subahanallah!

2 comments:

Siti Rohana said...

terima kasih ann...memang akak terkejut baca entry ni...

baru plan nak pergi baju raya...terus takut lah haaaa...memang lepas ni pegang aje lah anak2 ni..

terima kasih ann..

Ann GreenStrawberry said...

siti : sama2 kak.. ada info ann share lar jugak.. takut jadi pada kita pulak...